Anda di halaman 1dari 3

http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogroups.com/msg02715.html 19.09.

2010

Bukti Guru Terbeban Siri (1)


Oleh Cikgu Komando

BEBAN TUGAS DAN MOTIVASI KERJA GURU SEBAGAI SATU ISU (diolah semula dari hasil penulisan tesis P20063 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia) Beban tugas yang banyak telah menimbulkan kerumitan, ketidakpuasan hati dan keletihan emosi kepada guru. Di dalam kelas guru juga terpaksa membuat pelbagai keputusan dalam satu jangka waktu yang singkat (40 hingga 80 minit). Guru sudah pasti sukar membuat keputusan yang terbaik kerana bukan semua pelajar mempunyai minat, sikap dan kepintaran yang sama. Pada setiap hari seorang guru melayan antara 20 hingga 120 orang pelajar dalam kelas yang terdiri daripada 20 hingga 30 orang pelajar. Guru tidak boleh menumpukan perhatian terhadap seorang pelajar sahaja, tetapi terhadap semua pelajar dalam kelasnya. Kesemua pelajar mempunyai kepelbagaian minat, bakat, hambatan pembelajaran, keadaan emosi dan latar budaya. Oleh itu untuk menumpukan perhatian yang sekali gus terhadap semua pelajar memerlukan suatu seni kompleks yang tinggi. Beban tugas guru telah menjadi satu isu sejak lama dulu. Dapatan daripada kajian yang dibuat menunjukkan adanya kerumitan guru di dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membimbing dan mendidik pelajar. Salleh (1983) telah membuat kajian tentang persepsi guru-guru yang mengajar Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di Selangor dan di Negeri Sembilan. Guru-guru menyatakan kerumitan yang mereka alami ialah beban tugas yang berat, kekurangan peralatan, kekurangan persiapan mengajar kerana kursus yang diikuti tidak mencukupi, saiz kelas yang besar dan kerja-kerja perkeranian yang dibuat. Kerja-kerja perkeranian ini akan mendatangkan keletihan kepada guru dan boleh mengurangkan masa mengajar guru di dalam kelas serta membuatkan fikiran guru tidak tenteram kerana masanya sentiasa terganggu. Kajian Nor Azizah (1987) terhadap 338 orang guru di 24 buah sekolah yang dipilih secara rawak di Daerah Hulu Langat dan Gombak mendapati guru juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan beban tugas yang berat. Terdapat 63.3 peratus guru menyatakan bahawa beban kerja di sekolah adalah berat. Ini boleh mendatangkan ketegangan kepada guru. Siti Rodziah (1982) telah menjalankan kajian ke atas 71 orang guru dari beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan, mendapati ketegangan guru lebih dipengaruhi oleh beban kerja, masa mengajar yang terlalu banyak dan menggantikan guru yang tidak hadir. Guru yang mengajar lebih daripada tiga tahun mengalami ketegangan yang tinggi jika dibandingkan dengan guru yang mengajar kurang tiga tahun. Manakala kajian Lee Meng Chun (1990) menunjukkan bahawa mengerjakan tugas yang berulang-ulang (monotonous) juga mendapati kepuasan kerja adalah rendah dan cenderung untuk melahirkan ketidakpuasan, kebosanan, keletihan dan hilang ciri-ciri kemanusiaan dalam kerja.Kerja yang sama dilakukan setiap tahun menyebabkan guru-guru bosan dan merasakan pengetahuan dan pengalaman tidak bertambah, hanya setakat yang ada sahaja.

Beban tugas yang banyak juga merupakan penghalang kepada perkembangan pengajaran guru. Sumilah (1997) telah membuat kajian di kalangan guru-guru pelatih Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim (MPTI) yang sedang menjalani pratikum mendapati tujuh faktor yang menghalang penggunaan media elektronik dalam pengajaran. Ketujuh-tujuh faktor berkenaan ialah sikap dan minat guru yang tidak menggalakkan, kekurangan kemudahan fizikal dan infrasturuktur, kekurangan koleksi sumber, kurang pendedahan dan kemahiran, kurang bimbingan dan penyeliaan, kelemahan dalam pengurusan sumber serta beban tugas. Kekurangan kemudahan dan sumber di sekolah akan membebankan fikiran guru. Zubaidah (1999) dalam kajiannya mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah pelajaran dan bebanan tugas disekolah didapati mempengaruhi keletihan emosi guru. Abdul Malek (2000), menyatakan bahawa bebanan tugas yang berat, tidak menyempurnakan tugas, dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami "stress". Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif, fikiran menjadi bersturuktur dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya. Lee Siok Yen (1992) dalam kajiannya mendapati faktor kualiti pengurusan paling penting dalam hubungannya dengan motivasi kerja berbanding dengan faktor gaji yang tidak mempunyai hubungan yang bermakna dengan motivasi kerja. Pekerja-pekerja yang lebih berpendidikan tinggi didapati lebih tinggi motivasi kerja berbanding dengan pekerja-pekerja yang lebih rendah tahap pendidikannya. Faktor motivasi guru adalah penting didalam mempertingkatkan kualiti pendidikan di sekolahnya. Tambahan pula bila seseorang itu jelas kedudukan dan fungsinya dalam organisasi tersebut. Ini dengan sendirinya membangkitkan motivasi bekerja dengan baik. Walau bagaimanapun Laporan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (1988) amat membimbangkan kerana peratus guru yang kurang bermotivasi adalah tinggi iaitu 45.6 peratus. Ini akan mengganggu kualiti pendidikan di sekolah. Walau bagaimanapun, beban tugas telah menjadi isu yang berpanjangan dari dahulu sampai sekarang dan tindakan yang diambil tidak dapat menyelesaikan keadaan yang ada sekarang. Rumusannya, beban tugas akan mendatangkan kesan kepada guru seperti berikut: Kesan Ketegangan kepada guru Menghalang peningkatan pengajaran dan pembelajaran Beban tugas guru Kurang persiapan atau persediaan untuk mengajar Menimbulkan kebosanan Keletihan emosi guru

Rujukan : Abdul Malik Abd. Rahman. 2000. Manusia dan stress. Buletin Akademik. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 (10-11) Balbir Singh a/l Bhagawan Singh. 1994. Perkaitan di antara motivasi penglibatan dan lokus kawalan di kalangan pelajar di Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Champa a/p Chum. 1992. Hubungan di antara ciri-ciri tugas dengan kepuasan kerja, motivasi kerja dalaman dan penglibatan kerja. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Guru Malaysia. September 1999. Guru Malaysia. Oktober 2000

Ishak Sin. 1993. Perkaitan di antara stail kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jaafar Sidek Latif. 1995. Kepuasan kerja di kalangan kaunselor sekolah-sekolah di Negeri Sembilan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamarudin Husin, Kamarul Azhar. 1994. Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Lee Siok Yen. 1992. Keberkesanan faktor gaji dan kualiti pengurusan sebagai motivasi untuk meningkatkan produktiviti. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Nagayanya Muniandi. 1998. Perkaitan di antara gaya kepimpinan dimensi pendayautamaan sturuktur dan dimensi timbang rasa pengetua dengan tahap motivasi guru. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Nor Azizah Salleh. 1991. Kepuasan bekerja dan keperluan professional guru-guru lepasan maktab dan implikasinya kepada pendidikan lanjutan. Jurnal Pendidikan. 16 : 84-94. Omardin Ashaari. 1996. Pengurusan Sekolah: Satu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Saedah Siraj., Zainun Ishak., Tunku Mohani Tunku Mokhtar,. 1996. Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Siti Rodziah Kadir. 1982. Beberapa faktor yang mempengaruhi ketegangan serta kesannya ke atas guru-guru. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Soo Yu Min. 1996. Perkaitan gaya pengurusan pengetua sekolah menengah dengan harga diri (self-esteem). Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Sumilah Marto. 1997. Faktor-faktor kekangan penggunaan media elektronik di kalangan guru pelatih. Unit Teknologi Maklumat MPTI (atas talian) http://www2.moe.gov.my/~bpg/jrmpti982.htm. Zubaidah Aman. 1999. Burnout di kalangan guru: perkaitannya dengan faktor latar belakang , tekanan kerja, kekaburan peranan dan sokongan sosial. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai