Anda di halaman 1dari 2

MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG

Buletin MBBP Buletin MBBP


May 2011M (Jamadil Awal Jamadil Akhir 1432H) Terbitan No. 5/ 2011

Dari Meja Nazir


Assalamualaikum wbt. Suasana politik semasa tanahair amat menggusarkan saya. Saban hari budaya fitnah berleluasa, tetapi bertopengkan atas nama kebenaran. Ada pula yang sanggup menggunakan nama Allah semata-mata untuk meyakinkan khalayak bahawa mereka berada dipihak yang benar, walaupun jelas belum terbukti. Lebih menyedihkan lagi, apa yang disajikan oleh media tempatan amatlah memual dan menjijikkan. Sebaliknya pandangan dari tokoh-tokoh ulama pula dipinggirkan. Sebenarnya, apa yang berlaku kini amat memalukan kita dari kacamata luar. Bukan setakat negara ditertawakan, maruah Islam juga tercalar dek kerana yang terlibat itu semuanya mengaku bertuhankan Allah. Harapan saya, janganlah kita mudah terpedaya dengan fitnahfitnah yang disebarkan. Firman Allah swt: Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - Sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Al Hujerat (Ayat 6) Ikhlas, Saadon Hassan Ahamed Nazir,Masjid Bandar Bukit Puchong

HADIS 40 oleh IMAM NAWAWI: HADIS 8 KEHORMATAN MUSLIM


Daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Apabila mereka melaksanakan semua itu, maka terselamatlah darah dan harta mereka daripada aku melainkan dengan hak Islam dan hisab mereka terserah kepada Allah s.w.t Kepentingan Hadis Risalah atau misi kedatangan Rasulullah saw adalah untuk membawa manusia mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.. Segala halangan terhadap usaha dakwah mesti dihapuskan. Adalah menjadi kewajipan ummat Islam untuk menegakkan dakwah lslam sehingga tertegak aqidah lslam. Sebarang usaha untuk memerangi orang-orang kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat, agar risalah lslam tidak terhalang untuk sampai kepada semua manusia. Apabila dakwah sudah disampaikan, maka mereka bebas memilih samada lslam atau sebaliknya. lslam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat. Hak ini terus terjamin kecuali sekiranya dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.

Info MasjId
1. Untuk melanggan sistem maklumat sms masjid, sila taip MASJID REGBBP dan hantar ke 36553. 2. Menyertai badan Khairat Kematian, sila hubungi pegawai masjid untuk mendapatkan borang. 3. Kunjungi laman blog: masjid-bbp.blogspot.com 4. Kelas renang anjuran masjid bermula 21 Mei 2011.

SEPINTAS LALU - MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG


Perhimpunan yang merupakan aktiviti bulanan Biro Muslimat ini telah berjaya mendapat sambutan setiap kali ianya diadakan. Ketua Biro Muslimat, Ustazah Wan Noraini mengalualukan seluruh warga muslimat Bandar Bukit Puchong untuk hadir ke perhimpunanperhimpunan yang seterusnya yang diadakan setiap Ahad terakhir pada setiap bulan. Kursus Bilal Kursus Bilal anjuran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Petaling telah diadakan pada 30 April 2011 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS). Pihak Masjid Bandar Bukit Puchong (MBBP) menghantar seramai 6 orang wakil iaitu Ustaz Roslan Ishak dari MBBP, 2 orang bilal dari Surau atToyyibah iaitu Saudara Shahiri Abu Bakar dan Saudara Shafie Hasan, 2 orang bilal dari Surau Angsana iaitu Saudara Nizam Mesman dan Saudara Rizal Abd Rahman dan Pengerusi Surau Pangsapuri Cempaka, Saudara Sahlan Mansur.

Bahu jalan naik ke masjid yang telah diturap oleh MPSJ

SUMBANGAN Akaun AmIslamic Bank: MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG No. Akaun: 2362022001144

Penurapan Bahu Jalan Kerja-kerja penurapan bahu jalan naik ke Masjid Bandar Bukit Puchong (MBBP) yang bermula pada bulan Mac telah akhirnya siap pada akhir April lepas. Dengan siapnya penurapan bahu jalan tersebut, adalah dipercayai masalah kekurangan tempat letak kereta terutama sewaktu solat Jumaat sedikit sebanyak dapat diatasi. Bagi pihak masjid, Nazir, Tuan Haji Saadon Hassan Ahmad mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diatas kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Selain itu juga, pihak masjid ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media yang sebelum ini telah membuat liputan didalam akhbar mereka sehingga perkara ini berjaya dibawa kepada pihak MPSJ. Perhimpunan al-Mathurat Perhimpunan al-Mathurat pada bulan April telah diadakan pada 24 April 2011.

Mukasurat 2

Terbitan No. 5/ 2011

SYAIDINA TALHAH BIN UBAIDILLAH


pertemuannya dengan pendeta Bushra. Lalu Abu Bakar mengajak Talhah menemui Muhammad dan menceritakan peristiwa yang dialaminya. Di hadapan Rasulullah, Talhah lantas mengucapkan dua kalimat syahadah. Perang Uhud merupakan peristiwa yang memahatkan keperwiraan Talhah dalam sejarah. Suatu ketika cuma ada 11 perajurit Ansar dan beserta Talhah dari kaum Muhajirin disisi Rasulullah. Mereka mengawal Rasulullah dan cuba membawa beliau naik ke bukit untuk perlindungan, tetapi dihalang oleh kaum Musyrikin. "Siapa berani melawan mereka, dia akan menjadi temanku kelak di syurga," seru Rasulullah. "Aku wahai Rasulullah," jerit Talhah. "Tidak, bukan engkau, kau harus berada di tempatmu." "Aku wahai Rasulullah," kata seorang perajurit Ansar. "Ya, majulah," kata Rasulullah. Lalu perajurit Ansar itu maju melawan tentera Musyrikin sehingga menemui syahid. Rasulullah kembali meminta para sahabat untuk melawan tentera kafir dan setiap kali Talhah menawarkan dirinya. Tetapi semuanya ditolak oleh Rasulullah dan diperintahkan untuk tetap ditempatnya sehingga semua11 perajurit Ansar tersebut menemui syahid dan tinggal Talhah bersendirian bersama Rasulullah. Saat itu Rasulullah berkata kepada Talhah, "Sekarang engkau, wahai Talhah." Dan majulah Talhah dengan semangat jihad yang berkobar-kobar menerjah ke arah musuh dan menghambat agar jangan menghampiri Rasulullah. Talhah berusaha membawa Rasulullah naik ke bukit, kemudian kembali menyerang hingga ramai tentera kafir yang tewas. Saat itu Abu Bakar dan Abu Ubaidah bin Jarrah yang berada agak jauh dari Rasulullah telah sampai di dekat Rasulullah. "Tinggalkan aku, bantulah Talhah," seru Rasulullah. Keduanya bergegas mencari Talhah. Ketika ditemui, Talhah dalam keadaan pengsan dan badannya berlumuran darah. Tak kurang 79 luka bekas tikaman pedang, tusukan lembing dan panah menembusi tubuhnya. Pergelangan tangannya putus sebelah. Sangkaan mereka Talhah telah gugur, tetapi ternyata masih hidup. Maka kerana itulah Rasulullah bersabda. "Siapa yang ingin melihat orang yang telah syahid berjalan di atas muka bumi, maka lihatlah Talhah," Talhah juga adalah pedagang yang berjaya. Pada suatu petang dia pulang setelah mendapat keuntungan dari Hadhramaut kirakira 700,000 dirham. Malamnya dia ketakutan, gelisah dan risau. Maka ditanya oleh isterinya Ummu Kaltsum binti Abu Bakar, Mengapa kamu gelisah, wahai Abu Muhammad, Apa kesalahanku sehingga kamu gelisah? Jawab Talhah, Tidak! Engkau adalah isteri yang baik dan setia! Tetapi harta ini yang menyebabkan kerisauanku, sehingga mengalih perhatianku daripada Tuhanku. Jawab isterinya, Mengapa kamu begitu risau memikirkannya. Bukankah kaummu ramai yang memerlukan pertolonganmu. Esok pagi bahagikanlah wang itu kepada mereka.? Kata Talhah, semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepadamu. Engkau wanita beroleh taufiq, anak orang yang selalu diberi taufiq oleh Allah? Esoknya, dimasukkannya wang itu ke dalam uncang, lalu dibahagikannya kepada fakir miskin kaum Muhajirin dan Ansar. Talhah bin Ubaidillah meninggal dunia pada tahun 36H, bersamaan 656M pada usia 60 tahun dan dikubur di Basra. Beliau meninggal dunia kerana terkena panah dalam Peperangan Jamal, iaitu perang diantara Saidina Ali dan Saidatina Aisyah berpunca dari fitnah Yahudi. Talhah pada waktu itu berada di pihak Saidatina Aishah.

Nama penuh beliau ialah Talhah bin Ubaidillah bin Usman bin Kaab bin Saad, merupakan salah seorang dari 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah saw. Beliau juga merupakan salah seorang daripada 6 orang sahabat besar yang dicalonkan sebagai pengganti Khalifah Umar bin Khattab ketika beliau sedang nazak. Kisah pengislamannya bermula di Bushra, ketika Talhah dan kafilahnya dalam perjalanan ke Syam, seorang pendeta berteriak, "Wahai para pedagang, adakah di antara tuan-tuan yang berasal dari kota Mekah?" "Ya, aku penduduk Mekah," sahut Talhah. "Sudah munculkah orang di antara kalian orang bernama Ahmad?" tanyanya. "Ahmad yang mana?" "Ahmad bin Abdullah bin Abdul Muthalib. Bulan ini pasti muncul seorang Nabi yang menjadi penutup para nabi-nabi. Kelak ia akan hijrah dari negerimu ke negeri berbatu-batu hitam yang banyak pohon kurmanya. Ia akan pindah ke negeri yang subur makmur, memancarkan air dan garam. Sebaiknya engkau segera menemuinya wahai anak muda," sambung pendeta itu. Ucapan pendeta itu begitu membekas dihati Talhah hingga tanpa menghiraukan kafilah dagangnya beliau segera pulang ke Mekah. Setibanya di Mekah, ia bertanya kepada keluarganya, "Ada berlaku sepeninggalku?" "Muhammad bin Abdullah mengakukan dirinya Nabi dan Abu Bakar telah mempercayai dan mengikuti apa yang dikatakannya," jawab mereka. Setelah itu Talhah langsung mencari Abu Bakar dan bertanya, "Benarkah Muhammad bin Abdullah telah mengaku Nabi dan engkau mengikutinya?" "Benar." Jawab Abu Bakar. Talhah lantas bercerita tentang

JADUAL KULIAH (MEI 2011)


Ahad
SUBUH KULIAH 1 Sirus Salikin Jilid Ke 2 10:30 - 1:00 AM MAGHRIB 9.00 - 11.00 PM KULIAH 2 KULIAH 3 KULIAH 4

Isnin
MAGHRIB KULIAH 1 ISYAK KULIAH 2

Selasa
MAGHRIB KULIAH 1

Rabu
MAGHRIB KULIAH 1 ISYAK KULIAH 2

Khamis
MAGHRIB KULIAH 1

Jumaat
MAGHRIB KULIAH 1 ISYAK KULIAH 2 9.00 - 11.00 AM KULIAH 1

Sabtu
MAGHRIB KULIAH 2 ISYAK KULIAH 3

Ust Mashadi

B.Arab 3 Tn Hj Saadon

Talaqi Al-Quran Ust Dahim

B.Arab 2 Tn Hj Saadon

Sirus Salikin Jilid 1 Ust Fakrulrazi

B.Arab3 Tn Hj Saadon (Dewasa)

Al-Adzkar Ust Dato Bahruddin @ Nazri

B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

Tahlil/ Yaasin pimpinan Imam Masjid

Halal Haram

Ust Muhd Saffiri Ismail

B.Arab 4 Ust Roslan (kanak2)

B.Arab 1 Tn Hj Saadon (kanak2)

Hakikat Nabi Muhammad SAW. Ust

Nik Bakri

B.Arab 4 Tn Hj Saadon/ Ust Roslan (kanak2)

1
Hadis 40 Ust Sham sudin
B.Arab 3 Tn Hj Saadon

1
Tafsir AlQuran Ust Dahim
B.Arab 2 Tn Hj Saadon

2
B.Arab 3 Tn Hj Saadon (Dewasa)
Sirah

3
Ust Dato' Md Daud Che' Ngah

4
FeqahMinyatul Mussoli Ust Khairi
B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

5
Tahlil/ Yaasin pimpinan Imam Masjid

6
Hadis (Sahih Bukhori)

6
B.Arab 4 Ust Roslan (kanak2) B.Arab 1 Tn Hj Saadon (kanak2)

7
Ust Muhd Saffiri Ismail

7
Halal Haram

7
B.Arab 4 Tn Hj Saadon/ Ust Roslan (kanak2)

Ust Sufyan Ismail

8
B.Arab3 HadisAttibbyan Tn Hj Saadon Ust Hayazi

8
Talaqi AlQuran Ust

8
B.Arab 2 Tn Hj Saadon

9
Sirus Salikin Jilid 1 Ust Fakrulrazi
B.Arab 3 Tn Hj Saadon (Dewasa)

10

11
Al-Adzkar Ust Dato Bahruddin @ Nazri

11
B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

12
Tahlil/ Yaasin pimpinan Imam Masjid

13

13
B.Arab 4 Ust Roslan (kanak2)

14
B.Arab 1 Tn Hj Saadon (kanak2)

14
Farida Faraid Fii Ilmi Aqidah.

14

Ust Mashadi

B.Arab 4 Tn Hj Saadon/ Ust Roslan (kanak2)

15
Asma'ul Husna Ust Dr Fauzi

15
B.Arab 3 Tn Hj Saadon

15
Tafsir AlQuran Ust Dahim

15
B.Arab 2 Tn Hj Saadon

16
Hadis (Riadhu Solehin) Ust Nasir

16
B.Arab 3 Tn Hj Saadon (Dewasa)
Sirah

17
Ust Dato'

18
FeqahMinyatul Mussoli Ust Khairi

18
B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

19
Tahlil/ Yaasin pimpinan Imam Masjid

20
Hadis Sahih Bukhori

20
B.Arab 4 Ust Roslan (kanak2)

21
B.Arab 1 Tn Hj Saadon (kanak2)

21
HadisAttibbyan Ust Hayazi

21
B.Arab 4 Tn Hj Saadon/ Ust Roslan (kanak2)

Md Daud Che' Ngah

Ust Sufyan Ismail

22
Asma'ul Husna Ust Dr Fauzi

22
B.Arab 3 Tn Hj Saadon

22
Talaqi AlQuran Ust

22
B.Arab 2 Tn Hj Saadon

23

23
B.Arab3 Tn Hj Saadon (Dewasa)

24

25

25

26

27

27

28

28

28

Nota: Kelas muslimat setiap minggu Isnin - Khamis akan dikendalikan oleh Ustazah Rafizah (2 - 4:30 petang).

29

29

29

29

30

30

31

Nota: Jadual ini tertakluk kepada pindaan akhir.

Diterbitkan oleh Biro Penerbitan & Sebaran Am, Masjid Bandar Bukit Puchong Lot 59546, Jalan BP7, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan Tel: 013-3488971 Fax: 03-8068 4959 Blog: http://masjid-bbp.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai