Anda di halaman 1dari 10

SATU CATATAN

SEJARAH
• Dunant mendapati, Geneva merupakan tempat
yang sangat sesuai untuk memulakan kerja-
kerja kemanusiannya.
• The Societe Genevoise d’Utilite Publique yang
dipengaruhi seorang peguam muda, Gustav
Moynier telah menunjukkan minat terhadap
gagasan idea Dunant.
• Dunant bersama, Guillaume-Henri Dufour,
Louis Appie, Theodore Mounior dan Gustav
Moynier dengan segera menubuhkan
Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu
mereka yang tercedera.
• Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
(International Committee of the Red Cross-
ICRC).
• Walaupun pada waktu itu berstatus sebuah
pertubuhan persendirian, namun wakil-
wakil negara akan hadir dalam setiap
persidangan mereka.
• Pada 26-29 Oktober 1863, deligasi seramai
16 buah negara telah bermesyuarat di
Geneva.
• Para pekerja bantuan dan alat-alat bantuan
akan dilindungi oleh sebuah lambang khas:
Palang Merah yang berlatar belakangkan
warna putih.
• Pada Februari 1864, lambang ini muncul
untuk kali pertama di medan pertempuran
antara Prussia dan Denmark.
• ICRC telah menghantar Dr Louis Appia
bertugas dengan tentera Prussia. Walau
bagaimanapun di Jerman, pihak ICRC
menghadapi masalah pengiktirafan rasmi.
• Ogos 1864, Kerajaan Switzerland dengan
gesaan ICRC telah mengadakan sebuah
persidangan diplomatik yang dihadiri oleh
12 buah negara.
• Konvensyen ini cuba memperbaiki keadaan
tentera yang cedera di medan pertempuran.
• Pada 22 Ogos 1864 resolusi konvensyen ini
telah ditandatangani oleh kesemua 12 orang
wakil negara. Kemudiannya disusuli pula
oleh negara-negara lain.
• Konvensyen Geneva pertama ini telah
membuka satu lembaran sejarah. Sekaligus
menafikan tanggapan bahawa peperangan
dan undang-undang tidak boleh
diselaraskan.
• Dalam persidangan tersebut turut
mengesyorkan satu rancangan yang
istimewa untuk mendapatkan perlindungan
antarabangsa bagi mereka yang tercedera,
hospital tentera dan anggota-anggota
perubatan.
• Syor-syor tersebut terus diterima pakai dalam
konvensyen tesebut.
• Pada akhir konvensyen tersebut, 10 artikel
telah berjaya dihasilkan. Ini termasuklah apa
yang Dunant namakan sebagai
‘keberkecualian’ .
• Doktor dan nurse tidak lagi dianggap anggota
kombatan dan tidak boleh ditawan. Manakala
orang awam yang membantu doktor dan nurse
hendaklah dihormati.
• Hospital serta ambulan diiktiraf sebagai
berkecuali.
• Justeru Konvensyen 1864 merupakan suatu
asas yang baik terhadap kerja-kerja
kemanusiaan dalam masa perang antara
Peranchis dan Prussia (1870-1871), Perang
Sepanyol-Amerika (1898) dan Perang
Russia-Jepun (1904)
• Selepas 1864, beberapa persidangan telah
dijalankan. Paris (1867), Berlin (1869),
Geneva (1884), Karlsrune, Rome (1892),
Vienna (1897) dan St.Petersburg (1902)
• Dalam temph 10 tahun pertama, sebanyak
22 persatuan kebangsaan ditubuhkan.
• Semua negara di Eropah termasuk Russia
dan Turki bersetuju menerima pakai
Konvensyen Geneva Pertama, 1864.
• 1867, semasa perang Russia-Turki, Turki
telah memaklumkan kepada ICRC untuk
menggunakan lambang bulan sabit merah
sebagai ganti palang merah. Kemudiannya,
idea tersebut diikuti kebanyakan negara-
negara Islam yang lain.
• Satu resolusi telah dicapai untuk mewujudkan
pertubuhan-pertubuhan persendirian di negara
masing-masing untuk membantu tugas-tugas
perkhidmatan tentera.
• Apa yang penting mereka ‘dikecualikan’ daripada
menjadi mangsa peperangan dan mereka
hendaklah berkecuali daripada menyebelahi
mana-mana pihak yang bertempur dalam
memberikan rawatannya.
• Resolusi ini akhirnya termaktub dalam satu surat
cara diplomatik.

Anda mungkin juga menyukai