Anda di halaman 1dari 2

1

DOA PENAWAR HATI PENYEJUK KALBU


Oleh Ustazah Sakinah Saptu

(1) Dari Ibn Abbas r.a dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w apabila mengalami
kesulitan baginda mengucapkan doa berikut:

ّ‫ لَ إِلٰ هَ إِل‬.ِ‫ لَ إِلٰ هَ إِلّ اللّ هُ رَبّ اْل َعرْ شِ اْلعَظِي م‬.ُ‫لَ إِلٰ هَ إِلّ اللّ هُ اْلعَظِي مُ اْلحَلِي م‬
‫سمَاوَاتِ َورَبّ ا َل ْرضِ وَ َربّ اْل َعرْشِ الْ َكرِي‬
ّ ‫ال ّلهُ رَبّ ال‬
Maksudnya: “Tidak ada Ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah yang maha
agung lagi maha penyantun, tidak ada Ilah (yang berhak diibadahi) melainkan
Allah, Rabb ‘Arsy yang Agung. Tidak ada Ilah (yang berhak diibadahi) melainkan
Allah, Rabb langit dan bumi, serta Rabb ‘Arsy yang mulia” (H.R al-Bukhari dalam
kitab sahihnya).

(2) Dari Anas r.a dia berkata bahawa Nabi s.a.w apabila mengalami suatu kesulitan,
baginda mengucapkan doa berikut:

ُ‫يَا حَيّ يَا قَيّومُ ِبرَحْمَتِكَ أَسَْتغِيث‬


Maksudnya: “Wahai yang maha hidup, Wahai yang maha berdiri, aku memohon
pertolongan dengan rahmat-Mu” (H.R al-Tirmizi dalam kitab sunannya. Dihukum
Hasan di dalam kitab Sahih al-Tirmizi, No.3524)

(3) Dari Abu Bakrah r.a dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: Doa mereka yang ditimpa kesusahan ialah:

ُ‫ أَصْ ِلحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلّه‬،ٍ‫اَل ّل ُهمّ رَ ْحمَتَكَ َأرْجُوْ َفلَ تَكِلْنِيْ إِلَى َنفْسِيْ َطرْفَ َة عَيْن‬
َ‫لَ إِلهَ إِلّ أَنْت‬
Maksudnya: “Ya Allah hanya rahmat-Mu lah yang aku harapkan, maka janganlah
Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun hanya sekelip mata, dan
perbaikilah keadaanku seluruhnya, tidak ada Ilah (yang berhak diibadahi)
melainkan Engkau” (H.R Imam Ahmad Ibn Hanbal dalam kitab musnadnya.
Dihukum Hasan dalam kitab Sahih al-Jami’, No. 3388)

(4) Dari Asma’ binti Umais r.anha, dia berkata: “Rasulullah s.a.w pernah bersabda
kepadaku: Mahukah engkau aku ajarkan beberapa kalimah yang engkau
ucapkan di waktu kesusahan atau kesulitan? Iaitu:

‫ َالُ رَبّيْ لَ أُ ْشرِكُ ِبهِ شَيْئًا‬، ُ‫َال‬

Kuliah Muslimah – Khamis (8.00-9.00 mlm) 28.08.08 – Ustazah Sakinah Saptu


2

Maksudnya: “Allah, Allah adalah tuhanku, aku tidak mempersekutukannya


dengan sesuatu pun” (H.R Abu Daud dalam kitab sunannya dan dihukum sahih
dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2755)

(5) Dari Ibn Mas’ud r.a dia berkata: Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang
bermaksud: “Siapa yang mengalami kesusahan atau kesedihan, hendaklah dia
berdoa dengan mengucapkan kalimah-kalimah berikut:

،َ‫ مَا ضٍ فِيّ حُ ْكمُ ك‬،َ‫ نَا صِيَتِي بَِيدِ ك‬،َ‫ال ّل ُهمّ إِنّي عَ ْبدُ كَ ابْ نُ عَ ْبدِ كَ ابْ نُ َأمَتِ ك‬
ُ‫ أَوْ أَْنزَلْتَ ه‬،َ‫ َسمّيتَ بِ هِ َنفْ سَك‬،َ‫ أَ سْأَُلكَ بِكُلّ ا ْسمٍ هُوَ لَ ك‬،َ‫َعدْلٌ فِيّ َقضَاؤُ ك‬
ِ‫ أَوِ ا سْتَأَْثرْتَ بِ هِ فِي عِلْ مِ اْلغَيْ ب‬،َ‫ أَ ْو عَ ّلمْتَ هُ أَحَدا مِ نْ َخ ْلقِ ك‬،َ‫فِي كِتَاِب ك‬
َ‫ َوذَهَا ب‬،‫ وَ ِجلَءَ ُحزْنِي‬،‫صرِي‬
َ َ‫ وَنُورَ ب‬،‫جعَلَ القُرْآ نَ رَبِي عَ قَلْبِي‬
ْ ‫ أَ نْ َت‬،َ‫عِ ْندَ ك‬
‫َهمّي‬
Maksudnya: “Ya Allah, aku adalah hamba-Mu, anak hamba lelaki dan hamba
perempuan-Mu, diriku berada di dalam genggaman-Mu, jiwaku berada di tangan-
Mu, hukum-Mu berlaku pada diriku, keadilan keputusan-Mu berlaku terhadap
diriku, aku memohon kepada-Mu dengan menyebut semua Asma’-Mu yang
Engkau namakan diri-Mu dengannya atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau
Engkau mengajarkannya kepada seorang di antara makhluk-Mu atau Engkau
memeliharanya di dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Jadikanlah al-Quran sebagai
cahaya dadaku, kebahagiaan hatiku, penghapus kesedihanku dan pelenyap
kesusahanku”

Maka, seorang dari satu kaum berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-
orang yang rugi adalah orang yang tidak membaca doa tersebut.” Nabi s.a.w
menjawab: “Benar, kerana itu perlu kepada mereka yang mendengarnya
mengajarkannya (kepada orang lain)” (H.R Ibn Hibban dan hadith ini dihukum
sahih dalam kitab Sahih al-Targhib, No. 1822)

(6) Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:

َ‫حزْ نَ ِإذَا ِشئْ ت‬


َ ْ‫ج َعلُ ال‬
ْ َ‫ وَ أَنْ تَ ت‬، ً‫اَل ّلهُمّ لَ َس ْهلَ ِإلّ مَا َجعَ ْلتَ هُ َسهْل‬
ً‫َسهْل‬
Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan
mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau
kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan
syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).

Kuliah Muslimah – Khamis (8.00-9.00 mlm) 28.08.08 – Ustazah Sakinah Saptu

Anda mungkin juga menyukai