Anda di halaman 1dari 7

Guru penagih dadah

Fenomena penagihan dadah di negara kita


Posted on 23 Mei, 2009 by admin

Masalah dadah bukanlah satu perkara baru. Sebagaimana kita maklum, ia telah meresapi
masyarakat kita sejak beberapa tahun lalu. Masalah ini bukanlah satu masalah yang
terhad kepada negara kita sahaja malah masalah sedunia. Malangnya masalah dadah ini
tidak begitu diambilberat sebagai satu perkara yang amat serius oleh masyarakat umum.
Tetapi bagi keluarga penagih dadah, tidak ada sesuatu yang lebih menyiksa daripada
kesan penagihan kepada penagih dan kepada ibu bapa, sanak-saudara dan keluarga
keseluruhannya.

Ancaman dan keluh-kesah yang disebabkan oleh penagih terhadap keluarga


menghilangkan sama sekali kebahagiaan hidup sehingga ibu dan bapa, anak dan isteri
terus merana. Bagi masyarakat dan negara, bukan sahaja beban bertambah, tetapi
sebarang urusan dan kerja tergendala. Sebenarnyalah dadah merupakan satu kecelakaan
yang amat besar yang boleh menghapuskan kebahagiaan dalam keluarga, dalam
masyarakat dan dalam negara. Bagi yang menjadi penagih, mereka sebagai bangkai
bernyawa yang tidak berfaedah kepada diri sendiri atau sesiapa. Sekali terjatuh dalam
lembah kehinaan ini, tidak mungkin mereka bangun.

Biasanya rakyat menunjukkan reaksi secara spontan apabila berhadapan dengan sesuatu
wabak penyakit seperti taun, demam denggi dan sebagainya, dan mereka sanggup
menggembeling tenaga, dan bekerjasama untuk mengatasinya kerana mereka sedar akan
ancaman terhadap diri mereka dan keluarga mereka sendiri. Begitu juga dengan ancaman
komunis terhadap demokrasi, kita mendapat reaksi positif dari rakyat sehingga kita dapat
membendungnya. Malangnya ancaman dadah tidak menimbulkan tahap reaksi yang
seharusnya. Ada mereka yang masih memikirkan ancaman dadah tidak akan melibatkan
diri mereka, dan mereka tidak nampak dengan jelasnya yang penagihan dadah boleh
mengancam kesejahteraan diri mereka, bahkan kebahagiaan zuriat mereka.

Sejak beberapa tahun lalu Kerajaan dan juga beberapa badan sukarela telah mengambil
tindakan untuk membendung dan membenteras ancaman dadah di kalangan masyarakat
kita. Sungguhpun Kerajaan dan badan-badan yang berkenaan telah menjalankan tugas
masing-masing dengan giat, statistik menunjukkan bahawa bilangan penagih dadah masih
bertambah. Pada masa ini data penagih terkumpul semenjak tahun 1988 sehingga 2005
ialah seramai 289,763 orang. Jika nisbah bagi setiap orang penagih dadah yang
didaftarkan terdapat pula sekurang-kurangnya tujuh lagi yang tidak didaftarkan, bilangan
penagih dadah di negara kita adalah tidak kurang dari setengah juta orang, iaitu satu
jumlah yang menakutkan. Bukan sahaja golongan ini menjadi beban kepada masyarakat,
tetapi pengaruh mereka ke atas masyarakat umum adalah sangat buruk dan meluas.
Masyarakat yang dikuasai oleh dadah akan dilanda oleh berbagai jenayah dan tidak akan
mempunyai maruah dan peradaban. Sudah tentu masyarakat ini tidak akan berupaya
mempertahankan diri atau membangunkan negara, sama ada dalam bidang material atau
spiritual. Lambat-laun masyarakat ini akan hancur atau dikuasai oleh orang asing.

Menyedari bahawa pengedar dadah adalah penjenayah yang terbesar yang menyebabkan
wabak penyalahgunaan dadah ini, Kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang yang
keras. Pengedar dadah adalah sejenis penjenayah yang amat kejam dan tidak bertimbang
rasa. Kerana tamak, mereka sanggup memperdaya dan menjerat kanak-kanak sekolah
sehingga terdapat penagih yang berumur 10 tahun. Sekali terperangkap penagih tidak
dapat melepaskan diri lagi. Secara tidak langsung kanak-kanak yang terperangkap ini
sudah dihukum mati, kerana bukan sahaja hidup mereka tidak mungkin lagi sempurna
tetapi umur mereka tetap disingkatkan. Demikianlah kesan dadah dan demikianlah kejam
dan zalimnya pengedar dadah. Bagi mereka yang memikir hukuman terhadap pengedar
adalah terlalu berat, tidak ada usaha yang lebih baik dari menyebar amaran kepada yang
berminat menjadi pengedar bahawa mereka mungkin dihukum mati. Adalah terlalu lewat
jika jenayah sudah dilakukan.

Peranan undang-undang dalam menghalang merebaknya penyalahgunaan dadah memang


tepat, tetapi akhirnya yang betul-betul berkesan ialah kesedaran masyarakat tentang
buruknya akibat penagihan dadah. Jika masyarakat sedar dan bertanggungjawab maka
awal-awal lagi akan disemai dalam hati dan fikiran kanak-kanak tentang kehinaan dan
bahaya menjadi penagih. Jika anak-anak kita membesar dengan kepercayaan bahawa
penyalahgunaan dadah adalah satu jenayah yang dahsyat, yang lebih buruk dari mencuri
dan menyamun, maka mereka akan mengelakkan diri dari terlibat dengan dadah. Jika ibu
bapa mengambil berat bukan sahaja terhadap didikan anak-anak mereka, tetapi juga
mengawasi gerak-geri mereka di zaman serba bebas ini, kemungkinan mereka menjadi
penagih akan berkurangan.

Oleh itu setiap anggota masyarakat, terutama yang dewasa dan mempunyai anak atau
adik dalam lingkungan umur yang merbahaya mestilah memikul tanggungjawab ini.
Janganlah tunggu sehingga nasi menjadi bubur. Berhati-hatilah tentang gerak-geri mereka
yang di bawah jagaan kita supaya bersama-sama dapat kita hapuskan gejala ini.

Dari segi rawatan dan pemulihan, banyak wang-ringgit dan tenaga telah disalurkan oleh
Kerajaan untuk merawat dan memulihkan mereka yang telah dihinggapi oleh tabiat
dadah. Malangnya sebilangan besar daripada penagih yang telah dirawat dan dipulihkan
telah balik semula kepada tabiat lama dan menjadi penagih semula. Statistik di kalangan
negara-negara maju menunjukkan hampir 90 peratus daripada penagih dadah yang telah
dipulihkan berbalik kepada tabiat penagihan mereka dalam jangka masa 4 atau 5 tahun.
Bukti-bukti seperti ini adalah sangat mengecewakan. Sungguhpun begitu kita tidak harus
berputus asa dan mesti terus berikhtiar mencari jalan untuk menjamin pemulihan yang
kekal dan berkesan. Sesungguhnya pemulihan yang kekal memerlukan kerjasama pihak
ibubapa, keluarga penagih dadah dan masyarakat amnya.

Memandang kepada hakikat ini, peperangan melawan penyalahgunaan dadah perlulah


ditumpu kepada “prevention” lebih dari yang biasa dibuat dahulu. Segala badan sukarela
dan jabatan Kerajaan yang terlibat mestilah menyusun satu strategi baru yang bertujuan
menyekat perkembangan tabiat ini. Selain dari usaha untuk menyekat kemasukan dadah
dan pengedarannya, orang ramai mesti dikejutkan berkenaan bahaya dadah dan didorong
supaya mengambil bahagian yang aktif dalam kempen pencegahan yang perlu diteruskan
sepanjang masa.

Berhubung dengan ini, Kerajaan akan melaksanakan satu konsep baru dalam pemulihan
penagih dadah melalui apa yang dinamakan ‘Pusat Serenti’. Mengikut konsep ini,
kakitangan daripada beberapa agensi yang berkaitan dengan rawatan dan pemulihan
penagih dadah akan dipusatkan di satu tempat.Agensi-agensi berkenaan termasuklah
Kementerian Kebajikan Am, Kementerian Kesihatan, tentera, polis, PEMADAM,
Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan.

Selaras dengan kempen yang sering dilancarkan, wajarlah kerajaan mengambil beberapa
langkah bagi menentang gejala dadah ini. Kerajaan akan meminda peruntukan undang-
undang dalam Akta Dadah Merbahaya 1952 bagi mengetatkan lagi undang-undang
tersebut. Peruntukan undang-undang ini akan memberi kuasa yang lebih kepada pihak
penguatkuasa. Di samping itu, Kerajaan akan menubuhkan satu Pasukan Petugas Anti
Dadah di Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras semua kegiatan memerangi dadah di
negara kita. Pasukan Petugas ini akan dianggotai oleh pegawai-pegawai yang
dipinjamkan dari berbagai Kementerian dan Jabatan yang terlibat dalam gerakan anti
dadah. Cawangan-cawangan Pasukan Petugas ini akan juga ditubuhkan di semua negeri.

Agensi-agensi kerajaan dan badan-badan sukarela yang terlibat dengan pencegahan,


penguatkuasaan dan pemulihan, diharap dapat melaksanakan semua usaha bagi
meningkatkan lagi mutu program pencegahan dadah kerana kepentingan sesuatu kempen
ialah kesannya, dan kesannya bergantung kepada prestasi programnya.
Guru terbabit dadah, kurang disiplin tak layak jadi
pendidik
Oleh Jami'ah Shukri
jamia@bharian.com.my
2010/05/03

TERKEDU! Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu reaksi awal Presiden Majlis
Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr
Mohamad Ali Hassan, mengulas mengenai kegiatan seorang guru lelaki menjual dadah
dan pil khayal kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, baru-baru
ini.

Tanya siapa saja, khususnya ibu bapa pasti akan terus melenting menghamburkan
kritikan pedas terhadap guru yang sepatutnya jujur serta amanah bukannya menyeleweng
daripada tugas serta tanggungjawab hakiki mendidik pelajar menjadi insan cemerlang dan
menyediakan barisan pemimpin pada masa depan.

Lebih meningkatkan emosi amarah ibu bapa, guru bukan saja terbabit dengan penagihan
dadah malah, lebih buruk lagi mengedar dadah untuk pelajarnya sendiri. Guru dianggap
sebagai penjaga atau pelindung apabila pelajar berada di pekarangan sekolah. Ibu bapa
juga sudah meletakkan harapan menyerahkan anak mereka kepada guru untuk ditunjuk
ajar menjadi orang berguna.

Seperti perumpamaan Melayu, jika guru sudah kencing berdiri, pelajar pula akan kencing
berlari. Dalam konteks ini, guru sewajarnya menjadi pembimbing dan mengingatkan
pelajar supaya menjauhi najis dadah.

Hakikat diketahui ramai, apa saja yang kesalahan dikaitkan dengan dadah, ia adalah
jenayah berat. Kesalahan guru terbabit dengan penyalahgunaan dadah tidak boleh
dimaafkan kerana ia jelas mencemarkan imej profesionalisme bidang perguruan dan
menjerumuskan masa depan serta potensi pelajar.

Walaupun statistik guru terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah disifatkan kes
terpencil, ia tetap kesalahan serius kerana dadah musuh utama negara. Menurut laporan,
pada Februari lalu, seorang guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit,
Batu Pahat, berusia 31 tahun, ditahan polis selepas dipercayai mengedar dadah secara
sambilan kerana mahu menjalani hidup mewah dan bergaya.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, ketika mengulas isu itu
menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan memberi pengampunan kepada guru
yang didapati bersalah menjalankan aktiviti pengedaran atau penagihan dadah kerana ia
menjejaskan imej profesionalisme perguruan.

Katanya, dadah adalah musuh nombor satu negara kerana bahana daripada aktiviti itu
boleh melumpuhkan masa depan generasi pelajar yang bakal menjadi pemimpin negara.
Masyarakat boleh terus hilang kepercayaan terhadap peranan dan kredibiliti jika mereka
dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

“Kita sudah ada piagam yang jelas dalam Kementerian Pelajaran. Kita anggap
penyalahgunaan dadah tidak kira membabitkan guru atau pelajar adalah kesalahan serius.
Jika guru yang patut menjadi idola, tidak mempunyai tingkah laku dan disiplin yang
bersih, bagaimana mahu mendidik pelajar menjadi insan berguna dan cemerlang,”
katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan perangkaan, guru yang terbabit dalam kes pengedaran dadah
adalah terlalu kecil serta dianggap kes terpencil jika dibandingkan 360,000 guru di
seluruh negara.

Bagi PIBGN, pemimpin sekolah, khususnya pengetua dan guru besar perlu bijak
menangani dan mengendalikan guru dengan memastikan mereka sentiasa berada pada
landasan betul untuk terus meningkatkan martabat bidang perguruan.

Pada zaman ini, peranan pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah semakin mencabar
dalam pelbagai aspek termasuk berdepan kebarangkalian terbabit dengan kes
penyalahgunaan dadah amat tinggi sekali.

Prof Mohamad Ali mencadangkan supaya guru terus dihentikan perkhidmatan sekiranya
sah disabitkan kesalahan mengedar dadah kerana ia menjejaskan kewibawaan institusi
pendidikan di negara ini.

“Pada masa sama, kita mahu kepakaran guru besar dan pengetua juga dipertingkatkan
dengan kemampuan mengenal pasti mana-mana guru bermasalah untuk membanteras
gejala itu pada peringkat awal lagi. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada mereka untuk
mengelak pelajar menjadi mangsa.

“Guru yang terbabit dengan kes dadah, tidak layak ada di sekolah. Dunia perguruan tidak
memerlukan tenaga pengajar yang begini. Mereka boleh menjadi duri dalam daging
kepada pelajar. Kegiatan guru mengedar dadah adalah sesuatu yang tidak dapat diterima
akal,” katanya.
Penyalahgunaan dadah adalah isu yang sangat besar dan memerlukan kerjasama daripada
pelbagai pihak untuk menanganinya dengan lebih holistik.

Sebenarnya sekolah adalah tempat yang paling sesuai untuk memulakan kempen generasi
‘benci pada dadah’ kerana ia dihuni oleh murid seawal usia tujuh tahun sehinggalah ke
peringkat menengah.

Sasaran negara untuk bebas daripada dadah menjelang 2015 seharusnya turut disahut
oleh golongan pendidik di negara ini. Justeru, peranan guru amat besar untuk menanam
dan memupuk kesedaran terhadap bahaya bahan itu kepada sistem kehidupan manusia

1. Guru edar dadah idam hidup mewah


BATU PAHAT: Seorang guru sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, di sini,
ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu
menjalani kehidupan mewah dan bergaya.

Guru lelaki berusia 31 tahun itu baru berjinak-jinak dalam pengedaran dadah kira-kira dua bulan
lalu dan menggunakan kereta Proton Savvy miliknya untuk menghantar sendiri bekalan apabila
menerima tempahan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata kegiatan guru lelaki itu
akhirnya dihidu polis apabila dia ditahan kira-kira jam 10 malam dalam satu sekatan jalan raya di
sekitar daerah ini, Rabu lalu.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat seorang guru menjadikan keretanya sebagai
tempat

menyimpan dan membawa bekalan dadah kepada pelanggan.

Katanya, dalam sekatan jalan raya itu, kenderaan guru terbabit ditahan polis dan hasil
pemeriksaan yang dilakukan polis menemui satu paket dadah dipercayai jenis heroin seberat
16.6 gram di dalam keretanya.

"Pemeriksaan ke atas lelaki itu mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Namun,
dia mengaku menjual dadah dengan alasan mahu menambah pendapatan. Hasil siasatan juga
mendapati guru berkenaan masih bujang dan sudah mengajar di SJKC itu sejak sembilan tahun
lalu," katanya di sini, semalam.

Ibrahim berkata, lelaki terbabit kini ditahan reman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya
1952, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, empat lelaki ditahan di sebuah rumah di Kampung
Solok Wan Moh, di sini, pada jam 1.40 pagi kelmarin, selepas disyaki terbabit dalam kegiatan
pengedaran dadah.

"Hasil maklumat orang ramai, polis membuat serbuan di rumah itu dan menahan empat lelaki
berusia antara 24 dan 33 tahun.

"Pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada penemuan dua paket dadah dipercayai
heroin seberat 528 gram bernilai kira-kira RM14,000. Semua lelaki itu kini ditahan reman bagi
membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 39B ADB 1952," katanya.

Anda mungkin juga menyukai