Anda di halaman 1dari 4

FADHILAT SOLAT - BAB 2 (KEPENTINGAN SOLAT BERJEMAAH) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH) - HADITH 2 Hazrat Abu Hurairah

RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut. (Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah) May 07 FADHILAT SOLAT - BAB 2 (KEPENTINGAN SOLAT BERJEMAAH) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH) - HADITH 1 Diriwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdhal daripada solah bersendirian. (Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim) May 06 FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN KEDUA (AMARAN DAN CELAAN KE ATAS MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAH) - HADITH 2 Hazrat Ubadah bin Somit RA telah berkata, Kekasihku Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda SAW, Jangan menyengutukan ALLAH TAALA dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan solah dengan

sengaja, kerana sesiapa meninggalkan solah dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan ALLAH TAALA dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala masiat. (Hadith riwayat Imam Tabarani) May 06 FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN KEDUA (AMARAN DAN CELAAN KE ATAS MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAH) - HADITH 1 Diriwayatkan daripada Hazrat Jabar bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan kufur, Dalam riwayat yang lain, Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan syirik dan kufur. (Hadith riwayat Imam Ahmad, Muslim dll.) May 06 FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 4A Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah RA katanya, Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)? Para sahabat R.Anhum menjawab, Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran. Rasulullah SAW bersabda, Maka demikianlah juga solah lima waktu, melalui solah ALLAH TAALA akan mengampunkan dosa. (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim) FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 4B Diriwayatkan dari Hazrat Jabir RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.

(Hadith riwayat Imam Muslim) May 06 FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 3 Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Uthman RA katanya, Saya bersama Hazrat Salman RA di bawah sepohon pokok. Beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut, lalu menggoncang-goncangkan dahan tersebut sehingga daun-daun pada dahan dahan itu gugur. Kemudian beliau berkata kepada saya, Wahai Abu Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini? Saya bertanya, Beritahulah mengapa kamu berbuat begitu? Beliau menjawab, Beginilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di hadapan saya semasa saya bersama-sama Baginda SAW di bawah sepohon pokok. Baginda SAW telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini sehingga semua daun gugur. Kemudian Baginda SAW bertanya kepada saya, Salman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya buat begini? Sahutku, Beritahulah mengapa tuan berbuat begini? Baginda SAW bersabda, Sesungguhnya apabila seorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solah lima waktu maka gugurlah dosanya seperti gugurnya daun-daun ini. Kemudian Baginda SAW membaca ayat yang berikut: Dan dirikanlah solah pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketikaketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amalamal kebaikan itu (terutamanya solah) akan menghapuskan dosa. Perintahperintah ALLAH TAALA yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan. (Hud : 114) (Hadith riwayat Imam Ahmad, Nasai dan Tabarani.) May 06 FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 2 Hazrat Abu Zar RA berkata, Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, Wahai

Abu Zar. Saya menyahut, Saya, Ya Rasulullah. Kemudian Baginda SAW bersabda, Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok. (Hadith riwayat Imam Ahmad) May 06 FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 1 Diriwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma katanya, Rasulullah SAW bersabda, Islam dibina di atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain ALLAH TAALA dan Muhammad adalah hambaNYA dan RasulNYA, mendirikan solah, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) May 06 FADHILAT AL-QURAN Hadith 10 Hazrat Abdullah bin Masud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf. (Hadith riwayat Tirmizi)

Anda mungkin juga menyukai