Anda di halaman 1dari 26

PENGENALAN Telekomunikasi merupakan satu bidang yang berkembang pesat dan terus berkembang pada tahun-tahun yang akan

datang. Ia penting dalam aplikasi pelbagai bidang termasuk bidang perniagaan dan pentadbiran yang memerlukan keputusan dibuat dengan cepat, tepat dan cekap. Tahun 1980 juga dikenali sebagai Dekad untuk telekomunikasi oleh sesetengah pihak. Telekomunikasi telah berkembang dengan cepat sehingga bersaing dengan kadar pertumbuhan komputer. Sejak kebelakangan ini telekomunikasi telah mendapat perhatian pihak pengurusan atasan. Telekomunikasi sekarang dilihat sebagai satu sumber yang benar walaupun ia pernah dilihat sebagai "necessary evil". Sebagai satu sumber, telekomunikasi berupaya menghasilkan pendapatan dan membolehkan mendapat keuntungan secara tidak langsung dengan menambah efisi pekerja, dengan mengagihkan maklumat yang bernilai dalam masa yang ditetapkan. PERKEMBANGAN UTAMA DALAM TELEKOMUNIKASI Perkembangan utama dalam telekomunikasi, yang mana perlu dikenalpasti dan diambil tindakan oleh semua pihak yang terlibat dalam adalah seperti berikut : Kawalan telekomunikasi tanpa pergantungan kepada pihak lain. Telekomunikasi adalah asas kepada pembentukan Masyarakat Informasi. Banyak maklumat perlu diagihkan dengan betul dan teratur. Bergerak ke arah dunia "digital" sepenuhnya. Perubahan dari dunia "analog" ke dunia "digital" memberikan banyak kelebihan. Penyatuan segala maklumat/kepintaran.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI 1) Berbagai-bagai maklumat dapat disalurkan melalui perniagaan, perdagangan dan pentadbiran cepat dan tepat berbanding dengan sistem lama maklumat dihantar melalui sistem komputer berangkaian, wayarles, telefon, internet, bahan-bahan cetak, tele-sidang Sistem Pejabat Terbuka - urusan pembayaran bil letrik, air, telefon, ASN, ASB dibuat di Pejabat Pos sahaja Sistem komputer bank - urusan kewangan dilakukan dengan mudah dan pantas contoh, GIRO, Maybank Kawanku - menggunakan Auto Teller Machine komputer berangkaian Kerajaan eletronik, perkongsian maklumat melalui komputer yang dirangkaikan untuk kecekapan pentadbiran. 2) Bidang pendidikan penggunaan komputer dalam pendidikan, CAI tahun 1980-an, pendidikan komputer diperkenalkan di sekolah menengah terpilih wujud kelab-kelab komputer di sekolah - lahirkan pelajar-pelajar celik komputer Sekolah Bestari - penggunaan aplikasi komputer multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah 3) Dunia tanpa sempadan Penggunaan satelit - Malaysia lancar MEASAT 1 pada tahun 1995 Satelit memancarkan isyarat komunikasi telefon, faks, televisyen, telesidang dan lain-lain Satelit SITE kepunyaan India, PALAPA kepunyaan Indonesia Siaran televisyen secara langsung ke seluruh dunia, menjalin hubungan manusia sejagat - Siaran CNN, NBC, BBC

Internet - rangkaian komputer antarabangsa - komunikasi sejagat (Global Village) - wujud masyarakat maklumat

4) Keselamatan, penyelidikan dan kesejahteraan manusia Satelit kaji cuaca, mengkaji perubahan cuaca dan memberi amaran ribut dan taufan Hubungan kapal ke kapal -kecemasan, komunikasi dan laluan pelayaran Topografi dan kajibumi - pemeliharaan hutan, kawal pencemaran, mengenalpasti kawasan logam dan kawasan perikanan 5) Ketenteraan dan pertahanan Sistem satelit NAVSTAR kepunyaan Amerika Syarikat - rangkaian 18 buah satelit tentera berfungsi mengintip, mengesan kedudukan musuh, bilangan kereta kebal dan pesawat, stesen pelancar peluru berpandu mengesan kedatangan peluru berpandu ICBM dan pangkalan tentera musuh strategi peperangan ala Star Wars Amerika - dapat mengesan dan memusnahkan peluru berpandu nuklear sebelum tiba di bumi Amerika. 6) Dunia hiburan pemain video, televisyen, radio, komputer, beriteks penggunaan antena parabola - wujud "Multi-channel Society" Dunia jadi global - tanpa batas sempadan geografi, bangsa, budaya

Di sini kami telah membincangkan beberapa teknologi terkini dalam komunikasi antaranya ialah teknologi Telefon Suara melalui Protokol Internet, Bluetooth, General Packet Radio Services ( GPRS ), Wireless Application Protocol ( WAP ) dan 3G( third generation ).

TEKNOLOGI TELEFON SUARA MELALUI PROTOKOL INTERNET / VOICE OVER INTERNET PROTOKOL (VoIP) Sejak telefon dicipta oleh Alexander Graham Bell pada suatu ketika dahulu, kita hanya diperkenalkan dengan rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) untuk membuat panggilan telefon. Rangkaian telefon berjenis ini hanya membenarkan komunikasi suara dan faks sahaja dan tidak membenarkan jenis format maklumat lain seperti data untuk dibawa bersama semasa komunikasi suara berlaku. Kini, teknologi semakin berkembang pesat dan perubahan diperlukan dalam komunikasi telefon iaitu bukan sahaja komunikasi suara tetapi komunikasi data juga perlu dipertingkatkan lagi. Tetapi, rangkaian suara hanya membekalkan suara bukannya komunikasi data. Oleh itu, teknologi yang berasingan perlu dibangunkan. Sesiapa yang berhasrat untuk membuat pertukaran di antara suara dan data, dia memerlukan talian data dan talian telefon yang berasingan. Ini bermakna kesemuanya adalah berganda seperti perkhidmatan, kos panggilan, sewa talian, pemasangan dan kesulitan. Situasi ini masih lagi wujud walaupun beberapa bahagian korporat dan LAN (Local Area Network ) masih mempunyai ruang atau lebar jalur yang tidak digunakan. Dengan menggunakan lebar jalur sedia ada pada talian data, kita boleh menghapuskan keperluan untuk menggunakan dua rangkaian data dan suara yang berasingan. Ini merujuk kepada Telefon Internet iaitu telefon suara melalui protokol Internet ( VoIP). Melalui teknologi ini, ia membolehkan pertukaran data dan suara melalui satu rangkaian sahaja. Teknologi Telefon Suara melalui IP atau VoIP merupakan satu teknologi terkini yang sedang hangat diperkatakan. VoIP adalah teknologi yang membolehkan panggilan telefon tempatan dan antarabangsa dapat dibuat melalui protokol Internet (IP) menggunakan rangkaian suis berpaket dengan kadar panggilan jauh yang lebih murah berbanding panggilan melalui talian tetap atau selular.

Protokol Internet atau Internet Protokol (IP) merupakan satu dari paras protokol dalam suatu rangkaian. Dalam erti kata lain, apa-apa sahaja yang dihubungkan melalui IP bermaksud melaksanakan suatu komunikasi melalui Internet. IP merupakan teknologi terkini yang baik untuk komunikasi data. Banyak syarikat di negara-negara maju tidak mahu ketinggalan dalam mengaplikasikan teknologi IP ini, Malaysia juga merupakan salah sebuah negara yang turut terlibat dalam usaha untuk membina rangkaian IP dengan matlamat untuk menawarkan perkhidmatan suara dan data bersepadu. VoIP atau panggilan telefon melalui Internet dengan kos yang jauh lebih murah daripada sekarang menjadi idea yang dibeli pengguna. Ini adalah janji VoIP untuk para pengguna yang menggunakannya. Bagaimana komunikasi melalui IP ini dilakukan? Secara teorinya, panggilan telefon melalui IP ini dilakukan dengan suara pengguna dimampatkan dan dipindahkan dalam bentuk paket menerusi Internet seperti mana yang dilakukan kepada kandungan emel yang dipindahkan. Paket ini dikenali sebagai paket IP yang pergi dan kembali dalam Internet, ini membolehkan pengguna bercakap dan mendengar pada masa yang sama. Dengan proses pemampatan suara ini menjadi paket, syarikat penyedia perkhidmatan IP boleh mengendalikan lebih banyak panggilan VoIP dalam satu masa berbanding dengan panggilan telefon biasa. Oleh itu, penjimatan dapat dirasai oleh setiap pengguna perkhidmatan telefon suara melalui IP ini. Secara keseluruhannya, perkhidmatan telefon suara melalui IP menggunakan Internet ini memerlukan komputer atau komputer- peribadi (PC). Teknologi VoIP merupakan gantian kepada rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) yang perlahan dan berteknologi lama. Walaupun masa yang lama diperlukan untuk menggantikan semua talian PSTN yang sedia ada, tetapi teknolgi VoIP ini mungkin dapat diperkembangkan secara berperingkat sehingga semua pihak di negara ini dapat menerima dan memahami teknolgi tersebut. Perkhidmatan kad pra-bayar FlexiCall JARING merupakan perkhidmatan terkini dalam pasaran yang menggunakan teknologi VoIP dengan menggunakan rangkaian tulang belakang fiber optik Internet yang dipunyai oleh JARING. MIMOS Berhad telah melancarkan kad pra-bayar FlexiCall JARING iaitu kemudahan untuk membuat

panggilan telefon jauh dan antarabangsa berasaskan teknologi suara melalui Protokol Internet (VoIP). FlexiCall JARING yang dimajukan oleh MIMOS Internet Services ini menawarkan harga yang lebih murah dengan kualiti suara yang lebih baik. FlexiCall JARING ini membolehkan orang ramai menjimatkan bil telefon apabila membuat panggilan khususnya untuk panggilan antarabangsa kerana ia menawarkan penjimatan kos dengan masa percakapan lebih lama. Sasaran pengguna bagi FlexiCall JARING ini adalah para pekerja dan penuntut serta pelancong asing yang berada di negara ini yang kerap membuat panggilan antarabangsa sama ada untuk urusan peribadi mahu pun perniagaan. Kad pra-bayar FlexiCall JARING ini dapat diperolehi dalam nilai RM30 dan RM50 dengan penjimatan sehingga 80 peratus untuk panggilan jauh dan antarabangsa di lebih 100 destinasi seluruh negara.Penglibatan MIMOS dalam pasaran baru ini adalah satu komitmen untuk melengkapkan rakyat dengan teknologi terkini khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi melalui pembangunan teknologi tempatan. Ianya juga memberi sumbangan besar dalam menjana perkembangan industri di linkungan akses Internet dan merangsang pertumbuhan perkhidmatan Internet di Malaysia. Beberapa syarikat yang bukan dari sektor telekomunikasi telah diberi Lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Individu di bawah penguatkuasaan syarat-syarat baru untuk mengawal selia pembekalan dan pengoperasian fasiliti. Syarat-syarat tersebut bagi membolehkan syarikat bukan telekomunikasi seperti MIMOS Berhad dapat bersaing di pasaran dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan teknologi VoIP. Teknologi VoIP dijangka mengalami kepesatan pertumbuhan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang di Asia berikutan permintaan terhadap kos panggilan jauh yang lebih rendah di samping pasaran bagi teknologi VoIP ini masih baru di rantau ini berbanding di Amerika Syarikat dan Eropah. KEBAIKAN TEKNOLOGI VoIP i. Penjimatan dengan proses pemampatan suara menjadi paket, syarikat penyedia perkhidmatan IP boleh mengendalikan lebih banyak panggilan VoIP dalam satu masa berbanding panggilan telefon biasa.

ii. iii.

Penjimatan bil telefon dan masa percakapan lebih lama apabila membuat panggilan khususnya untuk panggilan antarabangsa. Menggunakan satu rangkaian sahaja berbanding dua rangkaian yang digunakan sebelum ini melalui rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) mengurangkan sewa talian, perkhidmatan dan kesulitan.

iv.

Kos panggilan lebih rendah atau murah: kos panggilan telefon jarak jauh dapat dikurangkan melalui panggilan jalan lencongan PSTN ( calls bypass PSTN ). kos panggilan telefon bagi luar kawasan dan dalam kawasan dikurangkan kerana menggunakan rangkaian korporat sedia ada.

v.

VoIP boleh diaplikasikan kepada hampir sebarang keperluan komunikasi suara, iaitu julat dari simple interoffice intercom hinggalah kepada complex multipoint teleconferencing.

vi.

Infrastruktur VoIP ini dapat diintergrasikan dengan mudah yang menyokong semua bentuk komunikasi yang membenarkan lebih piawaian dan mengurangkan jumlah peralatan kelengkapan .

vii.

Penggabungan bermaksud penggabungan sistem perakaunan adalah amat berfaedah.

KEBURUKAN TEKNOLOGI VoIP i. ii. iii. iv. v. Penggunaan teknologi VoIP ini hanya dihadkan kepada pengguna yang mempunyai PC yang memerlukan perkhidmatan Internet. Kualiti suara atau Voice Quality(Qos) adalah rendah semasa panggilan dilakukan. Kawalan panggilan atau pengisyaratan dimestikan supaya telefon dapat memanggil proses lutsinar. Pengurangan panggilan penolakan, kehilangan paket dan mudah putus hubungan (disconnect ). Melibatkan gateway antara persekitaran rangkaian data dan rangkaian suara.

Rajah 1 berikut menunjukkan keseluruhan Sistem Rangkaian VoIP:

Rajah 1

BLUETOOTH Bluetooth (wireless). Ia merupakan menggunakan teknologi gelombang tanpa radio wayar bagi

membolehkan peranti-peranti mudah alih seperti PDA atau laptop berkomunikasi antara satu sama lain. Penggunaannya juga boleh diperluaskan lagi kepada desktop dimana desktop boleh dihubungkan ke pencetak ataupun pengimbas tanpa menggunakan wayar penyambung. Konsep perangkaian ini telah dinamakan sebagai Personal Area Network atau PAN. Kad Bluetooth untuk PDA Pembangun asal Bluetooth ialah Ericsson, Intel, Microsoft, IBM dan Toshiba. Kemudian satu kumpulan yang dikenali sebagai Bluetooth Special Interest Group atau SIG telah ditubuhkan yang terdiri daripada sembilan syarikat utama dalam bidang IT, iaitu 3Com, Ericsson, IBM, Intel, Lucent, Microsoft, Motorola, Nokia dan Toshiba. Di samping itu, terdapat 1882 syarikat yang terlibat dalam membangunkan produk yang berasaskan teknologi Bluetooth. Peranti Bluetooth untuk Palm Bluetooth telah dibangunkan bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna yang menggunakan perkakasan mudah alih. Kajian Gartner Dataquest mendapati bahawa terdapat lebih daripada 900 juta pengguna yang menggunakan pelbagai perkakasan mudah alih terutamanya laptop dan telefon bimbit dalam tempoh lima tahun. Kebanyakan urusan yang dilakukan oleh pengguna ini memerlukan penyelesaian yang pantas. Ini termasuklah pertukaran dan perkongsian maklumat seperti nombor

telefon, jadual, fail-fail penting dan mungkin juga pasaran saham. Ia boleh menghubungkan pencetak, Mobile Phones, Handsfree Headsets, LCD projectors, Modems, Wireless LAN devices, Notebooks, Desktop PCs, PDAs dan lain-lain. Sekiranya pengguna masih menggunakan sistem perkakasan yang konvensional seperti sedia ada, ( dengan menggunakan wayar serta terpaksa pula mencari soket penyambung ) sudah tentu masa akan terbuang begitu sahaja dan bagi memburukkan keadaan beberapa tranksaksi penting tidak dapat dilakukan. Peranti Bluetooth boleh dihubungkan ke LAN yang sedia ada seperti Ethernet LAN korporat menerusi satu titik akses yang terdiri daripada pemancar Bluetooth, pengawal jalur asas, litar untuk menterjemahkan data dari format Bluetooth ke Ethernet dan juga antaramuka yang menghubungkan titik akses ke rangkaian LAN yang sedia ada. Pengguna dapat menikmati kemudahan yang boleh didapati dalam rangkaian LAN asalkan ia tidak terkeluar dari lingkungan titik akses tersebut. Terdapat tiga ciri keselamatan yang ada dalam peranti Bluetooth iaitu pertama, tanpa keselamatan di mana peranti tidak menetapkan ciri-ciri keselamatan ketika komunikasi dijalankan. Kedua, keselamatan pada peringkat perkhidmatan, yang memberikan ciri-ciri fleksibal ketika capaian aplikasi dilakukan dan ketiga, keselamatan peringkat pautan di mana peranti akan menentukan prosedur keselamatan terlebih dahulu sebelum komunikasi dilakukan. Pada masa sekarang, teknologi Bluetooth digunakan dengan meluas dalam perkhidmatan telefon bimbit, percetakan tanpa wayar, PC mudah alih, alat dengar tanpa wayar, barangan elektronik seperti kamera, walkman, VCR, pen elektronik, pemain muzik mudah alih dan juga industri robotik.

10

Pelbagai produk yang berkeupayaan Bluetooth

Bluetooth beroperasi dalam jalur frekuensi radio di sekitar 2.4Ghz. Ia membolehkan transmisi data dilakukan dengan kadar 712Kb dan julat kawasan operasi ialah di sekitar 10 meter ( 33 kaki ). Komunikasi di antara peranti-peranti yang menggunakan Bluetooth ialah berkonsepkan peer-to-peer. Kebaikan menggunakan teknologi ini ialah sesuatu peranti itu boleh digunakan dan berkomunikasi tanpa menggunakan wayar. Ini sekaligus menjimatkan masa pengguna dengan tidak perlu memasang wayar dan juga kabel penyambung ke peranti lain. Ia juga menyatukan beberapa perkakasan mudah alih seperti laptop, PDA dan telefon bimbit. Manakala keburukannya pula ialah maklumat boleh dicuri oleh peranti lain dan juga mungkin terdapat gangguan gelombang bagi kawasan yang sesak. Di samping itu, tidak begitu banyak perisian dan perkakasan yang menyokong teknologi ini, mungkin kerana ia masih lagi baru digunakan. Laman web rasmi bagi Bluetooth ialah www.bluetooth.com.

11

3G (THIRD GENERATION) Kehidupan kita sehari-hari yang akan datang mungkin akan lebih bermakna dengan Generasi Sistem Telekomunikasi atau biasa disebut sebagai 3rd Generation of Wireless Communication yang mana sekarang ini tengah berkembang dengan pesatnya. Ia mula diperkenalkan di Malaysia pada Bulan Mei 2000. Pada bulan September 2000, Jabatan Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( Commisison ) telah berunding dengan semua pemegang lessen di bawah Tindakan Komunikasi dan Multimedia 1998 ( CMA ) berkaitan dengan pendekatan teknologi 3G di Malaysia. Rundingan ini diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja bertajuk Concepts and Proposed Principles on the Implementation of Mobile Celular Service in Malaysia pada bulan November 2000 yang kemudiannya telah disiarkan dalam laman web untuk mengetahui komen dan pendapat orang awam. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh sistem ini ialah pelayanan video, pengaksesan ke multimedia dan mobile Internet berkecepatan tinggi. Sistem 3rd Generation akan memperkembangkan lagi perkhidmatan-perkhidmatannya dalam sistem komunikasi dan maklumat. Sistem ini juga menawarkan pelayanan dengan kapabiliti yang tinggi, yang mana termasuk peningkatan dari segi kapasiti, kualiti dan purata data yang ada sekarang. Antara kebaikan menggunakan sistem ini ialah ia akan menghubungkan dunia wireless dan dunia komputer atau internet. Sistem 3rd Generation akan menggunakan tiga jenis teknologi. Ketiga tiga jenis teknologi sedang diubahsuai supaya ianya sesuai dan dapat bekerjasama serta dapat diaplikasikan dalam pelbagai jenis telefon bimbit. Integrasi teknologi ini akan diperkenalkan di seluruh pelusuk dunia. Sistem 3rd Generation akan menawarkan perkhidmatan pelayanan yang baru pada Internet dan multimedia yang akan memerlukan skrin yang sesuai. Telefon bimbit akan

12

ditukarkan ke pelbagai variasi bentuk dari yang sederhana dan kecil seperti bentuk jam tangan atau yang lebih besar seperti palm-pilot untuk melayari Internet.

13

WAP Salah satu teknologi komunikasi interaktif terkini di Malaysia ialah perkhidmatan WAP. WAP atau Wireless Application Protocol merupakan protokol baru dan juga merupakan satu teknik penyampai dan mengakses maklumat yang canggih. Hanya telefon mudah alih yang terkini sahaja yang menyokong perkhidmatan ini. Melaluinya pengguna boleh menggunakan perkhidmatn internet dan beberapa lagi perkhidmatan baru contohnya seperti mengakses berita semasa dan maklumat bursa saham. Sebenarnya WAP merupakan protokol ynag terhasil daripada perkembangan protokol Wireless Data yang telah ada sekarang. Sebuah versi piawaian HTML/IP yang efisien dicipta khas untuk memindahkan maklumat antara rangkaian telefon mudah alih dengan internet. Terminal-terminal tanpa wayar dengan HDML microbrowser atau pelayar mikro HDML(handled Device Markup Language) dan HDTP(Handled Transport Protocol) akan berhubung kepada pelayan dan seterusnya berhubung dengan internet atau intranet yang merupakan pusat di man maklumat-maklumat berada. Kemudahan WAP dalam sesebuah telefon mudah alih adalah menggunakan pelayar mikro. Ia digunakan untuk: 1. Membuat arahan dalam WML(Wireless Markup Language) yang merupakan bahasa kembangan daripada HTML. Biasanya ia digunakan dalam rangkaian tanpa wayar. 2. Mengambil alih maklumat dari sebuah pelayar internet sama ada dalam format piawai atau dalam format yang telah disediakan bagi peralatan rangkaian tanpa wayar mengguna arahan dalamWML tadi. 3. Informasi yang diminta ini kemudian akan dikirim oleh WAP GATEWAY ke pengguna yang mengguna telefon mudah alih yang mempunyai kemudahan WAP tersebut.

14

Terdapat beberapa faktor yang menarik minat pengguna mendapatkan perkhidmatan WAP dalam telefon mudah alih mereka. Antaranya ialah: 1. Menyediakan kemudahan untuk mengakses maklumat di internet melalui telefon mudah alih yang mempunyai kemudahan WAP tersebut 2. Di Malaysia perkhidmatan WAP ini didokong oleh beberapa syarikat industri telefon mudah alih yang besar seperti NOKIA, Ericsson, Motorola dan sebagainya. Ini akan menarik minat pengguna kerana telefon yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang disebutkan diatas amat diminati. 3. Pengunaan komputer untuk mengakses maklumat di internet hanya terhad di satu tempat sahaja kerana ia tidak mudah alih. Penggunaan Laptop mungkin salah satu penyelesaiannya tetapi pengguna lebih gemar menggunakan peralatan yang lebih kecil dan boleh di bawa ke mana-mana. Namun di sebalik kabaikan-kabaikan di atas, terdapat juga keburukan perkhidmatan WAP ini. Antaranya ialah: 1. Sangat susah untuk melakukan proses pengkonfigurasian telefon mudah alih yang dapat mengaplikasikan perkhidmatan WAP. 2. Penggunaan kemudahan Short Message Service(SMS) masih lagi meluas berbanding perkhidmatan WAP. Ini kerana pembayaran caj perkhidmatan SMS lebih murah berbanding WAP. Tambahan pula perkhidmatan WAP kurang didedahkan kepada semua peringkat pengguna. 3. Piawaian WAP masih lagi kurang lengkap. 4. Capaian maklumat di internet adalah terhad. Pengguna yang menggunakan perkhidmatan WAP melalui telefon mudah alih tidak dapat mengakses maklumatmaklumat daripada internet seperti mana mengakses maklumat-maklumat melalui komputer.

15

Perkhidmatan WAP melalui telefon mudah alih adalah satu teknologi tercanggih di masa kini. Penggunaannya yang banyak memberi manfaat dan kemudahan kepada pengguna ini perlulah diperluaskan lagi.

16

GPRS
General Packet Radio Service atau lebih dikenali sebagai GPRS merupakan satu lagi perkhidmatan tanpa suara terkini yang disediakan kepada pengguna telefon mudahalih selain perkhidmatan SMS dan WAP. Dijangkakan teknologi baru ini bakal menggantikan WAP dalam penggunaan Internet tanpa kabel. Terdapat beberapa kelebihan pada GPRS yang menyebabkannya menjadi cepat popular di kalangan pengguna Internet tanpa wayar. 1. Kelajuan Secara teorinya teknologi GPRS ini boleh mencapai kelajuan

maksimum sehingga 171.2 Kbps menggunakan kelapan-lapan slot masa pada masa yang sama. Kelajuan penghantaran data bagi teknologi jauh mendahului kaedah penghantaran data secara wayarles yang lain seperti CDMA (11 hingga 12 Kbps) dan WAP yang menggunakan GSM (9.6 Kbps). Dengan membenarkan data dihantar lebih pantas, ia boleh mengurangkan kos servis penghantaran data jika dibandingkan dengan SMS dan Circuit Switched Data. 2. Penyambungan serta-merta. GPRS menyediakan penyambungan Internet serta-merta tanpa henti selama 24 jam sehari. Berbanding teknologi WAP yang menyediakan maklumat terhad kepada pelanggan, GPRS dikatakan mampu memindahkan data, gambar serta grafik pada kapasiti yang lebih besar.

17

3. Aplikasi baru yang lebih baik Beberapa aplikasi baru yang sudah semestinya menyediakan perkhidmatan lebih baik telah dibangunkan dengan mengkaji keterhadan yang wujud dalam GSM (kelajuan pada 9.6 kbps sahaja) serta panjang pesanan yang tidak boleh melebihi 160 karekter dalam SMS. Dengan adanya aplikasiaplikasi baru ini, hampir semua aplikasi yang digunakan dalam PC kini boleh dilaksanakan dalam rangkaian telefon mobil. Ini merangkumi aplikasi korporat dan aplikasi umum. Antara aplikasi yang dilaksanakan: Chat Menyediakan perkhidmatan yang sama seperti di Internet di mana sekumpulan pengguna boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Maklumat berbentuk teks dan visual Pengguna boleh mendapatkan maklumat dari telefon mudahalih secara langsung samada senarai harga saham, maklumat penerbangan, cuaca, berita terkini, peringatan solat serta banyak lagi. Ia tidak semestinya dalam bentuk teks, boleh jadi juga dalam bentuk peta, graf mahupun pelbagai maklumat visual lain. Imej tetap Pelbagai imej tetap (statik) seperti foto, gambar, e-poskad, e-kad boleh dihantar dan diterima menerusi telefon bimbit. Imej bergerak Dengan teknologi yang berkembang pesat, industri wayarles mungkin berkembang dari pesanan teks kepada ikon dan pesanan bergambar malahan pesanan bervideo dan preview filem boleh dimuatturun ke telefon bimbit menggunakan cara data 18

stream. Ini boleh dilaksanakan kerana ciri-ciri yang ada pada GPRS. Melayari laman web Sebelum ini, melayari laman web merupakan sesuatu yang tidak efisyen untuk dilaksanakan melalui telefon bimbit kerana kelambatan proses memuatturun dan memuatnaik data mengambil masa yang lama. Jika adapun hanya terhad dalam bentuk teks sahaja kerana jika memuatturun gambar lebih lama, tetapi dengan adanya teknologi GPRS ini memungkinkan telefon bimbit menjadi salah satu asset penting dalam perkembangan dunia Internet. Email korporat Setiap pekerja perlu sentiasa berhubung dengan pejabat samada mereka berada di dalam mahupun jauh menggunakan system email korporat syarikat mereka. Ini samada menggunakan LAN, Microsoft Outlook, Lotus Notes dan sebagainya. Dengan adanya GPRS ini maka urusan ini menjadi lebih mudah. Email Internet Ia membolehkan pengguna Internet diingatkan sebaik sahaja ada email baru tiba kerana dengan cara yang lama pengguna perlu mendail ke peti surat mereka dari semasa ke semasa untuk mengetahui samada ada email baru atau tidak. Kenalpasti lokasi kenderaaan Global Positioning System (GPS) merupakan rangkaian percuma yang disediakan oleh 24 satelit di bawah seliaan Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Sesiapa sahaja yang memiliki alat menerima (receiver) boleh mengetahui kedudukan kenderaan mereka melalui satelit. Ini amat penting untuk 19

mengesan kenderaan yang dicuri atau disewa. SMS digunakan untuk menghantar maklumat kedudukan kenderaaan seperti longitud, altitud dab bearing. Sebagai alternatif GPRS boleh digunakan. Akses ke rangkaian LAN Bagi pekerja yang berada jauh dari meja pejabat, mereka tetap perlu berhubung dengan rangkaian LAN di pejabat mereka. Dengan adanya terminal mobil, mereka masih mampu akses ke rangkaian dan mendapatkan email korporat mererkawalaupun tanpa laptop atau notebook. Pemindahan fail Data boleh dipindahkan tanpa had saiz. Sumber maklumat ini boleh jadi salah satu daripada method komunikasi Internet samada FTP, telnet, http mahupun Java. Oleh kerana itu, sesebuah telefon itu perlu dilengkapi dengan teknologi GPRS. Rumah pintar Gabungan dari aplikasi automatik di rumah dan kawalan keselamatan dari jauh (remote control). Secara asasnya,kita boleh mengawasi rumah dari mana sahaja kita berada menggunakan telefon mudah alih kita.

Setakat ini teknologi GPRS ini telah diimplimentasikan di Amerika Syarikat oleh AT&T Wireless. Di Malaysia sendiri, teknologi GPRS sendiri masih dalam tempoh percubaan di mana ia cuba diaplikasikan dalam perkhidmatan telefon mudahalih oleh syarikat telekomunikasi tempatan seperti Maxis dan Celcom.

20

Had penggunaan GPRS Oleh kerana teknologi GPRS ini merupakan teknologi yang masih baru maka terdapat beberapa had dalam penggunaannya. Had bagi penggunaan serentak. GPRS menghadkan penggunaan suara dan GPRS serentak di mana jika GPRS sedang digunakan, telefon suara biasa tidak dapat digunakan kerana keduanya menggunakan sumber rangkaian yang sama. Kelajuan berkurangan dalam dunia sebenar Walaupun secara teorinya GPRS mampu memindahkan data pada 172.2 kbps namun ia mesti dilakukan oleh seorang pengguna menggunakan kelapan-lapan slot masa tanpa sebarang ralat. Hakikatnya sesuatu rangkaian mungkin membenarkan dua tiga pengguna serentak dengan setiap pengguna hanya menggunakan satu atau dua slot masa sahaja. Dengan ini kadar pemindahan data akan berkurangan. Modulasi suboptimal GPRS adalah berasaskan kepada suatu teknik yang dikenali sebagai Gaussian minimum-shift keying (GMSK). Delay pengangkutan data Tiada storan dan forward Berbanding engin stor dan forward dalam perkhidmatan SMS, tiada mekanisma seperti ini yang piawai bagi GPRS.

21

CONTOH PERKAKASAN YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN GPRS

Telefon Motorola Timeport P280

Telefon Motorola Timeport P280 yang terbaru merupakan salah satu daripada telefon bimbit yang ada menyediakan teknologi GPRS. Berdasarkan ujian servis VoiceStream Wireless iStream, ia telah mencapai keputusan yang baik. Semasa menguji kelajuan penghantaran data, satu laman web 220K telah dimuatturun dengan menggunakan P280 sebagai modem wayarles dan disambungkan kepada laptop. Ujian yang sama dilakukan menggunakan telefon CDMA serta sambungan menggunakan talian darat biasa. Hasil mendapati kelajuan memuat turun menggunakan GPRS adalah empat kali ganda CDMA dan hampir menyamai kelajuan modem 56K. P280 ini membenarkan pengguna akses ke korporat email, berhubung dan membuat rujukan. Ia turut menyokong penggunaan Microsoft Outlook, Exchangedan Lotus Notes. Akses ke AOL mail serta AIM juga merupakan piawai bagi telefon ini. MotorolaTimeport P280 ini sesuai untuk pengembara, peniaga dan sebagainya yang memerlukan penghantaran data yang segera.

22

Kesimpulan GPRS menyediakan penggunaan dan kelebihan secara besar-besaran dalam teknologi pemindahan data secara wayarles. Ini diperkukuhkan lagi dengan ciri-ciri GPRS yang fleksibel, efisyen dan pantas. Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah berapa lama tempoh untuk teknologi canggih ini mengambilalih serta mendominasi dunia pemindahan data.

23

KESIMPULAN Walaupun terdapat pelbagai teknologi terkini yang muncul dan heboh diperkatakan, kita tidak seharusnya terus sahaja menerima sesuatu teknologi tersebut tanpa berfikir terlebih dahulu. Kita seharusnya mengkaji dan menyelidik dahulu sesuatu teknologi itu sama ada ianya mendatangkan kebaikan atau pun keburukan. Tidak semua teknologi terkini yang muncul itu bersesuaian dengan persekitaran negara kita, Malaysia yang merupakan sebuah negara membangun yang sedang meningkat maju dan berdaya saing. Walaupun begitu, jika sesuatu teknologi itu sudah dikaji dan didapati bahawa ianya membawa kebaikan kepada pembangunan negara dan rakyat, teknologi tersebut haruslah diterima dan diaplikasikan demi kebaikan bersama. Mungkin terdapat sesetengah individu yang sukar untuk menerima sesuatu perubahan yang dibawa oleh sesuatu teknologi terkini, oleh itu langkah-langkah perlu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya pihak syarikat dan kerajaan. Contohnya, MIMOS Berhad yang telah melancarkan perkhidmatan kad pra-bayar FlexiCall JARING yang menggunakan teknologi Telefon Suara melalui Protokol Internet ( VoIP ) iaitu sebuah teknologi yang masih baru di negara ini, pihak MIMOS seharusnya menjalankan promosi dan memberi penerangan yang lebih jelas dan mendalam mengenai teknologi VoIP dan kad pra-bayar tersebut kepada pengguna. Oleh itu, individu yang masih kabur mengenai teknologi tersebut akan lebih memahami dan akan cuba menerimanya sedikit demi sedikit. Teknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1999. Penubuhan MSC adalah sebagai langkah kerajaan untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi komunikasi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

24

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan negara kita tidak ketinggalan dalam apa jua bidang dan teknologi terkini yang kebanyakannya lebih awal muncul di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Teknologiteknologi terkini ini dapat membantu dalam kemajuan negara kita dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berteknologi, mempunyai rakyat yang celik IT dan menjadi sebuah negara yang dihormati oleh seluruh dunia.

25

RUJUKAN 1. http://www.gsmworld.com/technology/gprs/index.shtml 2. http://www.pcmag.com/article/0,2997,s%253D1470%2526a%253D22074,00.asp 3. http://www.nwfusion.com/edge/news/2001/1205wlessdata.html 4. http://www. CNETAsia.com/ProductReviews/htm 5. Artikel 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Bluetooth, Majalah PC, bil 62, keluaran Februari 2002, Karangkraf.

26

Anda mungkin juga menyukai