Anda di halaman 1dari 1

Negara kita telah berusaha dalam mencapai matlamat dalam kurikulum sekolah rendah.

Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.. Jadi, Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dilaksanakan di negara kita. Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Dalam KSSR, mata pelajaran yang diperkenalkan adalah lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut menggabungkan beberapa mata pelajaran menjadi dalam satu bidang dan memperkenalkan satu subjek baru yang bertemakan semangat kenegaraan dan patriotik. Hal ini bersesuaian dengan keadaan murid yang baru mengenali alam persekolahan di peringkat awal pendidikan. Penerapan ini akan membantu dan mempermudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid seterusnya sejajar dengan perubahan umur dan kematangan mereka.

Kurikulum juga perlu lebih hidup dan menepati keperluan para pelajar untuk menguasai dan menguruskan kehidupan mereka. Dalam hal ini, pakar-pakar kurikulum seharusnya lebih bijak untuk menentukan isi kandungan pelajaran, tahap serta pedagogi yang sesuai untuk melaksanakan pendidikan asas kepada para pelajar. Penggabungan kurikulum secara holistik akan lebih memberikan makna kepada pelajar berbanding sistem pendidikan sekarang yang terlalu terikat kepada disiplin ilmu yang khusus. Contoh matlamat akhir pendidikan asas ialah jika seorang anak di bandar besar seperti Kuala Lumpur boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, maka perkara yang sama juga boleh dilakukan oleh pelajar di sekolah pedalaman. Jika anak-anak di Damansara tahu bahawa menjaga gigi itu penting untuk kebersihan diri, perkara yang sama juga perlu diketahui oleh pelajar lain.

Anda mungkin juga menyukai