Anda di halaman 1dari 2

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA (MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT) KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY &

INNOVATION)
Jalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: 603-79678000 Faks: 603-79550964 E-mel: mmd@met.gov.my http://www.met.gov.my

KENYATAAN AKHBAR
(28 Julai 2011)
Nasihat Ribut Tropika
Di kemaskini pada 09:12 pagi, 28 Julai 2011

Ribut tropika (Nock-Ten) dikesan berada di Latitud 18.1 Utara dan Longitud 116.8 Timur, kira-kira 586 km ke Barat Laut Manila, Filipina pada jam 8:00 pagi, 28 Julai 2011. Ribut tropika ini bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 30 kmsj. Ribut tropika ini berada kira-kira 1245km ke Utara, Sandakan dan 1365 km ke Utara Kudat, Sabah. (Sila rujuk Lampiran 1 untuk kedudukan ribut tropika Nock-Ten) Sehubungan itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora telah dikeluarkan di beberapa kawasan perairan negara dengan maklumat seperti berikut:-

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Sabah (Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Ahad, 31 Julai 2011. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada botbot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 11.00 pagi

Lampiran 1

Ribut tropika Nock-Ten

Klasifikasi bagi Siklon Tropika:Siklon tropika Ribut tropika Taufan Kelajuan Angin Maksimum 34~63 knot (63~117 kmsj) 64 knot ( 118 kmsj)

1. 2.

Simbol

Ribut Tropika / Lekukan Tropika

Anda mungkin juga menyukai