Anda di halaman 1dari 3

misteri lubang hitam yang bertebaran di angkasa lepas dikatakan menyamai konsep kejadian

aneh yang berlaku di segitiga bermuda apabila kapal atau kapal terbang yang melintasi kawasan
perairan itu ghaib secara tiba-tiba.

bagaimanapun, lubang hitam seumpama lubang gergasi, saiznya lebih luas daripada matahari
serta terawang di angkasa menyedut apa saja yang mendekatinya termasuk planet. malah
kekuatan sedutannya menyebabkan cahaya yang tidak memiliki jisim juga tidak mampu
melepaskan diri.

misteri yang menyelubungi kejadian lubang hitam itu bagaimanapun hanya mampu dikaji dari
jauh lantaran kemampuan sains dan teknologi manusia nyata masih belum mampu membawa
mereka menghampiri lubang itu.

menggunakan teleskop dan pengamatan terhadap bintang yang disesuaikan pula dengan pelbagai
hukum fizik yang berlegar sekitar bumi, pelbagai teori dikemukakan bagi mengisi kekosongan
pada ruangan jawapan yang dicetuskan misteri alam itu.

antara teori diterima pakai ahli astronomi adalah teori yang sama digunakan alat penyedut hampa
gas – kekuatan lubang hitam terjadi berikutan tarikan graviti dalam lubang itu adalah kuat
berbanding tarikan sekelilingnya. justeru, apa saja yang menghampirinya akan disedut.

bagaimanapun, kekuatan gravitinya ‘luar biasa’ dan amat dahsyat. dikatakan jika kekuatan
graviti itu wujud di bumi, ia akan memampatkan saiz planet ini menjadi sekecil bola yang
berjejari sekitar satu sentimeter.

teori lubang hitam sebenarnya dikemukakan lebih 200 tahun lalu. pada 1783, ilmuwan barat,
john mitchell mencetuskan teori mengenai kemungkinan wujudnya lubang hitam selepas beliau
meneliti teori graviti isaac newton.

beliau berpendapat jika objek yang dilemparkan tegak lurus ke atas akan terlepas dari pengaruh
graviti bumi selepas mencapai kelajuan lebih 11 kilometer perdetik, maka tentu ada planet atau
bintang lain yang memiliki graviti lebih besar daripada bumi.

bagaimanapun, perkataan ‘lubang hitam’ pertama kali digunakan ahli fizik amerika syarikat,
john archibald wheeler pada 1968. wheeler memberi nama demikian kerana lubang hitam tidak
dapat dilihat kerana cahaya turut disedut ke dalamnya sehingga kawasan sekitarnya menjadi
gelap.

menurut teori evolusi bintang, asal lubang hitam adalah sejenis bintang biru yang memiliki suhu
permukaan melebihi 25,000 darjah celcius. ketika pembakaran hidrogen di bintang biru yang
memakan waktu kira-kira 10 juta tahun selesai, ia menjadi bintang biru raksasa.

kemudian, bintang itu menjadi dingin dan bertukar kepada bintang merah raksasa. dalam fasa
itulah, akibat tarikan gravitinya sendiri, bintang merah raksasa mengalami ledakan dahsyat atau
disebut supernova dan menghasilkan dua jenis bintang iaitu bintang netron dan lubang hitam.
pengamatan dari teleskop sinar-x ruang angkasa selama lebih dari satu dekad menunjukkan
kekuatan tarikan graviti lubang itu menyebabkan ada bintang yang hancur dan ditelan olehnya.

sebelum ini, ahli astronomi sudah melihat bagaimana lubang hitam menyedut gas yang
berterbangan di sekitarnya. gas yang disedut itu menjadi panas sehingga memancarkan radiasi
dalam pelbagai panjang gelombang, mulai daripada gelombang radio hingga gelombang cahaya
tampak dan sinar-x.

berdasarkan pengamatan, ahli astronomi dari max planck institute for extraterrestrial physics,
jerman, pernah melihat sebuah bintang yang mendekati lubang hitam raksasa akhirnya lesap
ditelan lubang itu.

lubang hitam raksasa yang dilihat itu berada di pusat galaksi rx j1242-11 yang jaraknya
dianggarkan 700 juta tahun cahaya dari bumi. bintang yang disedut lubang hitam itu pula
memiliki ukuran sebesar matahari sistem suria kita.

bintang itu hancur sedikit demi sedikit dan disedut ke dalam lubang itu selama beberapa hari.
pada peringkat awalnya, bintang itu kehilangan gas yang berada di sekelilingnya.

selepas itu, bintang itu menjadi panas hingga jutaan darjah celcius dan hilang ditelan lubang
hitam. dalam proses itu, ia melepaskan tenaga yang kuat iaitu setara dengan tenaga yang
dihasilkan pada ledakan supernova.

ahli astronomi mengesan kedudukan lubang hitam dengan memperhatikan cahaya di sekitar
bintang ataupun gas di angkasa. apabila di suatu tempat itu tidak ditemui cahaya tetapi di
sekitarnya terdapat banyak objek angkasa menuju ke satu titik dengan kecepatan tinggi sebelum
hilang, maka titik berkenaan ditandakan sebagai lubang hitam.

terdapat banyak lubang hitam di seluruh semesta malah ada teori yang mengatakan di galaksi
bima sakti ini juga terdapat sebuah lubang hitam. justeru timbul persoalan sama ada matahari
kita dan planet yang mengelilinginya termasuk bumi akan disedut lubang hitam itu?

ahli astronomi memberikan jawapan, ‘tidak’ kerana berbanding galaksi lain, lubang hitam di
bima sakti dikatakan dalam keadaan tenang disebabkan sedikit saja objek sekitar yang
disedutnya.

misteri yang menyelubungi lubang hitam akan terus menarik minat ahli astronomi sehinggalah
satu jawapan yang benar diperoleh. selagi manusia belum mampu menjelajah jauh ke luar
angkasa, selagi itulah jawapan itu gagal diperoleh dan pelbagai teori tanpa bukti akan terus
dikemukakan bagi ‘menyelesaikan’ misteri alam itu.

fakta: lubang hitam


turut dikenali sebagai ‘bintang hitam’ dan ‘singularitas’.
kewujudannya dikesan pada 1783 oleh john mitchell.
luasnya melebihi saiz matahari.
menyedut apa saja di sekelilingnya termasuk bintang dan cahaya.
teori sedutan akibat tarikan graviti di lubang hitam lebih kuat dari kawasan sekitarnya.
teori menyatakan ia berlaku akibat letupan supernova bintang merah raksasa.

Anda mungkin juga menyukai

  • Dynamic NAT
    Dynamic NAT
    Dokumen1 halaman
    Dynamic NAT
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat
  • Diagnosa WAN
    Diagnosa WAN
    Dokumen11 halaman
    Diagnosa WAN
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat
  • Konfigurasi Network Firewall
    Konfigurasi Network Firewall
    Dokumen4 halaman
    Konfigurasi Network Firewall
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat
  • Laporan Samba
    Laporan Samba
    Dokumen4 halaman
    Laporan Samba
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat
  • Konfigurasi Static NAT
    Konfigurasi Static NAT
    Dokumen5 halaman
    Konfigurasi Static NAT
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat
  • Mengubah Hak Akses Folder Di Linux
    Mengubah Hak Akses Folder Di Linux
    Dokumen2 halaman
    Mengubah Hak Akses Folder Di Linux
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat
  • PHP
    PHP
    Dokumen2 halaman
    PHP
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat
  • Personal Firewall
    Personal Firewall
    Dokumen4 halaman
    Personal Firewall
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat
  • Counter
    Counter
    Dokumen12 halaman
    Counter
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat
  • Register
    Register
    Dokumen9 halaman
    Register
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat
  • Decoder
    Decoder
    Dokumen17 halaman
    Decoder
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat
  • Full Dan Half Adder
    Full Dan Half Adder
    Dokumen6 halaman
    Full Dan Half Adder
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat
  • Full and Half Subtract or
    Full and Half Subtract or
    Dokumen7 halaman
    Full and Half Subtract or
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat
  • Flip - Flop
    Flip - Flop
    Dokumen9 halaman
    Flip - Flop
    Sigit Herdian Prabowo
    Belum ada peringkat