Anda di halaman 1dari 20

Buletin Pembangunan Akademik Bil.

4 Januari- Jun 2010


Bil.4 Januari-Jun2010 PusatPembangunanAkademik
UKM Ke Arah Institusi
Swa-Akreditasi:
Maklumbalas Positif dari
Panel Juruaudit MQA
Oleh: Mohd Najib Adun

umpuan dan perhatian terfokus pada


tanggal 22-26 Mac 2010 oleh semua warga
UKM sama ada di peringkat Fakulti, Institut,
Pusat, Kolej Kediaman, Jabatan dan Bahagian.
Kehadiran seramai enam panel Juruaudit dari
MQA sepanjang minggu tersebut telah sedia
maklum oleh warga UKM dan para pelajarnya.
Komitmen yang jitu dan keterlibatan semua
warga UKM dalam proses audit ini amatlah
dipuji dan sangat membanggakan.
Persiapan telah pun diatur oleh PPA
sejak tahun 2008 di mana penilaian dalaman
program prasiswazah dan pascasiswazah
telah dilaksanakan dengan kerjasama semua
PTJ. Penilaian dibuat berpandukan Code of
Practice Programme Accreditation (COPPA)
yang meliputi sembilan bahagian iaitu
Visi, Misi, Matlamat Pendidikan & Hasil
Pembelajaran; Reka Bentuk & Penyampaian
Kurikulum; Penilaian Pelajar; Pemilihan
& Khidmat Sokongan Pelajar; Kakitangan
Akademik; Sumber Pendidikan; Pemantauan
& Semakan Program; Kepimpinan, Governans
& Pentadbiran dan Penambahbaikan Kualiti
Berterusan.
Barisan panel Juruaudit MQA telah
mengaudit PPA pada 24 Mac 2010. Maklum
balas yang diterima amatlah positif
memandangkan PPA berperanan sebagai
pusat yang memberikan perkhidmatan
pembangunan ahli akademik, perkembangan
dan inovasi kurikulum, e-pembelajaran serta
Sistem Pengurusan Kualiti ISO.
Sejak penubuhan PPA pada tahun 1998,
kesinambungan kecemerlangannya diteruskan
sehingga kini dalam membantu ahli akademik
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Panel Juruaudit sangat teruja dan
menyokong penuh dengan beberapa dasar
berkaitan pengajaran dan pembelajaran
yang diperkenalkan oleh PPA seperti
Dasar Pengajaran & Pembelajaran, Dasar
e-Pembelajaran, Dasar Perkembangan
Profesional Ahli Akademik, Dasar
Pemindahan & Pengecualian Kredit, Dasar
Program Perantara Akademik, Dasar Latihan
Industri & Komuniti dan Dasar Pengalaman
Pembelajaran Menyeluruh.
PPA juga sedang dalam draf untuk
membangunkan Dasar Pembantu Pengajar
dan Dasar Pengajaran Berpusatkan Pelajar.
Selain itu, perancangan PPA untuk menjadi
pusat kecemerlangan KPT (Centre of Excellence
-CoE) juga disambut baik oleh panel Juruaudit.
Dengan kejayaan PPA sebagai Coe KPT, PPA
akan memperkenalkan dan menawarkan
program Sarjana & Doktor Pembangunan
Akademik kepada mereka yang menghadiri
kursus-kursus anjuran PPA serta perlu
memenuhi beberapa keperluan lain untuk
pengurniaan anugerah tersebut. MPU juga
telah meluluskan cadangan PPA ini untuk
dilaksanakan.
SPIN yang berfungsi sebagai medium
alternatif antara pensyarah dan pelajar dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga
dipuji oleh panel Juruaudit. Dengan adanya
pemantauan oleh PPA dan PTJ masing-
masing, penggunaan SPIN telah menunjukkan
perkembangan yang baik dari setiap semester
dan pencapaian ini disokong oleh Dasar e-
Pembelajaran UKM.
lihat halaman 3
.
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
vs
Bertekad menjadi pusat rujukan dan
penggerak program pembangunan
akademik bagi merealisasikan UKM
sebagai Pusat Ilmu Terpilih sebelum 2015.
cs
Meneraju dan memimpin ke arah
pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia
melalui perancangan dan pelaksanaan
program pembangunan akademik,
inovasi kurikulum serta pengajaran dan
pembelajaran.
9~ausut
Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat
cato- ~o-mut
Prof. Dr. Mohamed Amin Embi
Prof. Dr. Lilia Hanim
Dr. Salleh Amat
Dr. Sity Daud
~tau cato-
Encik Mohd Hanafah Omar
9~aoaatao
Encik Mohd Najib Adun
9~-~u -u/ d ta- ~tu
Encik Hashim Muda
a-a/oto
Encik Hashim Muda
Encik Mohd Hidayat Rahim
9~ao~au-ua
Encik Md Nora Md Don
Puan Nor Faridawati Bahari
auao 9~aus c'9
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

erlebih dahulu saya


merakamkan jutaan tahniah
kepada Sidang Pengarang Buletin
Pembangunan Akademik UKM
kerana berjaya meneruskan
penerbitan kali yang ke-4.
UKM baru sahaja melalui dua
proses audit yang penting iaitu
Audit Institusi MQA (UKM Ke Arah Institusi
Swa-Akreditasi) dan Audit Pengawasan ISO
SIRIM (Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan
Siswazah).
PPA sebagai pusat yang memainkan peranan
penting dalam menjamin kualiti akademik UKM
telah berusaha sebaik mungkin dengan bantuan
daripada semua PTJ lain untuk menghadapi proses
audit tersebut. Persediaan telah pun dilakukan sejak
tahun 2008 di mana penilaian dalaman Program
Prasiswazah dan Siswazah UKM berasaskan
keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).
Komitmen yang tinggi dapat dilihat di kalangan
semua warga UKM dalam menjayakan hasrat UKM
untuk menjadi Institusi Swa-Akreditasi.
PPA sehingga kini telah menggubal tujuh dasar
berkaitan pengajaran dan pembelajaran iaitu Dasar
Pengajaran & Pembelajaran, Dasar e-Pembelajaran,
Dasar Perkembangan Profesional Ahli Akademik,
Dasar Pemindahan & Pengecualian Kredit, Dasar
Program Perantara Akademik, Dasar Latihan
Industri & Komuniti dan Dasar Pengalaman
Pembelajaran Menyeluruh.
Selain itu, sebagai menyokong program
transformasi negara dan UKM, PPA sedang
mengorak langkah untuk menjadi Pusat
Kecemerlangan KPT (Centre of Excellence CoE)
yang akan menawarkan program Sarjana & Doktor
Pembangunan Akademik. Penawaran program
ini telah mendapat persetujuan MPU dan proses
pelantikan felo sedang dilakukan.
e-Pembelajaran juga terus dipergiatkan melalui
SPIN dan UKM telah dipilih sebagai Pengerusi
Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran
IPTA (MEIPTA) untuk tempoh 2010-2011. Program
latihan untuk ahli akademik juga terus dilaksanakan
oleh PPA dari masa ke semasa dalam memantapkan
kemahiran terkini para pensyarah.
Sehubungan itu, kerjasama daripada
semua fakulti/pusat/institut amatlah penting
dalam membantu PPA dan UKM mencapai
kecemerlangan.

Sederap Melangkah, Kejayaan Terserlah

9-o/. '-. v-. 9eu to aa//u c. 9umut
vu- c~/u 9~aou-u
3
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
PPA juga dalam usaha memperkenalkan
Anugerah e-Pembelajaran dan Anugerah
Inovasi Kandungan e-Pembelajaran kepada
ahli akademik dan cadangan ini akan
dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis
Teknologi Maklumat UKM untuk kelulusan.
Pelaksanaan e-Pembelajaran yang mantap
telah membolehkan UKM dilantik sebagai
Pengerusi Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-
Pembelajaran IPTA (MEIPTA) mulai 2010
2011.
Pembangunan Profesional Berterusan
(CPD) yang diperkenalkan oleh PPA kepada
ahli akademik UKM juga mendapat maklum
balas positif daripada panel Juruaudit. Melalui
CPD, semua kursus anjuran PPA akan diberikan
mata (point) untuk dikumpul oleh peserta bagi
keperluan SPPU. Bagi pensyarah yang baru
dilantik, Kursus Pengajaran & Pembelajaran
Efektif perlu dilalui sebelum disahkan dalam
perkhidmatan.
Selain itu, PPA juga melaksanakan
beberapa kursus untuk pensyarah seperti
Kursus Penyelidikan, Kursus Penulisan
Akademik, Kursus Penyeliaan Berkesan,
Kursus Pengurusan Stress, Kursus Persediaan
Cuti Belajar dan Penyelidikan, Kursus
Pembangunan Kurikulum Akademik dan
sebagainya.
Audit Kemudahan Mesra Pengguna
OKU yang dilaksanakan oleh PPA dengan
kerjasama semua fakulti juga mendapat pujian
dari panel Juruaudit. Beberapa langkah telah
dan sedang diambil oleh fakulti dan JPP untuk
mempertingkatkan kemudahan untuk OKU
di dalam kampus. Akses oleh OKU di setiap
ruang kemudahan yang disediakan untuk
pelajar mendapat perhatian pengurusan
universiti untuk diperbaiki.
Selain itu, Sistem Pengurusan Kualiti ISO
PPPS yang dilaksanakan oleh PPA untuk
memenuhi piawai SIRIM QAS juga mendapat
sokongan penuh dari panel Juruaudit.
Proses ISO yang bermula sejak 2002 telah
banyak membantu UKM menguruskan proses
kerja dengan lebih sistematik dan berkesan
melalui arahan kerja dan prosedur kerja
yang ditetapkan. Pembudayaan budaya kerja
berkualiti telah dapat dipertingkatkan dari
semasa ke semasa dan hasil kejayaannya dapat
dilihat dengan jelas serta membanggakan.
Yang Berbahagia Prof. Tan Sri Dato Dr. Sharifah Habsah Syed Hasan Shahabudin bersama panel Juruaudit MQA. Turut
kelihatan Pengarah PPA, Prof. Ir. Dr. Riza Atiq (barisan belakang, kanan)
/
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
~-9~m~/u/u-ua
Bengkel Penyelarasan
e-Pembelajaran dan
Pembangunan
e-Kandungan
Oleh: Mohd Najib Adun
c
esyuarat Majlis Teknologi Maklumat
yang dipengerusikan oleh Naib Canselor
bersetuju melantik Penyelaras e-Pembelajaran
di semua Fakulti/ Pusat/Institut berkuatkuasa
Januari 2010. Pelantikan ini bertepatan dengan
hasrat UKM untuk menggiatkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara online
menggunakan e-Kandungan.
Semua Penyelaras e-Pembelajaran ini juga
telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa e-
Pembelajaran UKM yang akan membantu
PPA mempertingkat dan membudayakan
e-Pembelajaran di UKM. Terma Rujukan
Penyelaras e-Pembelajaran seperti berikut:
1. Merancang dan melaksanakan program
e-Pembelajaran di kalangan kakitangan
akademik dan pelajar di Fakulti / Pusat
/ Institut dengan mematuhi Dasar e-
Pembelajaran UKM.
2. Memantau dan melaporkan pelaksanaan
e-Pembelajaran di peringkat Fakulti / Pusat
/ Institut.
3. Membantu Fakulti / Pusat / Institut
meningkatkan literasi dan latihan berkaitan
dengan e-Pembelajaran.
4. Mengawal, memantau dan menambahbaik
kualiti kandungan pengajaran dan e-
Pembelajaran.
5. Menggalakkan kakitangan akademik
dan pelajar menggunakan SPIN sebagai
medium pengajaran dan pembelajaran.
Antara peserta yang menyertai bengkel penyelarasan e-
Pembelajaran dan Pembangunan e-Kandungan
Sebahagian daripada peserta yang menghadiri Majlis
Perasmian Persidangan Meja Bulat MEIPTA ke-7

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010


~-9~m~/u/u-ua
National Workshop on
Development of e-Content
9
usat Pembangunan Akademik Universiti
Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama
Malaysian M-Learning Association dan In-
Learn Station Sdn. Bhd. telah menganjurkan
National Workshop on Development of e-Content
pada 4 hingga 5 Disember 2009 di Cyberview
Lodge Resort, Cyberjaya.
Penganjuran bengkel ini adalah
bersempena dengan Persidangan Meja Bulat
Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran
IPTA (MEIPTA) Ke-7. Seramai 25 peserta telah
hadir yang terdiri daripada wakil IPTA seluruh
Malaysia.
Melalui bengkel ini, tiga perisian bagi
pengajaran dan pembelajaran interaktif
diperkenalkan iaitu Camtasia Studio, Raptivity
dan Code Charge. Dengan penggunaan perisian
ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran
Persidangan Meja Bulat
MEIPTA Ke-7: UKM dipilih
sebagai Pengerusi MEIPTA
2010-2011
Oleh: Mohd Najib Adun
v
KM telah berjaya melaksanakan
Persidangan Meja Bulat Majlis Ketua-
Ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA
(MEIPTA) Ke-7 pada 3 Disember 2009 yang
bertemakan Pembangunan e-Kandungan.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan
oleh YBhg. Prof. Dato Ir. Dr. Hassan Basri,
Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik
antara pensyarah dan pelajar akan lebih
interaktif secara online. Peserta yang ditemui
amat gembira dengan pengisian bengkel
ini dan berharap perkongsian pintar serta
kepakaran seperti ini dapat diteruskan antara
IPTA.
dan Antarabangsa) UKM. Semua 20 wakil
IPTA telah hadir menjayakan persidangan
kali ini yang telah berlangsung di Cyberview
Lodge Resort, Cyberjaya.
Bersempena persidangan ini, portal
SPIN (Sistem Pengurusan Pengajaran dan
Pembelajaran Interaktif) dan portal eLOK (e-
Learning Online Kiosk) turut dilancarkan oleh
TNC HEAA UKM.
Apa yang dapat dibanggakan, UKM telah
diberi penghormatan menjadi Pengerusi
Sekteriat Majlis Ketua-Ketua Penyelaras
e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) mulai
2011 setelah memenangi undian dalam
persidangan kali ini. UKM diwakili oleh Prof.
Dr. Mohamed Amin Embi, Timbalan Pengarah
(e-Pembelajaran) Pusat Pembangunan
Akademik.
Prof. Dr. Mohamed Amin Embi ketika berucap merasmikan
National Workshop on Development of e-Content.
Peserta bergambar kenang-kenangan bersama TNC HEAA.
o
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
~-9~m~/u/u-ua
Pembudayaan e-Pembelajaran
di UKM
Oleh: Mohd Najib Adun
9
endekatan pembelajaran masa kini telah
mengalami banyak perubahan dengan
kemajuan ICT. Transformasi sistem pendidikan
yang begitu pantas memerlukan pelbagai
kaedah dan teknik pengajaran bagi menyokong
perubahan. Inovasi yang dihasilkan bertujuan
menambahbaik sistem sedia ada agar dapat
memenuhi keperluan pelanggan dan menjamin
kualiti yang ditetapkan.
Sebagai IPTA yang terus terkehadapan
dalam e-Pembelajaran, UKM telah
memperkenalkan Sistem Pengurusan
Pembelajaran (LMS) baru yang dikenali
sebagai Sistem Pengurusan Pengajaran
dan Pembelajaran Interaktif (SPIN) mulai
Semester 2 Sesi 2008-2009. SPIN merupakan
medium komunikasi berkesan antara pelajar
dan pensyarah dalam pengajaran dan
pembelajaran. Mahasiswa kini yang dikenali
sebagai Generasi Net lebih proaktif dalam
menggunakan ICT untuk pembelajaran
sepanjang hayat.
Pembudayaan e-Pembelajaran di UKM
mendapat sokongan yang baik sekali di
kalangan ahli akademik. Penggubalan
Dasar e-Pembelajaran UKM oleh PPA
telah mempergiatkan usaha UKM dalam
pembudayaan e-Pembelajaran oleh warganya.
Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan
penggunaan SPIN setiap semester seperti
dalam Graf 1.0. Pembudayaan ini seharusnya
boleh dibanggakan yang akhirnya dapat
meningkatkan bilangan pengguna portal
SPIN.
Dalam usaha mempergiatkan penggunaan
SPIN, PPA telah melaksanakan siri latihan
kepada ahli akademik dan juga tutorial
secara online yang dimuatnaik dalam portal
SPIN. Penyelaras e-Pembelajaran yang
telah dilantik di setiap fakulti/institut juga
berperanan membantu pensyarah dan
pelajar merealisasikan penggunaan SPIN.
UKM juga akan memperkenalkan Anugerah
e-Pembelajaran dan Anugerah Inovasi e-
Kandungan bagi menggalakkan ahli akademik
membudayakan e-pembelajaran dalam
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
kuiz secara On-line, Forum, Bank Soalan,
On-line Tutorial, On-line Assignment dan
Discussion Board melalui SPIN seharusnya
dapat dimanfaatkan oleh semua ahli
akademik.
Kajian tentang penggunaan SPIN
baru-baru ini menunjukkan bahawa tahap
penggunaan SPIN untuk tujuan pengkayaan
bahan pengajaran & pembelajaran secara online
adalah antara 40-60% mengikut fakulti.
Graf 1.0: Perbandingan Antara Fakulti Mengikut Semester 1&2 : 2009-2010
7
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
utua
Kalendar Latihan PPA Tahun 2010
9
usat Pembangunan Akademik telah dan akan menganjurkan Program Pemantapan Tenaga
Akademik UKM, Program Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) & Program SLAB serta ISO
bagi tahun 2010. Maklumat lengkap mengenai setiap kursus adalah seperti berikut:
A. Kursus Pemantapan Tenaga Akademik
Bil. Nama Kursus Siri 1 Siri 2
Kekerapan /
Jangkaan Peserta
1. Bengkel Penyediaan Soalan 2 - 3 Mac 2010 6 - 7 Julai 2010
2 kali setahun
30 peserta
2. Kajian Tindakan 17 - 18 Mac 2010 13 - 14 Julai 2010
2 kali setahun
30 peserta
3. Kemahiran Asas Kaunseling (Pensyarah Muda) 12 - 14 Mac 2010 23 - 25 Julai 2010
2 kali setahun
30 peserta
4. Strategi Mentoran Yang Berkesan 10 Mac 2010 3 Ogos 2010
2 kali setahun
30 peserta
5. Pemantapan Strategi Pengajaran 25 Mac 2010 12 Okt 2010
2 kali setahun
30 peserta
6. Rasch Model Winstep 30 Mac - 1 April 2010 -
Sekali setahun
30 peserta
7. Kursus Pengajaran dan Pembelajaran IPT 5 - 13 April 2010 -
Sekali setahun
30 peserta
8. Kursus Komunikasi Silang Budaya 21 April 2010 -
Sekali setahun
30 peserta
9. Kursus Asas Penyelidikan dan Penerbitan 28 - 29 Jun 2010 -
Sekali setahun
30 peserta
B. Program Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) - Pensyarah dan Guru Bahasa
Bil. Nama Kursus
Tarikh Kursus
Kekerapan / Jangkaan
Peserta
e-Pembelajaran (Online) Bersemuka (Face-to-face)
1. PTK 1 Guru Bahasa 22 April 2010 5 - 9 April 2010 20 peserta
2. PTK 2 Guru Bahasa 2 Feb 2010 16 - 19 Feb 2010 20 peserta
3. PTK 3 Guru Bahasa 19 April 2010 3 - 6 Mei 2010 20 peserta
4. PTK 4 Guru Bahasa 19 April 2010 11 - 14 Mei 2010 20 peserta
5. PTK 3 & 4
10 Mei 2010 24 Mei - 2 Jun 2010
40 peserta
7 Nov 2010 22 - 29 Nov 2010
6. PTK 5
21 Mei 2010 7 - 12 Jun 2010
40 peserta
9 Nov 2010 23 - 29 Nov 2010
7. PTK 6
4 Jun 2010 21 - 25 Jun 2010
40 peserta
15 Nov 2010 30 Nov - 4 Dis 2010
C. Program Persediaan Cuti Belajar, Peraturan &Penyelidikan
Bil. Nama Kursus Tarikh Kumpulan Sasaran
Kekerapan /
Jangkaan Peserta
1.
Kursus Persediaan Cuti Belajar, Peraturan &
Penyelidikan Siri 1
10 - 13 Feb 2010
Pensyarah baru dan yang akan
menyambung belajar
4 kali setahun
40 peserta
2.
Kursus Persediaan Cuti Belajar, Peraturan &
Penyelidikan Siri 2
14 - 17 April 2010
Pensyarah baru dan yang akan
menyambung belajar
4 kali setahun
40 peserta
3.
Kursus Persediaan Cuti Belajar, Peraturan &
Penyelidikan Siri 3
4 - 7 Ogos 2010
Pensyarah baru dan yang akan
menyambung belajar
4 kali setahun
40 peserta
4.
Kursus Persediaan Cuti Belajar, Peraturan &
Penyelidikan Siri 4
20 - 23 Oktober
2010
Pensyarah baru dan yang akan
menyambung belajar
4 kali setahun
40 peserta
d
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
utua
E. ISO
Bil. Nama Kursus Tarikh Sasaran Kekerapan
1.
Kursus Asas Penghayatan Sistem
Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS
ISO 9001:2008 Siri 1
10 Feb 2010
Pegawai Pentadbiran dan
Pengurusan (Profesional),
ahli akademik serta staf
kumpulan sokongan
sekali
setahun
2.
Kursus Asas Penghayatan Sistem
Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS
ISO 9001:2008 Siri 2
24 Mac 2010
Pegawai Pentadbiran dan
Pengurusan (Profesional),
ahli akademik serta staf
kumpulan sokongan
sekali
setahun
3. Kursus Asas Audit Dalaman
29 - 30 Mac
2010
Pegawai Pentadbiran dan
Pengurusan (Profesional)
serta ahli akademik
sekali
setahun
4. Kursus Pemantapan Audit Dalaman 2 - 4 April 2010
Pegawai Pentadbiran
dan Pengurusan
(Profesional),Ahli
Akademik, Juruaudit
Dalaman yang sedia ada
serta Ketua Pengurusan
Kualiti PTJ
sekali
setahun
5.
Kursus Asas Penghayatan Sistem
Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS
ISO 9001:2008 Siri 3
7 April 2010
Pegawai Pentadbiran dan
Pengurusan (Profesional),
ahli akademik serta staf
kumpulan sokongan
sekali
setahun
6.
Kursus Asas Penghayatan Sistem
Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS
ISO 9001:2008 Siri 4
28 April 2010
Pegawai Pentadbiran dan
Pengurusan (Profesional),
ahli akademik serta staf
kumpulan sokongan
sekali
setahun
7.
Kursus Asas Penghayatan Sistem
Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS
ISO 9001:2008 Siri 5
12 Mei 2010
Pegawai Pentadbiran dan
Pengurusan (Profesional),
ahli akademik serta staf
kumpulan sokongan
sekali
setahun
8.
Kursus Asas Penghayatan Sistem
Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS
ISO 9001:2008 Siri 6
26 Mei 2010
Pegawai Pentadbiran dan
Pengurusan (Profesional),
ahli akademik serta staf
kumpulan sokongan
sekali
setahun
9.
Bengkel Teknik Menjawab NCR dengan
Berkesan dan Bengkel Tindakan
Pembetulan dan Pencegahan MS ISO
9001:2008
28 - 30 Mei 2010
Ketua Pengurus Kualiti
PTJ serta Pegawai
Tadbir UKM yang
bertanggungjawab
menguruskan hal ehwal
kualiti di PTJ masing-
masing dan Juruaudit
Dalaman yang baru
dilantik
sekali
setahun
10.
Bengkel Teknik Analisis Data MS ISO
9001:2008
25 - 27 Jun 2010
Ketua Pengurus Kualiti
PTJ serta Pegawai
Tadbir UKM yang
bertanggungjawab
menguruskan hal ehwal
kualiti di PTJ masing-
masing dan Juruaudit
Dalaman yang baru
dilantik
sekali
setahun
?
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
'c
Dasar Pengalaman
Pembelajaran Menyeluruh
Oleh: Mohd Hanafah Omar
v
KM menerusi Pusat Pembangunan
Akademik (PPA) telah memperkenalkan
Dasar Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh
(DPPM) untuk memantapkan pengalaman
pembelajaran pelajar sebagai langkah
mempertingkatkan kualiti dan daya saing
mereka sebelum menjejak kaki ke alam
kerjaya.
Menurut Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah
O.K. Rahmat, Pengarah PPA, DPPM telah
mendapat kelulusan Senat UKM pada 17 Mac
lalu. Pada prinsipnya menerusi pengalaman
pembelajaran yang sihat dan membina dapat
membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran
program seperti yang ditetapkan oleh MQA,
kompetensi generik UKM dan matlamat
pendidikan UKM.
Beliau menambah, DPPM mewujudkan
persekitaran yang selesa semasa pelajar
bersama UKM untuk menimba sebanyak
mungkin pengalaman yang berupaya membina
diri dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap
dan kerohanian. DPPM juga memberikan
pelajar berpeluang merasakan pengalaman
pembelajaran yang sesuai dengan keperluan
kerjaya dan keperluan mereka untuk meraih
kejayaan jauh ke hadapan.
Menerusi pengalaman pembelajaran
yang sihat dan membina serta bersepadu,
dapat membentuk keperibadian unggul
untuk mengharungi kehidupan masa
depan. Sementara itu, menerusi pengalaman
Juruaudit Dalaman Agen
Perubahan

uruaudit Dalaman Sistem Pengurusan


Kualiti MS ISO 9001:2008 merupakan
agen perubahan dan penambahbaikan kualiti
di sesebuah organisasi. Juruaudit Dalaman
bukannya bertugas untuk mencari kesalahan
orang lain atau kelemahan organisasi.
Mereka memainkan peranan penting
dalam memastikan sesebuah organisasi
melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti
(SPK) dengan cekap dan berkesan.
Demikian menurut Encik Mohd Bakri
Jali, Perunding Kualiti SIRIM QAS sewaktu
mengendalikan kursus Pemantapan Audit
Dalaman pada 2 4 April yang lepas di
Avillion Admiral Cove Port Dickson. Seramai
30 orang Juruaudit Dalaman SPK ISO PPPS
telah menghadiri kursus tersebut.
pembelajaran yang membina jati diri dan sifat-
sifat keusahawanan berinovasi, pelajar UKM
mampu bersaing di peringkat antarabangsa,
ujar beliau lagi.
Dalam hal ini, pelajar UKM perlu
memanfaatkan pelbagai kemudahan dan
ruang yang telah disediakan oleh pihak
universiti untuk menimba sebanyak mungkin
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
yang berguna dalam tempoh mereka
melanjutkan pengajian di UKM. Antara ruang
dan kemudahan itu termasuklah;
Ruang pembelajaran di kolej
kediaman,
Ruang pembelajaran di Fakulti,
Ruang pembelajaran di padang
permainan,
Ruang pembelajaran dalam latihan
industri,
Ruang pembelajaran dalam ko-
kurikulum,
Ruang pembelajaran dalam
masyarakat,
Ruang pembelajaran di alam maya,
Ruang pembelajaran dalam bidang
kesenian dan kebudayaan,
Ruang pembelajaran di perpustakaan,
serta
Ruang pembelajaran antarabangsa.
Antara kemudahan makmal yang terdapat di UKM
lihat halaman 12
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
~tu- uautua aat c0
..-.o cc .c/c
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
~tu- uautua aat c0
..-.o cc .c/c
/.
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
'c
Katanya, seseorang Juruaudit Dalaman
perlu meneliti aspek pelaksanaan SPK
sesebuah organisasi mengikut keperluan
standard yang telah ditetapkan. Menerusi
Audit Dalaman, Juruaudit berupaya melihat
tahap kepatuhan dan keberkesanan SPK,
sekali gus aspek disiplin, kompetensi dan
produktiviti staf yang terlibat sebagai pemilik
proses SPK.
Selain itu yang lebih penting lagi,
seseorang Juruaudit Dalaman berpeluang
meneliti kecekapan dan keberkesanan sistem
dan proses kerja sesebuah organisasi serta
kaitannya dengan pencapaian objektif kualiti
seperti yang telah disasarkan. Menerusi
pemerhatian dan penilaian yang profesional,
Juruaudit Dalaman boleh membuat kesimpulan
terhadap keberkesanan dan tahap kepatuhan
SPK di sesebuah organisasi yang diaudit.
Kursus selama tiga hari itu telah dianjurkan
oleh Unit Latihan Jabatan Pendaftar dengan
kerjasama Bahagian Pengurusan Kualiti
(Pengajaran dan Pembelajaran) Pusat
Pembangunan Akademik UKM.
Barisan peserta yang menyertai kursus Pemantapan Audit
Dalaman
UKM Berjaya Melepasi Audit
Pengawasan MS ISO 9001:2008
SPK PPPS
Oleh: Mohd Hanafah Omar
v
KM telah berjaya melepasi Audit
Pengawasan Pensijilan MS ISO
9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)
bagi Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan
Siswazah (PPPS) menerusi Audit Pengawasan
pihak SIRIM QAS pada 13 16 April 2010.
Pada keseluruhannya PPA dan semua
pemilik proses PPPS masih melaksanakan SPK
dengan baik mengikut keperluan standard
dan memenuhi piawai MS ISO 9001:2008.
Walaupun Juruaudit Utama SIRIM QAS
menemui lima kes ketidakpatuhan (NCR) bagi
keseluruhan UKM, namun kes itu merujuk
kepada NCR minor. Pada masa ini usaha
telah diambil untuk menangani kes NCR yang
berkenaan. Di peringkat PPA sendiri, tiada
sebarang kes NCR ditemui atau direkodkan
oleh pihak SIRIM QAS.
Menurut Dr. Sity Daud, Wakil Pengurusan
SPK PPPS, penilaian prestasi ke atas dokumen
kualiti, sistem dan proses kerja PPPS berada
pada tahap yang baik dan masih memenuhi
keperluan standard. Sejak penggabungan SPK
PPPS pada bulan Julai 2009, budaya kualiti dan
komitmen pihak pengurusan dan warga kerja di
pelbagai peringkat terhadap pelaksanaan SPK
begitu membanggakan. Pihak SIRIM QAS turut
berpuas hati terhadap usaha-usaha yang telah
diambil dalam melakukan penambahbaikan ke
atas SPK termasuk penubuhan Jawatankuasa
Penyelarasan Operasi (JKPO). JKPO antara
lain bertanggungjawab menjadi penghubung
antara PPA dengan PTJ (pemilik proses) dalam
aspek pelaksanaan SPK dan menjadi medium
yang berkesan dalam perkongsian amalan
terbaik (best practices) di kalangan PTJ yang
terbabit.
Sementara itu, Juruaudit Utama SIRIM
QAS mendapati Audit Dalaman dan
Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) telah
dilaksanakan mengikut keperluan standard.
Hasil serta keputusan MSP telah dihebahkan
kepada pemilik proses yang terlibat. Ekoran
MSP, beberapa tindakan pembetulan
dan penambahbaikan kualiti telah dapat
dilaksanakan dan dapat dibuktikan dengan
sewajarnya mengikut keperluan piawai MS
ISO 9001:2008, ujar Encik Mohd Hamidi Yusof,
Ketua Juruaudit Utama SIRIM QAS semasa
beliau mempengerusikan mesyuarat penutup
tidak lama dulu. Beliau turut memberikan
penghargaan kepada Ketua Pasukan Audit
Dalaman, Jawatankuasa Dokumentasi,
Jawatankuasa Audit Dalaman, Jawatankuasa
Publisiti dan Latihan serta Jawatankuasa
Aduan dan Maklum Balas Pelanggan
kerana telah mengambil inisiatif melakukan
penambahbaikan kualiti dengan sewajarnya.
/3
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
'c
Kursus Asas Penghayatan
Sistem Pengurusan Kualiti
Mengikut Piawai MS ISO
9001:2008
Oleh: Md Nora Md Don

awatankuasa Publisiti dan Latihan telah


membuat perancangan dan berjaya
mengadakan kursus/latihan tentang ISO
bagi tahun 2010. Kursus ini bertujuan untuk
memberi kefahaman dan memantapkan
peserta mengenai Sistem Pengurusan Kualiti
Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan
Siswazah UKM. Peserta juga telah dapat
memahami dengan lebih mendalam proses
utama dan mampu merealisasikan kepentingan
Sistem Pengurusan Kualiti kepada semua
pemilik proses (PTJ).
UKM Perkenalkan Anugerah
Inovasi Pendidikan
Oleh: Mohd Hanafah Omar
v
KM telah memperkenalkan anugerah
inovasi dalam bidang pendidikan
sebagai tanda pengiktirafan kepada warga
universiti yang memberikan sumbangan besar
dan bermakna dalam aspek penambahbaikan
kualiti menerusi inovasi dan kreativiti dalam
bidang perkhidmatan, pengajaran dan
pembelajaran. Buat pertama kalinya, anugerah
ini disampaikan kepada pemenang dalam
Majlis Anugerah Inovasi UKM tahun 2010.
UKM telah menetapkan beberapa kriteria
bagi pemilihan pemenang anugerah inovasi
pendidikan. Antaranya termasuklah;
Projek inovasi mesti mempunyai
matlamat yang jelas,
Projek inovasi mesti mempunyai
perancangan dan persediaan yang
baik,
Projek inovasi mesti mempunyai sistem
dan kaedah yang baik (wajar),
Projek inovasi memberikan hasil yang
berimpak dalam konteks memanfaatkan
proses pengajaran dan pembelajaran,
Projek inovasi mesti didokumenkan
dengan lengkap.
Anugerah ini terbahagi kepada dua
kategori, iaitu kategori individu dan
kumpulan. Mengikut amalan terbaik, setiap
Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu membuat
penilaian peringkat dalaman setiap tiga bulan
untuk meneliti projek inovasi yang diusahakan
oleh warga kerja masing-masing.
Penilaian perlu diukur dengan melihat
kesan ke atas perubahan atau inovasi yang
dilakukan dalam aspek input, proses,
sistem, perkhidmatan atau produk. Panel
penilai peringkat PTJ akan melihat dan
mentafsirkan sesuatu projek inovasi sama ada
ia tergolong dalam projek peningkatan atau
penambahbaikan kualiti inovasi sedia ada
atau tergolong sebagai produk baru.
Setiap PTJ diminta mengemukakan
kepada pihak universiti satu projek inovasi
yang dianggap sebagai paling baik untuk
dicalonkan sebagai pemenang anugerah ini.
Pada masa ini, penilaian projek inovasi
pendidikan bagi tahun 2010 telah pun dibuka
dan bermula di peringkat PTJ masing-masing.
Ahli akademik, pegawai Pengurusan dan
Profesional dan staf sokongan digalakkan
menyertai projek inovasi pendidikan bagi
membantu UKM menguruskan perubahan
dan melakukan transformasi dalam era yang
serba mencabar.
Melalui kerjasama Pusat Pembangunan
Akademik dan Unit Latihan, Jabatan
Pendaftar telah menawarkan kursus melalui
sistem e-SPeL kepada semua kakitangan PTJ
untuk mengikuti Kursus Asas Penghayatan
Sistem Pengurusan Mengikut Piawai MS ISO
9001:2008.
Berdasarkan Jadual 1 pelaksanaan latihan
telah diuruskan dengan baik sekali. Seramai
45 peserta telah hadir pada Siri I , 43 peserta
telah hadir pada Siri II, 42 peserta telah hadir
pada Siri III dan Siri IV seramai 58 peserta telah
mengesahkan kehadiran mereka.
Di akhir kursus semua peserta diberikan
latihan kefahaman berbentuk soalan objektif
yang berkaitan dengan objektif kursus dan
kandungan kursus untuk menguji sejauh
mana pengetahuan peserta dapat memahami
prinsip asas MS ISO 9001:2008.
//
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
9~-~muaoua d
'ao:us a-a/am
Audit Institusi Dalaman MQA
Oleh: Mohd Najib Adun

ebagai persediaan menghadapi Audit


Institusi dari MQA, PPA telah menerima
lawatan Panel Audit Institusi Dalaman pada 5
Februari 2010. Panel Juruaudit terdiri daripada
Prof. Madya Dr. Noor Inayah Yaakub dari GSB
dan Dr. Irman Abdul Rahman (FST).
Persiapan untuk menghadapi proses ini
telah dilakukan oleh PPA bermula dari tahun
2008 di mana Dokumen Portfolio Penilaian
Kendiri PPA telah dihasilkan. Dokumen ini
memperihalkan tentang peranan dan fungsi
PPA yang meliputi Latihan dan Perkembangan
Akademik; Perkembangan dan Inovasi
Kurikulum; e-Pembelajaran; dan ISO Pengajian
Prasiswazah dan Siswazah.
Dokumen ini dibangunkan mengikut
format Code of Practice Programme Accreditation
(COPPA) yang disediakan oleh pihak MQA
yang merangkumi sembilan bahagian.
Cadangan dan komen positif daripada Panel
Juruaudit Dalaman banyak membantu PPA
menghadapi Audit Institusi pada 22 26 Mac
2010.
Juruaudit Dalaman sedang meneliti dokumen di PPA
Kualiti Dan Inovasi
Mempertingkatkan Daya
Saing Dan Kecemerlangan
Organisasi
Oleh: Shaidatulnurahim Mohd Bakir
9
eningkatan kualiti, inovasi dan
produktiviti sumber tenaga kerja dan
perkhidmatan lazimnya akan menyumbang
kepada peningkatan daya saing serta
kecemerlangan sesebuah organisasi.
Dalam era yang serba mencabar dan
penuh persaingan masa kini setiap warga kerja
di sesebuah organisasi bertanggungjawab
mengambil daya usaha untuk melakukan
inovasi dan penambahbaikan secara sistematik
dan berterusan bagi mengekalkan daya saing
pada peringkat lokal dan antarabangsa.
Demikian menurut Encik Mohd Hanafah
Omar, Ketua Penolong Pendaftar Pusat
Pembangunan Akademik (PPA) sewaktu
beliau menyampaikan ceramah dalam
kursus induksi kepada pegawai kumpulan
Pengurusan dan Profesional di Bilik Latihan
Kolej Keris Mas UKM baru-baru ini. Kursus
tersebut telah dianjurkan oleh Unit Latihan
Jabatan Pendaftar UKM.
Katanya, warga UKM bertanggungjawab
menjadikan kualiti
dan inovasi sebagai
amalan dan budaya
penting dalam
aspek penyampaian
perkhidmatan seharian
bagi manfaat pelanggan
dan pihak-pihak
yang berkepentingan.
Kehendak dan
jangkaan pelanggan
sering berubah-ubah
dan sentiasa meningkat
dari semasa ke semasa, kadang kala ia sukar
diramal.
Inovasi boleh dilaksanakan di peringkat
input, proses dan perkhidmatan atau produk.
Elemen inovasi dan penambahbaikan kualiti
dalam aspek penyampaian perkhidmatan
dan pengajaran-pembelajaran sudah
menjadi suatu kemestian dan keperluan dan
sewajarnya direalisasikan oleh semua warga
kerja mengikut peranan dan kapasiti masing-
masing.
Sumber tenaga manusia yang berkualiti,
inovatif dan produktif dapat membantu
organisasi mencapai perubahan dan
kecemerlangan serta mengekalkan daya saing
dalam persekitaran yang semakin kompetitif.
En. Mohd Hanafah Omar,
Ketua Penolong Pendaftar
PPA
/
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
9~-~muaoua d
'ao:us a-a/am
Roadshow Audit Institusi
MQA : UKM Ke Arah Institusi
SWA Akreditasi
Oleh: Mohd Najib Adun
v
KM sedang berusaha mendapat status
sebagai institusi Swa-Akreditasi daripada
pihak MQA bagi semua program pengajian
yang ditawarkan. Audit oleh pihak MQA pada
22-26 Mac 2010 akan menilai sembilan kriteria
yang meliputi:
1. Visi, Misi, Matlamat Pendidikan dan
Hasil Pembelajaran.
2. Rekabentuk dan Penyampaian
Kurikulum.
3. Penilaian Pelajar
Bil. Siri Taklimat Tempat Tarikh
1. Kampus Induk Bagi Dewan Persidangan CRIM 13 Jan 2010
2. Kampus Kuala Lumpur BMU FSKB. 14 Jan 2010
3. PPUKM Bilik Lembaga PPUKM 15 Jan 2010
4.
PMUKM, MPP Fakulti, JAKSA KOLEJ
dan Persatuan.
Auditorium Siswa JPPEL. 21 Jan 2010
4. Pemilihan dan Khidmat Sokongan
Pelajar.
5. Kakitangan Akademik.
6. Sumber Pendidikan.
7. Pemantauan dan Semakan Program.
8. Kepimpinan, Governans dan
Pentadbiran.
9. Penambahbaikan Kualiti Berterusan.
Peranan seluruh warga UKM amat penting
dalam memastikan proses akreditasi ini dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
PPA yang telah dilantik sebagai
Jawatankuasa Publisiti dan Kesedaran Audit
Institusi MQA telah melaksanakan beberapa
siri taklimat dalam usaha membangkitkan
kesedaran serta memastikan semua kakitangan
dan pelajar sentiasa berada dalam keadaan
bersedia untuk proses akreditasi.
YBhg. Prof. Tan Sri Naib Canselor ketika menyerahkan
bunting dan poster kepada PTJ yang terlibat

0.00
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
Vi si on, Mi ssi on, Educati onal Goal
and Learni ng Outcomes
Curri culum Desi gn and Deli very
Assessment of Student
Student selecti on and student
support servi ces
Academi c Staff Educati onal Resources
Programme moni tori ng and revi ew
Leadershi p, governance and
admi ni strati on
Total Conti nuous quali ty
i mprovement
/o
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
9~-~muaoua d
'ao:us a-a/am
Audit Dalaman Program
Pascasiswazah
Mengikut Keperluan MQF
Oleh: Mohd Najib Adun

udit Dalaman program pascasiswazah


mengikut keperluan MQF telah dilakukan
pada 1-29 Julai 2009 sebagai persediaan
menghadapi Audit Institusi MQA. Sebanyak
168 program telah dinilai yang melibatkan 110
Juru Audit Dalaman. Selain fakulti, penilaian
program pasca siswazah juga melibatkan GSB,
ATMA, IKMAS, UMBI, LESTARI dan IKRAB.
Proses penilaian dilakukan menurut
standard Code of Practice Programme
Accreditation (COPPA) yang ditetapkan oleh
MQA dengan menggunakan skala pemarkatan
dan dilengkapkan dengan temu bual ke atas
pensyarah, pelajar dan kakitangan sokongan.
Sembilan domain kod amalan telah dinilai
iaitu:
a. Visi, Misi, Matlamat Pendidikan, dan Hasil
Pembelajaran.
b. Reka bentuk dan Penyampaian
Kurikulum.
c. Penilaian Pelajar.
d. Pemilihan Pelajar dan Perkhidmatan
Sokongan untuk Pelajar
e. Staf Akademik.
f. Sumber Pendidikan.
g. Penilaian dan Pemantauan Program.
h. Kepimpinan, Pentadbiran dan
Pengurusan.
i. Penambahbaikan Kualiti Menyeluruh
secara Berterusan.
Secara keseluruhan min pemarkatan ialah
3.71 merentasi semua kesembilan domain kod
amalan yang dinilai. Ini adalah pada tahap
sederhana menurut skala yang digunakan
iaitu diantara 1 hingga 5. Domain kod amalan
yang mendapat min pemarkatan paling tinggi
ialah: Kakitangan Akademik (4.03); diikuti
oleh Kepimpinan, Governans & Pengurusan
(3.84); dan Visi, Misi, Matlamat Pendidikan &
Hasil Pembelajaran (3.79). Manakala domain
yang mendapat min pemarkatan paling
rendah ialah Pemantauan & Semakan program
(3.47). Kedua terendah ialah Penambahbaikan
Kualiti Berterusan - CQI (3.58) dan diikuti oleh
Pemilihan dan Khidmat Sokongan Pelajar
(3.58).
Program-program pengajian di Fakulti
Perubatan telah mendapat penilaian tertinggi
bagi lima kedudukan utama. Selain itu,
program pengajian di Fakulti Kejuruteraan
& Alam Bina, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains
Kesihatan Bersekutu, Fakulti Undang-Undang,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Lestari &
UMBI mendapat pemarkatan pada 4.00 dan ke
atas.
Penarafan Program-program Pengajian di UKM
/7
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
9~-tu ~musu
Kongres Pengajaran dan
Pembelajaran 2009 Berjaya
Mencapai Matlamat
Oleh: Shaidatulnurahim Mohd Bakir
9
rof. Dato Ir. Dr. Hassan Basri selaku
Pengerusi Kongres Pengajaran dan
Pembelajaran 2009 mengucapkan tahniah
kepada semua Ahli Jawatankuasa yang berjaya
menganjurkan kongres buat kali pertamanya
tahun 2009 yang telah berlangsung di
Langkawi.
Seramai 197 peserta dan pembentang
telah menyertai Kongres P&P tersebut.
Kertas kongres yang dianugerahkan sebagai
kertas terbaik akan diterbitkan dalam jurnal
dalam dan luar negara dan buku yang akan
diterbitkan tahun 2010. Jumlah kertas kerja
setiap gugusan yang telah dibentangkan
dalam Kongres Pengajaran dan Pembelajaran
UKM 2009 adalah;
Gugusan Sains Sosial sebanyak 76 kertas
Gugusan PEKA sebanyak 36 kertas
Gugusan Sains dan Teknologi Maklumat
sebanyak 29
Gugusan Kesihatan dan Perubatan
sebanyak 27 kertas.
Empat ucaptama telah disampaikan
semasa kongres iaitu:
1. YBhg. Prof. Tan Sri Dato Dr. Sharifah
Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib
Canselor UKM, bertajuk Preparing
Graduates For The I-Economy: Enriched
Learning Experience ,
2. Prof. Dato Ir. Dr. Hassan Basri Timbalan
Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik
& Antarabangsa), bertajuk Teaching &
Learning in a Research University Realities
& Challenges for UKM.
3. Prof. Keith Trigwell dari The University
of Sydney, Australia, bertajuk Revitalizing
Higher Education Via Scholarship of
Teaching and Learning: Implication for
Academia,
4. Prof. Lynne Hunt dari University of
Southern Queensland, Australia, bertajuk
Cross-Institutional Planning To Promote
Learning And Teaching.
Pusat Pembangunan Akademik (PPA)
telah diberi kepercayaan sebagai Urus Setia
Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM
Ke-2 yang dijangka akan diadakan pada 13-
15 Disember 2010. Setakat ini tempat Kongres
Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2010
belum ditetapkan. Universiti bersetuju untuk
Kongres P&P tahun 2010 bahagian-bahagian
berikut dijemput sama:
- Pusat Teknologi Maklumat
- Pusat Perkembangan Pelajar
- Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM.
Sumbangan kertas kerja kongres dibuka
mulai sekarang. Seperti biasa, sumbangan
kertas kerja perlu dikemukakan kepada ketua
gugusan masing-masing.
Maklumat lanjut tentang kongres ini boleh
diperolehi daripada urusetia: Puan Zaharah
Zainal, Tel: 03-8921 4716, zara@ukm.my atau
Puan Shaidatulnurahim Mohd. Bakir, Tel: 03-
89213858, shai_mb@ukm.my
Antara peserta yang menyertai Kongres P &P 2009
Prof. Lynne Hunt merupakan salah seorang Penyampai
Ucaptama pada Kongres P&P 2009.
/d
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
aaaoua au-
Pengarah dan Ketua Penolong
Pendaftar PPA Melawat
Universiti Turki dan Sarajevo
Oleh: Mohd Hanafah Omar
9
rogram jaringan dan kerjasama Pusat
Pembangunan Akademik (PPA) UKM
Turkish Bosnian telah diadakan pada 26
Disember 2009 2 Januari 2010. Delegasi PPA
terdiri daripada Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah
O.K Rahmat, Pengarah dan Encik Mohd
Hanafah Omar Ketua Penolong Pendaftar
PPA.
Pada umumnya program kerjasama dan
jaringan antara PPA dengan beberapa buah
Universiti di Turki dan Bosnia bertujuan
meneroka peluang kerjasama yang baru
dan memantapkan lagi kerjasama sedia ada
dalam bidang pengajaran-pembelajaran,
sesuai dengan misi UKM mengisi agenda
pengantarabangsaan, sekali gus membantu
UKM mencapai hasrat menjadi salah sebuah
universiti terkemuka di dunia menjelang
tahun 2018.
Bersempena dengan program ini, PPA
telah berjaya menandatangani beberapa
Surat Hasrat/Niat (LoI) dan Memorandum
Persefahaman (MoU) serta mengadakan siri
perbincangan dengan beberapa buah Universiti
khasnya dalam usaha memperkukuhkan
hubungan baik dalam bidang pengajaran-
pembelajaran serta meneroka peluang
kerjasama baru yang menguntungkan UKM.
Antara Universiti yang telah dikunjungi
oleh delegasi PPA termasuk Universiti
Beykent, Universiti Fatih dan Universiti
Yildzit Technical di Turki dan Universiti of
Sarajevo, Universiti of International Sarajevo
dan International Burch University di Bosnia.
Pegawai PPA juga telah menghadiri sesi
perbincangan dengan Yayasan Kewartawanan
dan Penulis (Journalist and Writers Foundation)
di Turki.
Secara ringkasnya, pengisian program
lawatan dan kerjasama ini meliputi
perbincangan dan persefahaman dalam
beberapa bidang utama yang relevan
termasuk program pertukaran staf, khasnya di
kalangan ahli akademik, program pengajaran-
pembelajaran, khasnya program E Learning,
program mobiliti pelajar dan penyelidikan.
Antara aktiviti dan kejayaan program lawatan
ini termasuk;
Menandatangani LoI dengan University
of Beykent untuk menggalakkan program
pertukaran ahli akademik, khasnya dalam
bidang e-pengajaran,
Menandatangani MoU dengan
University of Sarajevo dan melawat
International University of Sarajevo, untuk
memperkukuhkan program kerjasama
dalam bidang pengajaran-pembelajaran
dan mobiliti pelajar,
Mengadakan perbincangan dengan
International Burch University berkaitan
isu kerjasama dua hala dalam bidang
pengajaran-pembelajaran, program
pertukaran ahli akademik dan mobiliti
pelajar.
Pengarah PPA sedang menandatangani surat hasrat (LoI)
dengan Prof. Dr. Mukmin Ertuk sambil disaksikan oleh Ketua
Penolong Pendaftar PPA.
Dari kiri; Prof. Ir Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat
(Pengarah PPA), Prof. Dr. Mukmin Ertuk, (Pengarah e-
Pembelajaran Universiti Beykent, Turki),
En. Mohd Hanafah Omar (Ketua Penolong Pendaftar PPA)
/?
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
aaaoua au-
Lawatan Akademik Dari
Bangor University, Wales UK
Oleh: Mohd Najib Adun
9
PA telah menerima kunjungan balas dari
Bangor University, Wales UK pada 16 Mac
2010. Lawatan akademik ini bertujuan untuk
mempertingkatkan kerjasama dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan
dan penerbitan.
Perbincangan menjurus kepada kerjasama
dalam program pertukaran pelajar dan
program double dan tripple degree dalam kursus
pengurusan perniagaan (BBA). Prof. Madya
Dr. Romlah Jaafar dan Dr. Ruhanita Maelah
dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan turut
hadir dalam sesi lawatan tersebut.
Lawatan Akademik ke Bangor
& Newport University, Wales
UK.
9
enandaarasan merupakan elemen penting
dalam menjamin kualiti akademik untuk
sentiasa relevan dan memenuhi pasaran
semasa.
Di bawah projek transformasi UKM, PPA
telah mengadakan lawatan akademik ke
Bangor University, Wales UK dan Newport
University Of Wales UK pada 16 & 17 November
2009. Lawatan bertujuan berkongsi amalan
terbaik dengan universiti tersebut dalam
memantapkan kualiti program akademik
masing-masing.
Bangor walaupun merupakan universiti
pedalaman di Wales, namun kebolehpasaran
graduannya menduduki tempat ke-3 bagi
seluruh universiti di UK. Selain mempunyai
Centre for Career & Opportunities, semua
pelajarnya diberikan projek sebenar yang
Pada 16 dan 17 November 2009 PPA telah
mengadakan lawatan ke Bangor University,
Wales UK dan Newport University Of Wales
UK.
didapati dari industri dalam hampir semua
kursus.
Pengalaman pembelajaran menyeluruh
(Total Student Learning Experience) universiti ini
dirancang dengan baik sehingga ia mendapat
tajaan yang paling tinggi di UK dalam bidang
ini pada tahun 2008. Pelaksanaan program
mentor-mentee yang berkesan dan pelantikan
pembantu pengajar di kalangan pelajar PhD
juga banyak membantu pensyarah memberi
tumpuan dalam penyelidikan.
Begitu juga dengan Newport University, 20%
pelajarnya adalah pelajar separuh masa. Ini
menyebabkan universiti banyak menggunakan
e-pembelajaran. Di samping itu, latihan industri
bagi pelajar-pelajar pengurusan perniagaan
adalah berbentuk perundingan perniagaan
kepada IKS.
Prof. Ir. Dr. Riza Atiq dan Dr. Tim Mclntyre-Bhaty
(Dekan fakulti Perniagaan Universiti Newport) selepas
menandatangani surat hasrat (LoI)
Ms Sarah Jones dan wakil dari Bangor University ketika
melawat UKM
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010
Dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Dasar ini digubal bagi memberi garis panduan kepada ahli
akademik dan pelajar UKM mengenai peranan dan
tanggungjawab mereka dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran. Dasar ini juga menjadi sandaran kepada
pengawalan keberkesanan serta piawaian kepada proses
pelaksanaan program akademik di UKM selaras dengan
keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Skop dasar ini
meliputi Pembangunan, Rekabentuk dan Semakan Kurikulum;
Sistem Penyampaian Kurikulum; Sistem Penilaian; Tenaga
Pengajar; Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah; Penyeliaan
Pelajar; Infrastruktur, Peralatan dan Persekitaran Pengajaran
dan Pembelajaran; Anugerah Kecemerlangan Akademik; dan
Penambahbaikan Berterusan.
Dimensi Ilmu Serta Taksonomi Pengajaran dan Pembelajaran
Domain pengajaran dan pembelajaran meliputi tiga aspek
utama iaitu Kognitif (Intelek), Afektif (Sikap) dan Psikomotor
(Kemahiran). Setiap domain tersebut mempunyai aras/ tahap
yang dapat mengukur pencapaian hasil pembelajaran. Garis
panduan ini merupakan dokumen yang sangat penting kepada
pensyarah untuk mengaplikasikan pembelajaran yang efektif.
Pusat Pembangunan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan.
03-8921 4299 03-8926 4816
pghppa@ukm.my www.ukm.my/ppa
Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi:

Anda mungkin juga menyukai