Anda di halaman 1dari 5

Teori Kecerdasan Pelbagai (KP) pertama kali dikemukakan oleh Gardner (1983) dalam bukunya Frames of Mind: The

Theory of Multiple Intelligences. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, dan menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat, dan menghasilkan output yang efektif.

An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultur al setting (Gardner 1983)

Howard Gardner telah mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat.Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata -mata diwarisi. Jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai bodoh meng ikut ukuran IQ tidak semestinya anakanak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak -kanak istimewa mendapati ada di antara murid -murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibu bapa yang kedua -duanya adalah professiona l atau doctor. Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh d iperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan -keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong,1994). Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya,

dalam kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita den gan baik. Kecerdasan kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner adalah seperti berikut :

1. 2.

Linguistic intelligence ("word smart")-Perkataan Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart")Nombor&logik

3. 4. 5. 6. 7. 8.

Spatial intelligence ("picture smart")-Gambar Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart")-Pengalaman fizikal Musical intelligence ("music smart")-Muzik Interpersonal intelligence ("people smart")-Pengalaman sosial Intrapersonal intelligence ("self smart")-Refleksi kendiri Naturalist intelligence ("nature smart")-Pengalaman dengan alam semula jadi

1. Kecerdasan Linguistik

-Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. -Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. -Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan,mengingat maklumat, memahami perkataan.

KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera. CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle

2.Kecerdasan Matematik

-Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.

-Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal,menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan

komputer dengan cekap.

KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan CONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton

3.Kecerdasan Visual(Spatial intelligence)

-Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). -Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. -Kebolehan individu ini termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek. CONTOH: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci

4.Kecerdasan Kinestetik -Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untukberkomunikasi dan menyelesaikan masalah. -Cekap mengintepretasi pergerakananggota atau tubuh. -Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan denganpergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain -lain. -Seseorang individujuga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikaldengan mental.

KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis. CONTOH: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali,

Shah Rukh Khan, Rosyam Noor, Jackie Chan,Bruce Lee,Jet Lee.

5.Kecerdasan Muzikal

-Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten,membezakan antara bunyi dan cipta musik. -Sensitif dengan bunyi di persekitaran. -Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi,memahami struktur dan rentak musik.

KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik. CONTOH: Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee,Saloma. 6.Kecerdasan interpersonal

-Kecerdasan

interpersonal

membolehkan

seseorang

memahami

perasaan,

motivasi,tabiat serta hasrat orang lain. -Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan bolehbekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yangberfaedah. -Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan CONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi

7.Kecerdasan intrapersonal

-Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. -Individu ini cubauntuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain,kelemahan dan kekuatan yang ada. -Kemahiran yang ada ialah mengenalpastikelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.

KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi CONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner,JeanPiaget. 8.Kecerdasan naturalis

-Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan men gklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. -Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi -bunyian yang terdapat di alam sekitar. -Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan f auna.

KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist CONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin

Anda mungkin juga menyukai