Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA CADANGAN PEMBINAAN SURAU AL-ANSAR TAMAN CORAL HEIGHTS SIKAMAT 70400 SEREMBAN

MUKADDIMAH

Cadangan untuk mendirikan sebuah surau bagi kemudahan jemaah Taman Coral Heights dan kawasan sekitarnya adalah hasil daripada perbincangan dan persetujuan daripada beberapa wakil penduduk yang prihatin terhadap permasaalahan umat islam di taman ini dan sekitarnya, yang merasakan perlunya sebuah surau dibina dalam taman ini.

Cadangan pembinaan surau ini, disamping untuk menunaikan kewajipan solat berjemaah , ianya juga dapat menunaikan tuntutan fardhu kifayah seperti urusan kematian ( khairat kematian ) dan juga melibatkan berbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan serta pendidikan agama. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di surau ini , sedikit banyak dapat mengatasi permasalahan sosial dikalangan ahli kariah taman ini dan sekitarnya

Rumah di Taman Coral Heights ini terdiri daripada fasa 1, fasa 2, fasa3 dan fasa 4 dan di sekitarnya dikelilingi beberapa buah taman iaitu Taman Desa Rhu, Taman Penaga 2, Taman Sri Pulai dan Taman Pulai Impian.

Jumlah penduduk Taman Coral Heights dianggarkan seramai 2,000 orang penduduk yang beragama Islam , terdapat juga penduduk yang berhampiran taman ini dianggarkan seramai 2,000 orang penduduk Islam.

Merujuk pelan pemaju perumahan Taman Coral Heights ini , memang sudah direzabkan satu tapak untuk didirikan sebuah surau bagi tujuan kegunaan penduduk Islam di kawasan ini. Menyedari kemudahan yang telah disediakan oleh pemaju perumahan Taman Coral Heights , maka beberapa wakil penduduk di sini

telah mengambil satu langkah proaktif mencadangkan didirikan sebuah surau di tapak yang telah disediakan oleh pemaju perumahan Taman Coral Heights.

Adalah menjadi tanggungjawab kami melalui wakil-wakil penduduk Taman Coral Heights dan kawasan taman perumahan yang berhampiran untuk mewujudkan sebuah surau di kariah kami ini , insyallah dengan terbinanya sebuah surau ini nanti ianya akan dapat mengatasi dengan baik pelbagai permasaalahan yang wujud di kariah kami dan dapat memberi kemudahan kariah taman ini berurusan dalam halhal kebajikan kariah taman ini.

Kos keseluruhan dianggarkan berjumlah RM300,000.00 . Kos tersebut merangkumi pembinaan bangunan surau, pagar, lanskap dan kelengkapan peralatan surau dan Sasaran kerja-kerja pembinaan dijangka bermula penghujung tahun 2009 dan ianya dijangka siap awal tahun 2010. Sumber kewangan untuk menampong kos pembinaan bangunan telah diputuskan oleh AJK penaja surau melalui beberapa kaedah diantaranya ialah dengan menjual lot-lot wakaf tapak surau, menjual kuponkupon bercetak , sumbangan dari penduduk/kariah taman, sumbangan dari individu, yayasan-yayasan dan juga sumbangan dari badan-badan korporat. Sehingga hari ini jumlah kutipan yang terkumpul berjumlah RM 38,044.16 ( berakhir Ogos 2008 )

RASIONAL

Antara rasional yang wujud ialah :-

1. Ketiadan tempat bagi tujuan urusan kebajikan ahli kariah seperti kematian , kenduri-kendara dan sebagainya

2. Ketiadaan tempat untuk bermusyuarah dan berbincang demi kepentingan ahli kariah di kawasan ini

3. Jumlah ahli kariah yang ada di kawasan ini dianggarkan seramai 300 orang penduduk islam dan dijangkakan jumlah ini akan bertambah bilamana semua rumah telah didiami.

4. Wujud pelbagai masaalah sosial yang melibatkan ahli kariah kawasan ini seperti kecuraian, pecah rumah , lumba haram dan sebagainya.

5. Kariah Masjid Sikamat yang terlalu luas menyukarkan ahli kariah kawasan ini untuk urusan kematian, kenduri-kendara dan sebagainya.

6. Pelbagai pihak telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan dan bantuan untuk mendirikan sebuah surau demi kepentingan ahli kariah kawasan ini.

7. Pemaju perumahan Taman Coral Heights telah menyediakan tapak surau untuk kegunaan ahli kariah di kawasan ini

8. Penduduk kawasan ini pada dasarnya telah amat bersetuju untuk mendirikan sebuah surau di tapak yang telah disediakan

OBJEKTIF

Antara objektif utama mengapa perlu didirikan sebuah surau di kawasan ini adalah :-

1. Segala urusan kebajikan dan tuntutan ahli kariah di kawasan ini dapat dipermudahkan ,dengan adanya kemudahan sebuah surau, insyallah

2. Meningkatkan lagi kefahaman Islam ahli kariah melalui majlis-majlis ilmu dan kelas pengajian agama yang akan diadakan.

3. Merapatkan hubungan silaturrahim dan seruan dakwah antara penduduk yang beragama Islam dengan bukan Islam di kawasan ini melalui aktiviti kemasyarakatan seperti ziarah, sambutan perayaan dan sebagainya.

4. Berusaha mengatasi masaalah sosial yang sering berlaku di kawasan ini melalui jawatankuasa surau yang akan diwujudkan.

5. Melahirkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu berteraskan syariat Islam dengan pelbagai aktiviti yang terancang dan berfaedah.

6. Memupuk semangat berkerjasama dan bermaufakatan di kalangan ahli kariah di samping mengeratkan hubungan silaturrahim semua kaum.

7. Meningkatkan pembangunan belia Islam di kawasan ini dengan program yang dirancang seperti rakan surau , eksipedisi solat dan sebagainya agar tidak terjebak dengan gejala sosial.

8. Mengwujudkan dikalangan ahli kariah dengan budaya membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran melalui majlis-majlis ilmu di surau ini

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA SURAU TAMAN BUKIT CORAL

PENAUNG Tn. Hj. Mohd Kharudin bin Dato Hj.Zakaria

PENASIHAT

Sdr. Norazlan bin Ismail

PENGERUSI Ustaz Rosmin bin Adam

NAIB PENGERUSI Ustaz Affendy bin Mat Nor

SETIAUSAHA Sdr. Samsuri bin Ahmad

PEN. SETIAUSAHA Sdr. Rozali bin Muhammad

BENDAHARI Sdr. Abu Aziz bin Rahim

AHLI JAWATANKUASA:-

BIRO PENDIDIKAN & DAKWAH:1. Sdr. Mohd Shafry bin Hj Adam 2. Sdr. Mohd Fairuz Bin Hassan

BIRO SOSIAL DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT:1. Sdr. Abd Rahim bin Rudin

2. Sdr. Asdollah bin Ujang

BIRO KEBAJIKAN:1. Sdr. Ismail bin Mohamad 2. Sdr. Mohd Nazri bin Abdul Samad

BIRO BELIA:1. Sdr. Ruzaidi bin Deraman 2. Sdr. Zaffri bin Ismail

BIRO PENERANGAN & PENERBITAN:1. Sdr. Mohd Shaifullah bin Mohd Husain 2. Sdr. Faizal bin Mokhtar

BIRO HAL EHWAL WANITA ( HELWA ):1. Ustazah Sitiwan binti Selamat 2. Pn.Noraini binti Othman

PEMERIKSA KIRA-KIRA:1. Sdr. YM Raja Mohd Zaki bin YM Raja Deraman 2. Tn.Haji Mohd Adnan bin Hassan

Anda mungkin juga menyukai