Anda di halaman 1dari 3

9 Jenis Syaitan (waspada)

Assalamualaikum wbt,

Simpanlah baik2 email ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai
peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup
harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka .Sampaikan
kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup
hingga keakhir hayat , Insya'Allah .

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda


supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap
Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok


dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan
apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk


dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

** 10. Isetan.

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah


klang, singapore, Beijing &..... Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival
jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan ;
shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah
sebenarnya amalan Syaitan.

Anda mungkin juga menyukai