Anda di halaman 1dari 15

Salam Dr. Saya nak buat tajuk: Menengah dalam "Keberkesanan Kurikulum Bersepadu Sekolah konteks pendidikan kini".

# ni saya send bab 1 dan 2. Maaf Dr lambat hantar. Pembetullan saya akan buat semula.. Tq Dr.

Abstrak Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kepada sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang terkini. Berpandukan kepada KBSM ini satu kajian secara rinci tentang tiga aspek utama telah diberikan perhatian. Aspek yang pertama adalah berkaitan dengan keberkesanan kurikulum yang sedia ada kepada sistem pendidikan di Malaysia kini atau dengan kata lain sejauhmana kesesuaian KBSM yang sedia ada dapat menyumbang kepada sistem pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Aspek ini juga memberikan perhatian kepada tahap keupayaan murid dengan kurikulum yang dibentuk. Aspek kedua adalah berkaitan dengan penilaian aspek kemahiran dan nilai tambah yang terkandung bersama KBSM. Aspek yang ketiga adalah berkaitan dengan kelemahan dan kelebihan yang terdapat dalam KBSM. Bagi aspek ini penilaian dibuat setelah hasil soal selidik diperolehi dengan lengkap serta setelah mengambil kira aspek persekitaran yang lain.

BAB 1 : PENGENALAN

1.1

Latar Belakang Kajian

Kajian berdasarkan sukatan pelajaran KBSM terkini yang memberikan penekanan kepada kandungan objektif kurikulum, aspek nilai tambah dan kemahiran dilakukan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan kurikulum tersebut. Kurikulum KBSR amat penting dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang ilmiah serta menjaga aspek keharmonian Negara kelak. Guru merupakan penggerak kepada kurikulum tersebut. Guru adalah antara orang yang paling hampir dengan pelajar dalam merealisasikan objektif kurikulum ini agar berjaya seperti yang di harapkan oleh pihak penggubal. Tambahan pula, aspek nilai tambah dan kemahiran juga adalah amat penting bagi menyokong pembangunan KBSM tersebut. Penerapan nilai-nilai ini dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis untuk memberikan sumbangan dalam pembangunan negara atau dengan kata lain dapat melahirkan insan kamil yang mempunyai modal insan yang tinggi. Oleh itu, pelbagai bentuk perubahan telah

dilakukan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Melalui pendidikan juga pelbagai kemahiran dapat dibentuk malahan kemahiran ini dapat membantu pelajar menjalani kehidupan kini dan pada masa hadapan dengan lebih baik. Keberkesanan berdasarkan kamus dewan bahasa edisi keempat merujuk kepada perihal berkesan atau menimbulkan hasil yang diharapkan dalam tindakan, perubahan dan sebagainya. Manakala kurikulum mempunyai makna yang luas bergantung kepada pemahaman seseorang individu.

Terdapat sebahagian pengkaji yang memberikan makna yang luas terhadap kurikulum iaitu menganggap kurikulum tidak hanya terhad kepada aktiviti yang berlaku dalam sekolah sebaliknya termasuk juga aktiviti yang berlaku di luar sekolah asalkan aktiviti itu dirancang terlebih dahulu. Definisi kurikulum berdasarkan kamus dewan edisi keempat adalah skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai semua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan lain-lain. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003) dalam bukunya Falsafah Pendidikan dan Kurikulum menyatakan bahawa satu bentuk tingkah laku yang menyeluruh diharapkan terdapat di penghujung proses pendidikan yang mengambil masa yang panjang. Oleh itu, kurikulum mesti mempunyai pelaksanaan yang teratur agar dapat mewujudkan satu tingkah laku pelajar yang akan memberikan proses timbal balik kepada negara terutamanya dalam aspek sosial, ekonomi, politik serta bersahsiah tinggi, seimbang dan harmonis. Konklusinya, kajian yang melibatkan keberkesanan objektif kurikulum KBSM adalah merujuk kepada kesan yang timbul atau yang diharapkan berlaku hasil daripada pengaplikasian kurikulum tersebut ke dalam sistem pendidikan di sekolah. Dari sudut pandangan lain juga dapat mengenalpasti kelemahan dan kelebihan kurikulum tersebut dari pandangan seorang guru dan juga pengukuran kebolehan intelek dan potensi pelajar.

1.2

Teori yang digunakan dalam kajian Teori kognitif merupakan satu teori yang melihat proses pembelajaran sebagai

satu proses pemikiran berbanding dengan teori behaviurisme yang lebih menekan berkaitan sikap dan tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara. Teori kognitif ini adalah teori yang begitu menekankan berkaitan dengan proses-proses dalaman yang berlaku kepada otak . Contohnya bagaimana seseorang berfikir untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah yang dihadapi, proses pemikiran inilah yang akan membawa kepada pergerakan dalaman otak yang berlaku semasa seseorang itu menjalankan proses berfikir. Proses ini juga boleh ditafsirkan sebagai kemahiran berfikir seseorang individu itu, dengan berlakunya proses berfikir akan membawa kepada perubahan-perubahan yang disebut sebagai refleksi perubahan dalaman. Refleksi perubahan dalaman akan membawa kepada satu proses pembelajaran yang baru yang akan menjawab semua perkara atau masalah yang dihadapi. Aliran kognitif telah bermula semenjak 1960-an, teori kognitif mula ditulis dan dibicarakan secara serius oleh J. Piaget. Terdapat banyak ahli-ahli psikologi yang menjadi pelopor aliran kognitif seperti yang biasa dibacarakan hasil nukilannya dalam pembelajaran berkaitan teori kognitif ialah seperti Piaget,Robert Glazer,John Anderson,David ausubel,Kohler,Kaffka,Bruner,Gagne, E.H Lennerberg, Robert Lee, Lakoff , George A.Miller dan lain-lain lagi. Istilah bagi teori kognitif dikemukan oleh J.Piaget menurut Piaget apabila menyentuh berkenaan teori kognitif kita akan sekaligus melibatkan aspek-aspek struktur intelek yang digunakan untuk memahami dan mengetahui sesuatu. Struktur-struktur intelek yang dimaksudkan oleh Piaget adalah keupayaan manusia untuk menjalankan proses berfikir atau kemahiran untuk berfikir secara berperingkat dalam mencari jawapan kepada masalah yang timbul. Apabila menyebut perkataan kognitif kita akan memahami bahawa teori kognitif melibatkan pemikiran yang rasional.Pemikiran rasional berkait rapat dengan kematangan manusia atau organisme dan pengaruh persekitarannya dalam melakukan proses berfikir. Kofnitif bukanlah hanya hasil kematangan manusia sahaja bahkan bukan juga hanya berkait dengan pengaruh persekitaran sahaja, malahan kognitif

melibatkan kedua-dua aspek sekaligus. Dimana manusia memerlukan persekitaran yang baik dan juga kematangan dalam berfikir. Dua unsur ini tidak wajar dipisahkan dalam proses pemikiran bagi teori kognitif. Rajah Proses Pemikiran PROSES DATA YANG DITERIMA kematangan Persekitaran

MENILAI DATA Kematangan Persekitaran

MELAKUKAN REAKSI DAN TINDAK BALAS

Berdasarkan pegangan teori kognitif menyatakan bahawa manusia juga adalah sejenis haiwan tetapi lebih bersifat rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah.Manusia mempunyai sistem pengolahan informasi yang di kawal oleh otak yang sentiasa berada didalam keadaan waras seperti fikiran dan pengetahuan. Hal ini, amat bertentangan dengan teori behaviuris dimana melalui teori ini lebih menekankan kepada sikap manusia dalam mentafsir sesuatu perkara dan masalah . Malahan pelopor bagi teori behaviorisme ini lebih cenderung untuk mengambil kira aspek mekanikal seperti sikap manusia dalam menyelesaikan masalah yang timbul berbanding dengan pelopor teori kognitif yang menganggap bahawa teoriteori pembelajaran hanya berguna dan berhasil jika mengambil kira faktor pemikiran yang rasional sebagai satu bahagian penting yang tidak dapat dipisahkan . Malahan bagi mereka haiwan juga melakukan proses pemikiran dengan melakukan pemecahan persoalannya menggunakan pola pemikiran dan celik akal.

1.3

Pernyataan Masalah Sepanjang kajian ini dijalankan terdapat beberapa permasalahan yang

dialami semasa menjalankan kajian dan juga menyediakan set soalan soal selidik kepada responden. Antara permasalahan yang dihadapi seperti kesukaran

mendapatkan kerjasama untuk menjalankan soal selidik di sekolah-sekolah. Terdapat sesetengah sekolah yang tidak mahu memberikan kerjasama semasa menjalankan kajian. Selain itu, sesetengah responden juga tidak begitu arif dengan kandungan

KBSM sekaligus menyukarkan responden menjawab soalan dengan telus.

Seterusnya, permasalah dari aspek menyediakan set soal selidik pula berkait dengan objektif-objektif yang hampir sama dengan kandungan yang terdapat dalam nilai tambah serta aspek kemahiran. Namun demikian, permasalahan ini dapat ditangani dengan baik.

1.4

Objektif Kajian

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1989) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi 3 telah menerangkan bahawa objektif mengandungi tiga unsur yang penting. Pertama, ia menekankan perlakuan yang dikehendaki daripada murid-murid sebelum berakhirnya pelajaran. Kedua, syarat-syarat yang diperlukan bagi perlakuan itu dan ketiga, peringkat pencapaian minimum yang harus diperolehi. Objektif kajian ini adalah luas kerana

mengambil kira semua objektif yang terdapat dalam KBSM, nilai tambah dan kemahiran. Bagi setiap aspek kajian tiga soalan akan diberi berpandukan berpandu kepada objektif asal aspek tersebut.Kajian ini juga meletakkan guru sebagai penilai kepada kurikulum yang digubal dalam sistem pendidikan di Malaysia. Selain itu, pelajar diletakkan sebagai bahan kajian kerana setiap soalan yang dikaji berkait dengan pelajar merangkumi semua aspek seperti rohani,jasmani dan emosi. Penilaian di kaitkan dengan tahap keberkesanan kurikulum (KBSR Bahasa Melayu ) ke atas pelajar di sekolah. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat keberkesanan berasal dari kata dasar kesan iaitu tindak balas yang berlaku sama ada secara negatif mahupun positif. Oleh itu, keberkesana di takrifkan sebagai perihal berkesan yang berkait dengan sesuatu tindakan, perubahan dan sebagainya untuk menimbulkan hasil yang diharapkan. Aspek kemahiran juga turut dikaji kemahiran bermaksud kecekapan dan kepandaian atau dengan kata lain terlatih untuk mengerjakan sesuatu dengan cekap dan lancar. Manakala nilai tambah pula menyentuh tentang kesan kedua yang lahir akibat daripada pembentukan atau tindak balas daripada didikan awal yang diberikan. Peranan pendidikan amat penting oleh itu kajian terhadap semua aspek dalam pendidikan perlu diberikan perhatian. Menurut kajian yang dijalankan oleh W.Waller

dalam tahun 1952, beliau menyatakan bahawa objektif yang dibentuk dalam kurikulum dipengaruhi oleh interaksi antara tiga unsur utama yang terhasil daripada proses

pembentukan budaya sekolah iaitu

kurikulum spesifik, budaya yang diwakili dalam

kalangan murid dan budaya yang diwakili dalam klik murid.

Objektif Umum : Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah swasta. Objektif Khusus : i) mengkaji kesesuaian objektif yang terkandung dalam kurikulum(KBSM) ii) mengkaji aspek kemahiran yang ada dalam kurikulum (KBSM ) dengan tahap pencapaian pelajar. iii) Mengenal pasti nilai tambah yang terbentuk kesan daripada persepsi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berpandukan kurikulum (KBSM).

1.5

Hipotesis Kajian

Oleh kerana kajianini dijalankan untuk melihat dan menentukan sama ada kurikulum yang dibentuk untuk kegunaan semua sekolah menengah mencapai objektif yang disasarkan di samping beberapa tujuan lain.Maka untuk memudahkan kajian beberapa hipotesis telah dibentuk iaitu terdiri daripada hipotesis umum dan hipotesis khusus. Hipotesis Umum : i) Terdapat hubungan antara kesesuaian objektif yang terkandungKBSM

dengan pencapaian pelajar di sekolah menengah

ii)

Wujud hubungan antara aspek kemahiran yang ada dalam KBSM dengan

tahap pencapaian pelajar sekolah menengah iii) Terdapat hubungan antara nilai tambah dengan kesan yang terbentuk ke

atas pencapaian pelajar di sekolah.

Hipotesis Khusus : H1) Terdapat hubungan antara kesesuaian objektif yang terkandungKBSM

dengan pencapaian pelajar di sekolah menengah H2) Wujud hubungan antara aspek kemahiran yang ada dalam KBSM dengan

tahap pencapaian pelajar sekolah menengah H3) Terdapat hubungan antara nilai tambah dengan kesan yang terbentuk ke

atas pencapaian pelajar di sekolah.

1.6

Pelaksanaan Kajian Pelaksanaan kajian yang dijalankan adalah melalui tinjauan masalah seperti

pemerhatian dan rujukan.Daripada hasil yang diperolehi maka dibentukkan satu set soal selidik. Sebelum menyediakan set soal selidik saya menjalankan tinjauan masalah terlebih dahulu. Contohnya matlamat sebenar KBSM serta perkaitannya dengan aspek yang lain. Matlamat amat penting dalam apa juga kajian kerana melalui matlamat dapat mengenal pasti segala kelemahan dan kekurangan yang menjadi punca kepada kegagalan sesuatu matlamat yang ditetapkan.

Kajian ini juga memberikan guru kebesasan untuk menyatakan pendapat mereka tentang kesan dan kesesuaian item yang dikaji dengan objektif dalam kajian kerana hak peribadi mereka(kerahsiaan data) tidak diambil kira.

1.7

Kepentingan Kajian Kajian ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada pihak tertentu

khususnya yang terlibat secara langsung dengan pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh penggubal dalam merancang dan menyusun kurikulum.Penggubal perlu mengambil kira aspek-aspek seperti

keberkesanan,keperluan dan kesesuaian kurikulum yang dibentuk untuk diaplikasikan di semua sekolah menengah. Aspek-aspek ini dapat menetukan hasil yang bakal diperolehi atau dengan kata lain matlamat serta objektif yang ingin di capai di akhir proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan lebih mudah dan cepat. Selain itu, kajian ini juga dapat mengetahui sama ada guru peka atau tidak terhadap setiap penerimaan dan perkembangan pelajar dalam pelajaran yang diajar. Kajian ini juga dijalankan dengan mengambil kira pandangan guru,pengetahuan guru terhadap kurikulum dan juga pengaplikasian kurikulum tersebut kepada pengajaran. Seterusnya, kajian ini diharap dapat membantu guru-guru untuk menilai kesediaan diri mereka sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Guru-guru juga diharap dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar mereka. Aspek-aspek ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

dengan baik.Akhirnya,guru-guru diharap dapat menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif dan kurikulum yang telah dibentuk.

1.8 Definisi Konseptual Kurikulum mempunyai pelbagai definisi dalam kalangan pemikir dan pengkaji kurikulum itu sendiri. Terdapat sebahagian pengkaji yang memberikan makna yang luas terhadap kurikulum iaitu menganggap kurikulum tidak hanya terhad kepada aktiviti yang berlaku dalam sekolah sebaliknya termasuk juga aktiviti yang berlaku di luar sekolah asalkan aktiviti itu dirancang terlebih dahulu. Manakala, sebahagian pengkaji yang memberikan definisi yang sempit atau terhad kepada kurikulum tersebut dengan menganggap kurikulum hanya terhad kepada rancangan yang berlaku dalam masa sekolah dan ada yang lebih khusus iaitu aktiviti dalam bilik darjah sahaja. Hal ini bermakna kurikulum adalah semua perkara yang berlaku dengan atau tanpa dirancang bergantung kepada pemerhatian yang telah dibuat oleh para pemikir pendidikan tersebut. Definisi kurikulum jika dikaji amat luas namun perlu di sesuaikan dengan konsep pendidikan dinegara kita yang menekankan satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politiknya. Definisi kurikulum berdasarkan kamus dewan edisi keempat adalah skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai semua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan lain-lain. Jika dilihat dari definisi kurikulum yang diberikan oleh kamus dewan ini bermakna kurikulum adalah berkaitan dengan apa yang telah

disusun atur terlebih dahulu berlandaskan matlamat yang ingin dicapai sebelum dipersembahkan kepada pelajar. Definisi ini selaras dengan definisi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mendefinisikan kurikulum sebagai segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Rancangan pendidikan haruslah ini merangkumi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni serta norma unsur kebudayaan dan kepercayaan. Tujuannya adalah untuk melahirkan rakyat yang terlatih pada masa akan datang berpandukan 5 prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia. Selain itu, kurikulum berasal daripada perkataan latin curere yang bermaksud laluan. Bahasa inggeris pula kurikulum mentafsirkan kurikulum sebagai jelmaan

atau metamorfosis. Pemikir barat seperti Egan (1978) menyatakan bahawa kurikulum adalah isi kandungan untuk dipelajari dan diperluaskan untuk memasuki konsep atau kaedah metodologi pengajaran. Manakala, Dillard dan Laidig (1998) pula kurikulum perlu mempunyai 5 perkara utama iaitu matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan yang jelas, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran, tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran, bagaimana dan dimana kurikulum dilaksanakan. Maka dapat dijelaskan disini bahawa perkataan laluan dan jelmaan bersangkut paut dengan arah mencapai malamat berdasarkan jelmaan atau metamorfosis yang disusun atur dengan baik bagi menghasilkan sesuatu yang berpadanan dengan matlamat tersebut diakhir aktiviti pembelajaran.

Berdasarkan huraian Olivia (1992) beliau telah menginterpretasikan kurikulum kepada 8 huraian. Berdasarkan semua definisi yang telah diberikan oleh kebanyakan pengkaji bidang ini terdapat dalam huraian Olivia (1992). Beliau melihat bahawa kurikulum sebenarnya adalah merangkumi apa yang diajar disekolah, mata pelajaran, isi kandungan pelajaran, program pengajian, turutan dan susunan kursus, apa yang diajar di dalam dan di luar kelas dibawah bimbingan sekolah, pengalaman yang dialami oleh pelajar di sekolah dan pengalaman pelajar kesan daripada bersekolah. Definisi amat bertepatan dengan suasana kini kerana jika diperhalusi dapat dilihat bahawa kurikulum sebenarnya telah merangkumi apa sahaja yang perkara baik diajar sama ada secara formal iaitu yang disusun isi kandungannya atau tidak formal kesan daripada tindak balas isi kandungan tersebut disekolah. Kesan daripada

pengajaran inilah akan memberikan satu pengalaman kepada pelajar untuk digunakan pada masa akan datang bermula dari peringkat awal pendidikan sehinggalah ke peringkat tertinggi. Pengalaman yang diperolehi dapat melahirkan insan yang sempurna pada masa akan datang selaras dengan matlamat negara yang ingin melahirkan insan yang memiliki modal insan yang di perlukan negara kelak. Kesimpulannya, walaupun kurikulum mempunyai perbezaan interpretasinya dalam kalangan pendidik namun kurikulum tetap merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang merangkumi kurikulum formal dan tersembunyi atau yang tidak terancang kesan daripada kurikulum yang formal. Waima, kurikulum amat penting bagi mencapai matlamat yang diingini dan dalam usaha menyusun atur sistem pendidikan negara berlandaskan Dasar Pendidikan

Negara dan Falsafah Pendidikan Negara yang terbentuk berpaksikan kepada Rukun Negara Malaysia. Selain itu, kurikulum juga turut menyentuh dimensi-dimensi ilmu, nilainilai, perbuatan atau tingkah laku, teori, amalan dan pengalaman seseorang. Di samping itu, proses kurikulum boleh dibahagikan kepada 3 tahap utama iaitu tahap penentuan tujuan, matlamat dan objektif yang berdasarkan kepada tingkah laku dan tindak balas. Tahap kedua iaitu penyediaan pengalaman pembelajaran dengan cara pelajar mengalami apa yang diajarkan sendiri. Tahap ketiga iaitu menilai tingkah laku pelajar berasaskan tujuan, matlamat dan objektif yang telah dikenalpasti. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003) dalam bukunya Falsafah Pendidikan dan Kurikulum menyatakan bahawa satu bentuk tingkah laku yang menyeluruh diharapkan terdapat di penghujung proses pendidikan yang mengambil masa yang panjang. Oleh itu, kurikulum mesti mempunyai pelaksanaan yang teratur agar dapat mewujudkan satu tingkah laku pelajar yang akan memberikan proses timbal balik kepada negara terutamanya dalam aspek sosial, ekonomi, politik serta bersahsiah tinggi, seimbang dan harmonis.

Anda mungkin juga menyukai