Anda di halaman 1dari 15

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

Penghargaan
Pertama sekali,saya ingin melahirkan rasa bersyukur ke atas hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus mengenai pecapaian dan sumbangan tokoh-tokoh islam dalam bidang perubatan ini.

Terhasilnya lkerja kursus ini adalah berkat usaha saya yang bertungkus lumus bagi memastikankerja kursus ini berjaya disiapkan tepat pada waktunya. Tanpa usaha gigih serta kerjasama tidak mungkin semuanya akan terhasil.

Justeru itu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Ustaz ABD Rahman Siraj kerana tunjuk ajarnya dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada ibubapa dan juga rakanrakan saya yang memberikan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti sokongan mental, bantuan kewangan dan sebagainya.

Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kerana membantu saya. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas jasa kalian semua. Sekian, terima kasih.

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

MEGAT AZHAR B. MEGAT AHMAD ZAHER

ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON Alamat No. Telefon : : No 27 LRG 33, TMN Gurun Jaya, 08300 Gurun, Kedah 019-5143847 MAKLUMAT DIRI Umur No.Kad Pengenalan Tarikh Lahir Tempat lahir Jantina Program Opsyen : : : : : : : 20 Tahun 900707-06-5697 07 Julai 1990 Hospital Jengka Lelaki Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Rekabentuk Dan Teknologi / Bahasa Inggeris/ Bahasa Melayu Warganegara Agama Bangsa Status : : : : Malaysia Islam Melayu Bujang

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

Pendahuluan
Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah. Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit. Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat). Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagaibagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidangbidang perubatan klinik, penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

Pencapaian dan sumbangan tokoh-tokoh islam dalam bidang perubatan.


Perkataan tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan, (kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak dapat mencari satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Kemajuan Tamadun Islam tidak terbatas hanya kemajuan kebudayaan semata-mata, malahan ia merupakan kemajuan yang serentak dengan kerohanian. Tamadun Islam bermula apabila berlaku peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t melalui Malaikat Jibril a.s pada bulan Ramadan tahun 610 Masihi, ketika Baginda berusia 40 tahun. Perkembangan Tamadun Islam di dunia Arab boleh dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafah al-Rashidin (61060M), zaman Bani Umaiyah (660-750M), zaman Bani Abbasiyah (750-1261M), zaman Bani Mughuliyah (Monggol) dan zaman Bani Uthmaniyah (1261-1924M). Kekuatan pengaruh Tamadun Islam turut menyumbang ke arah tercetusnya pembaharuan di Eropah dan seterusnya perluasan pengaruhnya hingga ke tamadun-tamadun lain seperti Tamadun Cina, Tamadun India dan Tamadun Melayu. Kekuatan Tamadun Islam ini telah berjaya menyumbang dalam pelbagai bidang seperti falsafah dan pemikiran, ekonomi, matematik, perkilangan dan bahasa. Selain itu, Tamadun Islam juga telah menjadi nadi dalam perkembangan dalam bidang perubatan. Dengan adanya tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Sina, Hunayn Ibnu Ishaq, Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Razi dan Abu Qassim Khalaf Ibnu Al- Zahrawi telah membawa Tamadun Islam dipandang tinggi oleh tamadun-tamadun lain. Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya ketika tamadun Islam mencapai kemuncak kegemilangannya. Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari pengaruh tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun Islam. Unsur dan pengaruh kuno adalah kebanyakannya berasal dari ilmu perubatan Yunani atau sistem perubatan Hippocrates, dan juga amalan-amalan perubatan dari India dan China. Ibnu Sina dan Al-Razi telah terus
6

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

mengevolusi dan memberi suatu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu perubatan Islam. Namun selepas empayar Islam yang gemilang mulai lesap, banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa Latin dan mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem Barat. Di benua kecil India, sistem ini terus bertapak dan diamalkan disamping sistem perubatan Ayurveda dan sistem perubatan Barat moden. Pencapaian Tamadun Islam dalam bidang perubatan terus berkembang apabila tapak-tapak tamadun gemilang telah mulai runtuh disebabkan peperangan dan penyakit yang merebak melanda penduduknya kira-kira 200 tahun sebelum HIjrah. Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman mulai lumpuh. Syria pula telah mengambil tempat sebagai pelindung bagi pemikiran ilmu perubatan asal dari Yunani. Puak Nestorian telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis dan berkembang ke peringkat yang disanjungi ramai menjelang abad ke-5 M. Puak Kristian mazhab Nestorian inilah yang membawa tamadun Yunani bersama mereka ketika diusir. Mereka menterjemah karyakarya perubatan Yunani ke bahasa Syria dan mengembangkannya ke Mesopotamia. Apabila orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan Syria dan Parsi, mereka telah menemui tamadun ini. Kuasa Islam terus bertapak sehingga keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol. Dalam abad inilah tokoh-tokoh Islam menyerap tamadun yang terdapat di kalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-khalifah Islam telah membina pusat-pusat pengajian di Baghdad. Selepas itu akademi-akademi mulai ditubuh di Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademiakademi tersebut berpusat di masjid. Di masjid juga terdapat perpustakaan yang lengkap, klinik dan hospital. Doktor-doktor mazhab Nestorian dan Sabaen telah menterjemahkan buku-buku teks perubatan terutamanya karya-karya Galen. Kecenderungan umat Islam keturunan Arab terhadap ilmu perubatan terus mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan. Dengan ini ilmu perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran Hippocrates. Ilmu perubatan Islam berkembang pesat melalui sumbangan dari berbagai sumber dan arus yang mempengaruhinya mengikut tempat dan masa. Sumbangan
7

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

Islam kepada perkembangan ilmu perubatan bukan sahaja terbatas pada penterjemahan karya-karya Yunani tetapi mereka juga meninggikan bidang kimia dan materia medika. Tidak dinafikan bahawa hingga ke abad ke-18 M masih wujud lagi pusat-pusat perubatan di Eropah yang menggunakan karya-karya ciptaan pakar-pakar perubatan Islam yang terkemuka umpamanya Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Rusyd dan lainlain. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian umat Islam pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam. Salah seorang tokoh Islam yang termuka ialah Hunayn Ibnu Ishaq. Beliau merupakan seorang pengamal perubatan dan penterjemah yang terkenal. Beliau juga dikenali sebagai Joannitius yang dilahirkan di Hirah (Iraq) dan mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Mamun (813-833 M ) melantik beliau menjadi pengarah Institut al-Hikmah. Semasa pemerintahan Khalifah al-Mutawakil (847-861 M) beliau dilantik sebagai doktor istana. Hunayn Ibnu Ishaq telah berjaya menterjemah buku Materia Medika oleh Dioscorides, Aphorisma oleh Hippocrates dan hampir semua karya Galen. Terjemahan buku-buku ini ke dalam bahasa Arab adalah sangat berguna untuk pendidikan perubatan asas. Tokoh seterusnya ialah Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu Sina. Ibnu Sina atau lebih dikenali sebagai Avicenna dikalangan orang Barat merupakan seorang tokoh politik dan perubatan, falsafah dan fiologis yang terkenal di dunia. Beliau dilahirkan di Isfahan. Pada masa kecil lagi Ibnu Sina mempelajari bahasa Parsi dan Arab. Semasa berumur sepuluh tahun, beliau telah menghafal Al-Quran dan mula mempelajari ilmu perubatan ketika berumur enam belas tahun. Dua tahun kemudian, beliau menjadi terkenal apabila beliau dapat menyembuhkan sultan setelah doktor-doktor yang berpengalaman gagal. Beliau selepas itu telah dilantik menjadi doktor istana. Dengan itu beliau telah mendapat peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan pelbagai jenis buku. Beliau menghasilkan buku yang pertama ketika berumur dua puluh satu tahun. Sepanjang hayat Ibnu Sina, beliau telah menulis sebanyak 456 buah buku. Karyanya yang paling masyhur dalam bidang perubatan ialah Al-Qanun fi Al-Tibb yang
8

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.Ia dijadikan sebagai buku teks perubatan di negara Islam dan Eropah selama 600 tahun. Ibnu Sina telah dapat membincangkan penyakit - penyakit seperti tetanus, pleuritis, antraks dan diabetes dengan tepat. Beliau juga memberi gambaran klinikal yang tepat mengenai meningtis dan diagnosis. Sumbangan beliau terhadap bidang farmasi juga tidak kurang pentingnya. Dalam bukunya beliau telah membincangkan tentang proses penyediaan ubat . Beliau menyenaraikan pelbagai jenis ubat seperti antidot, pes, preservatif, jem, lozeng, pil, minyak , salap dan infusi. Beliau juga menyentuh mengenai kepentingan dos. Sumbangan ini telah menggalakkan pertumbuhan sejarah farmasi dengan secara langsung.Ramai lagi tokoh Islam dalam perubatan yang muncul selepas Ibnu Sina. Sumbangan mereka terhadap perubatan moden tidak boleh diperkecilkan. Boleh dikatakan asas ilmu perubatan moden sekarang berasal dari konsep-konsep yang ditimbulkan oleh pakar-pakar perubatan Islam. Tanpa sumbangan ini peruabatan moden tidaklah semaju sekarang. Malangnya, selepas keruntuhan kota Baghdad telah menyebabkan ilmu-ilmu yang dikumpulkan oleh orang-orang Islam terhapus. Orangorang Barat telah mengambil langkah yang kejam seperti memusnahkan buku-buku hasil karya Islam setelah mereka menguasainya.

Contoh buku Al-Qanun ti Al-Tibb yang masih digunakan pada masa kini. 9

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

Tokoh yang terakhir ialah Ibnu al-Nafis atau Alauddin Abu al-Hasan Ali Ibnu Abi al-Hazam al-Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar Damsyik pada tahun 607H(1210M).

Di situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan, termasuk al-Syiekh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi. Antara guru beliau yang lain dalam bidang perubatan ini termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim ibn Ali al-Dakhwar dan Imran al-Israili. Ibnu a-Nafis ialah rakan sepengajian dengan Maufiquddin qabu AL-Abbas Ahmad Iibnal-Qasim yang terkenal dengan nama Ibn Abi Usaibaah, penulis buku yang masyhur yang menceritakan tentang kedudukan dan kesarjanaan para ahli perubatan.Mereka kemudiannya berpindah ke Kaherah dan sama-sama bekerja di al-Nasiri. Di hospital inilah Ibnu al-Nafis telah mencapai kemajuan menjadi ketua hospital berkenaan, sementara Ibn Abi Usaibaah menumpukan perubatannya kepada perubatan mata. Beliau telah menetap di Kaherah sehingga beliau meninggal dunia pada 686 H(1288 M)sewaktu umur beliau 80 tahun. Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibn al-Nafis tetap mendalami ilmu-ilmu bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan, ada orang yang menyamakan beliau dengan Ibnu Sina. Malahan ada juga orang yang berpendapat bahawa beliau adalah lebih serlah dan terkemuka di dalam para sarjana Islam yang ada. Dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenalsebagai tokoh sarjana islam yang terkenal. Selain itu juga Ibnu al-Nafis juga melancarkan kempen memerangi wabak. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membina sebuah hospital. Sebagaimana para sarjana Islam yang lain,Ibnu al-Nafis telah menulis banyak buku-buku dan rencana. Walaubagaimana pun, kebanyakannya telah hilang. Antara buku beliau yang masih ada termasuklah al-Kitab al-Syamil Fi al-Tibb tentang ensiklopedia perubatan, Kitab al-Muhadhdhab fi al-Kuhl mengenai opthalmilogi, al10

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

Muhazzab berkenaan tentang perubatan mata, al-Mukhtar yang mengatakan tentang pemakanan, Syarh al-Hidayah adalah ulasan terhadap karangan Ibnu Sina tentang perubatan, al-Risalah al-Kamiliyyah fi al-Sirah al-nobawiyyah yang menyatakan tentang kisah hidup Nabi Muhammad. Selain itu al-Mujaziaiti ringkasan daripada kitab Ibnu Sina, al-Qanun. Fi I-Tahibbi dan beberapa kritikan terhadap karya Hipokrotes, Ibnu Sina dan Humaym Ibnu Ishaq.beliau juga menulis buku ringkas karya Aristotles tentang logik.

Ibnu al-Nafis adalah seorang lagi tokoh kesarjanaan Islam yang mewakili zamannya pada zaman itu. Beliau seorang yang mempunyai pandangan yang luas dan juga berfikiran kreatif dalam membuat kerjanya.di dalam kerjayanya sebagai seorang doktor, beliau sering dilantik sebagai doktor peribadi oleh pemerintah-pemerintah. Beliau banyak menguasai bidang ilmu agama iaitu ilmu akhirat meskipun yang paling utama sekali ialah bidang perubatan dan beliau seorang ahli fizik yang terkemuka di Mesir dan di negara Islam yang lain.

Sumbangan beliau kepada pembangunan ilmu dan tamadun manusia adalah sangat besar sekali kepada dunia islam pada zaman dahulu dan sekarang. Tidak hairanlah mengapa beliau antara tokoh yang tercatat dalam sejarah tamadun Islam. Perkembangan Tamadun Islam dalam bidang perubatan mempunyai ilmuilmunya yang tersendiri. Dalam zaman tamadun Islam tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ahli-ahli perubatan Islam pernah membedah mayat manusia. Walaubagaimanapun ulama fikah yang terakhir telah mengharuskan pembedahan mayat untuk tujuan pembelajaran. Abdul Latif Al-Baghdadi selepas memeriksa beratusratus struktur rangka manusia telah merumuskan bahawa tulang bawahan manusia terdiri daripada satu sahaja. Ahli perubatan Islam mengasaskan pentafsiran mereka tentang fungsi anggota badan manusia dan proses penghayatannya mengikut teori Jalinus. Daripada pentafsiran yang dibuat, mereka mendapati bahawa badan manusia terdiri daripada tiga unsur iaitu cecair, bebeku dan roh.

11

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

Cecair adalah terdiri daripada humour dan unsur ini terbahagi kepada empat iaitu darah, kahak, hempedu kuning dan hempedu hitam. Keempat-empat unsur ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Darah adalah cecair yang panas dan basah. Darah terjadi di dalam limpa daripada makanan yang dihadamkan. Kemudian darah ini mengalir ke urat-urat halus dalam badan. Kahak adalah cecair sejuk dan basah. Tempatnya ialah di dalam urat-urat, berperam dan masak di sana untuk dijadikan makanan anggota-anggota badan. Manakala hempedu kuning adalah cecair yang panas dan kering. Hempedu kuning adalah berpunca daripada pundi-pundi kuning di dalam limpa dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang mengalir ke dalam usus di mana ia dibersihkan daripada lendir dan bahagian yang kedua menuju ke perut untuk membantu proses penghadaman. Hempedu hitam pula merupakan cecair yang sejuk dan kering. Ia dikeluarkan oleh hati yang menyimpan bahagian yang terbaik daripadanya dan menghantar sebahagian yang lain ke pangkal perut. Ini adalah untuk membuka selera makan. Bebeku adalah yang terdapat dalam badan manusia iaitu daging, tulang dan lain-lain. Roh yang terdapat di dalam manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu roh tabii yang berpunca dari hati, roh hidup berpunca dari akal fikiran dan roh haiwan berpunca dari otak yang merupakan pusat tertinggi bagi perasaan dan pergerakan. Para ahli perubatan Islam telah membina teori yang mengatakan bahawa penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan atau kerosakan struktur keempat-empat cecair di dalam badan. Ketidakseimbangan ini menyebabkan badan tidak stabil. Rawatan diperlukan untuk membantu badan mengembalikan keseimbangannya iaitu dengan memberikan makanan atau ubat yang berupaya melawan penyakit tersebut. Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka kepada dunia perubatan. Mereka telah berjaya membuka mata masyarakat bahawa Tamadun Islam mampu melahirkan tokoh-tokoh yang bijak pandai. Kejayaan mereka telah mendapat penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan
12

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakan Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bebola mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi fan farmakognosi masih ketara hingga kini. Materia media penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam telah menghasilkan tiga prinsip penting iaitu yang pertama dalam bidang kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah. Yang kedua, Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi. Yang ketiga, Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat. Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat telah dikemukakan oleh tamadun Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap, serbuk, minyak, pes, pil tablet, rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara membuat ubat, umat Islam adalah umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan mutu ke atas hasilnya. Seorang pegawai khas akan dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pengawalan mutu.

13

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

REFLEKSI Assalamualaikum. Bersyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izi-Nya dapat menyiapkan tugasan TITAS ini dengan lengkap dan selamat jayanya walaupun beberapa kali menemui masalah dalam mencari maklumat bagi mengukuhkan informasi yang akan dimuatkan dalam tugasan ini. Saya juga menemui masalah dalam mencari maklumat untuk dimuatkan dalam tugasan yang diberikan ini.Saya juga mengalami kekusutan dalam mengolah semula bahan-bahan rangsangan seperti buku rujukan untuk mendapatkan maklumat yang padat dan ringkas bagi menghasilkan tugasan yang berilmiah serta menarik mengenai pencapaian dan sumbangan tokoh-tokoh islam dalam bidang perubatan. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada pensyarah saya ,Ustaz Abdul Rahman B. Siraj yang tidak putus-putus berusaha mendidik ,serta memberi buah fikiran yang berkesan agar penyampaian maklumat mengikut kehendak format yang ditetap. Saya ingin berterima kasih kepada ibu dan bapa ,kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak menghulurkan input-input yang berguna dan memberi semangat yang membakar membuatkan saya agar lebih tekun untuk berusaha dalam menjayakan tugasan yang diberikan ini. Akhir kata, Oleh itu, saya bertuah dapat mempelajari serta memperoleh ilmu ini kerana ,saya dapat mempelajari sesuatu yang baru dan menarik dan berharap ia akan terus kekal di dalam diri saya ,dan dapat saya gunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran kelak sebagai seorang pendidik.saya berharap tugasan yang disempurnakan dapat memuaskan semua pihak dan berguna dalam proses pembelajaran dan pengajaran Sekian, terima kasih.

14

TITAS 2010 IPTHO PISMP SEM 1

RUJUKAN
Islam dan Perubatan oleh Alwi Mohd Yunus (ED). (Institut Perkembangan Minda Kuala Lumpur, 1997) Kedoktoran Islam oleh Ahmad Taha. (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur 1992) Pengenalan Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan oleh Ismail Samad. (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur, 1985) INTERNET

http://www.erols.com/gmqm/euromed1.html http://www.erols.com/gmqm/euromed2.html http://www.erols.com/gmqm/euromed3.html http://www.erols.com/gmqm/places1.html http://www.erols.com/zenithco/razi.html http://www.erols.com/zenithco/sina.html http://www.erols.com/zenithco/zahravi.html http://www.muslimsonline.com/~azahoor/index.html


http://www.evans.carson.amedd.army.mil/PHARM/clfps/thom/hist13.html

15

Anda mungkin juga menyukai