Anda di halaman 1dari 4

UJIAN BULAN FEBRUARI 2011 BAHASA MELAYU TAHUN 4 NAMA : __________________________________ Setiap soalan mempunyai pilihan jawapan A, B, C dan

D. tepat. 1. TAHUN 4 ________ Pilih satu jawapan yang paling

Semua murid sedang mendengar ucapan dari ____________ semasa perhimpunan mingguan diadakan. A. guru besar B. pemandu C. doktor D. pengawal Ibu saya _________. Ibu mengajar murid-murid tahun empat. A. doktor B. guru C. polis D. jururawat ______ berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, kata Laila kepada ibunya. A. Dia B. Kamu C. Saya D. Awak Aizat dan Farhan adik-beradik. ____________ selalu bergaduh. A. Mereka B. Anda C. Kalian D. Dia Pemimpin itu sangat dihormati kerana ________ bertanggungjawab dan berjiwa rakyat. A. baginda B. anda C. beliau D. dia ___________ menjunjung sembah harap diampun tuanku, sembah inang kepada permaisuri. A. Saya B. Hamba C. Patik D. Baginda Kami berasa dahaga kerana cuaca hari ini sangat ___________ A. terik B. redup C. indah D. mendung Saufie berasa sangat _______ apabila adiknya merosakkan buku sekolahnya. A. benci B. marah

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

C. sedih D. bimbang 9. Air sungai itu mengalir amat _______ selepas hujan lebat selama dua hari. A. laju B. lancar C. deras D. pantas

10. Wanita yang berbaju kebaya itu __________ sekali. A. anggun B. tampan C. kacak D. hebat 11. Raut wajahnya kelihatan begitu ________ kerana kekurangan zat makanan. A. sedih B. bulat C. murung D. cengkung 12. Encik Haiqal menasihati anaknya supaya tidak terlalu _________ berbelanja. A. sibuk B. boros C. cepat D. cerewet 13. Mangsa kebakaran itu terjerit-jerit_________ meminta tolong. A. kerana B. sambil C. apabila D. lalu 14. Semua murid didenda _________ Shamsul. A. dan B. lalu C. tetapi D. kecuali 15. Aisyah ______ adiknya bersiar-siar di taman. A. juga B. dan C. akan D. kerana 16. Ayah bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Serusup. Kata nama khas yang terdapat dalam ayat di atas ialah A. Ayah C. bertugas B. guru D. Sekolah Kebangsaan Serusup 17. Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada adik. Kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas ialah A. adik B. kepada C. sebuah D. menghadiahkan

18. _____________ kamu menghabiskan masa cuti sekolah yang lalu? A. Bilakah B. Adakah C. Mengapakah D. Bagaimanakah 19. Pada pukul ________ kamu akan bertolak ke sana? A. bilakah B. berapakah C. adakah D. mengapakah 20. __________ kamu melayan pengemis itu dengan biadab? A. Bilakah B. Adakah C. Mengapakah D. Bagaimanakah

Soalan 21 hingga 25 berdasarka petikan di bawah. No. 8, Kg. Tajau, 89208 Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah. 7 Januari 2011. Menemui sahabatku, Mahirah yang berada di Melaka. Semoga saudari bersama keluarga berada dalam keadaan sihat. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Saudari, Surat saudari telah selamat saya terima pada empat hari yang lalu. Saya memohon maaf kerana lambat membalas surat saudari itu lantaran sibuk dengan persediaan untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun ini. Walau bagaimanapun, saya berasa seronok membaca pengalaman saudari semasa bercuti di Australia. Saya juga ingin berkongsi cerita tentang percutian saya dan keluarga di Kolam Air Panas, Ranau. Semasa bercuti di sana, kmi menginap di banglo kakitangan Kerajaan Sabah yang telah ditempah oleh ayah saya. Pengalaman kami semasa bercuti di saba berbeza dengan pengalaman semasa bercuti di Pantai Dalit, Sabah. Semasa bercuti di Kolam Air Panas, kami berasa seronok kerana dapat memasak makanan sendiri menggunakan segala kelengkapan memasak yang disediakan di banglo itu. Kakak dan ibulah yang memasak makanan kami sepanjang percutian itu. Saya dan ayah pula ditugaskan untuk membeli lauk-pauk dan sayur-sayuran sebagai bekalan untuk tiga hari. Lauk pauk yang dijual berhampiran dengan banglo kami itu sangat segar. Kami juga berasa seronok kerana dapat mandi-manda di kolam air panas. Gunung Kinabalu juga dapat dilihat dari kawasan ini. Kami betul-bertul gembira. Ibu dan ayah pula mengambil peluang untuk melapangkan fikiran daripada kesibukan tugas di pejabat masingmasing. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan kepada saudari. Sampaikan salam saya untuk keluarga saudari. Sahabatmu, Natasha

21. Di manakah Natasha bercuti pada kali ini? A. Australia B. Pantai Dalit C. Melaka D. Kolam Air Panas 22. Apakah tujuan Natasha menulis surat kepada Mahirah? A. Memberitahu Mahirah tentang keindahan Kolam Air Panas B. Menceritakan pengalamannya bercuti di Kolam Air Panas bersama keluarga C. Mengucapkan selamat kembali ke sekolah D. Mengajar Mahirah bercuti ke Kolam Air Panas 23. Bilakah Natasha menerima surat Mahirah? A. 02 Januari 2011 B. 03 Januari 2011 C. 04 Januari 2011 D. 05 Januari 2011 24. Semua yang berikut dlakukan oleh Natasha kecuali A. Memasak makanan untuk keluarga B. Membeli lauk-pauk dan sayur-sayuran C. Mandi-manda di kolam D. Melihat keindahan gunung 25. Rangkai kata melapangkan fikiran dalam petikan bermaksud A. Merehatkan minda B. Sentiasa berfikir C. Tidak melakukan tugas dengan baik D. Berusaha meningkatkan pencapaian

------------------------------------- KERTAS SOALAN TAMAT ----------------------------------------Disediakan oleh, Puan Dyg. Maznah Jaafar, Guru Bahasa Melayu Tahun 4, Sek. Keb. Serusup, Tuaran. Disemak oleh, Puan Nosriah Noorsidi, Ketua Panitia Bahasa Melayu, Sek. Keb. Serusup, Tuaran.

Anda mungkin juga menyukai