Anda di halaman 1dari 8

DePAN dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi

B Dato Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN), buku-buku e-Pembelajaran dan Portal Malaysia Education Online (MEdO) pada 16 April 2011 di Hotel Pan Pacific KLIA. Pelancaran DePAN bertepatan dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi yang menyasarkan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum di semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara menjelang tahun 2015 selain memperkukuh dan memantapkan pembelajaran sepanjang hayat. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha KPT, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor IPTA, Ketua Jabatan, ahli MEIPTA dan para pelajar IPT. Penggubalan DePAN mengambil kira hasil rumusan kajian oleh ahli MEIPTA yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi. Kajian yang bertajuk Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia merupakan kerjasama antara pihak KPT dan MEIPTA telah mendapat maklumbalas daripada 6301 pelajar dan 1365 kakitangan akademik dari seluruh Malaysia. Dalam majlis tersebut, YB Menteri mengharapkan menjelang tahun 2015semua kakitangan dan pelajar IPT turut disasarkan dapat menggunakan e-Pembelajaran di semua peringkat negeri dan antarabangsa di mana IPT diharap dapat berkongsi amalan terbaik dalam e-Pembelajaran. Ini bermakna sesiapa saja yang sebelum ini tidak dapat memasuki universiti atas alasan tertentu kini boleh mendapatkan ilmu menerusi wadah ini. Pembesaran universiti dan kawasan juga tidak lagi menjadi isu yang besar.

2
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera erlebih dahulu dipanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah izinya, Buletin MEIPTA Bil.2 dapat diterbitkan dengan jayanya. Terima kasih di atas kerjasama semula ahli MEIPTA yang mengilhamkan penerbitan buletin ini dalam usaha memacu perkembangan e-Pembelajaran di Malaysia. Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) telah dilancarkan secara rasminya oleh YB Menteri Pengajian Tinggi pada 16 April 2011. Sempena majlis tersebut, buku-buku e-Pembelajaran dan Portal Malaysia Education Online (MEdO) turut dilancarkan. Melalui DePAN, Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum di semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara menjelang tahun 2015 selain memperkukuh dan memantapkan pembelajaran sepanjang hayat. YB Menteri dalam ucapannya menyatakan pada tempoh itu semua IPT harus sudah mempunyai 30 peratus atau lebih kurikulum kursus dalam mod campuran iaitu bersemuka dan atas talian. Persidangan MEIPTA kali ke-11 yang bertemakan Insentif dan Pengiktirafan e-Pembelajaran telah berlangsung pada 3 Mac 2011 di Melalui DePAN, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. InsyaAllah, persidangan kali Kementerian ke-12 akan diadakan di UNISZA pada Jun 2011. Untuk tahun 2011 Pengajian juga, MEIPTA bercadang menerbitkan sebuah lagi buku e-Pembelajaran Tinggi menyasarkan mengenai Web 2.0. Komitmen jitu yang ditunjukkan oleh semua IPTA menyakinkan bahawa buku ini akan diterbitkan pada hujung tahun ini. e-Pembelajaran dapat Penerbitan buku ini akan memantapkan kelestarian e-Pembelajaran dilaksanakan secara optimum di semua peringkat pengajian tinggi di Malaysia. Akhir kata, saya menyeru kepada semua rakan-rakan MEIPTA untuk institusi pengajian tinggi terus memperkukuhkan pelaksanaan e-Pembelajaran di IPTA masing- (IPT) negara menjelang masing. Saya amat optimis dengan percambahan idea dan perkongsian tahun 2015 pengalaman melalui persidangan MEIPTA ini dapat diimplementasikan dengan jayanya.

Sekian, wassalam. Prof. Dr. Mohamed Amin Embi Pengerusi Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) 2010-2011

Sidang Pengarang
Penasihat Prof. Dr. Mohamed Amin Embi Editor Kehormat Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab | Prof. Dr. Abdul Halim Sulaiman | Prof. Dr. Hanafi Atan Ketua Editor Encik Mohd Najib Adun Grafik & Aturletak Encik Hashim Muda | Cik Duratul Ain Yahya

3
DePAN
Penyata Dasar: e-Pembelajaran untuk pembelajaran yang berkualiti, fleksibel, dan kolaboratif untuk menghasil graduan yang serba boleh dan kompetetif di arena global. Definisi e-Pembelajaran: Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran.

Fasa: DePAN mempunyai tiga fasa dan akan berjalan selama lima tahun dari tahun 2011 2015 seperti berikut: a. Fasa Permulaan (2011-2012) b. Fasa Pengisian (2013-2014) c. Fasa Optimum (2015) RoadMap: Meliputi lima tunggak yang menjadi asas kepada DEPAN seperti berikut: i. Infrastruktur ii. Struktur Organisasi iii. Kurikulum dan e-Kandungan iv. Perkembangan Profesional, dan v. Pembudayaan Tunggak Infrastruktur memberi tumpuan kepada tiga bidang fokus e-Pembelajaran iaitu menyediakan: a. Jalur lebar b. Helpdesk atau meja bantuan, dan c. Peralatan ICT Tunggak Struktur Organisasi memberi tumpuan kepada lima bidang fokus e-Pembelajaran iaitu menentukan: a. Misi b. Plan c. Kepimpinan (pasukan) d. Polisi, dan e. Unit e-Pembelajaran Tunggak Perkembangan Profesional memberi tumpuan kepada tiga bidang fokus e-Pembelajaran iaitu meningkatkan: a. Pengetahuan b. Kemahiran, dan c. Sikap Tunggak Kurikulum dan e-Kandungan memberi tumpuan kepada empat bidang fokus e-pembelajaran iaitu: a. Kurikulum b. Pembangunan e-Kandungan c. e-Taksiran, dan d. Piawai e-Pembelajaran Tunggak Budaya memberi tumpuan kepada tiga bidang fokus e-Pembelajaran iaitu menyediakan: a. Kemudahan e-Pembelajaran b. Penggunaan e-Pembelajaran alam semua aktiviti di IPT, dan c. Insentif dan Dorongan

4
Persidangan MEIPTA ke-11
ementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama UKM telah mengadakan Persidangan Meja Bulat MEIPTA pada 3 Mac 2011 di Putrajaya. Persidangan MEIPTA kali ke-12 ini yang bertemakan Insentif dan Pengiktirafan e-Pembelajaran telah dihadiri oleh semua ahli MEIPTA daripada semua IPTA. Sempena persidangan tersebut, Majlis Penyerahan Buku e-Pembelajaran di IPTA Malaysia kepada semua IPTA telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Zarida Hambali, Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik KPT. Buku ini yang mengandungi 25 bab merupakan penerbitan pertama MEIPTA yang memperihalkan tentang amalan terbaik dalam pelaksanaan e-Pembelajaran setiap IPTA. Perkongsian amalan terbaik ini dapat memperkukuhkan pelaksanaan e-Pembelajaran sejajar dengan hasrat KPT untuk menyasarkan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum di semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara menjelang tahun 2015. Berdasarkan tema persidangan, ahli mencadangkan supaya kakitangan akademik yang melaksanakan e-Pembelajaran diberi insentif dan pengiktirafan seperti berikut: a. Mengurangkan beban pembelajaran. b. Mengambil kira dalam penilaian prestasi tahunan. c. Menyediakan geran pembangunan e-Pembelajaran. d. Memberikan sijil penghargaan kepada mereka yang aktif dalam e-Pembelajaran. e. Satu kertas kerja tentang bagaimana e-Pembelajaran diiktiraf sebagai penerbitan akan disediakan. Bagi tahun 2011, MEIPTA juga bercadang untuk mewujudkan jaringan antarabangsa mengenai e-Pembelajaran dengan IPT luar negara dan menghasilkan sebuah lagi buku bertajuk Application of Web 2.0 Tools in Teaching & Learning. Persidangan MEIPTA kali ke-12 akan diadakan di UniSZA pada Jun 2011.

Seminar LectureMaker
PA dengan kerjasama TM Smart School telah menganjurkan Seminar LectureMaker pada 22 Mac 2011 di Bilik Bengkel 3 CRIM yang telah dihadiri seramai 25 peserta merupakan Penyelaras e-Pembelajaran dan Jurulatih Utama e-Pembelajaran UKM. Semua peserta yang hadir telah didedahkan dengan perisian terkini iaitu LectureMaker dan TestMaker daripada TM Smart School. Perisian ini amat praktikal dan mudah untuk digunakan oleh semua pensyarah dalam membangunkan bahan kuliah interaktif. Menurut En. Analiz Alias (Ketua Pemasaran TM Smart School), produk ini telah digunakan oleh beberapa IPTA dan amat praktikal serta harga yang kompetitif. Sehubungan itu, untuk peringkat permulaan PPA mencadangkan agar setiap fakulti membeli sekurang-kurangnya 1 lesen perisian tersebut. TM Smart School dengan kerjasama PPA UKM akan mengadakan Bengkel Pembangunan e-Kandungan di Makmal Multimedia UKM pada 7-8 Julai 2011 dan terbuka kepada semua IPTA.

5
MEIPTA Dalam Media Arus Perdana

Sumber: Berita Harian/Varsiti Bil.72, 26 Mei - 1 Jun 2011

6
MEIPTA Dalam Media Arus Perdana
DePAN sedia pendidikan berkualiti melalui ICT
DA SA R e- Pem bel a ja r a n N ega r a ( DePA N ) di ba ngunk a n untuk menyediakan kerangka e-Pembelajaran berkualiti yang sesuai dengan konsep Model Baru Ekonomi (MBE) dan gagasan 1Malaysia. Objektif dasar tersebut ialah bagi menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua yang dapat direalisasikan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran), Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysai (UKM), Profesor Dr. Mohamed Amin Embi berkata, teknologi ePembelajaran yang terkini berupaya memudah cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme para akademik. E-Pembelajaran akan membuka akses dan memberi peluang kepada masyarakat negara ini melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat selain menghasilkan graduan yang mampu bersaing di arena global, katanya ketika ditemui di UKM Bangi, Selangor, baru-baru ini. Menurut beliau, kerangka DePAN mempunyai lima tunggak asas iaitu infrastruktur, struktur organisasi, kurikulum dan kandungan, perkembangan profesional dan pembudayaan yang merupakan kerangka e-Pembelajaran yang dilaksanakan bermula 2011. Setiap tunggak mempunyai bidang fokus dan setiap bidang fokus mempunyai aktiviti yang akan dilaksanakan fasa demi fasa. DePAN mempunyai tiga fasa dan akan berjalan selama enam tahun bermula dari tahun ini sehingga 2016. Setiap fasa akan memakan masa selama dua tahun, jelasnya. Tambahnya, DePAN berupaya meningkatkan keupayaan IPT agar lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat global selaras dengan objektif untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi e-pembelajaran yang terkini jelas berupaya menjadikan IPT lebih berdaya saing dan kompetitif di peringkat global serta berupaya menyediakan graduan, pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan pendidikan yang bertaraf dunia, ujarnya. Atas cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), sebuah majlis yang dikenali sebagai Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) telah ditubuhkan pada 12 November 2007 untuk menggalas peranan penting dalam menyalurkan maklumat tentang e-Pembelajaran kepada kementerian. Majlis ini diwujudkan bertujuan menjadi platform kepada usaha perkongsian dan kerjasama antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berkaitan e-Pembelajaran serta bagi menggembleng kepakaran dan sumber bagi memajukan e-Pembelajaran di IPTA. Jelas beliau, MEIPTA mempunyai peranan sebagai penghubung antara IPTA dengan KPT dalam hal-hal berkaitan e-Pembelajaran. Berdasarkan kepada premis bahawa IPTA dibiayai oleh dana awam, maka Majlis akan berfungsi berlandaskan kepada falsafah perkongsian kepakaran dan sumber untuk memajukan serta memantapkan pembangunan

sistem pengurusan pembelajaran, bahan pembelajaran dan amalan penggunaan e-Pembelajaran dalam kalangan IPTA, katanya. Beliau memberitahu, peranan majlis juga adalah untuk meninjau peluang perkongsian dan kerjasama selain membincangkan isu bersama antara IPTA dalam hal-hal berkaitan e-Pembelajaran. Selain itu, MEIPTA turut menjalankan aktiviti penyelidikan dan penerbitan mengenai e-Pembelajaran seperti menerajui penyelidikan bertajuk Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Perlaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia mulai Mei 2010 hingga Januari lalu. Penglibatan aktif dan kerjasama yang baik oleh semua ahli MEIPTA dari semua IPTA seluruh negara juga telah membolehkan majlis menerbitkan sebuah buku e-Pembelajaran yang bakal digunakan sebagai garis panduan oleh semua IPTA di negara ini, jelasnya lagi. Mohamed Amin berkata, Persidangan MEIPTA diadakan tiga atau empat kali setahun secara berkala dan tuan rumah dipilih secara bergilir antara IPTA dan sehingga kini sebanyak 11 kali persidangan telah berjaya diadakan. Pelbagai aktiviti dan program seminar, bengkel dan demonstrasi berkaitan e-Pembelajaran diatur sempena Persidangan MEIPTA bagi memberi manfaat kepada semua ahlinya dalam usaha untuk memantapkan perlaksanaan ePembelajaran di IPTA masing-masing.

Sumber: Utusan Malaysia, 29 April 2011

7
PERSIDANGAN PEMBANGUNAN AKADEMIK DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI 2011 (Conference on Academic Development in Higher Education 2011) ADHE2011
Pengenalan Pusat Pembangunan Akademik (CADe), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama AKEPT, MEIPTA dan MAGNETIC akan menganjurkan Persidangan Pembangunan Akademik di Peringkat Pengajian Tinggi 2011 (ADHE2011) yang akan dilaksanakan pada 2-4 November 2011. Persidangan 3 hari tersebut bertempat di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Persiaran MARDI-UPM, Serdang, Selangor. Tujuan Dan Objektif Seminar Seminar ini bertujuan untuk memartabatkan kualiti akademik dan kecemerlangan pegawai akademik IPT. Objektif seminar adalah seperti berikut: 1. 2. 3. Meningkatkan prestasi akademia yang berdaya saing di peringkat global. Memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh di IPT. Memberi peluang kepada para akademik untuk berkongsi idea, inovasi dan perkembangan terkini dalam pembangunan akademik. Maklumat Persidangan Lokasi dan Tarikh Tarikh : 2-4 November 2011 (Rabu - Jumaat) Lokasi : Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Persiaran MARDI-UPM, Serdang, Selangor

Kumpulan Sasaran 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pegawai akademik IPT (Tutor, Pensyarah, Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas, Felo Perunding, Felo Penyelidik) Pihak yang terlibat dengan pembangunan akademik di IPT. Pihak yang terlibat pengajaran dan pembelajaran di IPT Pegawai daripada badan kerajaan dan berkanun. Usahawan dalam Industri pendidikan. Pelajar siswazah.

Tema Pembangunan Akademia Berprestasi Tinggi Sub-tema 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Pembangunan akademia prestasi tinggi Penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Penyeliaan pelajar Teknologi pengajaran dan pembelajaran Pembangunan e-kandungan dan e-pembelajaran Pengurusan pembangunan akademik Kepimpinan akademik Isu semasa dalam pembangunan akademik Maklumat ADHE2011 boleh didapati dengan melunsuri laman sesawang berikut: http://cade.upm.edu.my/adhe2011/ Sebarang pertanyaan sila hubungi: Urusetia ADHE2011 Pusat Pembangunan Akademik Universiti Putra Malaysia TEL:03-8946 6112 / 03-8946 6135 Emel: adhe2011@putra.upm.edu.my

SPECIAL CALL FOR

The 3 International

rd

PAPER!

Bandung*Indonesia

Conference on e-Learning Sub Themes


Andragogy in Online Learning/Online Education Technogogy & Andragogy in Online Learning/Online Education Quality Assurance in Online & Mobile Learning Instructional Design for Online Learning/Online Education Best Practices Online Learning Strategies Best Practices Online Learning/Online Education System Development Best Practices Online Learning/Online Education Material Development Online Learning Best Practices in Online Training Management

Date Vanue

Optimizing and Empowering Online Education

: 29-30 November 2011 : Bandung Institute of Technology, Indonesia


MAY 17, 2011 JUNE 1, 2011 AUGUST 31, 2011 SEPTEMBER 29, 2011

For more information please visit http://i-learn.uitm.edu.my/icel2011

Abstract Submission Dateline : Notication of Acceptance : Full Paper Due : Registration Due :

Extended Dateline For MEIPTA Representatives

30 June 2011
in coorporation with:

co-organized by:

Anda mungkin juga menyukai