Anda di halaman 1dari 4

MUHAMMAD FIRDAUS BIN CHE SOH

PISMP PK/PSV/PJ

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME

Komunikasi dan bahasa

Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme sentiasa mengalami masalah gangguan


komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada yang gagal bercakap secara
total. Jikalau bercakap pun hanya untuk masa yang singkat. Mereka hanya mampu
berkomunikasi menggunakan bahasa tubuh dengan orang lain. Walaupun boleh
meniru kata-kata orang lain, tetapi mereka gagal memahami maksud kata-kata
tersebut. Kadangkala perkataan atau jawapan yang dituturkan oleh mereka tidak
sesuai dengan pertanyaan. Meraka juga mengeluarkan bahasa yang tidak difahami
dan meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya. Selain itu,
mereka bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
Meraka juga sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya
mereka yang bercakap). Mereka mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak
faham maksudnya. Manakala bagi kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger
menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang
dewasa

Kognitif

Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya yang memberi kesan


dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ini. Menurut (Michael Waldman, Sean
Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak
autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami
konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain. 

Interaksi Sosial

Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri


untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila dipanggil
tetapi hanya sekadar menolehkan muka. Kebiasaannya penghidap autisme tidak
selesa jika dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka
menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran
dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk
memenuhi keinginannya. Apabila mereka tidak selesa jika didekati oleh orang lain
ketika bermain, mereka akan menjauhkan diri daripada orang tersebut. Mereka juga
tidak gemar bermain dengan rakan sendiri dan sering menolak ajakan rakan serta
suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut. Selain itu, mereka juga kelihatan
tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain serta Tidak
berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi

Ganguan Emosi

Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah


ketidakseimbangan emosi. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah
seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Sikap panas baran mereka sukar
dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka
inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif. Mereka
juga tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.

Perangai dan Sikap

Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan
apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala,
mereka ini boleh menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka
menghadapi suasana yang asing bagi mereka. Mereka akan meniru perbuatan
yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang dengan melambai-lambaikan
tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan
perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk
mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding.
Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung
dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah
dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap
sesuatu perkara.

Kesan Sentuhan Fizikal

Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme


sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya
penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa
sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga
apabila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan
mereka akan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak
selesa jika mereka dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan
ibu bapa sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa
dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri
daripada perbuatan tersebut.
Gangguan Deria

Diantara ciri-ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah seperti sensitif pada
sentuhan, tidak suka dipegang ataupun dipeluk, sensitif dengan bunyi yang kuat dan
menutup telinga serta suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.

Pola Bermain

Kanak-kanak autism tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya. Mereka


juga tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun
melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang dipegangnya.
Mereka memang gemar dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.
Apabila mereka menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana
sahaja.

Tingkah Laku

Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut:

• Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.

• Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang

seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-

nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.

• Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).

• Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang
reaksi.
• Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas
negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada
sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.
• Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan
keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang
dicetuskan orang lain.
• Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.
• Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan
perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak
lain.Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme
sukar didekati

Anda mungkin juga menyukai