Anda di halaman 1dari 2

MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG

Buletin MBBP Buletin MBBP


April 2011M (Rabiul Akhir Jamadil Awal 1432H) Terbitan No. 4/ 2011

Dari Meja Nazir


Assalamualaikum wbt. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, tapak tanah perkuburan Islam kariah Bandar Bandar Bukit Puchong akhirnya telah berjaya direalisasikan. Sebenarnya tapak perkuburan Islam ini adalah merupakan salah satu dari 3 buah tapak yang diusahakan oleh pihak jawatankuasa masjid sejak penubuhannya pada tahun 2006, bermula dengan status Jawatankuasa Pembinaan pada waktu tersebut. Selain itu, 2 buah lagi tapak yang telah berjaya direalisasikan adalah merupakan tapak masjid sendiri dan tapak sekolah agama yang telah dan sedang dibina. Disebalik halangan-halangan yang ditempohi, pihak jawatankuasa telah berjaya mengharunginya demi kemaslahatan masyarakat Islam di kariah ini. Bagi saya ini juga merupakan kejayaan yang amat bermakna, terutama buat Biro Pembangunan dan Tanah Perkuburan. Insya-Allah selepas ini tabung pembangunan tanah perkuburan akan diaktifkan semula. Saya dengan ini menyeru seluruh ahli kariah Masjid Bandar Bukit Puchong untuk menyumbang kepada tabung tersebut. Ikhlas, Saadon Hassan Ahamed Nazir,Masjid Bandar Bukit Puchong

HADIS 40 oleh IMAM NAWAWI: HADIS 7 AGAMA ADALAH NASIHAT


Daripada Abu Ruqayyah Tamim Bin Aus, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Agama adalah an-nasihah." Kami bertanya: "Untuk siapa?" Jawab baginda: "Untuk Allah, kitab-Nya, RasulNya dan bagi para imam-imam muslimin dan seluruh muslimin. Kepentingan Hadis Hadis ini digolongkan sebagai hadis yang ungkapan yang ringkas tetapi mengandungi makna yang cukup mendalam. Jika diperhatikan kandungan hadis ini terdiri daripada kalimah-kalimah yang ringkas sahaja tetapi mengandungi berbagai-bagai makna yang memberikan kesan yang amat besar.
Pada masa kini terdapat segelintir masyarakat kita apabila tiba di dalam persimpangan untuk membuat keputusan, pada kebiasaannya mereka akan lebih merujuk kepada penyelesaian yang bersifat duniawi dan kebiasaannya keputusan yang berdasarkan kepada keuntungan duniawi ini akan membawa kepada kemusnahan yang lebih besar lagi. Kita perlu berubah di mana setiap keputusan yang akan dibuat perlu merujuk kepada Alquran dan Hadis terlebih dahulu. Sebagaimana seperti yang di terangkan didalam hadis ini dan juga Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al An'aam: 38, yang bermaksud: "Tiada Kami tinggalkan sesuatupun di dalam Kitab AlQuran Sememangnya Islam adalah satu agama nasihat yang membimbing umatnya supaya tidak terjerumus ke lembah kehinaan (neraka).

Info MasjId
1. Untuk melanggan sistem maklumat sms masjid, sila taip MASJID REGBBP dan hantar ke 36553. 2. Menyertai badan Khairat Kematian, sila hubungi pegawai masjid untuk mendapatkan borang. 3. Kunjungi laman blog: masjid-bbp.blogspot.com

SEPINTAS LALU - LAWATAN KE TAPAK KUBUR BANDAR BUKIT PUCHONG


Walaupun pengwartaan tapak akan memakan masa, pihak pejabat tanah pada dasarnya telah bersetuju bahawa JAIS dengan kerjasama Masjid BBP boleh bermula membuat perancangan dan membuat kos anggaran pembangunan tanah kubur tersebut. Tapak ini telah ditawarkan oleh pemaju setelah melalui beberapa proses rundingan. Ianya dikelilingi oleh Pangsapuri Angsana sebelah utara, lebuhraya SKVE di barat, pencawang TNB di selatan dan Jalan Pulau Meranti di timur. Keluasan tapak ini adalah 2.76 ekar, termasuk sebahagian lereng bukit. Kelihatan juga tapak ini telah diratakan untuk perancangan awal pembinaan pangsapuri kos rendah. Jalan masuk ke tapak ini adalah melalui Jalan Pulau Meranti dan BP17/1.

Pertemuan pihak Masjid BBP dengan pihak berwajib di tapak kubur

Pada 4 April 2011, telah berlansung pertemuan diantara Masjid BBP dengan pihak berwajib berkaitan dengan tapak kubur Bandar Bukit Puchong. Pihak masjid diwakili

SUMBANGAN Akaun AmIslamic Bank: MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG No. Akaun: 2362022001144

oleh Nazir, Saadon Hasan dan Dr Zaharuddin. Turut hadir adalah wakil dari pejabat tanah, pegawai daerah, JAIS, Majlis Perbandaran Sepang dan pihak pemaju. Pihak pemaju telah menggali beberapa lubang dengan back-hoe dan mendapati bahawa tanah liat (weathered granite) sesuai untuk dijadikan kubur.

Isu jalan masuk juga dibincang dan mendapat persetujuan pemaju untuk membenarkan pihak masjid menggunakan jalan masuk yang sedia ada. Pihak Majlis Perbandaran Sepang telah mengarahkan pemaju untuk membuat pindaan pelan, dan memanjang permohonan untuk pecah sempadan.

Biro Penerbitan & Sebaran Am, Masjid Bandar Bukit Puchong menjemput ahli kariah yang berminat untuk menaja kos penerbitan buletin ini secara bulanan sebanyak RM 300.00 untuk setiap keluaran. Saiz iklan ialah 45mm x 40mm. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai masjid.

Mukasurat 2

Terbitan No. 4/ 2011

SYAIDINA ZUBAIR AL AWWAM


Rasulullah telah terbunuh, tanpa membuang masa Zubair terus menghunuskan pedangnya bagi membela kematian Rasulullah, tetapi dipertengahan jalan beliau telah bertemu dengan Rasulullah dan jiwanya kembali tenang. Dengan itu beliau merupakan orang yang pertama menghunuskan pedang demi membela kebenaran dan semasa itu beliau baru berusia 16 tahun. Beliau turut terlibat dalam banyak peperangan bersama Rasulullah SAW. Seperti ungkapannya dari riwayat al Hakim: Demi Allah! Tidak keluar Rasulullah SAW dalam ghazwah atau sariyyah melainkan aku akan turut menyertainya. Antara peperangan yang beliau sertai ketika hayat Rasulullah SAW termasuklah perang Badar, Uhud, Hamraul Asad, Khandak, Khaibar, Fathul Makkah, Hunain dan Tabuk. Manakala peperangan yang beliau ikuti selepas kewafatan SAW ialah Perang Riddah, Yarmuk, dan juga pembukaan Mesir, Nahwan di Parsi dan Azerbaijan. Semasa peperangan Badar, Zubair berada di barisan hadapan tentera Islam. Beliau bertembung satu lawan satu dengan panglima Quraisy yang bernama Ubaidah bin Saad bin al-As. Zubair membunuh Ubaidah dengan menusuk matanya dengan menggunakan sebatang tongkat yang tajam hujungnya. Di medah Uhud pula menurut ibnu Ishak Zubair bertembung dengan pembawa bendera tentera Quraisy, iaitu Abu Talhah al-Abdari. Talhah mencabar tentera Islam supaya beradu pedang dengannya dan cabaran ini disambut oleh Zubair dan terus membunuhnya. Di medan Khandak pula Zubair beradu satu lawan satu dengan panglima Quraisy yang bernama Naufal bin Abdullah bin al-Makhzumi, Zubair menetaknya sebanyak dua kali sehingga Naufal jatuh tersungkur kedalam parit sebelum dibunuh. Justeru Rasulullah memujinya dengan sabdanya;Setiap Rasulullah mempunyai hawari (penolong), dan hawariku adalah Zubair. Beliau juga turut berkhidmat kepada Khulafa Ar-Rasyidin, hatta terlibat dalam Majlis Syura dalam memilih pengganti Uthman RA dan Ali RA. Zubair pernah menghadapi saat-saat sukar apabila berhadapan dengan zaman fitnah yang berlaku ketika pemerintahan Ali RA, iaitu terlibat dalam peperangan Jamal yang melibatkan pertembungan terdiri dari pihak Aishah Ummul Mukminin dan Ali bin Abi Talib. Beliau telah terbunuh dalam pertempuran tersebut, yakni pada hari Khamis, 10 Jamadil Akhir tahun 36 Hijrah, ketika umurnya 64 tahun.

Nama penuh beliau ialah Zubair bin AlAwwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusay bin Kilab. Bertemu nasabnya dengan Rasulullah SAW pada datuknya yang kelima iaitu Qusay. Zubair dilahirkan 28 tahun sebelum Hijrah dan berasal dari Bani Asad. Beliau memeluk Islam semasa berusia 15 tahun. Pengislaman Zubair telah membuatkan bapa saudaranya marah sehingga beliau diseksa dengan kerasnya oleh bapa saudaranya sendiri. Beliau telah berhijrah sebanyak dua kali iaitu yang pertama ke Habsyah dan yang kedua ke Madinah. Ketika di Madinah, Rasulullah SAW telah mempersaudara-kannya dengan Abdullah bin Masud Beliau menikahi Asma binti Abu Bakar. Zuriatnya iaitu Abdullah bin Zubair, adalah merupakan bayi pertama yang lahir dari kaum Muhajirin selepas hijrah ke Madinah. Lalu Abdullah diambil sebagai anak angkat Rasulullah SAW. Ibnu Asakir melaporkan dari Said bin alMusaiyib iaitu;Orang pertama yang menghunuskan pedang pada jalan Allah adalah Zubair bin Awwam. Kejadian ini berlaku apabila pada suatu hari beliau telah mendengar khabar bahawa

JADUAL KULIAH (APRIL 2011)


Ahad
SUBUH
KULIAH 1

Isnin
ISYAK 9 - 11 PM
KULIAH 4

Selasa
MAGHRIB

Rabu
MAGHRIB
KULIAH 1

Khamis
MAGHRIB

Jumaat
MAGHRIB
KULIAH 1

Sabtu
MAGHRIB
9 - 11 am) KULIAH 2

11:00 - 1:00 PM
KULIAH 2

MAGHRIB
KULIAH 3

MAGHRIB
KULIAH 1

ISYAK
KULIAH 2

ISYAK
KULIAH 2

ISYAK
KULIAH 2

ISYAK
KULIAH 3

Nota: Kelas muslimat setiap minggu Isnin - Khamis akan dikendalikan oleh Ustazah Rafizah (2 - 4:30 petang) .

Halal Haram Ust Muhd Saffiri Ismail

B.Arab 4 Ust Roslan (kanak2)

B.Arab 1 Tn Hj Saadon (kanak2)

Hakikat Nabi Muhammad SAW. Ust Nik Bakri

B.Arab 4 Tn Hj Saadon/ Ust Roslan (kanak2)

1
Sirus Salikin B.Arab 3 Jilid Ke 2 Tn Hj Ust Mashadi Saadon (Dewasa)
Talaqi AlQuran Ust Dahim

1
B.Arab 4 Ust Roslan (kanak2) B.Arab 1 Tn Hj Saadon (kanak2)

B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

Sirus Salikin Jilid 1 Ust Fakrulrazi

B.Arab 3 Tn Hj Saadon (Dewasa)

Sirah Ust Dato' Md Daud Che' Ngah

FeqahMinyatul Mussoli Ust Khairi

B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

Tahlil/ Yaasin pimpinan Imam Masjid

Halal Haram B.Arab 4 Tn Hj Ust Muhd Saffiri Ismail Saadon/ Ust Roslan (kanak2)

3
Hadis 40 Ust Shamsudin

3
B.Arab 3 Tn Hj Saadon (Dewasa)

3
Tafsir AlQuran Ust Dahim

3
B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

4
B.Arab 3 Tn Hj Saadon (Dewasa)

6
B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa) Tahlil/ Yaasin pimpinan Imam Masjid

8
B.Arab 4 Ust Roslan (kanak2) B.Arab 1 Tn Hj Saadon (kanak2)

9
Farida Faraid Fii Ilmi Aqidah. Ust Mashadi

9
B.Arab 4 Tn Hj Saadon/ Ust Roslan (kanak2)

10
HadisAttibbyan Ust Hayazi

10
B.Arab 3 Tn Hj Saadon (Dewasa)

10
Talaqi AlQuran Ust Dahim

10
B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

11
Sirus Salikin Jilid 1 Ust Fakrulrazi

11
B.Arab 3 Tn Hj Saadon (Dewasa)

12
Sirah Ust Dato' Md Daud Che' Ngah

13
FeqahMinyatul Mussoli Ust Khairi

13
B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

14
Tahlil/ Yaasin pimpinan Imam Masjid

15

15
B.Arab 4 Ust Roslan (kanak2)

16
B.Arab 1 Tn Hj Saadon (kanak2)

16
HadisAttibbyan Ust Hayazi

16
B.Arab 4 Tn Hj Saadon/ Ust Roslan (kanak2)

17

17

17
Tafsir AlQuran Ust Dahim

17
B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Deasa)

18
Hadis (Riadhu Solehin) Ust Nasir

18
B.Arab 3 Tn Hj Saadon (Dewasa)

19

20
Al-Adzkar Ust Dato Bahrudin @ Nazri

20
B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

21
Tahlil/ Yaasin pimpinan Imam Masjid

22

22

23

23

23

B.Arab 3 Asma'ul Tn Hj Husna Ust Dr Fauzi Saadon (Dewasa)

B.Arab 4 B.Arab 1 Ust Roslan Tn Hj (kanak2) Saadon (kanak2)

Halal Haram B.Arab 4 Tn Hj Ust Muhd Saffiri Ismail Saadon/ Ust Roslan (kanak2)

24

24

24

24

25

25

26

27

27

28

29

29

30

30

30

Nota: Jadual ini tertakluk kepada pindaan akhir.

Diterbitkan oleh Biro Penerbitan & Sebaran Am, Masjid Bandar Bukit Puchong Lot 59546, Jalan BP7, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan Tel: 013-3488971 Fax: 03-8068 4959 Blog: http://masjid-bbp.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai