Anda di halaman 1dari 1

TAJUK PENYAMPAI TARIKH TEMPAT

: DADAH MEMBAWA MAUT : ____________________________ : ____________________________ : PERHIMPUNAN RASMI

YANG BERUSAHA, TN. PENGETUA, PN. RAHIMAH BT JAMALUDDIN, PENOLONG KANAN, ____________(NAMA), PENOLONG KANAN HEM, __________________________________(NAMA), PK KOKURIKULUM, EN TAN ENG CHONG, PENOLONG KANAN PETANG, ______________(NAMA), GURU-GURU KANAN, PARA GURU YG BERDEDIKASI, SETERUSNYA RAKAN-RAKAN PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN...BERDIRINYA SAYA DI SINI ADALAH UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH 5 LIMA MINIT ANTI DADAH YANG BERTAJUK _____________________ Para remaja yang ketandusan kasih saying dan perhatian keluarga amat mudah terpedaya dengan dadah dan akhirnya terjerumus dalam kancah penagihan dadah ini. Adakah mereka peka terhadap kesan yang menanti di kemudian hari? Pihak media kerap membuat liputan besar-besaran mengenai masalah dadah ini, tetapi mengapakah masih ramai yang memburunya? yang pasti, dadah bukanlah penyelesaian terbaik kepada segala masalah yang dihadapi, malah penagihan dadah menjanjikan maut di penghujung jalan kehidupan! Dadah merupakan bahan-bahan yang mempunyai kesemua cirri berikut, iaitu : Bahan kimia psikoaktif yang bertindak terutamanya terhadap system saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan. Mengakibatkan pergantungan kepada dadah secara fizikal serta psikologikal. Meningkatkan toleran iaitu menyebabkan penagih memerlukan dos yang lebih tinggi, dos biasa tidak dapat memberikan kesan yang dikehendaki atau tidak melegakan. Gejala ini dikenali sebagai withdrawal symptoms gejala tarikan. Maka, dos terpaksa ditambah untuk memulihkannya. Mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan serta fungsi social, dan Diperolehi dan digunakan secara haram.

Seringkali kita mendengar bahawa mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia penagihan ini amat sukar untuk dipulihkan. Mereka seolah-olah tidak boleh hidup tanpa dadah. Secara psikologinya, penagih mengalami semacam ketagihan dan sangat memerlukan dadah untuk berfungsi secara normal dan mencapai ketenangan jiwa. Secara fizikalnya pula, tubuh penagih memerlukan dadah untuk menjalani proses fisiologi biasa. Jika penggunaan dadah terhenti, mereka akan mengalami gejala tarikan iaitu tanda-tanda tertentu dari segi tingkah laku dan fizikal yang ditunjukkan semasa ketiadaan dadah, seperti sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit dan menggeletar. Jika mengambil dos yang berlebihan, MAUT akibatnya! Sekian, terima kasih...

Anda mungkin juga menyukai