Anda di halaman 1dari 6

Rehlah Keluarga Ghufran 2007

@Pulau Pinang & Kedah Darul Aman


Oleh Sakinah Saptu

Masih ku ingat tarikh itu


Ku rakam indah dalam kenangan
16-20 Jun 2007 Rehlah Keluarga Ghufran
Takkan ku lupa selagi hayat di kandung badan

Mungkin itulah kata-kata yang tersimpan kemas di dalam hati para peserta Rehlah Keluarga
Ghufran 2007. Kemeriahan rombongannya, keramahan para pegawainya, keceriaan para pe-
sertanya, kesempatan melawat tempat-tempat menarik, dan menjalin tali persaudaraan
sesama Islam, tentu sekali masih lagi segar di ingatan. Itulah dia kesan Rehlah Keluarga Ghu-
fran 2007, yang mana pada kali ini ia telah membawa para pesertanya menjelajah jauh ke
negeri Pulau Pinang dan Kedah Darul Aman, Malaysia.

Tarikh 16 Jun 2007 menyaksikan seramai 82 orang peserta termasuk para pegawai masjid
Darul Ghufran yang diketuai oleh Ustaz Jamaluddin Abd. Wahab telah bertolak ke Pulau Pi-
nang dengan menaiki dua buah bas persiaran Kiffah Travel. Perjalanan yang mengambil masa
selama lebih kurang 12 jam itu tiba ke destinasinya di Crown Jewel Hotel, Pulau Pinang pada
jam 11.45 pagi.

Sesi Ice Breaking


Para pegawai Masjid Darul Ghufran
Tiba di Crown Jewel Hotel dan beberapa peserta di Lobi Hotel
Disana, pelbagai aktiviti dan program menarik telah diaturkan oleh pihak masjid untuk para
pesertanya. Antaranya para peserta dapat menikmati keenakan mee udang di Teluk Kumbar,
mengimbas kenangan silam penuh memori dengan melawat galeri Allahyarham P.Ramli,
merasa kehebatan masakan nasi kandar di Restoran Kapitan, membeli-belah di pasar buah
pala dan buahan-buhan jeruk yang berwarna-warni dan juga singgah di Jusco, pusat membeli
belah yang terbesar di Pulau Pinang.

Makan Mee Udang di Teluk Kumbar

Melawat Galeri P.Ramli

Makan Nasi Kandar di Restoran Kapitan

Makan buah-buahan Jusco...pusat membeli-belah


Suasana di pasar buah pala.Ustaz
terbesar di Pulau Pinang
Ahmad bergambar bersama ibu
tersayang
.Program Motivasi bersama Dr Danial Zainal Abidin

Boleh dikatakan Rehlah Keluarga Ghufran bukanlah rehlah biasa. Para peserta bukan sahaja
dibawa bersantai dan berjalan-jalan tetapi turut disediakan santapan ilmu untuk membangun
jiwa. Dr Danial Zainal Abidin, seorang pakar motivasi, telah dijemput untuk menyampaikan
ceramah motivasi kepada para peserta. Ceramah yang disampaikan olehnya amat mengesan
hati-hati mereka yang mendengar. Di dalam sesi soal jawab, banyak soalan-soalan telah diaju-
kan oleh para peserta untuk dijawab oleh Dr Danial. Alhamdulillah, sesi motivasi ini mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada mereka.

Tatkala jiwa resah dengan pancaroba kehidupan

Tatkala diri hampir rebah dihimpit selaksa cabaran

Ceramah Dr. Danial membangun semangat dan perasaan

Untuk terus menatap hari esok yang penuh dugaan

Bertemankan ketabahan dan keimanan


Dr Danial (Berbaju merah) sedang menan-
datangani buku penulisannya yang bertajuk
Pusat Ilmu Falak Sheikh Mohd Tahir ’Quran Saintifik’

Di dalam rehlah ini, para peserta telah berpeluang melawat Pusat Ilmu Falak Sheikh Mohd
Tahir di Balik Pulau. Di sini, para peserta telah mendapat pendedahan mengenai planet dan
bintang-bintang ciptaan Allah s.w.t melalui taklimat yang disampaikan oleh Dr Abdul Halim.
Apa yang disampaikan oleh Dr Abdul Halim telah memberikan informasi yang amat berharga
kepada para peserta dan menyedarkan ramai betapa kekuasaan dan kebesaran ciptaan Allah
s.w.t merupakan sesuatu yang tiada tandingannya. Namun begitu, lawatan ke Pusat Ilmu Fa-
lak ini, sedikit menghampakan kerana langit diselubungi awan mendung yang mengakibatkan
para peserta tidak dapat untuk mencerap bulan dan bintang. Mungkin inilah yang diharapkan
oleh para peserta setibanya di tempat tersebut kerana ia merupakan peluang yang sukar un-
tuk didapati, tetapi sayangnya rezeki tidak menyebelahi. Apapun yang penting, para peserta
memperolehi informasi dan maklumat yang berguna melalui lawatan ini.

Bulan Bintang ciptaan Tuhan

Kini kami sedar erti sebuah kebesaran

Segala yang ada hanya pinjaman

Diri kerdil penuh kekurangan

Apa yang ada adalah milik Tuhan

Dr Abdul Halim (duduk di kerusi) sedang


menyampaikan taklimat
Melawat Kediaman Abu Nur

Program Tautan Kasih yang diadakan pada hari kedua rehlah di rumah kediaman anak-anak
yatim Abu Nur yang bertempat di Perak Darul Ridzuan, pula cukup menyentuh perasaan. Ke-
datangan rombongan rehlah disambut mesra oleh para pegawainya dan anak-anak yatim itu
sendiri. Anak-anak yatim yang rata-ratanya menghafaz al-Quran berpakaian jubah putih, ber-
kopiah dan berserban mengalunkan selawat disaat rombongan rehlah bersalaman dan
menuju masuk ke surau kediaman Abu Nur. Melihat keadaan mereka yang hidup serba ke-
kurangan, ditambah pula dengan gelaran ‘anak yatim’ yang ada pada mereka, ada diantara
peserta rehlah yang menitiskan airmata. Timbul sebuah keinsafan di dalam diri betapa ke-
hidupan sebagai anak kelahiran Singapura sudah cukup beruntung dengan serba serbi di
baluti kesenangan. Maka diatas kesedaran yang menyelinap ke dalam diri itu, ramai peserta
rehlah begitu bermurah hati menghulurkan derma ikhlas mereka ke institusi tersebut. Alham-
dulillah, semoga Allah membalas setiap sumbangan yang diberikan dengan sebaik-baik pem-
balasan. Amin.

Airmata kami tumpah

Saat lantunan nasyid mereka bergema

Saat mata kami menatap wajah jernih mereka

Insafnya kami melihat hidup mereka penuh redha

Tiada daya kami..Ya Allah


Pintu masuk kediaman Abu Nur. Anak-anak
Melainkan menghulur sumbangan beriring doa kediaman Abu Nur sedang menyambut kedatan-
gan Rombongan Rehlah Keluarga Ghufran.
Moga kami tidak kufur nikmat

Moga kami dilimpahi rahmat.

Persembahan nasyid daripada para huffaz kediaman Abu Nur

Di dalam surau kediaman


Abu Nur

Bergambar bersama anak-anak yatim Kediaman Abu Nur


Keindahan Air terjun dan Keseronokan Di Kolam Air panas

Kunjungan para peserta Rehlah Ghufran ke Air Terjun Lata bukit Hijau, Baling, Kedah tidak
mengambil masa yang terlalu lama. Ketika rombongan rehlah tiba di tempat air terjun, hujan
telah turun dengan lebatnya. Tetapi mujur hujan turun hanya seketika sahaja. Alhamdulillah,
para peserta dapat melihat keindahan air terjun yang putih seperti salji meluncur deras di
dalam suasana hujan gerimis. Dalam masa sesingkat itu, ada peserta yang sempat bermandi-
manda menikmati kesejukan air terjun, ada yang hanya bermain air membasahi kaki dan ada
juga yang seronok bergambar di persekitarannya.

Untuk tidak menghampakan para peserta agar dapat bermandi-manda dan bersantai, para
peserta telah dibawa ke Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong,Baling Kedah. Disini, kemeria-
han dan keseronokan jelas terasa, apabila hampir kesemua peserta mengambil peluang un-
tuk merasai kehangatan air di kolam air panas. Ramai yang berendam dan berenang-renang
di dalam kolam tersebut (peserta lelaki dan wanita berada di kolam yang berasingan). Mereka
bersenda-gurau, bergelak-ketawa dan berbual mesra dalam suasana yang penuh santai. Agak
lama juga rombongan Rehlah Ghufran bersantai disitu, lebih kurang jam 10.45 malam, baru-
lah rombongan rehlah berangkat pulang ke Hotel
Crown Jewel, Pulau Pinang.

Keindahan air terjun menenangkan jiwa

Kehangatan kolam air panas masih terasa

Membuat kami tersenyum mengingatkan suasana

Gembiranya hati tiada terkira.


Air terjun Lata Bukit Hijau yang indah

Pintu masuk Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Para peserta sedang bermandi-manda
di air terjun

Kegembiraan terpancar di wajah para peserta


ketika bermandi-manda di kolam air panas
Masjid Terapung Tanjung Bungah Pulau Pinang

Sebelum berangkat pulang ke Singapura pada 20 Jun 2007, para peserta Rehlah Keluarga
Ghufran sempat menziarahi masjid terapung Tanjung Bungah Pulau Pinang. Para peserta te-
lah menunaikan solat jama’ dan qasar (Zuhur dan Asar) disana dan telah diadakan acara pe-
nutup dan pembahagian hadiah di perkarangan masjid tersebut. Keindahan masjid yang
dibina diatas air itu amat mengkagumkan. Reka bentuk dan seni binanya yang unik bagai me-
mukau mata yang memandang. Kedamaian persekitarannya yang berhamparkan lautan luas
terbentang cukup membuat mereka yang hadir terpaut hatinya. Cantik dan Unik!!

Masjid terapung menjadi saksi

Rehlah Ghufran berundur diri

Takkan kami lupa sebuah perjalanan

Pasti Kami hargai sebuah pengalaman

Melakar kenangan di Pulau Pinang

Bersama MASJID DARUL GHUFRAN yang tersayang…

Masjid Terapung Tanjung


Bungah Pulau Pinang

Acara penutup dan pembahagian hadiah

Bergambar kenangan di masjid terapung sebelum berangkat pulang ke Singapura

Anda mungkin juga menyukai