Anda di halaman 1dari 3

SK KAPIT

UNIT KELAB DAN PERSATUAN / UNIFORM

PANDUAN MELAKSANAAN AKTIVITI : PERATURAN & LANGKAH –


LANGKAH KESELAMATAN

A. SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI / PERJUMPAAN DALAM KAWASAN


SEKOLAH

Semua AJK dan ahli hendaklah:

1. Sentiasa menjaga ketenteraman sekolah.


2. Sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah.
3. Sentiasa menjaga kesempurnaan peralatan dan kemudahan sekolah yang
digunakan.
4. Menghubungi Guru Penasihat atau Klinik sekolah atau warden yang bertugas
pada hari berkenaan jika terdapat sebarang kecemasan.
5. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan orang di persekitaran dalam apa jua
aktiviti yang disertai/ dilaksanakan.
6. Menggunakan pakaian yang bersesuaian dengan jenis aktiviti dan mematuhi
peraturan – peraturan berpakaian yang ditetapkan oleh Persatuan.
7. Sentiasa mematuhi arahan Guru Penasihat dan peraturan – peraturan sekolah.
SK KAPIT
UNIT KELAB DAN PERSATUAN / UNIFORM

B. SEMASA PERKHEMAHAN / BERKURSUS

1. Perserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan / berkursus tanpa


kebenaran Guru Penasihat / AJK Penganjur.
2. Perserta dikenhendaki berkelakuan baik sepanjang perkkemahan / kursus demi
menjaga nama baik diri sendiri dan pihak berkenaan.
3. Semua peserta dikehendaki berdisplin dan sentiasa menepati masa.
4. Peserta dilarang sama sekali berdua-duan di tempat sunyi atau melakukan
sebarang perbuatan yang mencurigakan. Tindakan tegas akan di ambil termasuk
tindakan displin dari pihak sekolah jika seorang peserta didapati berkelakuan tidak
senonoh.
5. Jika berlaku sebarang kesulitan atau situasi kecemasan, peserta hendaklah
melaporkannya dengan segera kepada Guru Penasihat atau AJK Penganjur.
6. Semua peserta tidak dibenarkan berkeliaran semasa waktu tidur.
7. Semua peserta dikehendaki menjaga kebersihan kawasan perkhemahan / berkursus
pada setiap masa.
8. Peserta diingatkan supaya mengutamakan kepentingan pasukan / persatuan dalam
sebarang aktiviti yang dijalankan.
9. Semua peserta dikehendaki menjaga keselamatan diri dan rakan – rakan sepanjang
tempoh berkhemah / berkursus.
10. Semua peserta wajib menggunakan lencana nama masing – masing sepanjang
masa perkehemahan / berkursus.
11. Pakaian hendaklah kemas setiap masa dan bersesuai dengan jenis aktiviti.
12. Peserta dilarang keras merokok, berjudi, meminum minuman keras, menghidu
gam dan yang lebih ekstrim menagih dadah.
13. Peserta tidak digalakan membawa wang yang banyak atau barang kemas sewaktu
menghandiri perkhemahan, sebarang kehilangan adalah menjadi tanggungjawab
sendiri.
14. Peserta tidak dibenarkan mendekati kawasan larangan yang ditentukan oleh pihak
AJK Penganjur.
15. Peserta WAJIB mendapat kebenaran ibu bapa atau piha penjaga terlebih dahulu
sebelum menghadiri perkhemahan / berkursus.
16. Peserta hendaklah terlebih dahulu memaklumkan Guru Penasihat atau AJK
Penganjur jika menghidap penyakit yang disnggap kronik boleh membahayakan
diri dan orang lain serta alahan.
17. Peserta dilarang bermandi manda di luar waktu yang ditetapkan ( bagi aktiviti
perkehemahan).
18. Peserta dilarang sama sekali bermandi manda di kawasan larangan ( bagi aktiviti
perkkemahan – seperti di kawasan air dalam dan tempat mendapat sumber air
untuk memasak.
19. Peserta dikehendaki berkasut spajang waktu mereka berada di luar khemah ( bagi
aktiviti perkehemahan.
20. Peserta tidak dibenarkan berteduh di dalam khemah yang basah teruk atau
“dibanjiri”. Peserta hendaklah berhimpun di tempat di mana yang diarahkan oleh
Guru Penasihat atau AJK PEnganjur jika hujan lebat berlaku.
21. Peserta hendaklah mematuhi arahan dan memberi kerjasama yang padu kepada
Guru Penasihat dan AJK Penganjur.

C. SEMASA MELAKSANAKAN AKTIVITI LASAK / BERHALANGAN DI


DLAM ATAUPUN LUAR KAWASAN SEKOLAH

Aktiviti – aktiviti lasak yang dirancang dan dilaksanakan olah AJK hendaklah:

1. Sesuai dengan tahap kemampuan para peserta.


2. Tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada ahli sama ada kecederaan fizikal
mahupan tekanan mental.
3. Mendapatkan kebenaran daripada Guru Penasihat terlebih dahulu.
4. Memiliki unsur – unsur positif yang dapat dipelajari dan dipratikkan oleh peserta.
5. Mempunyai cara pelaksanaan yang altenatif sekiranya peserta gagal melakukan
melakukannya ( misalnya menyebarangi sungai menggunakan tali, dia dibenarkan
menyeberangi sungai itu dengan menggunakan jalan yang sedia ada dan
berdekatan tanpa menggunakan tali ).
6. Tidak melibatkan peserta yang mengidap penyakit kronik atau tidak sihat pada
waktu pelaksanaan aktiviti berkenaan.
7. Tidak memaksa tetapi menggalakkan peserta melakukannya aktiviti yang
mencabar minda.
8. Diuji terlebih dahulu leh pihak AJK Penganjur akan tahap kekukuhan dan
keselamatan halangan yang disediakan.
9. Ditangguhkan atau dibatalkan aktiviti berkenaan sekiranya keadaan cuaca dan
persekitaran tidak mengizinkan.
10. Sentiasa mengutamakan keselamatan semua pihak yang terlibat.

Disediakan oleh;
Mohd Azri bin Abdul Jalil
Setiausaha Kokurikulum
SK Kapit 2009

Anda mungkin juga menyukai