Anda di halaman 1dari 2

Nota Penting (3) Konsep Kaedah ABJAD: UAK (PISMP dan PGSR)

KAEDAH ABJAD
Untuk memahaminya, sila teliti nota berikut iaitu tentang kaedah abjad.

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada na dan bunyi huruf ma vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Kita perlu melaksanakan aktiviti berikut untuk memahami kaedah ini:

3.1.1 Menyebut nama huruf abjad A-Z; huruf besar dan kecil Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut: menyebut huruf a-z ; huruf kecil Setelah anda selesai menyebut kesemua huruf, anda dikehendaki pula menyebut huruf A-Z; huruf besar 3.1.2 Menyebut suku kata V dan KV Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki: menyebut suku kata V Seterusnya, anda perlu menyebut suku kata KV 3.1.3 . Mengeja suku kata, perkataan dan frasa Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki: mengeja suku kata Teruskan latihan anda untuk

mengeja perkataan Anda sekarang perlu meneruskan latihan untuk mengeja frasa 3.1.4 Latihan membaca ayat Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki: membaca ayat dengan lengkap 3.1.5. Menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai untuk melaksanakan kaedah abjad Anda telah pun melaksanakan langkah demi langkah kaedah abjad bermula daripada menyebut nama huruf dansuku kata, mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta laihan membaca ayat. Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk : Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-langkah tersebut. Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah abjad seperti yang telah anda pelajari.

Latihan Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah abjad secara simulasi. Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.

http://zamanrasa.blogspot.com/2009/09/nota-penting-3-konsep-kaedah-abjad-uak.html

Anda mungkin juga menyukai