Anda di halaman 1dari 5

Model Assure

1. Analisis Pelajar Ciri-ciri umum - Terdapat 26 pelajar yang berumur 7 tahun , iaitu 11 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan di dalam Kelas 1 B . Kebanyakan pelajar terdiri daripada kaum cina ,iaitu 18 orang pelajar dan hanya 7 orang pelajar yang berbumiputera. Walaubagimana pun, ramai pelajar adalah berasal daripada keluarga sosioekonomi yang bertaraf sederhana dan rendah. Didapati bahawa salah seorang ibubapa pelajar telah meninggal dunia dan diangkat oleh kawan bapanya. Kompetensi khusus peringkat masuk - 85% pelajar sudah menguasai kemahiran menulis dan mengetahui nombor dari 1 hingga 10. Ini disebabkan kebanyakan pelajar pernah belajar di sekolah tadika sebelum memasuki ke tahun 1. Stail pembelajaran - Walau stail pembelajaran individu ditentukan oleh personaliti individu yang berbeza tetapi didapati bahawa ramai pelajar gemar menggunakan gaya pembelajaran visual untuk belajar dengan cepat dan berkesan dengan melihat isyarat badan, imej- imej dan gambar rajah.Terdapat juga pelajar auditori yang berada di kelas ini. Pelajar-pelajar seperti ini suka belajar dengan cara menyanyi atau mendengar untuk mendapat maklumat . 2. Nyatakan Objektif A(udience) = Pelajar terdiri daripada pelajar tahun 1 , hanya 85% pelajar telah menguasai dan mengenal pasti nombor dari 1 hingga 10 . B(ehaviour) = C(ondition) = Pelajar dapat membuat pengiraan operasi tambah serta menulis tanda + dengan tepatnya . Pelajar berlajar di dalam kelas yang luas dan mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti kipas , projekter , komputer dan sebagainya. Ia hanya melibatkan pelajar dan guru sahaja. D(egree) = 100% pelajar dapat mengenal pasti nombor 1 hingga 10 , serta 70% pelajar akan menguasai kemahiran pengiraan opearasi tambah melalui latihan pengukuhan dalam masa 6 minit. .

Pelajar akan diuji melalui latihan pengukuhan dan kuiz kerana sekurangkurangnya 70% pelajar perlu menguasai kemahiran ini sebelum memasuki ke topik yang seterusnya. 3. Nyatakan kaedah ,media dan bahan Kaedah: Oleh sebab ramai pelajar adalah pembelajaran visual dan audio , maka guru akan menggunakan Teknik menyanyi dalam langkah set induksi untuk menarik minat pelajar dengan pengajaran yang seterusnya. Lagu Ten Little Fingers ditayangkan melalui Projekter dan pelajar akan menyanyi serta membuat gerakan bersama sama mengikut lirik lagu tersebut. Dengan ini, ia akan memperkukuhkan lagi ingatan pelajar terhadap nombor 1 hingga 10 bagi mencapai objektif pengajaran iaitu 100% pelajar akan menguasai nombor 1 10. Selain itu, guru juga akan menggunakan kaedah demonstrasi dan teknik menyoal semasa memberi penerangan tentang operasi tambah. Semasa memberi penerangan, seorang pelajar akan ke hadapan dan memegang 3 straw , dan seorang pelajar pula akan memegang 2 straw . Lepas itu, guru menyoal dan membinbing pelajar mengira straw yang berada pada kedua-dua pelajar tersebut. Pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidah hanya mendengar sebaliknya mereka melalui atau melihat sendiri apa yang berlaku seiring dengan apa yang mereka dengar. Media & Bahan Guru akan menggunakan komputer , LCD dan projekter semasa menjalankan set induksi dan kuiz . keberkesanan Lagu Ten little fingers ditayang melalui projekter adalah lebih baik daripada penggunaan radio. Ini disebabkan pelajar dapat melihat tayangan dan membuat gerakan bersama sama mengikut lirik lagu tersebut. Ia akan menjimatkan masa bagi Set induksi dan guru dapat menggunakan masa yang selebihnya untuk memberi penerangan tentang operasi tambah. Soalan-soaln kuiz juga akan ditayangkan di atas screen dalam format untuk mencari jawapan atau membuat Powerpoint agar semua pelajar dapat melihat soalan kuiz dengan jelas . Selain itu, guru juga dapat bersama dengan seluruh kelas pelajar pembetulan atas screen . Tambahan pula, bahan-bahan media pengajaran visual seperti straw juga digunakan semasa guru menerangkan operasi tambah dengan pelajar. Ia akan membangkitkan

keinginan, minat baru , motivasi dan merangsang pelajar untuk belajar tentang pengajaran yang seterusnya. Straw juga boleh digantikan dengan bahan-bahan lain seperti gula , pen , pembaris dan sebagainya. 4. Gunakan media dan bahan Sebelum menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru akan menyediakan segala media dan bahan terlebih dahulu seperti Komputer,projekter , LCD , Straw dan sebagainya. Langkah ini adalah sangat penting kerana guru harus mahir menggunakan segala media dan bahan yang disediakan ,serta memastikan bahawa ia dapat berfungsi dengan berkesan dan lancar bagi mengelakkan keadaan kelam-kabut semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, guru harus memilih media dan bahan yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mencapai objektif pembelajaran. Dalam langkah 2 , soalan kuiz disediakan dalam format power point, maka guru harus menggunakan Microsoft Power Point dan menaipkan soalan quiz dalam bentuk powerpoint iaitu slide show. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan .Kumpilan Pelajar yang mendapat jawapan yang betul akan diberi gula sebagai hadiah. Suasana pengajaran juga adalah penting bagi menetapkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran .Oleh itu , guru harus memastikan bahawa projector, LCD dan komputer yang disediakan di dalam bilik multimedia adalah berfungsi dengan baik . Selain itu, kipas dan lampu harus berada dalam keadaan yang baik agar pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan gembira. 5. Libatkan pelajar -Dalam set induksi, pelajar pelajar aktif melibatkan diri dalam aktiviti membuat gerakan sambil menyanyi lagu Ten little fingers . -Semasa memberi penerangan tentan operasi tambah, kebanyakan pelajar media seperti straw agar memahami apa yang diajar oleh guru. - Semasa menjalankan aktiviti kuiz, pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberi peluang untuk menjawab soalan kuiz mengikut giliran . Pelajar-pelajar akan bekerjasama mencari jawapan dengan menyusun kad-kad kecil yang disediakan oleh guru. Bagi kumpulan yang dapat menjawab semua soalan kuiz yang betul akan diberi hadiah. suka akan kaedah demonstrasi kerana ia melibatkan pelajar dengan aktif dalam menggunakan bahan

- Sebagai penutup, guru akan memberi latihan pengukuhan serta merta seperti latihan buku kerja dan membincangkan jawapan bersama-sama supaya pelajar memberi tindak balas yang betul.

6.

Nilai dan semak semula bahan Dalam Set induksi, lagu Ten little fingers yang ditayangkan dalam Window media classis amat memuaskan. Ia telah menbangkitkan minat dan ingin belajar yang terdapat pada pelajar . Pelajar suka menyanyi sambil membuat gerakan mengikut lirik lagu. Dalam langkah 1 iaitu semasa guru memberi penerangan tentan operasi tambah, pelajar berasa begitu bersemangat kerana setiap pelajar mungkin mempunyai peluang dipanggil oleh guru untuk mendemokrasi dengan bahan (straw) yang disediakan oleh guru. Hasil kaedah demonstrasi ini amat sesuai kerana kebanyakan pelajar adalah pembelajaran visual dan audio.Meraka lebih minat membuat dan melihat dengan sendiri daripada hanya mendengar sahaja. Dalam langkah 2 , soalan-soaln kuiz disediakan dalam bentuk powerpoint(slide show) dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Melalui cara ini, pelajar yang sudah mahir boleh berperanan sebagai guru kecil untuk membimbing atau mengajar pelajar yang kurang mahir. Ia amat berkesan untuk mencapai objektif pembelajaran iaitu sekurang-kurang 70% pelajar dapat menguasai kemahiran operasi tambah. Dalam penutup, guru menjalankan aktiviti pengukuhan serta merta untuk menguji setakat mana pelajar menguasai kemahiran tersebut. Latihan buku kerja akan diedahkan oleh guru kepada pelajar. Walaubagaimana pun, didapati bahawa sesetengah pelajar tidak dapat menyiapkan latihan tersebut dalam masa yang ditetapkan. Ini disebabkan mereka masih belum menguasai kemahiran tersebut , maka latihan buku kerja yang disediakan adalah kurang sesuai dengan tahap kumpulan pelajar tersebut . Oleh itu, guru harus mengubahsuai dan menyediakan latihan pengukuhan yang lebih sesuai dengan tahap pelajar. Contohnya, latihan buku kerja disediakan kepada pelajar yang sudah mahir, manakala satu latihan pengukuhan lagi disediakan kepada pelajar yang kurang mahir. Bagi pelajar yang belum mencapai objektif pembelajaran iaitu 70% pelajar harus menguasai kemahiran operasi tambah, guru akan cuba untuk membantu pelajar sedemikian untuk mencapai objektif pembelajaran. Guru akan membimbing pelajar untuk membuat latihan secara one by one selepas waktu persekolahan atau semasa pelajar-

pelajar lain sedang munbuat kerja rumah. Kemudian, guru akan menguji semula pelajar tersebut dengan mengemukakan beberapa soalan kuiz lagi bagi mengetahui setakat mana kefahaman konsep pelajar . Sebenarnya, sebagai seorang guru, ia adalah sangat penting untuk menilai proses pengajaran, kaedah dan media yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, soalan soalan harus dibangunkan untuk mengukur pencapaian guru dalam pengajaran tersebut .Contohnya, - Adakah set induksi mencetuskan minat pelajar? - Adakah media yang disediakan berkesan ? - Adakah bahan Bantu mengajar boleh dipertingkatkan lagi ? - Apakah langkah yang harus dilakukan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan proses Pengajaran dan pembelajaran? - Apakah kemahiaran yang pelajar harus menguasai dalam topik hari ini?

Anda mungkin juga menyukai