Anda di halaman 1dari 3

SEKAPUR SIREH

1.0

PENGENALAN Menurut Garvin dan Mathiot (1998), bahasa baku membawa maksud pembakuan di

dalam semua aspek bahasa; berusaha dan melakukan proses pengekodan, kutipan informasi pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat dan yang telah menjadi norma kebahasan bagi seluruh masyarakat itu. Dengan perkataan lain, pengkodan adalah satu persetujuan tidak rasmi yang diambil tentang satu variasi daripada beberapa variasi yang wujud dan variasi itu menjadi kelainan yang mewakili bahasa. Misalnya, variasi yang dipilih sebagai variasi bahasa baku ini ada kaitannya dengan faktor-faktor sosiosejarah kerana variasi ini dituturkan oleh orang atasan, kumpulan elit atau variasi yang digunakan di daerah bandar besar atau ibu kota negara itu, yakni variasi yang dituturkan oleh golongan yang terpelajar maka variasi (bahasa itu) diterima pakai oleh penutur-penutur yang lain. Bahasa Melayu Baku ialah variasi yang banyak digunakan oleh majority penduduk yakni komuniti penutur bahasa dan variasi yang digunakan apabila orang ramai daripada berbagai-bagai dialek di Negara ini berkumpul dan berbincang menggunakan satu dialek. Tujuan utama adalah supaya bahasa yang digunakan itu difahami oleh orang ramai dan setiap pihak berusaha menggugurkan cirri-ciri kedaerahan di dalam bahasa masingmasing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang bersifat bahasa Melayu umum. Oleh kerana penutur dialek bahasa Melayu Johor Riau berada ditahap majority, timbul persetujuan bahawa dialek inilah yang paling sesuai dinaikkan taraf sebagai bahasa baku.

2.0

Definisi Sebutan Baku dan Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu Sebutan Baku dalam Bahasa Malaysia

Anda mungkin juga menyukai