Anda di halaman 1dari 2

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH B Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.

Teori Dr. Peter J.DAdamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi. Ciri khas golongan darah B: Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging. Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti. Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali blue chesse dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan. Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung. Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak Snek: Jus anggur Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba http://kelabdiet.com/viewtopic.php?t=253
Apakah cadangan DAdamo untuk pemilik tubuh darah B?

Menurut DAdamo, individu dalam kumpulan darah B digelar sebagai The Nomad. Gelaran itu dikaitkan dengan sistem imun yang kuat dan sistem pencernaan yang fleksibel.

Dalam diet mengikut jenis darah, hanya mereka dalam kumpulan darah B yang mendapat manfaat paling baik dengan produk tenusu. Tetapi tegasnya, orang berdarah B perlu meninggalkan ayam dan itik kerana ia kaya dengan sejenis lektin dalam otot tisunya yang menyerang aliran sistem darah dan berpotensi meningkatkan risiko strok selain mengganggu sistem imun.

http://mudinda.blog.friendster.com/2008/04/diet-mengikut-jenis-darah/

Anda mungkin juga menyukai