Anda di halaman 1dari 9

<FAKULTI >

PENDIDIKAN DAN BAHASA

<SEMESTER / TAHUN >


JANUARI 2011

<KOD KURSUS>
HBEF2103

<TAJUK KURSUS>

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 730304125764001


NO. KAD PENGNEALAN : 730304-12-5764
NO. TELEFON : 019-8513264
E-MEL : rukayahj@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TAWAU

1
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN SEK REN
KPM - OUM

SEMESTER JANUARI 2011

Pensyarah :

SAMSUDDIN BIN SULAIMAN


Pelajar

RUKAYAH BINTI JUDIN


730304-12-5764

Fakulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF2103
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

2
BAHAGIAN 1 : SENARIO PEMBELAJARAN

Kajian ini di buat berdasarkan senario yang berlaku di sebuah sekolah yang terletak kira-
kira 30 kilometer dari pekan Kunak. Tumpuan kajian ini adalah berdasarkan pada
masalah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku pada sesi pengajaran di dalam kelas.
Penulis mendapati keadaan kelas yang agak padat dengan bilangan murid seramai 38
orang, ini menjadikan suasana proses pengajaran tidak terkawal. Pelajar hanya boleh
menumpukan tumpuan belajar hanya sekitar 10 minit terawal pada sesi pembelajaran
sahaja. Pelajar mula membuat bising dan bergaduh diantara satu sama lain, tanpa
menghiraukan teguran dan amaran guru kelas. Dalam situasi ini juga, terdapat segelintir
murid yang berkhayal dan tidur ketika proses pengajaran berlaku. Keadaan sebegini
menyukarkan kejayaan proses pembelajaran dilakukan di sekolah ini.

BAHAGIAN 2 : HURAIAN MASALAH

MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI OLEH PELAJAR

a) Pelajar Bising dan mengusik rakan sekelas

Keadaan kelas yang tidak terkawal dan bising, menjadikan proses


pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan baik. Pelajar yang pandai biasanya
individu yang sering mendatangkan masalah ketika sesi pengajaran . Ini
adalah disebabkan murid dalam golongan tersebut menyiapkan kerja mereka
dengan pantas daripada murid yang lain. Situasi ini akan menjadikan mereka
bosan kerana guru kurang memberi tumpuan . Kebosanan ini menyebabkan
mereka mula bertindak mengacau rakan sekelas, dan seterusnya keadaan kelas
akan menjadi bising. Situasi sebegini sudah pasti menyumbang kepada
gangguan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut teori perkembangan

3
Erikson, perkembangan manusia adalah mengikut tahap tertentu, dan setiap
tahap mempunyai konflik. Konflik inilah yang mesti diatasi supaya pelajar ini
tidak melakukan sesuatu perkara yang akan mendatangkan permasalahan
bising di dalam kelas.

b) Pelajar mempunyai masalah kesihatan

Masalah kesihatan seringkali dihubungkait dengan kehidupan seorang pelajar.


Pelajar yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah, biasanya tidak dapat
memberi tumpuan sepenuhnya pada pembelajaran. Contohnya pelajar yang
kurang pendengaran, ataupun rabun, sekiranya guru tidak mengesan masalah
mereka dari awal, ini menjadikan mereka golongan yang terabai dalam
menerima pembelajaran. Ini terbukti apabila Piaget menyatakan bahawa
kanak-kanak lebih berupaya mengawal otot-otot kecil dengan lebih baik,
ianya jelas dapat di lihat pada tulisan mereka yang lebih kemas.

c) Pelajar ingin perhatian dari guru

Teori ethologi ini diaplikasikan oleh John Bowlby (1969, 1989), ia termasuk
dalam teori perapatan . Menurut teori ini manusia dilahirkan bersama-sama
program biologi yang boleh menghasilkan beberapa isyarat yang boleh
membawa kepada perkembangan tingkahlaku sosial tertentu seperti perapatan.
Perapatan yang dimaksudkan disini ialah kasih sayang yang erat, yang
mengikat seseorang pada yang lain. Pelajar yang kurang mendapat perhatian
dari ibubapa biasanya mempunyai harga kendiri yang rendah, mereka
selalunya menarik perhatian guru di sekolah dengan menampilkan pelbagai
gaya dan kerenah yang negatif. Disebabkan mereka kurang mendap[at
mendapat kasih sayang yang cukup di rumah. Adakalanya mereka bertindak
mengikut kehendak mereka tanpa memikirkan kesan daripada perbuatan
mereka itu. Tujuan mereka bertindak begitu, adalah tidak lain dan tidak bukan
semata-mata untuk menarik perhatian guru.

4
c) Pelajar meniru gaya perlakuan rakan sekelas

Teori pelaziman klasik Pavlov adalah melibatkan proses rangsangan dan


gerak balas.Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan
pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali
sebagai pelaziman klasik. Emosi manusia juga boleh dikaitkan dengan
dilazimkan. Begitu juga dengan pelajar meniru gaya perlakuan rakan sekelas.
Rakan-rakan sekelas biasanya menjadi idola untuk mereka membuat sesuatu
perkara yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, ada segelintir pelajar yang hobinya mengoyak buku tulis, apabila
buku dikoyak mereka akan membuat kapal terbang, dan ini akan diikuti oleh
rakan-rakan sekelas yang lain. Keadaan yang tidak terkawal didalam kelas
akan mula berlaku dan menggagalkan proses pembelajaran.

d) Pelajar tidak minat belajar kerana persekitaran kelas kurang menarik

Pelajar tidak berminat belajar kerana persekitaran kelas kurang menarik.Kelas


yang tidak tersusun dan tidak ceria akan mengurangkan minat pelajar untuk
belajar. Keadaan sekolah ini menunjukan kedudukan susunan meja murid
yang tidak tersusun, dan kelas yang kurang bersih, bau yang kurang
menyenangkan akan mengganggu proses pembelajaran di lakukan di sekolah
ini.

5
BAHAGIAN 3 : PELAN MENGATASI MASALAH BERLANDASKAN TEORI
PEMBELAJARAN

a) Belajar membezakan yang betul dan salah

Pelajar yang suka mengusik dan membuat bising di dalam kelas adalah biasanya
terdiri daripada pelajar yang pandai. Mereka ini adakalanya bosan dengan gaya
penyampaian guru, kebosanan ini menyebabkan mereka mengusik rakan-rakan
mereka, ini kerana mereka ingin menarik perhatian guru. Teori humanistik adalah
sesuai digunakan untuk pelajar ini. Dimana mengikut teori ini, diri sendiri adalah
penting kerana ia boleh memberi potensi diri yang lebih baik, dan dapat
mengekspresikan diri dengan lancar. Teori ini juga mengandaikan setiap orang
mempunyai keperluan tertentu. Terutamanya keperluan asas makan, minum, rehat,
tidur dan sebagainya. Jika keperluan tersebut dicapai dengan sepenuhnya, maka
dapatlah pelajar itu memotivasikan dirinya keperingkat yang lebih baik. Malah
pelajar yang dapat membezakan diantara yang betul dan salah akan mampu
menjadikan dirinya sebagai pelajar yang berjaya dalam pembelajaran.

b) Memastikan murid yang mempunyai masalah kesihatan di rujuk pada hospital


untuk menerima rawatan

Adakalanya murid yang mempunyai masalah kesihatan tidak dapat menumpukan


pelajaran dengan baik. Antara kegagalan faktor fizikal yang melibatan deria
pendengaran dan penglihatan juga menjadikan situasi pembelajaran tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Jesteru itu guru haruslah merujuk pelajar yang
bermasalah ini ke hospital. Kerana proses pembelajaran memerlukan daya
penglihatan yang baik dan pendengaran yang jelas.

6
c) Memberi perhatian dan tumpuan pada murid yang bermasalah

Menurut teori Gestalt, guru sepatutnya cepat membuat tanggapan sesuatu apabila
seseorang pelajarnya membuat silap dalam kelas. Tanggapan yang betul daripada
guru membolehkan membantu mengurangkan kesilapan yang dilakukan oleh murid.
Guru juga haruslah menjadikan pelajar ini sebagai pelajar yang bermotivasi, dengan
peneguhan melalui pujian, ianya akan mampu memberi suntikan semangat kepada
pelajar yang bermasalah. Hal ini juga akan mengubah keadaan pelajar itu untuk
kearah menjadi pelajar yang berdisiplin dan rajin.

d) Belajar mencari rakan sekelas yang boleh membimbing

Teori pembelajaran sosial di pelopori oleh Albert Bandura. Beliau menekankan


bahawa tingkahlaku manusia berlaku hasil dari hubungan antara persekitaran dengan
skema kognitif manusia itu sendiri. Bagi kes ini pelajar akan dapat mengubah
tingkahlaku sendiri daripada melalui pemerhatian orang lain terutamanya rakan
sebaya. Jesteru itu rakan sebaya yang boleh membimbing adalah sangat penting
dalam membentuk tingkah laku bermula dari tahap yang tidak baik kepada yang
baik.

e) Menjadikan suasana kelas lebih ceria dan menarik

Suasana kelas yang tersusun, kemas dan ceria mampu menarik minat pelajar untuk
belajar, dan tidak membuat ganguan di dalam kelas. Menurut teori kognitif Piaget,
tingkahlaku manusia yang Nampak tidak dapat di ukur dan di terangkan tanpa
melibatkan proses mental seperti motivasi, keyakinan dan sebagainya. Perkembangan
kognitif manusia dalah disebabkan proses asimilasi dan akomodasi. Jesteru itu
perubahan suasana kelas yang ceria dan menarik akan memberi satu motivasi kepada
pelajar untuk lebih tekun belajar.

7
KESIMPULAN

Di sebabkan terlalu banyak teori yang dikemukakan, maka kita perlulah memilih teori
yang paling berguna dan praktikal. Teori yang dipilih juga perlulah menggambarkan
kriteria seperti, menggambarkan kehidupan pelajar yang sebenarnya, ekonomikal dan
jelas serta logik boleh di terima akal. Sebagai pendidik kita juga haruslah mengetahui
dan mengikuti perkembangan pelajar daripada segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi.
Guru seharusnya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
tahap perkembangan pelajar. Guru juga haruslah sentiasa berbincang dengan ibubapa
tentang keadaan pelajar, ini kerana bagi memastikan mereka tahu dan sama-sama
mengatasi masalah pelajar tersebut.

(2900 Patah perkataan)

8
BIBLIOGRAFI

Mohd Azhar Abdul Hamid, Paimah Atoma, Muhamed Fauzi Othman, Mohd Nasir
Markom. (2004). Andragogi Mengajar Orang Dewasa Belajar. Pahang.
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Sharani Ahmad, Zainal Madon. (2006). Tip Pandai Belajar. Kuala Lumpur.
PTS Millennia Sdn.Bhd.

Ismail Said. (2009). Kaedah Pembelajaran Koperatif Sekolah Rendah. Selangor.


Karisma Publication Sdn. Bhd.

Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2011). HBEF2103
Psikologi Pendidikan. Selangor. Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor. (2005). Seni Mengarang. Selangor.
Karisma Publications Sdn. Bhd

Yahya Othman. (2003). Mengajar Membaca Teori & Aplikasi Panduan


Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca. Kuala Lumpur. PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai