Anda di halaman 1dari 2

Tamak Membawa Padah

Pak Zaki dan isterinya Mak Leha tinggal di sebuah kampung. Di kampung itu terdapat sebatang sungai yang jernih airnya dan banyak hasilnya. Mereka berdua menangkap ikan di sungai itu untuk dijual atau dijadikan lauk-pauk hidangan mereka sendiri. Dengan serawan jala, Pak Zaki dapat menangkap ikan di sungai itu. Pada suatu hari, Pak Zaki turun ke sungai lagi. Semasa menarik jala yang telah ditebarnya, muncul seekor ikan emas. Ikan emas itu tersangkut pada jalanya. Sisik ikan emas itu bersinar-sinar bak mutiara. Pak Zaki berasa terkejut lalu memegang ikan emas itu. Tolonglah lepaskan saya! Tolonglah lepaskan saya! Saya akan doakan kepada Allah agar segala hajat kamu tercapai. Pak Zaki sungguh terperanjat. Dia terus melepaskan ikan emas itu. Sesampai di rumah Pak Zaki menceritakn hal tersebut kepada isterinya. Mak Leha sungguh teruja mendengar cerita itu. Selepas kejadian itu, Pak Zaki terus turun ke sungai seperti biasa. Beberapa bulan kemudian, kehidupan mereka semakin terhimpit kerana musim kemarau. Dia terus berusaha untuk mencari rezeki. Tiba-tiba muncul ikan emas itu lagi. Ikan emas itu berenang-renang berhampiran sampan Pak Zaki. Pak Zaki terkedu. Pak Zaki telah menceritakan kesusahannya kepada ikan emas itu. Ikan emas itu berjanji akan berdoa kepada Tuhan agar Pak Zaki dimurahkan rezeki. Sekelip mata sahaja, Pak Zaki berjaya menangkap ikan yang banyak pada hari itu walaupun air sungai semakin cetek akibat musim kemarau. Tanpa membuang masa, Pak Zaki menadah tangan ke langit tanda kesyukuran. Mak Leha juga berasa gembira. Dia memaksa Pak Zaki meminta yang bukan-bukan. Pak Zaki berasa malu tetapi dia menuruti kata-kata isterinya. Mak Leha gembira segala permintaannya menjadi kenyataan. Dia semakin tamak. Pada suatu hari, Mak Leha meminta Pak Zaki meminta emas permata yang banyak. Pak Zaki berasa berat hati. Walau bagaimanapun dia menuruti kata-kata isterinya lagi. Ikan emas itu mendoakan lagi permintaan Pak Zaki. Pak Zaki tergamam melihat sampannya yang kecil itu dipenuhi emas permata. Sampannya mula terhuyung-hayang. Akhirnya, sampannya tenggelam ke dalam sungai. Pak Zaki tidak berjaya menyelamatkan dirinya. Mak Leha tidak

dapat berbuat apa-apa apabila diberitahu musibah yang menimpa suaminya. Dia amat menyesal kerana sikap tamaknya membawa padah. Sejak hari itu, Mak Leha tinggal sebatang kara. *** Ingat kawan-kawan, Kita patut bersyukur dengan apa-apa yang Tuhan berikan. Jika kita tamak kita yang akan rugi.****

Anda mungkin juga menyukai