Anda di halaman 1dari 2

Laporan Progam Ihya Ramadhan UniMAP bersama warga Jeli.

Oleh Eman Shah Seramai 60 orang delegasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah dijemput untuk menganjurkan Program Ihya Ramadhan UniMAP bersama warga Jeli di Jeli, Kelantan pada 29hb September 2007 yang lalu. Delegasi yang terdiri daripada 53 orang pelajar, 5 orang pensyarah dan 2 orang pegawai pengiring tiba jam 7.00 pagi Di Darul Falah dan disambut sendiri oleh Yang Berhormat Dato Mustapa B. Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang juga Ahli Parlimen Jeli.

Program pada pagi ini dibahagikan kepada 2 program di mana Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baru seramai 17 orang telah dibawa melawat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) manakala selebihnya telah mengadakan Kelas Bimbingan Subjek Bahasa Inggeris dan Matematik kepada para pelajar yang akan menduduki SPM di SMK Ayer Lanas. Delegasi MPP yang diketuai oleh En. Mohd Najmuddin B. Mohd. Hassan, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniMAP telah mengadakan pertemuan dengan pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMK. Taklimat disampaikan oleh Pen. Pendaftar Kanan HEP. Sementara itu, di SMK Ayer Lanas seramai 80 orang pelajar telah mengikuti Kelas Bimbingan bagi Subjek B.Inggeris yang dikendalikan oleh Pn. Ina Suriyani,

Pensyarah PKKK manakala bagi Subjek Matematik dikendalikan oleh Cik Mahyun dan Cik Azlinda dari PPK Alam Sekitar. Program yang bermula dari jam 10 pagi itu berkahir jam 4 petang.

Pada sebelah petangnya telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa di Kg. Kelisar, Batu Gajah yang dihadiri oleh YB Dato Mustapa Mohamed, Naib Canselor UniMAP, Naib Canselor UMK, Pengarah Kampus UiTM Kelantan dan beberapa orang kenamaan. Majlis dimulakan dengan tadarus Al-Quran, tazkirah dan penyampaian zakat kepada anak-anak yatim. Majlis diakhiri dengan solat tarawikh dan jamuan moreh.

Pada keesokan harinya, satu majlis ringkas penyampaian sumbangan Aildilfitri diadakan di Kg. Seberang Jeli iaitu Kg. Angkat UniMAP. Sumbangan disampaikan oleh Y.Brs. Dekan HEP UniMAP mewakili Y.Bhg. Naib Canselor UniMAP kepada keluarga-keluarga angkat, fakir miskin dan bapa tunggal. Majlis berakhir dengan para pelajar / anak angkat UniMAP bersalam-salaman sambil berselawat dengan ibu bapa angkat mereka.

Anda mungkin juga menyukai