Anda di halaman 1dari 1

CILI SOS

Bahan-bahannya :-

1. Cili kering - 1 kg ½ kg

2. Gula pasir - 4.85 kg 2.45 kg

3. Garam - 370 gm 185 gm

4. Bawang putih - 185 gm 92.5 gm

5. Bahan pemekat ( Kanji khas ) - 370 gm 185 gm

6. Cuka asli ( 10 % ) - 1200 ml 600 ml

7. Bahan awet ( Nateriam Bensoate ) - 12gm 6 gm

8. Air - 8 liter 4 liter

Kaedah Memproses :-

a) Cili dibuang biji dibasuh hingga bersih dan direndam semalaman.

b) Bawang putih dibuang kulit dan ramuan lain disediakan mengikut sukatan yang

ditentukan dalam resepi.

c) Cili dan bawang putih dikisar dengan sedikit air dan dimasukkan ke dalam periuk

bersama ramuan lain dan diletakkan di atas api.

d) Bahan pemekat dicampurkan dengan sedikit air dan dimasukkan ke dalam cili yang telah

dipanaskan.

e) Apabila setengah masak masukkan cuka.

f) Setelah mendidih, masukkan bahan awet.

g) Botol direbus bersama tudung dan masukkan cili sos semasa panas.

Anda mungkin juga menyukai