Anda di halaman 1dari 16

DISAMPAIKAN OLEH: PN.

NURUL HUDA YAHAYA GURU KAUNSELOR SMKCT

SATU PROSES PERTUKARAN MAKLUMAT DAN IDEA DI ANTARA DUA ATAU LEBIH MANUSIA UNTUK MENGHASILKAN TINDAKBALAS YANG DIHARAPKAN

PENGHANTARAN MAKLUMAT DAN KEFAHAMAN DARI SESEORANG KEPADA SESEORANG YANG LAIN MELALUI CARA YANG BERKESAN PROSES MEMINDAHKAN IDEA/ FIKIRAN/PERASAAN DAN MAKLUMAT

TUJUAN KOMUNIKASI
1) Untuk Memberitahu tumpukan kandungan yang bernas dan logik, soal dasar disiplin. Sila hantar Lapuran Prestasi kepada Pejabat Pentadbiran sebelum 20 Januari, 2006 2) Untuk Menghibur/Mententeramkan Khalayak/Organisasi sebelum jamuan, keramaian, ada unsur light & easy Hadirin dijemput menikmati hidangan yang disediakan Keadaan masih terkawal, proses pemindahan rakyat Malaysia akan dilaksanakan sekiranya perlu .

KEPENTINGAN KOMUNIKASI
Sekiranya komunikasi anda berkesan:

memperoleh status dalam kerjaya; diberi pengiktirafan/respect; senang mengurus orang lain; menyebar ilmu

JENIS KOMUNIKASI
SEHALA Pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklumbalas penerima Memerlukan tindakan dilakukan terus oleh penerima DUA HALA Penerima memberikan maklumbalas pada pengirim Membolehkan pengirim memperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima kurang tepat Membolehkan penerima lebih yakin untuk mengambil tindakan yang betul

BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI MENGGUNAKAN PERKATAAN (VERBAL) TANPA MENGGUNAKAN PERKATAAN (NON-VERBAL) CAMPURAN- TANPA MENGGUNAKAN PERKATAAN DAN MENGGUNAKAN PERKATAAN(NON-VERBAL DAN VERBAL)

KOMUNIKASI LISAN
Satu proses Komunikasi yang melibatkan Suara. Menitikberatkan kepada: - Nada Suara Bahasa yang digunakan Kefasihan Sebutan Kelancaran perkataan yang digunakan. Setiap perkataan yang diucapkan hendaklah selari/sejajar dengan pergerakan anggota badan, memek muka dan gerak mata.

PROSES KOMUNIKASI BUKAN LISAN

BERTULIS BERCETAK PENGGUNAAN ISYARAT/SYMBOL PERGERAKAN ANGGOTA BADAN

KOMUNIKASI BUKAN LISAN


SUARA tinggi, rendah APPEARANCE kekemasan, cara berpakaian, jenis pakaian MASA cepat, lambat POSTURE cara duduk, berdiri, lentok GESTURE isyarat tangan, mata, angkat bahu, memek muka PROXIMITY jarak, kedekatan

Orang yang mampu mendengar dengan tenang dan sabar ialah orang yang sering menambah maklumat,idea dan ilmu pengetahuan. Setiap manusia dijadikan dengan dua mata, dua telinga dan satu mulut supaya mereka lebih banyak melihat dan mendengar daripada banyak bercakap

CHECK-LIST KOMUNIKASI BERKESAN


1. Mengawal perilaku serta menunjukkan kesopanan dan kehalusan budi pekerti 2. Menggunakan perkataan yang tepat, ringkas serta tekanan suara yang jelas 3. Mengawal pergerakan diri daripada boleh memberi makna yang bertentangan dengan maksud 4. Menunjukkan kesediaan untuk berkhidmat dan memberi kerjasama 5. Cuba memahami masalah dan memberi pertolongan, 6. Mengelak daripada menggunakan perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain 7. Mendengar dengan baik

KEPERCAYAAN Penyampai perlu memperolehi kepercayaan dari pendengar dan pendengar perlu bersikap positif KEBENARAN Mesej hendaklah mempunyai kebenaran/kesahihan KEFAHAMAN Kandungan mesej hendaklah difahami selaras dengan hasrat penyampai KEJELASAN Pilihan kata-kata dan simbol yang tepat, mudah dan tidak mengelirukan untuk mempastikan kejelasan KEUPAYAAN Penyampai perlu memahami keupayaan pendengar untuk memahami mesej KAEDAH Pemilihan wacana (medium) komunikasi hendaklah sesuai dengan tujuan mesej dan juga sasarannya KESINAMBUNGAN Idea hendaklah ada kaitan dan urutan antara satu sama lain

PETUA KOMUNIKASI BERKESAN (FORMULA7K)

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEBERKESANAN KOMUNIKASI


Perbezaan latarbelakang dan pengalaman - Suku bangsa, bahasa, tahap pendidikan, pengetahuan kemahiran Perhatian Terhad - memilih mesej yang disukai atau sesuai Prasangka/prejudis/tanggapan awal - mesej diterima ditafsir mengikut kehendak sendiri Faktor situasi - Rasa tidak selamat, kebisingan, marah, takut Perasaan dan emosi - mesej yang diterima akan ditafsir mengikut perasaan dan emosi

4 KATEGORI MANUSIA
1) PANDAI BERCAKAP, SUKA BEKERJA; Contoh dan Buat. 2) PANDAI BEKERJA, TAK PANDAI BERCAKAP; Tahu dan Usaha Sendiri. 3) PANDAI BERCAKAP, TAK PANDAI BEKERJA; Suka menyalahkan orang lain untuk mengatasi kelemahan diri/mengaburi orang lain. 4) TAK PANDAI BERCAKAP, TAK SUKA BEKERJA; Merugikan Masyarakat dan Sekolah, Tidak Amanah

RUMUSAN
Komunikasi yang berkesan akan dapat mengubah cara seseorang berfikir, seterusnya boleh mengubah perilakunya kepada yang dikehendaki. Komunikasi yang berkesan perlu disampaikan dengan akhlak yang baik. Komunikasi yang berkesan bukan setakat untuk memberi maklumat, tetapi untuk bertindak dan berubah

Anda mungkin juga menyukai