Anda di halaman 1dari 3

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa
daya upaya saya, akan:
Taat kepada tuhan, raja dan negara ;
Menolong orang pada setiap masa ;
Menurut undang-undang pengakap.

Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap.


Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia.
Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala
ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan
tiga jari tengah diluruskan.

PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP

· Taat kepada Tuhan


Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama.
Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan
rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri
dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.

· Taat kepada Raja


Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong,
Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja
difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.

· Taat kepada Negara


Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara,
pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada
hal-hal yang boleh memburukkan negara.

· Menolong orang pada setiap masa


Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang
memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan
atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.

· Menurut Undang-undang Pengakap


Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan
semua prinsip yangterkandung dalam undang-undang
pengakap.
1.  Seorang pengakap hendaklah sentiasa
bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.
2.  Pengakap hendaklah taat kepada DYMM Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, raja-raja,
pemimpin, ibu bapa, majikan dan orang-orang
yang di bawahnya,
3.  Pangakap adalah berguna dan sanggup
menolong orang setiap masa.
4.  Pengakap bersahabat dengan semua pengakap
di seluruh dunia tanpa mengira keturunan, bangsa,
agama, kebudayaan, negara, warna kulit dan
pangkat.
5.  Pengakap adalah seorang yang sempurna 
pekerti dan sentiasa berbudi.
6.  Pengakap adalah baik dan kasihkan binatang.
7.  Pengakap adalah orang yang sentiasa menurut
perintah dan suruhan ibu bapa, ketua patrol dan
pemimpin tanpa soal.
8.  Pengakap adalah seorang yang sentiasa
tersenyum dan manis mukanya walaupun dalam
masa kesusahan.
9.  Pengakap itu seorang yang jimat dan cermat.
10.  Pengakap itu bersih dan suci fikirannya,
perkataannya dan perbuatannya

Anda mungkin juga menyukai