Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Sukatan pelajaran Kemahiran Berfikir merupakan komponen Teras yang perlu


diambil oleh semua pelajar yang mengikuti Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Keguruan anjuran Bahagian Pendidikan Guru. Mata pelajaran ini memberikan
tumpuan kepada aspek pemikiran reflektif, kritis dan kreatif pelajar, sebelum
mengikuti pengajian pada peringkat sarjana muda. Susun atur tajuk yang
dikemukakan dapat memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara yang memberi
tumpuan kepada pengembangan domain jasmani, emosi, rohani, dan intelek melalui
strategi penyampaian di bilik kuliah yang mengambil kira penglibatan pelajar dalam
situasi keilmuan dan kerja berpasukan.

Guru-guru pelatih bagi Program Pra-Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester


2 seluruh kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia diwajibkan untuk melaksanakan
tugasan kerja kursus pendek Kemahiran Berfikir kerana tugasan ini akan
menyumbangkan sebanyak 100% markah untuk peperiksaan akhir semester nanti.

Saya diberikan tugasan untuk bincangkan kepentingan-kepentingan


menguasai kemahiran berfikir dan mengunakan alat CoRT 1 yang sesuai untuk
menganalisis situasi-situasi yang di beri di dalam lampiran. Namun, motif
sebenarnya adalah untuk mengunakan Kemahiran Berfikir untuk menyelesaikan
masalah harian. Tugasan ini wajib dilaksanakan secara individu oleh semua guru
pelatih PPISMP semester 2.

Selain daripada itu, tugasan ini adalah bertujuan untuk menguji penggunaan
alat CoRT 1 yang sesuai oleh semua guru pelatih sama ada, untuk menyelesaikan
masalah harian atau soalan semasa belajar. Pengujian ini adalah amat penting
supaya guru-guru pelatih menguasai teknik-teknik dalam kemahiran berfikir. Selain itu,
ini adalah supaya guru-guru pelatih mencapai kecemerlangan dalam proses
pembelajaran yang bermakna.

Anda mungkin juga menyukai