Anda di halaman 1dari 5

1Malaysia dan transformasi negara

07 Apr 2010 11:25AM

Oleh - A.Aziz Deraman Sewaktu menjawab soalan tambahan Alexander Nanta Linggi (BNKapit) pada 16 Mac 2010, Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib secara sinis berkata, Gagasan 1Malaysia bukannya seperti konsep Middle Malaysia, penjelmaan semula Malaysian Malaysia tajaan DAP. 1Malaysia berpaksikan Perlembagaan negara. Middle Malaysia, muncul secara mendadak setelah 1Malaysia semakin popular dan diterima rakyat, tidak ikhlas pun. Kedua-dua konsep pembangkang itu tidak pernah menjadikan Perlembagaan sebagai titik tolak pembangunan negara dan pembinaan bangsa. Malahan konsepnya menolak Perlembagaan, akan dinyahkan tonggak-tonggak kenegaraan. Keperibadian Malaysia boleh musnah apabila diketepikan sejarah dan kebudayaannya. Itulah sifat slogan dan retorik pembangkang. Rakyat akur kepada 1Malaysia kerana konsep perpaduan dan kesatuan bangsa yang didukunginya. Gagasan Satu Malaysia atau 1Malaysia dalam tempoh beberapa bulan sahaja menjadi lumrah bicara mulut segenap lapisan rakyat Malaysia. Hatta, kanak-kanak Tadika berusia lima tahun pun sudah tahu menyebutnya. Apakah gagasan baru ini merupakan kesinambungan satu perjuangan, substantif dan relevan? Bagi mereka yang faham tentu tidak sukar dan tiada dolak-daliknya. Konsepnya akan di terjemahkan ke dalam dasar, program dan model pembangunan sesuai dengan realiti kehidupan. Kita ini hidup berbangsa dan bernegara. Kerajaan perlu memantau, apakah kefahaman rakyat tepat dengan maksud konsep, aspirasi dan slogannya. Rakyat mahukan jaminan 1Malaysia benar-benar mempertahankan keluhuran Perlembagaan tadi, misalnya tidak menggugat kedudukan

Islam, institusi raja, bahasa negara, dan memastikan hak dan keistimewaan orang Melayu atau bumiputera tidak terjejas. 1Malaysia dicetuskan ideanya sebagai satu gagasan baru negara, diperkenalkan Najib sewaktu mengangkat sumpah jawatan pada 3 April 2009. Beliau menganggapkannya sebagai aspirasi demi satu transformasi besar buat negara dengan semangat slogan Satu Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Hasrat beliau untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara disebutkannya sebagai lahir hasil dari inspirasi dan dorongan serta suri teladan ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak, PM Ke2. Dalam beberapa hal dijangka mungkin beliau akan mengambil pendekatan dan strategi baru berpandukan pedoman ayahandanya itu dalam menegakkan perpaduan dan kesatuan bangsa.

Kesinambungan perjuangan Konsep gagasan ini tetap sama, suatu kesinambungan perjuangan silam, yakni untuk rakyat dan negara, suatu penerusan usaha ke arah mencapai matlamat perpaduan negara dan melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu teguh berpegang kepada Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Sebagaimana dijelaskan di atas tadi, konsep Malaysian Malaysia atau Middle Malaysia itu tajaan puak politik tertentu. Mereka tidak pernah akan puas mengabui mata rakyat. Kalau 1Malaysia mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup berbeza, Malaysian Malaysia menolak asas binaan kemasyarakatan yang wujud sekian lama dan menuntut kesamarataan versi total. 1Malaysia menjaga semua kaum, integrasi dalam kewujudan bangsa Malaysia, sedangkan Malaysian Malaysia terbatas kepada kesamarataan hak, menolak realiti dan sejarah negara Malaysia. Benih kepada Malaysian Malaysia atau Middle Malaysia itu disemai sebuah parti yang tebal dan kebal dengan ideologi perkauman. Rakyat

tidak patut terperangkap dengan laungan puak-puak begini. Mereka hanya tahu mendakwa bahawa kedua-duanya membawa konsep yang sama dari segi bentuk dan isinya. Ada pula provokasi jahat yang menuduh Najib penciplak paling besar dari idea DAP tadi. Falsafah 1Malaysia akan tetap memayungi pentadbiran negara tanpa meninggalkan mana-mana gagasan terdahulu tetapi sebagai suatu kesinambungan. Oleh itu gagasan ini akan juga memacu hasrat dan visi Wawasan 2020 (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan bangsa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Sebagai suatu kesinambungan dasar-dasar terdahulu, maka gagasan itu bukan perkara baru demi melihara dan menjaga kepentingan rakyat sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, tetapi yang dimungkinkan melalui strategi dan pendekatan baru. Penegasan Datuk Seri Najib: Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Konsep 1Malaysia mengaitkan bahawa Kerajaan akan mengutamakan rakyat dengan merentasi seluruh lapisan masyarakat serta kumpulan etnik di setiap pelusuk tanah air dalam erti kata tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional. Kita bertindak dan berfikir sebagai bangsa Malaysia Kesatuan Dalam Kepelbagaian. Dalam hal yang demikian, pimpinan politik perlu memahami dan membawa pendekatan baru, menempa sebuah zaman baru, mengutamakan prestasi, keutamaan rakyat, merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di serata pelosok tanah air dengan tujuan melaksanakan satu transformasi besar.

Tahun 2010, tahun sebenar peralihan strategi kepimpinan baharu, berlakunya penerapan gagasan 1Malaysia, Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Mana-mana pemimpin Kerajaan dari mana-mana parti sekalipun tidak boleh memejamkan mata dan memekakkan telinga. Mereka perlu memahami setiap aspirasi tersebut dari segi konsep, semangat dan slogannya.

Formula perpaduan Dasar-dasar negara sejak kemerdekaan dan faktor sejarah perlu kita hayati. Malaysia terbentuk atas kesinambungan sejarah dan sistem sistem kehidupan bangsa yang unik dan tidak sama dengan negaranegara lain. Konsep Perlembagaan Persekutuan Malaysia itu sendiri menjadi bukti sifat-sifat kenegaraannya. Jika terjadi kehilangan tonggak-tonggak utama di dalamnya, maka konsep kenegaraan Malaysia berasaskan kepada bentuk dan isi sifat sifat Malaysia itu akan ikut musnah. Malaysia mungkin ada pada namanya sahaja tetapi kehilangan tonggak-tonggak yang menjadi pancang atau tiang-tiang yang menegakkan kenegaraannya. Formula 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi. Teras-teras perpaduannya menekankan penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia; prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; dan keadilan sosial. Manakala nilai-nilai aspirasinya seperti pernah Najib huraikan, merangkumi budaya kecemerlangan dalam melaksanak an semua tugas dan tanggungjawab; budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan; keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang-peluang baru; meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara; kesetiaan yang tidak

berbelah bahagi kepada negara; dan ketabahan mengharungi cabaran mendatang dan integriti dalam segala urusan dan transaksi. Apakah susah sangat untuk orang politik dan cerdik pandai kita memahami dan tolong menjelaskannya kepada rakyat? Jika tidak faham-faham rujuk sahaja kepada teksnya, jangan berpolitik demi politik semata-mata, memutarbelitkan fakta dan kerasionalan. Di negara kita, orang lebih gemar membuat tuduhan, tohmahan, mengeji dan mencaci. Ada yang baik pun disembunyikan, walhal katakan sahaja yang mana baik dan yang mana buruk. Idea boleh menjadi sama, misalnya 1Malaysia dikaitkan dengan 1Israel. Perjuangan Israel yang berasaskan ketaksuban satu keturunan itu pun mahu disamakan dengan Malaysia. Apa salahnya dengan idea yang sama atau apakah salah kita memperoleh ilmu dari sumber asing, jika memberikan kita manfaat dan tidak menjadikan kita kufur. Bangsa kita seharunya bijak memilih dan mengisi untuk keperluan kita menurut acuan kita. Apakah sama kita dengan Israel yang mengiktiraf hanya keturunan Yahudi itu sahaja yang agung, orang Arab dan bangsa-bangsa lain semuanya bodoh. Mereka bangsa yang ganas, menakluk dan menceroboh hak orang lain dan bermacam-macam taktik halus yang boleh memporakperandakan dunia. Jangan ada dari kalangan orang Melayu tertentu, kerana kekecewaan diri, tanpa memperhitungkan untung rugi mencabar jiwa Melayu menolak gagasan cetusan minda Melayu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai