Anda di halaman 1dari 9

Bab 4 : Pengurusan Disiplin Bilik Darjah

4.1 Konsep disiplin bilik darjah

 Pengurusan bilik darjah yang berkesan yang mempunyai asas disiplin yang kukuh.
 Definisi disiplin :
o kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib,
o menghormati hak individu lain,
o mengamalkan tingkah laku yang baik,
o hormat menghormati
o tolong menolong
o sentiasa berusaha membaiki keadaan
o Sedia ada menerusi usaha yang membina

 Disiplin meliputi
o Arahan
o Komunikasi
o Struktur &
o Pengurusan bilik darjah

 Konklusi, disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-
murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Selain itu
juga, pengajaran dan disiplin tidak boleh dipisahkan kerana pengajaran
mempengaruhi tingkah laku (disiplin murid) di dalam kelas. ( Azizee 2010)

 4.2 Model Pengurusan Disiplin


 Terdapat 5 model pengurusan disiplin utk menjadikan p&p menjadi lebih kondusif
o Model Modifikasi Tingkah laku oleh B.F skinner
o Model Disiplin oleh asertif canter
o Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs
o Model Pengurusan Kelompok oleh Jacob s. kounin
o Model Terapi Realiti oleh Willian Glassear

4.2.1 Model Modifikasi Tingkah laku

Asalnya teori tingkah laku ( Behavior). Tetapi sudah diubah menjadi Model Modifikasi
tingkah laku untuk kesesuaian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.

Point utama model ini ialah :

 Peneguhan :

-Positif
 Tujuan-Untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini.
 Contoh-rangsangan yang diberikan seperti hadiah, pujian, markah tambahan.
 Kelebihan-meningkatkan lagi rangsangan yang diingini.
-Negatif
 Tujuan-Rangsangan yang dikeluarkan untuk meningkatkan tingkah laku yang
diingini.
 Contoh-Rangsangan (merampas komik ) terhadap murid yang melakukan
rangsangan yang tidak diingini seperti membaca komik semasa pnp.
 Kelebihan-dengan rangsangan yang telah diberikan terhadap murid, guru dapat
semula rangsangan yang diingini iaitu murid memberikan tumpuan semula semasa
pnp.

-Dendaan
 Tujuan-menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini untuk
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.

Modifikasi Tingkah Laku :

 Membentuk tingkah laku melalui penenguhan secara tetap n berkala.


 Contoh, Peneguhan yang tetap untuk tingkah laku yang diingini.
 Situasi, Seorang murid yang pemalu untuk melibatkan diri dalam aktiviti
kelas.
 Setiap kali murid tersebut angkat tangan dan jawab dengan betul akan
dapat pujian.
 Lastly, murid tersebut akan mula melibatkan diri.
 Guru pula boleh mengurangkan peneguhan tersebut dan beri peneguhan
semula apabila perlu.
 Perlu berhati-hati kerana tingkah laku yang tidak diberi peneguhan
terhadap murid lama-lama akan pupus.
 Contoh, murid yang selalu mengangkat tangan disebabkan penenguhan
tersebut lama kelamaan tidak melibatkan diri kerana tidak dipanggil oleh
gurunya dan tidak diberikan peneguhan.

Tindakan guru jika ingin menggunakan Model ini :

 Membuat pelan modifikasi sebagai contoh:


o Menyenaraikan tingkah laku yang memerlukan perhatian khusus.
o Kenal pasti peraturan,
o Peneguhan dan akibat yang akan digunakan
Kelebihan dan kelemahan Model tingkah laku

Kelebihan Kelemahan
 Mudah digunakan  Tidak kekal lama
 Mendapat hasil yang pantas 
 Murid berpuas hati dengan ganjaran 
 Murid menunjukan rangsangan yang  Murid tidak lagi menunujukkan
diingini tingkah laku yg diingini apabila tiada
ganjaran
 Murid teruja dengan ganjaran yang  Motif murid untuk belajar bertukar
diberikan. utk mendapatkan ganjaran.
 Peneguhan & ganjaran memenuhi  Kawalan dalaman iaitu instrinsik
motivasi ekstrinsik. lambat dalam diri murid.
 Kurang berkesan terhadap murid-
murid yang mempunyai masalah
tingkah laku yang serius.
 Tertumpu pada pembetulan tingkah  Model ini tidak merangkumi cara-
laku yang ditunjukkan. cara pencegahan masalah
Bab 7 : Pengurusan Bilik Darjah Yang Melibatkan Murid Berkeperluan Khas

7.2 Terencat Akal

 American Assosiation of Mental Deficiency (AAMD) terencat akal sebagai


batasan dalam fungsi intelek dan kemahiran2 penyesuaian iaitu :
1. Komunikasi
2. Penjagaan diri
3. Kehidupan seharian
4. Sosial
5. Kesihatan & Keselamatan
6. Akademik
7. Riadah & kerja

 Ciri-ciri masalah terencat akal


1. kadar pembelajaran yang rendah
2. kemajuan dalam bidang akademik agak terhad. Mungkin tidak
meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi.
3. kesukaran dalam memahami idea-idea abstrak. Contoh murid
memerlukan tugasan yg ringkas & konkrit.
4. Kesukaran dalam membuat generalisasi
5. Kemahiran bahasa yang lebih rendah
6. Kelemahan dalam pemindahan pembelajaran. Contoh, sukar dalam
mengaplikasi perkara yang telah dipelajari dalam satu situasi yang lain.
7. Masalah ingatan. Kecenderungan lupa perkara yang telah dipelajari jika
x diberi latihan yang konsisten.
8. Menunjukkan tingkah laku sosial yang kurang matang.
Pengurusan Bilik darjah terhadap murid-murid terencat akal.

 Terencat akal minimum. Antara perkara yang boleh diambil kira supaya
dapat membantu murid tersebut ialah :

Permasalahan Cara membantu


 Kadar pembelajaran yang lambat  Berikan masa yang lebih untuk
menyelesaikan tugasannya.
 Arahan & tugasan yang susah difahami  Memberikan arhan yang ringkas &
 Meninggalkan langkah ketika jelas
memberikan tugasan,  Langkah2 harus dinyatakan dalam
 Jadi murid susah membuat perkaitan urutan yang logikal.
 Elakkan meninggalkan langkah2.
 Arahan yang terlalu banyak dan  Arahan2 dipecahkan kepada bahagian2
mengelirukan. kecil
 Perlu diulang2
 Banyak kemahiran baru  Kemahiran baru perlu dipelajari semula
secara berulang-ulang dan
dipraktikkan.
 Tiada kemahiran dalam deria sensori &  Murid diberi peluang memegang buah
kemahiran motor epal,
 menghidu &
 di samping mempelajari perkataan epal
 Tiada RPH yang sesuai untuk murid2  Menyediakan Rancangan Pendidikan
terencat akal Individu (RPI) untuk memenuhi
keperluan khas murid tersebut

7.3 Masalah Kerosakan Sensori

 Ketidakupayaan melihat,
 Mendengar & menerima maklumat melalui rangsangan deria,
 Masalah kecacatan fizikal ;
o Cerebral palsy,
o Spina bifida,
o Muscular dystrophy.
 Masalah lain seperti asma, kencing manis, sawan (Epilepsy) & leukimia.

7.3.1 Masalah kecacatan Fizikal


 Cerebral Palsy.

+Kecederaan yang berlaku pada otak sebelum atau semasa kelahiran. Jadi
otak tidak bersifat progresif.
o Kecacatan yang melibatkan disfungsi pada otak
o Kerosakan fungsi psikomotor
o Kesukaran dalam pergerakan serta koordinasi tubuh badan

+ Masalah ini boleh dibahagikan lagi kepada 2 bahagian ;


o Sederhana = menunjukkan kecemerkapan dalam pergerakan mereka
o Serius = menunujukkan ciri2 spastik seperti kejang otot
o Masalah lain, pertuturan, bahasa, penglihatan & terencat akal

 Muscular Dystrophy
o Kelemahan & kemerosotan sel2 otot.
o Bersifat progresif
o Menjadi semakin lemah
o Sehingga menjadi lumpuh
o Berasa letih & perlu diberi masa rehat

 Spina Bifida
o Ketidakupayaan disebabkan kecacatan tulang belakang
o Disebabkan oleh perkembangan fetal yang tidak normal
o Kecacatan spina bifida terbahagi lagi kepada tiga ;
 Spina bifida occulta,
 Meningocele
 Myelomeninggocele;
 Ialah keadaan spina bifida yang palinh serius
 Menyebabkan kelumpuhan pada tubuh badan

 Sawan ( epilepsi )
o Serangan seizure @ pergerakan badan yang tersentak-sentak diluar
kawalan.
o Disebabkan oleh aktiviti neurokimia yang tidak normal.
o Peringkat yang serius melibatkan sebahagian besar otak, berlarutan
sehingga beberapa minit.
o Menggangu pernafasan
o Kadangkala menyebabkan hilang kawalan usus besar & pundi kencing
menyebabkan berasa penat, keliru dan memerlukan tidur.
o Serangan pada tahap rendah, melibatkan sebahagian kecil otak.
o Tidak dapat menumpukan perhatian,
o Gagal memberikan respon apabila disoal
o Tidak sedar tentang perkara yang sedang berlaku disekitar.

Pengurusan bilik darjah bagi murid penyakit sawan

 meyakinkan murid-murid di dalam bilik darjah tantnag keadaan rakan mereka.


 Jika epilepsy pada tahap rendah, guru perlu sentiasa menyoal dan mengulang agar
murid boleh mengikuti perkembangan dalam bilik darjah.
 Murid yg terkena epilepsy perlu diletakkan atas lantai & kepalanya disendeng
ketepi.
 Meletakkan selimut atau kain di bawah kepala murid berkenaan.
 Mengalihkan semua objek disekitar murid supay murid tidak mencederakan
dirinya.
 Melonggarkan pakaian seperti tie, butang, tudung kepala atau tali pinggang untuk
memudahkan pernafasan.

7.3.2 Masalah Penglihatan


 Kerosakan visual
 Visual yang normal 20/20
 Visual yang buta 20/200
 Separa penglihatan 20/70 & 20/200

Ciri2 murid masalah penglihatan

 Menghadapi masalah membaca cetakan yang kecil


 Kesukaran membezakn abjad
 Memegang buku dengan rapat atau jauh dari mata
 Kesilapan membaca maklumat pada papan putih
 Sering menggosok mata
 “Squint” menutip sebelah mata @ mengerutkan dahi apabila melihat objek atau
cetakan kecil.
 Hilang minat bila terpaksa memerhati sesuatu aktiviti yang jauh dari tempat
duduk mereka.
 Sering mengadu sakit kepala
 Mata merah dan kadangkala berair

Pengurusan bilik darjah murid masalah penglihatan

 Susunan dalam bilik darjah harus konsisten. Supaya mengetahui kedudukan


bahan2 dalam kelas.
 Perabot @ alatan diltakkan ditempat yang sesuai.
 Murid dibekalkan bahan bacaan yang mempunyai kualiti cetakan yang baik dan
besar
 Tempat duduk murid berhampiran papan putih @ skrin
 Murid lain digalakkan membantu murid masalah penglihatan pada masa tertentu.
 Menggalakkan murid menggunakan pita rakaman ataupun komputer
 Murid didedahkan dengan sistem membaca dan menulis braille.
7.3.3 Masalah Pendengaran
 Terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
o Separa pendengaran
 Boleh berkomunikasi sambil melihat pergerakan bibir dan
mendengar suara guru.
o Pekak
 Kerosakan pendengaran yang menghalang seseorang daripada
memproses maklumat linguistik walaupun dengan alat bantuan
pendengaran.

 Ciri2 masalah pendengaran


o Menghadapkan sebelah telinga ke arah pengucap
o Kerapkali memohon seseorang mengulang kata2 yang diucap.
o Tidak memahami atau timbul salah faham apabila tidak dapat melihat
wajah pengucap.
o Kelihatan keliru dan mudah mengalihkan perhatian.
o Pertuturan tidak lancar dan menghadapi masalah berbahasa
o Sebutan perkataan baharu dengan tidak betul.
o Bergantung pada rakan kelas untuk arahan dan tugasan
o Tidak berminat mengambil bahagian dalam perbincangan kelas dan sering
menarik diri.

 Pengurusan dalam bilik darjah masalah pendengaran


o Diberi tempat duduk dibaris hadapan.
o Guru harus memmandang kearah murid, bercakap jelas semasa
mengajaratau berikan arahan.
o Maklumat yg disampaikan disokong dengan bahan bantu visual.
o Maklumat yg penting seperti kata kunci, frasa boleh ditulis dipapan putih.
o Galakkan buddy system supaya rakan boleh membantu menyampaikan
maklumat tentang aktiviti kelas.
o Menyediakan aktiviti sosial seperti bermain.
o Dilatih membaca ucapan ( lip reading ) dan menggunakan bahasa isyarat
o Menggunakan teknologi seperti komputer dalam p&p

7.3.4 Masalah Komunikasi


 Disebabkan masalah bahasa ataupun pertuturan.
 Masalah bahasa (faktor )
o Perkembangan bahasa murid yang lewat jika dibandingkan dengan rakan
sebaya
o Murid tidak menerima stimulasi bahasa pada peringkat awal kanak2.
o Masalah lain seperti masalah pembelajaran, terencat akal, masalah emosi,
autistik, masalah penglihatan atau pendengaran.
o Kecederaan pada bahagian otak, trauma (aphasia)
o Aphasia merujuk kehilangan keupayaan memahami bahasa, membentuk
ayat serta menggunakan untuk berkomunikasi.
7.3.5 Masalah Pertuturan
 Kesukaran menghasilkan bunyi untuk berkomunikasi
 Merangkumi masalah penyebutan, gagap dan suara.
 Kanak2 berumur 4-7 tahun menyebut saya sbgi “caya”.
 Gagap merujuk gangguan terhadap kelancaran percakapan.
 Kerap berlaku bila teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yg cepat.
 Murid berasa malu & xmahu mengambil bhgian dalam aktiviti kelas
 Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang
 Masalah suara terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau
rendah.

Pengurusan bilik darjah masalah pertuturan

 Guru menunjukan sikap sabar dan tidak cuba melengkapkan ayat murid ketika
murid ini sedang memberikan jawapan.
 Elakkan daripada meminta murid2 memberikan respon yang cepat.
 Elakkan daripada membetulkan sebutan murid2 ini di hadapan rakan mereka.
 Guru boleh menjadi model, yakni beliau harus bercakap dan menyebut dengan
jelas agar dapat diikiuti oleh murid-muridnya.

Anda mungkin juga menyukai