Anda di halaman 1dari 7

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1

1.    GELANGGANG PERMAINAN


1.1  Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 m lebar, mengandungi 2
kawasan gol dan kawasan permainan (Rujuk 1.4 dan peraturan 6). Garisan tepi yang panjang dikenali
sebagai Garisan Tepi dan garisan yang pendek dikenali sebagai Garisan Gol. Garisan Gol terdiri daripada
garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) dan garisan kedua-dua belah tiang gol (outer goal line).

Gelanggang permainan mesti mempunyai zon keselamatan berukuran sekurang-kurangnya 1 m sepanjang garisan
tepi dan 2 m sepanjang Garisan Gol.

Gelanggang permainan tidak boleh diubah yang mana akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pasukan.

1.2  Gol diletakkan di tengah-tengah Garisan Gol dan mestilah diletak kukuh di atas lantai atau dinding. 
1. Keluasan ruang gol ialah 2 m tinggi dan 3 m lebar.
2. Palang gol bersambung secara mendatar dengan tiang gol dan kedudukan bahagian depan tiang gol
diletakkan di atas Garisan Gol.
3. Tiang dan palang gol mestilah berbentuk segiempat sama berukuran 8 cm dan dicat dengan dua warna
yang kontra daripada latar belakang. Biasanya warnayang digunakan ialah merah-putih atauhitam-putih.
4. Gol mestilah dipasang dengan jaring supaya bola berada di dalam gol selepas gol dijaringkan.

1.3  Semua garisan dikira sebagai kawasan permainan dan lebar atau tebal garisan ialah 5 cm kecuali garisan di
antara dua tiang gol (intel goal line) ialah 8 cm. Garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) boleh dicat
dengan warna yang berbeza dengan  garisan lain.

1.4  Kawasan di depan setiap gol dikenali sebagai Kawasan Gol.  


 
1.5  Kawasan Gol diilingkungi oleh Garisan Kawasan Gol(Garisan 6 meter) yang ditanda seperti berikut:
1. Satu garisan 3 meter dibuat selari dengan garisan gol berjejari 6 meter daripada setiap tiang gol.
2. Dua suku bulatan yang berjejari 6 meter (diukur dari  bahagian dalam tiang gol). Kedua-dua suku
bulatan itu disambungkan dengan garisan lurus 3 meteryang selari dengan garisan gol.
1.6  Garisan Balingan Percuma (Garisan 9 meter)ialah garisan putus-putus yang dilukis 3 meter di luar Garisan
Kawasan Gol (Garisan 6 meter). Setiap garisan putus-putus dan ruang antaranya berukuran 15 cm.

1.7  Garisan 7 meter ialah berukuran 1 meter panjangdibuat di hadapan gol. selari dan berjarak 7


meter dariGarisan Gol.

1.8  Garisan tengah disambung daripada titik tengah kedua-dua garisan tepi.

1.9  Garisan Pertukaran Pemain (sebahagian dari garisan tepi) dibuat 4.5 meter ke kiri dan kanan daripada
garisan tengah sepanjang 15 cm ke dalam dan luar garisan tepi. 
STRATEGI PERMAINAN
Terdapat beberapa strategi permainan untuk bola baling ketika menyerang
dan bertahan diantaranya ialah:
i. Serangan 
(a) Sistem 3 : 3
(b) Sistem 2 : 4
(c) Sistem 5 : 1
(d) Sistem 6 : 0

ii. Bertahan
(a) Sistem 6 : 0
(b) Sistem 5 : 1
(c) Sistem 4 : 2

Sistem serangan 5 : 1 oleh Pasukan Kuning 


Sistem bertahan 5 : 1 oleh Pasukan Ungu

Sistem serangan 5 : 1 oleh Paukan Kuning 


Sistem bertahan 4 - 2 oleh Pasukan Ungu

Sistem serangan 5 : 1 oleh Pasukan Kuning  


Sistem bertahan 6 : 0 oleh Pasukan Ungu
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 4
4.    PASUKAN, PENGGANTUNGAN DAN PERALATAN
4.1  PASUKAN
1. Setiap pasukan mengandungi 12 orang pemain.Tidak lebih daripada 7 orang dan minima 5 orang
pemain berada dalam gelanggang. selebihnya adalah pemain gantian.
2. Sepanjang masa permainan, salah seorang pemain mesti bermain sebagai penjaga gol. Penjaga
gol boleh bermain sebagai pemain  gelanggang pada bila-bila masa dan begitu juga pemain
gelanggang boleh menjadi penjaga gol pada bila-bila masa (Perturan A4, 4: 7)
3. Pemain boleh dimulakan dengan sekurang-kurangnya 5 orang pemain. 
4. Bilangan pemain dalam sesebuah pasukan boleh ditambah sehingga 12 orang pada bila-bila masa
sepanjang permainan termasuk masa tambahan.
5. Sekiranya semasa permainan berlangsung, sesebuah pasukan telah dikurangkan "kurang daripada
5 orang" permainan masih boleh diteruskan.
6. Terpulang kepada pengadil menentukan sama ada atau bila permainan seharusnya
dihentikan/ditamatkan (Rujuk 17:13). Keadaan berlaku setelah pasukan yang sama diberikan hukuman
seperti singkir, dibatalkan atau 2 minit. Berlaku kekurangan 5 pemain dalam gelanggang - budi bicara
pengadil.
4.2  PENGGANTIAN
1. Semasa permainan, sesebuah pasukan dibenarkan dengan maksima 4 orang pegawai berada
bersama dengan pasukan.
2. Pegawai pasukan yang didaftarkan (4 orang) tidak boleh digantikan seemasa perlawanan
berlangsung.
3. Salah seorang daripada pegawai pasukan hendaklah dikenalpasti sebagai pengurus pasukan yang
bertanggungjawab dan dibenarkan untuk berurusan dengan penjaga masa, pencatat dan apa keadaan
tertentu dengan pengadil (Penjelasan No. 3 "Team Time Out").
4. Pegawai pasukan tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa permainan dijalankan.
5. Pelanggaran peraturan ini hendaklah dihukum sebagai tidak bersemangat kesukanan (Peraturan
8:4, 16.1d, 16.3d dan 16.6b)
6. Permainan disambung semula dengan balingan percuma bagi pasukan lawan (Rujuk 13.1a - b,
Penjelasan No. 9)
7. Seseorang pemain atau pegawai pasukan berhak mengambil bahagian sekiranya mereka hadir
semasa permainan dimulakna dan namanya terdapat dalamborang pencatat.
8. Pemain-pemain dan pegawai pasukan yang hadir atau tiba selepas pemainan dimulakan mestilah
mendapat kebenaran untuk mengambil bahagian dari penmjaga masa atau pencatat dan namanya mesti
dicatat dalam borang pencatat.
9. seorang pemain berhak untuk mengambil bahagian secara prinsipnya boleh memmasuki
gelanggang permainan melalui Zon Pertukaran pasukan pada bila-bila masa.
10. Seorang pemain yang tidak berhak mengambil bahagian akan disingkirkan sekiranya ianya
memasuki gelanggang permainan.
4
1. kepada 2 orang pegawai pasukan untuk memasuki gelanggang permainan semasa 'Time Out".

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 5


5.    PENJAGA GOL
5.1  Penjaga Gol dibenarkan
 menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan / tubuh bagi menghalang atau mengawal golnya.
 boleh bergerak ke mana-mana sahaja dengan bola dalam kawasan gol tanpa mengira langkah dan had
masa kecuali melengah-lengah permaian.
 keluar dari kawasan gol tanpa bola dan melibatkan diri dalam permainan gelanggang (semasa penjaga gol
menjadi pemain gelanggang dan tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan sebagai pemain
gelanggang). Penjaga gol dianggap keluar dari kawasan gol jika mana-mana anggota tubuhnya menyentuh
gelanggang permainan yang terletak diluar garisan 6 meter.
 boleh keluar kawasan dengan bola dan memainkannya semula di gelanggang permainan, jika dia belum
dapat mengawal bola.
2. Penjaga Gol Tidak dibenarkan:
 membahayakan pihak lawan semasa melakukan aksi menahan bola.
 dengan sengaja membawa keluar bola dari kawasan golnya.
 menyentuh semula bola yang dibalingnya sebelum disentuh oleh pemain luar / gelanggang.
 menyentuh atau membawa masuk bola yang terhenti atau yang sedang bergolek di luar kawasan gol
semasa penjaga gol berada di dalam kawasan gol (tidak menjadi kesalah jika penjaga gol menyentuh atau
mengambil bola yang bergolek tadi jika dia berada di luar atau keluar dari kawasan gol)
 memasuki kawasan gol dengan bola.
 melintasi garisan 4 meter. sebelum bola diolepaskan dari tangan pembaling semasa balingan 7 meter
(penalti) diambil.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 6
6.    KAWASAN GOL
6.1  Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan masuk / berada dalam kawasan gol.

 Kawasan gol termasuk Garisan Gol. Pemain gelanggang tidak dibenarkan menyentuh kawasan gol
dan juga Garisan Gol (Garisan 6 meter) dengan sebarang bahagian badan.
6.2  Pemain gelanggang memasuki kawasan gol, hukuman adalah seperti berikut:

 Balingan Percuma - apabila pemain masuk dengan membawa bola.


 Balingan Percuma - pemain gelanggang masuk tanpa bola tetapi memberikan keuntungan kepada
pasukannya.
 Balingan 7 meter - pemain gelanggang (pasukan bertahan) memasuki kawasan gol dengan tujuan
memusnahkan peluang lawan menjaringkan gol.
6.3  Pemain gelanggang masuk kawasan gol tidak dihukum jika:

 masuk selepas memainkan bola dan tidak menimbulkan kerugian kepada pihak lawan.
 masuk kawasan gol tetapi tidak memberikan keuntungan kepada pasukannya.
 masuk kawasan gol kerana cuba bertahan dan tidak memeberikan kerugian kepada pasukan lawan.
6.4  Bola dalam kawasan gol adalah hak penjaga gol. Pemain gelanggang tidak dibenarkan menyentuh
bola dalam keadaan:

 bola berhenti di kawasan gol.


 bola bergolek di kawasan gol.
 sedang dipegang oleh penjaga gol.
 dibenarkan menyentuh / memainkan jika bola di udara kecuali balingan gol sedang dilakukan.  
6.5  Pengjaga gol boleh memainkan bola apabila bola masuk kawasan setelah balingan gol.

6.6  Permainan diteruskan jika keadaan mempertahankan bola, bola terkena pemain pertahanan dan
masuk ke kawasan golnya sendiri.

6.7  Jika pemain sengaja memainkan bola masuk ke dalam kawasan gol sendiri, hukumnya:
 Gol - jika bola masuk ke dalam gol.
 Balingan Percuma - jika bola berhenti dalam kawasan gol atau disentuh Penjaga Gol dan tidak
masuk kedalam gol.
 Balingan ke dalam - jika bola keluar melepasi garisan gol (Peraturan 11.1)
 Permainan diteruskan - jika bola itu melepasi kawasan gol tetapi masih berada dalam kawasan
gelanggang permainan tanpa disentuh Penjaga Gol.
6.8  Bola yang keluar dari kawasan gol ke kawasan gelanggang permainan boleh diteruskan.

Nota:
Jika mana-mana pegawai dari pasukan diberikan KAD MERAH, seorang pemain gelanggang perlu
dikeluarkan dan berada di  bangku simpanan selama 2 minit(pegawai berkenaan tidak dibenarkan
berada di gelanggang permainan)

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 7


7.    MEMAINKAN BOLA DAN PERMAINAN PASIF

       MEMAINKAN BOLA


7.1  Seseorang pemain dibenarkan:

 membaling, menangkap, menahan, menolak, memukul bola dengan menggunakan tangan (tangan
terbuka / gemgam), lengan, kepala, badan. peha dan lutut.
7.2  Memegang bola pada jangkamasa 3 saat.

7.2  Mengambil 3 langkah bersama bola. Langkah pertama dikira:

 Pemain berdiri 2 kaki di atas lantai dan kemuudian mengangkat sebelah kaki dan meletakkannya
kembali atau mengubah sebelah kaki ke tempat lain.
 Pemain berdiri sebelah kaki untuk menangkap bola kemudian menjatuhkan sebelah kaki lagi ke
lantai.
 melompat dengan 1 kaki dan kemudian mendarat lalu melompat dengan kaki yang sama atau
dengan kaki yang berlainan.
 Mendarat dengan 2 kaki kemudian mengangkat kaki dan meletakkannya semula atau
menggerakkan sebelah kaki ke tempat lain.
Nota:
Dikira 1 langkah apabila sebelah kaki diubah / bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
dan sebelah kaki lagi diheret ke kaki yang pertama.

7.4  Semasa berdiri atau berlari:

 melantun bola dan menangkap semula dengan satu atau dua tangan.
 melantun bola beruilang-ulang dengan sebelah tangan (dribble) atau menggolek bola secara
berulang dengan sebelah tangan kemudian menangkapnya atau mengambil semula dengan sebelah atau
kedua-dua belah tangan.
 apabila bola telah dipegang dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan ia mesti dimainkan dalam
masa 3 saat atau tidak lebih dari 3 langkah (13.1a)
 melantun atau menggelecek bola dikira apabila pemain menyentuh dengan mana-mana bahagian
badan dan menyentuh lantai.
 selepas bola terkena pemain lain atau tiang gol, pemain dibenarkan menampan atan melantun dan
menangkap kembali.
7.5  Menghantar bola dari tangan ke tangan tanpa menghilangkan perhubungan pada masa itu.

7.6  Dibenarkan menghantar bola dengan keadaan berlutut, duduk atau baring di tanah.

Pemain Tidak Dibenarkan:


7.7  menyentuh bola lebih dari sekali kecuali terkenan tanah (lantun), pemain lain atau tiang gol.

 "Fumbling the ball is not penalized" tiada hukuman.


 Kegagalan pemain mengawal bola semasa cuba menangkap atau menahan bola tidak akan
dihukum.
 Sekiranya bola telah atau dalam kawalan, pemain tidak boleh menyentuh bola. 
7.8  Menyentuh bola di bahagian kaki di bawah lutut atau kaki atau dibaling dengan sengaja oleh pihak
lawan.

7.9  Permainan diteruskan sekiranya bola terkena referi di dalam gelanggang.

       PERMAINAN PASIF

7.10 Tidak dibenarkan menyimpan bola terlalu lama tanpa membuat sebarang serangan atau cuban untuk
membuat jaringan dan dikira sebagai pemainan pasif.

 Balingan percuma diberikan kepada pihak lawan di mana bola itu berhenti semasa referi meniup
wisel.
7.11 Sekiranya permainan pasif telah dikesan, isyarat tangan (No. 18) hendaklah ditunjukkan. Ini adalah
untuk memberikan peluang pasukan menyerang mengubah corak permainan.

 Sekiranya permainan tidak berubah, balingan percuma diberikan kepada pihak lawan.
 Walau bagaimanapun balingan percuma untuk permainan pasif diberi kepada pihak lawan walaupun
tiada amaran awal diberi oleh referi / pengadil.
 Contoh: Pemain tidak membuat cubaan untuk menjaring walaupun ada peluang untuk melakukan
jaringan.
Situasi Permainan Pasif
 Apabila mereka menang - tiada usaha untuk melakukan serangan.
 Apabila ada permain yang digantung.
 Pertahanan terlalu ketat dan tidak dapat menyerang.
 Bermain di tengah-tengah gelanggang.
 Ketika pergantian dilakukan.
Dicatat oleh dinsenu di 1:28 AM 

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 2


 2.    MASA PERMAINAN, ISYARATA TAMAT & MASA HENTIAN

2.1   MASA PERMAINAN


1. Masa permainan biasa bagi umur 16 tahun dan ke atas ialah 30 minit setiap separuh
masa danmasa rehat ialah 10 minit. (30 : 10 : 30)
2. Masa permainan biasa bagi kategori umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit setiap separuh
masa dan masa rehat ialah 10 minit. (25 : 10 : 25). 
3. Masa permainan biasa bagi kategori umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit setiap separuh
masadan masa rehat ialah 10 minit. (20 : 10 : 20).
2.2    MASA TAMBAHAN
1. Sekiranya keputusan seri setelah masa permainan sebenar telah berakhir dan pemenang perlu
ditentukan, maka masa tambahan akan dijalankan selepas rehat 5 minit.
2. Masa tambahan ialah 5 minit bagi setiap separuh masa dengan 1 minit rehat di antaranya.
3. Jika masih seri, maka pemenang akan ditentukan mengikut peraturan pertandingan kejohanan
berkenaan.
2.3    ISYARAT TAMAT
1. Masa permainan bermula dengan tiupan visel pengadil untuk balingan permulaan manakala masa
tamat permainan ditentukan oleh isyarat tamat automatik dari Jam Gelanggang (Public
Clock)atau Penjaga Masa
2. Jika tiada isyarat seperti di atas, maka kuasa tamat permainan sebenar ditentukan oleh tiupan
visel pengadil 1.
2.4    MASA HENTIAN (TIME OUT)
1. Pengadil akan memutuskan bila dan berapa lama masa permainan akan diberhentikan.
2. Masa Hentian dimestikan bila: 
 penggantungan 2 minit, pembatalan atau singkiran
 Balingan 7 meter (Balingan Penalti)
 Masa hentian pasukan diberikan.
 Kesalahan penggantungan pemain atau balingan pemain melebihi jumlah yang dibenarkan dalam
gelanggang.
 isyarat visel dari penjaga masa atau delegasi teknikal.
 Perbincangan antara dua pengadil mengikut peraturan 17: 8 Masa Hentian biasa juga diberikan
mengikut situasi lain bergantung kepada keadaan (Rujuk 'Calarification No 2)
 Salah laku yang berlaku semasa henntian adalah sama seperti yang berlaku dalam permainan (16:
13 pernggan 1)
 Pengadil akan memberikan isyarat kepada Penjaga Masa untuk memberhentikan dan memulakan
permainan berhubung dengan masa hentian.
 gangguan masa permainan akan dimaklumkan kepada Penjaga Masa menerusi 3 tiupan pendek dan
isyarat tangan lengan (No 16)
 Wisel mesti dibunyikan untuk menandakan permainan dimulakan selepas masa hentian tamat (15:
36)
 Setiap pasukan akan diberikan sekali masa hentian setiap separuh masa selama 1
minit(Rujuk 'Clarification No. 3) dan sesebuah pasukan layak mendapatkan 'Time Out' hanyaketika
pasukan itu sedang mengawal boladan bola akan dimulakan oleh pasukan yang meminta 'Time Out' di
tempat bola tadi dihentikan.
 Tiada 'Time Out' di Masa Tambahan

Anda mungkin juga menyukai