Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi
peluang untuk memberi sepatah dua kata di dalam laman ini

Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada semua Pegawai dan Ahli Bulan Sabit Merah
Malaysia Cabang Tanjong Malim / Slim River kerana telah bertungkus rumus dan kerjasama
antara satu sama lain untuk menjayakan aktiviti persatuan.

Setakat ini bilangan ahli BSMMTMSR adalah seramai 1080 orang yang terdiri darpada
berbilang kaum, agama dan umur. Ini mampu memberi teladan yang baik kepada pertubuhan
dan Persatuan bukan kerajaan yang lain dan memainkan peranan untuk memupuk dan
mengukuh semangat perpaduan di kalangan rakyat. Saya amat berbangga dan gembira
kerana prestasi,disiplin dan bilangan ahli BSMM telah meningkat dari tahun ke tahun dan
berharap agar ia akan dipertingkatkan lagi pada masa depan.

khidmat kemanusiaan sukarela bukan hanya bertumpu di kawasan Bandar, tetapi Bulan Sabit
Merah telah banyak memberi perhatian kepada masyarakat orang asli di kawasan
perdalaman dan masyarakat luar Bandar terutamanya selepas pelancaran Klinik Bergerak
BSMM di Kampung Batu 8. Secara tidak langsung golongan ini dapatlah menjadi ahli BSMM
supaya ilmu yang sedia ada dapat disalurkan kepada mereka yang lain.

Persatuan ini adalah persatuan yang beruniform dan bertaraf, saya berharap agar setiap
pegawai yang memegang jawatan tidak kira di Cabang mahupun di Unit haruslah
menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab dan berdisiplin. Semua ahli BSMM
harus mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan dan tidak
boleh melanggar undang-undang.

Kita hendaklah meningkatkan usaha dan keupayaan untuk bertindak dan melatih lebih ramai
sukarelawan dalam mengendalikan operasi bencana supaya mampu bergerak pantas apabila
berlaku bencana dan sentiasa bersedia untuk membantu orang ramai tanpa mengira tempat
dan waktu

Latihan kecemasan, pertolongan cemas, bantuan bencana alam dan operasi menyelamat
adalah penting untuk anggota BSMM demi memastikan mereka mampu memberi bantuan
yang betul dan sempurna kepada orang ramai. Saya mengalakkan dan berharap agar
program Seorang Pembantu Pertolongan Cemas Dalam Setiap Rumah dapat diteruskan
sebab ini adalah program yang amat penting untuk semua lapisan masyarakat sekurang-
kurangnya mereka dapat tahu apa yang hendak dilakukan jika berlaku apa-apa kemalangan.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak dan berharap agar
semua ahli dapat bekerjasama untuk berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi Bulan Sabit
Merah Malaysia Cabang Tanjong Malim / Slim River pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih

YDH Toh Tan Dewa Sakti


Dr Hj Ghazali bin Abdul Wahab., BHMS., MDHB ( NEW DELHI )., AMP., BKT., PJK., JC
Orang Besar 32 Perak

Anda mungkin juga menyukai