Anda di halaman 1dari 2

SKRIP MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM RAKAN BUKU Terima kasih pengerusi majlis....

Izinkan saya menyampaikan / meneruskan majlis ini dalam bahasa melayu. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang berusaha En.Goh Chee Kiat Pengetua SMK Dato Jaafar Yang dihormati En. Arbain bin Miswan Penolong Kanan 1, En. Ahmad bin Yusof Penolong Kanan HEM, En. Armugam a/l Ramachandran Penolong Kanan KOKU, barisan ketua bidang, guru-guru, serta para pelajar sekalian. Program rakan buku telah dilancarkan pada 18 Januari 2010 yang bermatlamat untuk menarik minat para pelajar agar bukan sahaja membaca buku di perpustakaan, malah akan turut meminjam buku-buku tersebut untuk dibaca bersama-sama ahli keluarga yang lain. Objektif utama program ini adalah mensasarkan setiap pelajar meminjam sekurang-kurangnya 10 buah buku setahun. Berdasarkan analisis data pinjaman, jumlah pinjaman buku pada bulan Januari adalah sebanyak 380 buah buku. Jumlah ini telah meningkat kepada 590 buah buku bagi bulan Februari. Namun jumlah pinjaman buku telah menurun kepada 248 buah bagi bulan Mac. Penurunan ini adalah sebanyak 342 buah buku. Penurunan ini berlaku kerana pelajar telah mula menumpukan perhatian kepada pelajaran dan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Walau bagaimanapun para pelajar perlu terus mencari masa ruang untuk berkunjung ke perpustakaan dan membuat pinjaman. Namun apa yang dikesali, masih terdapat segelintir pelajar yang masih belum meminjam walaupun sebuah buku. Oleh pada itu, senarai nama-nama pelajar berkenaan telah pun dipamerkan di setiap kelas pada awal bulan Mac. Justeru itu, diharap para pelajar dapat bertindak ...................

Seterusnya, tibalah masa untuk acara penyampaian sijil penghargaan kepada pelajar- pelajar yang telah meminjam buku terbanyak. Dengan ini majlis mempersilakan En.Goh Chee Kiat, Pengetua SMK Dato Jaafar untuk menyampaikan sijil-sijil kepada penerima. Penerima pertama adalah : 1. Mohd Norhakiem Bin Norhisham 2. Goh Qing Sheng 3. Lim Jin Seng 2p4 5SNB 6ABF

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan sebentar tadi

Majlis kini diteruskan lagi dengan mempersilakan saudara Goh Qing Sheng dari 5SNB untuk menyampaikan ulasan buku, dipersilakan.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai