Anda di halaman 1dari 54

Mempertahankan hak Melayu di Malaysia.

Kenali diri dan musuh kita Siri 2

Universiti Kebangsaan Malaysia Faculty of Law PHD Program in Law P58462


Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM )
1

Kedaulatan Islam di sesuatu tempat itu akan jahanam jika umatnya tidak mempertahankannya. Secara hakikatnya di Malaysia, Ketuanan Melayu itu adalah seiringan dengan Kedaulatan Islam kerana Melayu merupakan golongan Muslim majoriti di Malaysia yang secara tidak langsung merupakan cerminan kepada imej Islam di Malaysia itu sendiri. Kaum-kaum lain yang beragama Islam di Malaysia pun dinaungi oleh Melayu ini tadi tidak kira dalam apa jua bentuk, langsung atau tidak langsung. Institusi (bukan individu) istana memainkan peranan penting untuk menjadi tonggak Kemelayuan itu sendiri agar ia tidak dapat dipisahkan dari elemen-elemen Islamik. Ulama-ulama kita dahulu tidak menentang kewujudan institusi istana ini kerana ajaran Islam mengakui kewujudan fitrah manusia untuk mempunyai Raja. Kerana itu di dalam Al-Quran, nabi-nabi terdahulu pun ada yang sabar berdakwah kepada para pemerintahnya (Raja), bukan untuk menumbangkannya. Wujudnya institusi Raja maka wujudnya juga institusi mufti di Malaysia, ia saling berkait. Ini adalah realiti Nasionalisme Melayu di Malaysia yang menjadi asas kepada pembentukan Nasionalisme warga Malaysia secara umumnya kerana kita sekarang berada di Nusantara, tempat asal Rumpun Melayu itu sendiri, bukan di Jazirah Arab dan semestinya bukan di Tanah Besar China.

Apakah dengan kita bersemangat mempertahankan hak kita sebagai Melayu yang diamanahkan Allah s. w.t lahir di Tanah Nusantara ini maka kita akan bersifat perkauman dan tidak adil langsung kepada pihak lain? Adakah sejarah bangsa kita begitu zalim dan menindas kaum lain di bumi kita sendiri? Berapakah ramai jumlah bilangan kaum lain yang telah kita usir atau telah kita bunuh kerana mempertahankan perjuangan Melayu ini?

Adalah lumrah setiap kepimpinan manusia itu akan mempunyai kelemahan serta kekurangan tanpa mengambil kira apa jua sistem yang digunakan termasuklah sistem pentadbiran yang mengikut syarak. Ini kerana faktor manusia itu adalah penentu yang penting kepada kejayaan atau kepincangan dalam sesuatu sistem tersebut. Berdasarkan realiti inilah, maka golongan Yahudi-Zionist sentiasa ingin mengambil kesempatan ke atas segala ruang kelemahan yang ditimbulkan oleh manusia lain, lantas ia akan dieksploitasi, difitnah dan terjerat dengan konspirasi peringkat global yang dapat mengubah perjalanan sejarah tamadun manusia .

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya". Surah Al-Baqarah, Ayat 216

Terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Di samping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah s.w.t sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan tinggi Al-Quran? Saya percaya ramai tahu bahawa Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Jika ada sebarang pertentangan antara perlembagaan dengan undang-undang lain, perlembagaan akan mengatasi dan undang-undang itu diisytiharkan tidak sah setakat mana ia bertentangan. Oleh itu, sering dibahaskan bahawa Perkara 4 menghalang pelaksanaan undang-undang Islam yang bersumberkan al-Quran dan sunnah.

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana ketinggian Perlembagaan Persekutuan menurut Perkara 4 memang tidak dapat dinafikan. Namun Perkara 4 sebenarnya mengangkat keseluruhan peruntukan Perlembagaan itu sendiri termasuk Perkara 3 yang disebut terlebih dulu.

Perkara 3 memperuntukkan Islam agama bagi Persekutuan. Oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan, sebarang perkara yang tidak selari dengan agama bagi Persekutuan itu hendaklah dianggap tidak berpelembagaan dan melanggar perlembagaan itu sendiri.

Rakyat sering dimomokkan dengan idea bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Adalah menjadi kesilapan besar mengatakan Islam agama rasmi kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan sedemikian.

Perlembagaan Persekutuan menegaskan Islam agama bagi Persekutuan bukan agama rasmi Persekutuan. Dalam hal demikian, Islam tidak hanya boleh dipraktikkan dalam majlis rasmi saja tetapi wajib diterjemahkan dalam kehidupan seharian sama ada bersifat rasmi ataupun sebaliknya.

10

Ketinggian agama Islam dikukuhkan lagi dengan Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan iaitu sumpah Yang DiPertuan Agong ketika menaiki takhta. Yang Di Pertuan Agong bersumpah dengan lafaz wallahi wabillahi wa tallahi dan kandungan sumpah antara lain, Yang Di Pertuan Agong akan mempertahankan Islam pada setiap masa. Adalah mustahil jika Islam hanyalah sekadar agama rasmi, Yang Di -Pertuan Agong dikehendaki berikrar mempertahankannya pada setiap masa. Malah segala urusan kerajaan juga tertera di sampul surat kerajaan perkataan Urusan Seri Paduka Baginda.

11

Oleh itu, segala urusan kerajaan Malaysia tidak boleh melanggar agama negara itu sendiri seperti diikrarkan Seri Paduka Baginda mempertahankannya pada setiap masa.

Sebagai kesimpulannya, saya mengatakan jika interpretasi perlembagaan dibuat seperti dibincangkan, sudah tentu ruang dan peluang al-Quran dan Sunnah diletakkan sebagai sumber utama perundangan amat besar serta jelas tanpa perlu meminda perlembagaan atau menggubal perlembagaan baru.

12

Dalam berkata mengenai hak kebebasan beragama seperti dijamin Perlembagaan, ramai yang tidak mengambil perhatian mengenai Islam sebagai agama bagi negara ini. Perjuangan kebebasan beragama yang mengenepikan kedudukan Islam dan mengabaikan sensitiviti umatnya adalah suatu yang akan mencicirkan kedudukan Islam. Ini tidak harus berlaku. Tetapi amat malang sekiranya masyarakat Islam sendiri tidak tahu, leka, atau lupa mengenai apa yang dikendong di dalam Perlembagaan itu sehingga mereka tidak memberi peduli dan membiarkan ia tercicir.

13

Perlu kita mengambil perhatian bahawa ciri-ciri kebebasan beragama yang disandarkan kepada Perlembagaan hendaklah dijalankan atas formula atau prinsip aman dan damai seperti termaktub di dalam Perkara 3(1). Sekiranya amalan kebebasan beragama iaitu kebebasan menganut dan mengamal sesuatu agama tidak mengambil kira prinsip aman dan damai ini, saya bimbang, kita akan tercicir sesuatu yang amat berharga, iaitu kestabilan dan ketenteraman. Ideologi kesamarataan antara agama juga akan mencicirkan Islam. Ideologi ini bukan saja bertentangan dengan prinsip agama itu sendiri, tetapi ia juga bertentangan dengan prinsip yang dikendong Perlembagaan.

14

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah satu-satunya agama yang disebut dengan namanya yang jelas. Walaupun Perlembagaan mengiktiraf agamaagama lain, ia tidak menyebut agama-agama berkenaan dengan namanya. Signifikannya ialah, kita tahu apa yang dikendong oleh Perlembagaan dengan begitu tepat dan terperinci. Malah, kita tahu bahawa kewujudan peruntukan mengenai Islam di dalam Perlembagaan mempunyai kesan yang jelas, iaitu memberi pengisytiharan kepada pentingnya kedudukan Islam di dalam sistem negara ini.

15

Bersandarkan pengisytiharan ini, syiar Islam perlu diperjelas. Syiar Islam perlulah menyerlah dan syiar ini tidak boleh dibayangi oleh agama lain.
Idea meletakkan Islam pada tempat yang sama dengan agama lain akan memberi risiko tercicir kepada agama Islam. Oleh itu, sebelum kita kehilangan atau keciciran, eloklah kita menjaga sesuatu milik kita sebaik mungkin, kerana setelah sesuatu itu tercicir atau hilang, belum tentu kita akan mendapatkannya kembali. Tidak mengapa sekiranya kita mendapat sesuatu yang lebih baik tetapi itu belum pasti. Berkaitan Islam, eloklah kita mengukuhkan pengetahuan dan ilmu mengenai sistem, prinsip dan formula yang dikendong Perlembagaan supaya kita tidak tercicir elemen penting ini dan terngadah setelah terhantuk atau menyesal setelah nasi menjadi bubur.

16

17

Sekiranya Islam yang kita kendong di dalam Perlembagaan, maka wajiblah kita menjaga pengisytiharan Perlembagaan itu supaya ia tidak tercicir. Kita perlu menilai dan mengetahui baik dan buruknya serta ruang lingkup mengenai kedudukan Islam itu dengan ilmu dan mata hati.

Janganlah disebabkan kekurangan ilmu dan pengetahuan, kita terikut-ikut rentak yang mahu mencicirkan Islam daripada Perlembagaan, sama ada rentak tersebut disandarkan atas tiket kebebasan beragama atau kesamarataan agama yang menjadi tajuk hangat ketika ini.

18

Dalam banyak keadaan, ramai antara kita yang tidak sedar mengenai bertuahnya kita dengan apa yang kita miliki. Dalam masyarakat kita, ada yang tertinjau-tinjau di tempat lain untuk menambah baik. Saya tidak nafikan keperluan ini dan ini tentunya digalakkan kerana kita perlukan pembaharuan untuk menambah kualiti dalam kehidupan.

Tetapi ada kalanya dalam melakukan itu, kita lupa apa yang kita kendong, kita biarkan ia keciciran; kita tidak menoleh ke belakang untuk melihat dan menilai apakah yang telah tercicir sama ada ia sesuatu yang penting ataupun tidak, atau, kita tidak peduli sekiranya apa yang tercicir itu telah diambil orang.

19

Perlu kita ingat dalam mencari perkara baru kita perlu mengenal dan menghargai apa yang kita kendong. Ini adalah perkara pertama yang perlu dilakukan. Kemudian barulah kita menilai apa yang baharu itu apakah kebaikan dan apakah pula keburukannya. Ini kerana tidak semua yang baru akan dapat menggembirakan kita, walhal, banyak perkara di dalam kendongan kita telah terbukti memberi manfaat dan menggembirakan kita.

Namun begitu, dalam realiti ada kalanya kita mengalami dilema dalam menentukan kebaikan dan keburukan kedua-duanya (yang lama dan yang baru itu). Di sinilah kita amat memerlukan ilmu, pengalaman kita sendiri dan juga pengalaman orang lain untuk membuat keputusan supaya apa yang kita kendong tidak tercicir dan pada masa yang sama kita akan mendapat apa yang kita kejar.

20

21

Firman Allah s.w.t berikut: "Apakah orang yang menunjukkan kepada jalan kebenaran itu lebih berhak diikuti atau orang yang tidak dapat memberi petunjuk melain akan diberi petunjuk? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimana kamu membuat keputusan?"

Surah Yunus: 35
Menerusi ayat ini, Allah s.w.t bertanya sebagai membuka fikiran hamba-hambaNya bahawa apakah orang-orang yang mampu menunjukkan ke arah jalan alHaq itu lebih layak diikuti atau mereka yang sebelumnya tidak mampu melainkan setelah diberi petunjuk? Dalam ertikata lain, apakah orang yang mampu memberi itu lebih layak dari orang yang menerima kemudian memberi semula?

22

Ayat di atas juga menunjukkan saranan Allah s.w.t agar mengikuti orang-orang yang dapat membawa manusia ke arah kebenaran. Golongan yang demikian sudah pasti tiada lain melainkan mereka adalah orang-orang yang benar. Firman Allah s.w.t : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan bergabunglah bersama orang-orang yang benar" Surah at-Taubah: 119 Persoalannya: Siapakah orang-orang yang benar yang layak membawa manusia ke arah kebenaran itu?

23

Jawapannya: Mereka tidak lain hanyalah Nabi dan Ahlul Baitnya. Buktinya seperti yang diriwayatkan oleh sebahagian besar ulama Ahlus Sunah sendiri di antaranya Ibnu Syahri dan Tsa`labi di dalam tafsirnya ada menyebutkan riwayat yang bersumber dari Jabir dan dari Abu Ja`afar dari Kalbi dan Abu Soleh dari Ibnu Abbas sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Tsaqafi dari Ibnu Abbas, As-Su`udi dan Ja`afar bin Muhmmad al-Baqir dan beliau meriwayatkan juga dari Malik bin Anas yang berasal dari Ibnu Umar berkata: Allah s.w.t memerintahkan para sahabat (dan juga kepada semua golongan yang beriman) agar takut (bertaqwa) kepada Allah. Kemudian dia berkata:"dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar" bermaksud Muhammad s.a.w dan Ahlul Bait baginda.

24

Bukan setakat itu sahaja, bahkan Allah s.w.t telah memerintah umat manusia bertanya apa sahaja yang mereka tidak ketahui kepada Ahluz Zikr menerusi firman-Nya: "Maka bertanyalah kamu kepada Ahli Zikr sekiranya kamu tidak mengetahui" An-Nahl: 43 & Al-Anbiya`: 7 Imam Tsa`labi telah mengeluarkan riwayat di dalam tafsirnya Al-Kabir dari Jabir berkata: Setelah turunnya ayat ini, Ali bin Abi Thalib berkata: "Kamilah (iaitu Ahlul Bait) yang dimaksudkan sebagai Ahli Zikr"

25

Siapakah Ahlul Bait Al-Hakim dari Abu Dzar dan Al-Bazzar dari Ibnu Abbas dan Ibnu Zubair bahawa Rasul s.a.w telah bersabda: / "Sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baitku di sisi kalian laksana bahtera Nuh a.s. Barangsiapa yang menaikinya akan selamat dan siapa yang meninggalkannya akan musnah dan tenggelam"

26

Menerusi hadits ini, baginda Nabi Muhammad s.a.w membuat perumpamaan yang amat jelas bahawa kepimpinan Ahlul Bait diibaratkan seperti bahtera Nabi Allah Nuh a.s. Setelah siap bahtera tersebut, Nabi Nuh a.s menyeru umatnya untuk naik ke atas bahtera tersebut kerana banjir besar akan melanda. Meskipun begitu, sebahagian besar dari umatnya enggan dan tidak mempercayai baginda termasuklah anak dan isterinya. Apabila hujan turun dan berlaku banjir sebagaimana yang dikatakan Nuh a.s, dengan sedaya upaya mereka mahu mencari perlindungan dengan memanjat bukit-bukit dan gunung-gunug sematamata mahu menyelamatkan diri dari azab tersebut. Malangnya, mereka tetap mati tenggelam meskipun dengan "jalan lain" untuk menyelamatkan diri. Ahlul Bait diibaratkan sebagai Bahtera Nuh penyelamat umat. Dari itu, barangsiapa yang enggan kembali kepada kepimpinan dan tunjuk ajar serta menjadikan mereka sebagai tempat rujukan (Bahtera Nuh), maka pada hakikatnya mereka telah hanyut tenggelam menjadi sesat meskipun dengan yakin mengikuti jalan lain dengan mencari individu lain sebagai tempat perlindungan atau rujukan agamanya (Bukit dan Gunung).

27

"Tidak bermanfaat amalan seseorang hamba melainkan mengenali hak kami (Ahlul Bait)" jelas menunjukkan bahawa hak-hak yang dijadikan Allah s.w.t sebagai syarat penerimaan amalan-amalan adalah dengan mentaati Ahlul Bait dan mendapatkan keredhaan Allah s.w.t melalui jalan mereka yang lurus. Di sini di antara bukti betapa penting peranan Ahlul Bait dalam pengaruh mereka di dalam ilmu Nabi Muhammad s.a.w sekaligus tanpa mengenali hak mereka maka amalan kita bagaikan debu yang berterbangan.

28

Bagi memahami konsep kemaksuman para imam Ahlul Bait ini dan kepentingannya dalam memimpin umat Islam, seharusnya kita meneliti terlebih dahulu sikap fitrah manusia yang diungkapkan oleh al-Quran. Firman Allah s.w.t:

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah Kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), tetapi mereka menolak untuk memikulnya kerana bimbang tidak dapat menyempurnakannya. Sebaliknya, manusia sanggup memikulnya. (Dan ingatlah) sesungguhnya tabiat manusia itu suka melakukan kezaliman dan kejahilan (membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya)" Surah Al-Ahzab: Ayat 72

29

Berdasarkan ayat ini, Allah s.w.t menyatakan bahawa manusia mengakui sanggup memikul tanggungjawab menyempurnakan amanah Allah s.w.t di mukabumi. Namun, secara fitrahnya mereka merupakan jenis yang zalim dan jahil dalam perlaksanaannya. Jadi, bagaimana mahu menyempurnakan amanah jika mereka memiliki sifat yang buruk dan jahat ini? Atas dasar itu, dengan rahmat Allah s.w.t, Dia menganugerahkan seorang pemimpin samada dari kalangan Nabi atau Rasul bersilih ganti tanpa terputus pada setiap zaman. Setiap para Rasul dan Nabi tersebut dibekalkan dengan kesempurnaan yang mencukupi agar mereka terhindar dari sikap zalim dan jahil seperti manusia biasa ketika memikul tanggungjawab menyebarkan amanah Allah s.w.t di mukabumi. Di situlah yang membezakan manusia biasa yang serba kekurangan dengan utusan yang memiliki kesempurnaan yang tinggi iaitu keadilan. Keadilan yang paling tinggi adalah kesucian dari noda dan dosa. Dengan inilah yang melayakkan mereka memimpin umat manusia agar tidak melakukan sebarang penggubalan dan penyelewengan risalah Allah s.w.t.

30

Agama Islam itu sebuah agama yang amat sempurna untuk dijadikan cara hidup yang sempurna. Syariatnya yang sempurna dimiliki oleh Yang Maha Sempurna dan diturunkan dengan iringan Jibrail yang sempurna kepada Rasulullah saw yang sempurna. Oleh itu, apakah penyambung urusan yang sempurna tersebut tidak perlu kepada kesempurnaan? Apakah yang tidak sempurna dapat menyempurnakan? Bagi memahami konsep kemaksuman para imam, seharusnya kita kembali meneliti objektif utama kewujudan seorang imam.

31

Seseorang imam dilantik sebagai pengganti tugas Nabi dalam politik dan keagamaan. Dari itu, dua perkara yang menjadi kekurangan jika imam itu tidak maksum iaitu: 1. Sekiranya imam tidak maksum, maka ia memerlukan imam yang lain kerana sebab ( )perlantikan seseorang imam adalah kerana ada kemungkinan umat akan melakukan kesalahan dan tugas imam membetulkannya. Oleh itu, jika imam tersebut juga dapat melakukan kesalahan, maka dengan sendirinya imam itu memerlukan imam lain yang maksum. Jika tidak, maka pasti akan terjadi mata rantai kesalahan yang tidak akan berakhir. 2. Jika imam tidak maksum, maka ia pasti memerlukan umat untuk mengembalikannya kepada kebenaran. Jika ia melakukan kesalahan, maka kepada siapa umat mesti mengikuti sedangkan pada waktu yang sama umat memerlukan imam itu untuk diikuti?

32

Adalah satu kepastian bahawa para imam Ahlul Bait memiliki hubungan salasilah yang kuat dari Nabi Muhammad s.a.w. Ini terbukti menerusi hadits yang diriwayatkan dari Abayah bin Rabi` dari Jabir bahawa baginda telah bersabda:

"Aku adalah penghulu para Nabi dan Ali adalah penghulu para wasi (wasiat pengganti). Sesungguhnya para wasi sepeninggalanku berjumlah 12 orang. Yang pertama dari mereka adalah Ali dan yang terakhir dari mereka adalah al-Qaim alMahdi" (Rujukan hadits: Yanbi`ul Mawaddah: Al-Qanduzi alHanafi. Hal 105)

33

Diriwayatkan pula oleh al-Hamwini di dalam Faraidus Simthin dan dinukil darinya dalam Yanabi`ul Mawaddah pada awal bab ke-76 dengan sanad dari Ibnu Abbas berkata: Seorang Yahudi yang digelar Na`tsal datang bertemu Rasulullah lalu berkata: Wahai Muhammad, aku berhajat untuk bertanya kepadamu mengenai sesuatu perkara yang aku pendamkan dalam diriku. Jika kamu menjawabnya, maka aku akan menyatakan keislamanku di hadapanmu" Rasulullah saw berkata: Tanyalah Abu Imarah Dia lalu menyoal baginda tentang banyak perkara sehingga dia merasa puas dan mengakui kebenaran Baginda s.a.w. Kemudian dia berkata: Beritahu kepadaku mengenai pengganti kamu, siapakah mereka? Sesungguhnya tiada Rasul yang tidak mempunyai Wasi (pengganti). Rasul kami Musa telah melantik Yusya` bin Noon sebagai pengganti dirinya Baginda menjawab: Wasiku adalah Ali bin Abu Thalib, diikuti oleh cucuku Hasan dan Husein, seterusnya diikuti pula dengan 9 orang dari keturunan Husein

34

Dia bertanya lagi: Sebutkan nama-nama mereka kepadaku wahai Muhammad Rasul menjawab: Apabila Husein pergi, dia akan diganti oleh anaknya Ali. Apabila Ali pergi, anaknya Muhammad akan menggantikannya. Apabila Muhammad pergi, anaknya Ja`afar akan menggantikannya. Apabila Ja`afar pergi, dia akan diganti anaknya Musa. Apabila Musa pergi, anaknya Ali akan menggantikannya. Setelah Ali pergi, anaknya Muhammad akan menggantikannya. Apabila Muhammad pergi, anaknya Ali menggantikannya. Apabila Ali pergi, Hasan akan menggantikannya. Dan apabila Hasan pergi, Muhammad al-Mahdi akan menggantikannya. Inilah mereka yang 12 orang Dengan jawapan tersebut, akhirnya Yahudi tersebut menyatakan keislamannya dan memuji Allah s.w.t kerana telah memberikannya petunjuk. (Sila rujuk juga Yanabi`ul Mawaddah: Bab 76 dan 95 dari Jabir bin Abdullah al-Ansari dan Salman al-Farisi. Juga Faraidus Simthin karya alHamwini asy-Syafi`ie dari Ibnu Abbas)

35

Diriwayatkan lagi oleh Ath-Thabrani dari Abu Dzar dan Abu Sa`id al-Khudri bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Sesungguhnya perumpamaan Ahlu Baitku di sisi kalian umpama "Pintu Keampunan" Bani Israel. Sesiapa yang masuk ke dalamnya akan diampunkan"

36

Sebab mengapa mereka Ahlul Bait diibaratkan sebagai "Pintu Keampunan" adalah kerana Allah s.w.t telah menjadikan pintu tersebut sebagai simbol kehinaan di hadapan kebesaran-Nya dan penyerahan diri kepada keadilan-Nya. Dari itu, ia menjadi sebab kepada pengampunan dosa. Ibnu Hajar menjelaskan maksud persamaan Ahlul Bait dengan pintu keampunan dengan katanya: Allah s.w.t menetapkan bahawa memasuki pintu tersebut iaitu pintu Ariha` atau Baitul Maqdis dengan rasa hina diri dan memohon keampunan adalah menjadi sebab kepada pengampunan dan Dia telah menjadikan kecintaan kepada Ahlul Bait sebagai sebab bagi keampunanNya.

37

Kita perhatikan pula firman Allah swt berikut: "Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku tidak meminta upah dari seruan dakwah ini, melainkan cinta kasih kepada Al-Qurba" [asy-Syura: 23] Berdasarkan ayat ini para ulama di antaranya Ibnu Munzir, Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Mardawaih menerusi kitab-kitab tafsir mereka dan ath-Thabrani di dalam Mu`jamul Kabir telah mengeluarkan riwayat yang bersumber dari Ibnu Abbas sebagai berkata: Setelah turunnya ayat ini, para sahabat bertanya Nabi siapakah al-Qurba yang diwajibkan kami mencintai mereka? Nabi menjawab: "Mereka adalah Ali, Fatimah dan kedua anaknya juga keturunan darinya"

38

Berdasarkan riwayat ini, baginda Rasulullah s.a.w telah menjelaskan maksud al-Qurba di dalam ayat tersebut adalah Ahlul Bait iaitu Ali, Fatimah, Hasan, Husein dan keturunan dari keduanya. Siapakah pula keturunan dari keduanya itu? Sudah tentulah baki para imam yang telah disebutkan baginda Nabi s.a.w. Sebagai tambahan di sini, perlu anda perhatikan bahawa periwayat hadits yang menjelaskan maksud al-Qurba adalah Ibnu Abbas sepupu Nabi yang juga merupakan salah seorang dari keluarga baginda. Jika beliau tergolong dalam lingkungan kata al-Qurba tersebut iaitu keluarga yang disucikan (iaitu Ahlul Bait), maka mengapakah beliau hanya mendiamkan diri mendengar persoalan dan jawapan di antara baginda Nabi dan para sahabat. Bahkan tiada sebarang penentangan atau bantahan dari beliau mengenainya bila namanya tidak digolongkan bersama. Dengan ini jelas bahawa Ahlul Bait yang dimaksudkan bukan dalam ertikata keluarga Nabi yang umum. Sebaliknya mereka adalah kelompok yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya untuk diteladani hingga ke akhir zaman.

39

Keyakinan Syiah Imamiyah tentang kemaksuman Ahlul Bait adalah berdasarkan ayat Thathhir yang berbunyi: al-Ahzab: 33 "Sesungguhnya Allah bermaksud semata-mata mahu menghilangkan dosa dari kalian semua wahai Ahlul Bait dan menyucikan kalian sesuci-sucinya" Menerusi ayat Thathhir tersebut juga membuktikan kemaksuman (kesucian zahir dan batin) Ahlul Bait a.s. Hakikat ini bukan hanya diakui oleh para ulama Syiah Imamiyah. Bahkan para ulama Sunni sendiri meyakininya. Sila perhatikan ulasan mereka mengenainya sebagai berikut: Ibnu Jarir ath-Thabari berkata: Sesungguhnya Allah berkehendak untuk menghilangkan (kenistaan) dan (kekejian) dari mereka dan mensucikan mereka dari kotoran yang timbul akibat maksiat dengan sesucisucinya. (Rujukan: Tafsir ath-Thabari: Ayat Thathhir)

40

Berdasarkan konteks ayat Thathhir, diikuti ulasan-ulasan para ulama tersebut jelas membuktikan bahawa Ahlul Bait adalah ahli keluarga yang disucikan dari segala dosa dan noda serta syak wasangka yang jahat. Dengan jaminan kesucian inilah, maka mereka diberikan mandat oleh Allah dan Rasul-Nya untuk memelihara alQuran sesudah pemergian Rasul. Sabda Rasul: : "Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat buat selamalamanya: Kitab Allah dan keluargaku iaitu Ahlul Baitku" Hadits berpegang kepada al-Quran dan Ahlul Bait ini dinamakan hadits atsTsaqalain. Ianya telah mencapai tahap keshahihan yang mutawatir khususnya bila kita mendapati ianya diriwayatkan oleh para ulama ulung Ahlus Sunnah menerusi kitab-kitab tulisan mereka yang menjadi rujukan utama golongan Sunni.

41

Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu jika dianya Islam, tidak bermakna menolak agama Islam. Sebaliknya kesetiaan dan ketaatan orang Melayu kepada agama Islam lebih terjamin. Walaupun biasa terdengar ada orang Melayu yang tinggalkan agama Islam, tetapi tidak ada bukti yang jelas berkenaan dengan adanya orang ini. Lagipun jika dia meninggalkan agama Islam dia tidak Melayu lagi.

42

Kalau diberi pilihan mungkin ada orang tidak mahu menjadi orang Negro, orang asli, orang Eskimo atau golongan Parya di India. Malahan atas sebab-sebab tertentu ada orang tidak mahu menjadi orang Arab, Bangladesh atau sebagainya. Di kalangan umat Islam tidak kurang juga yang merasa bersyukur kerana tidak dilahirkan sebagai orang Yahudi, Amerika, Peranchis atau Inggeris. Jadi, dimana kita dilahirkan, apa keturunan kita, malahan bagaimana nasib kita selanjutnya adalah ketetapan dan hak Allah s.w.t. Tahukah kita.... Di muka bumi ini kita hanya merupakan pelakun di pentas dunia, semuanya yang berlaku telah termaktub di dalam skrip Allah s.w.t... Namun oleh sebab skrip itu tidak diberikan atau didedahkan lebih awal maka kita diwajibkan berusaha untuk mengubah nasib. Kita hanya boleh untuk tidak mahu menjadi miskin, tidak mahu menjadi malas, tidak mahu bodoh dan tidak mahu menjadi mundur. Lantaran itu kita kena berusaha. Sesuai dengan sarananNya.... "Allah tidak mengubah nasib satu-satu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya".

43

Umat Melayu hilang punca. Akal yang dianugerah Allah s.w.t tak dipakai. Mungkin terlalu terpengaruh kata-kata sesetengah golongan bahawa logik akal tak boleh dipakai sangat kalau dalam bab-bab agama. Ya, kita hendakkan Islam. Baguslah. Tapi kalau Allah s.w.t pun dah nyatakan bahawa Dia menjadikan manusia tu dari pelbagai kaum, janganlah memandai pulak tak nak terima. Kalau tak nak terima maka, bukanlah hendakkan Islam namanya tu... saya terfikir juga mungkin satu hari nanti orang ini juga akan berkata bahawa dia kecewa sebab dilahirkan sebagai manusia.

44

Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu. Kita juga turut bersedih melihat orang yang lupakan kulitnya hanya kerana rakuskan KUASA. Kesedihan kita tidaklah setanding dengan kesedihan ibu yang melahirkan nya..sudah tentu remuk hati seorang ibu yang mendengar anak nya yang kecewa akan darah daging MELAYU nya...astaga.. Kita pula sungguh bersyukur dilahirkan dari rahim seorang ibu MELAYU yang telah mengandung kita selama 9 bulan 9 hari. Kita amat sayang dan amat menyanjunginya dan sentiasa mendoakan agar rohnya berserta roh orang yang soleh dan mohon dinaungi Zat sinaran Kasih Sayang Yang Maha Kuasa ALLAH S.W.T...SENTIASA. Kita sangat megah kerana negara tercinta ini telah dianugerah Allah s.w.t seorang pemimpin besar MELAYU yang telah mengharumi nama MELAYU di pentas dunia (PBB)..menitis airmata kemegahan melihat Tan Sri Razali Ismail berbaju MELAYU dengan Songkok Orang Bagak (SOB) nya berucap dalam bahasa MELAYU dengan penuh semangat.

45

Sebagai orang dewasa ( atas umur 18 dianggap dewasa ), kita berupaya mengubah apa yang cuba di tetapkan oleh ibubapa sendiri, dan kita boleh menjalani hidup suka hati sendiri. Jika ibubapa enggan menyokong atau membantu atas tuduhan 'derhaka', kita boleh meminta pertolongan dan sokongan dari orang2 yang bijak serta berkemampuan. Yang penting, jangan kita menganayai orang lain, seperti yang telah dilakukan oleh ibubapa kita ke atas diri kita sendiri. Dan lebih baik kita bersikap berguna kepada orang lain, rajin menolong, kita akan senantiasa di terima.

Selalunya ibubapa menggunakan agama sebagai alat atau instrumen untuk berkuasa. Ibupaba yang lebih bijak mengunakan lojik atau rational. Yang kurang bijak menggunakan kitab. Yang tidak berakal mendera anak sendiri. Yang tertekan amat sangat oleh masyarakat yang tidak ada kasih sayang dan tidak lansung bersimpati, membuang bayi mereka. Maka salah guna agama bermula di rumah sendiri.

46

Famili mungkin neutral dan progresif, akan tetapi apabila anak2 kita jumpa orang UMNO, lain pula bunyi nya. Tiba2 dia rasa bangsa Melayu adalah satu kelebihan dan cara mudah mendapatkan wang dan macam2 lagi faedah keistimewaan. Dia rasa baru dapat "power". Jarang sekali orang UMNO memberitahu kita Melayu adalah bangsa yang 'dilindungi' ( an endangered dan protected species ). Berkata benar bukan budaya UMNO. Hanya jelas di nyatakan. Budaya BN dan UMNO ialah cakap pusing2. Melayu dilindungi dari dijajah oleh budaya yang lebih agresif, kerana telah berlaku ulang kali dalam sejarah. Pengasas negara meletakkan satu penghalang, di dalam perlembagaan. Akan tetapi perlindungan ini tidak dapat diteruskan jika penjajah lebih tinggi ilmu pengetahuan (knowledge) dan tamadunnya. Undang2 tentu sekali tidak dapat menyelamatkan kita dari penjajahan. Dalam sejarah, agama juga ( semua agama ) nyata gagal dalam menangani penjajahan.

47

Mudah-mudahan yang berasa malu sebagai anak Melayu, akan mengerti kedhaifan bangsanya, dan berusaha keras untuk memperbaiki keaiban bangsanya. Mungkin, wajar saya sarankan agar yang sedemikian rasa hati dan fikiran mereka dapat belajar bagaimana bangsa Jerman yang suatu ketika dulu juga sering diaibkan oleh orangorang Perancis dan Yahudi dapat bangkit menjadi tunjang kuat Eropah. Semuanya kerena mereka punya rasa malu terhadap keaiban bangsa mereka. mudahmudahan malunya kita sebagai Melayu dapat kita tebus atas sifat keinginan memperbaiki diri serta melihat kehidupan beragama itu dalam sudut yang jauh lebih luas dan menyeluruh.

48

Semua kita, termasuk saya memang ada darah luar, sama ada dari India, Siam atau Indonesia, tetapi apabila kita berada di bumi Melayu ini, sudah pasti kita menjadi Melayu sama ada secara asimilasi dan perubahan politik. Seperti mana anda bangga menjadi Melayu yang Islam, begitu juga saya dan kebanyakan orang Melayu di Malaysia. Orang kata di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Banyak sudah sejarah dan realiti hidup di mana ramai orang asing yang berhijrah ke sini bangga menjadi sebahagian Melayu sama ada menulis mengenai budaya Melayu atau akhirnya menjadi Melayu itu sendiri. Lihat saja Tan Sri Mubin Shepperd meskipun menebal karatker Ingerisnya tetapi suka menulis mengenai budaya Melayu. Dalam pada itu bagi saya seandainya orang bukan Melayu tidak memeluk Islam, tetapi mereka berpijak di bumi nyata dengan menghormati dan mengamalkan budaya Melayu di samping berpegang kepada panduan Perlembagaan Persekutuan, itu sudah dikira baik tanda mereka insaf menjadi rakyat Malaysia yang setia dan menghormati satu sama lain.

49

Begitu juga ramai pengkaji bukan Melayu yang selesai memperjuangankan bahasa Melayu dan budaya Melayu, selain meletakkan bahasa Inggeris atau teknologi Barat di tempat sesuai sebagai perkakasan menimba ilmu dan teknologi. Kita juga jangan lupa kehadiran ramai bukan Melayu sama ada golongan Peranakan atau Chetty di Melaka atau bekas Negeri-Negeri Selat serta tak ketinggalan Cina kampung di Kuala Terengganu yang selesa berkain batik dan berdialek Melayu Terengganu selain mempunyai nama gelaran Melayu.

Ramai juga orang Cina dan India pandai menulis dan membaca Jawi. Begitu juga kepandaian bercakap loghat Kedah atau Utara, loghat Terengganu mahupun Kelantan dan Perak pekat. Mereka ini menyedari pentingnya hidup berharmoni dengan menghormati Melayu sama ada dengan bahasa Melayunya, Melayu dengan agama Islamnya dan Melayu dengan budayanya tersendiri.

50

Di Malaysia, banyak penyelidikan, komen dan teguran dibuat berhubung Melayu. Dari segi kejatuhan akhlak, seks bebas, kemunduran dalam pelajaran terutama Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, rasuah, gila kuasa, politik wang, lupa diri, gangsterism, sumbang mahram, tidak mengamalkan agama (sama ada sepenuhnya atau sedikit), cinta dunia, tidak mengamalkan sunnah nabi, tidak hormati ibubapa dan orang tua, buang bayi, poligami, rempit dan sebagainya. Kesemua penyelidikan atau analisa boleh diperolehi dengan mudah.

Persoalan saya bagaimana dengan bangsa lain? Tiada siapa yang hendak membuat penyelidikan atau analisa berhubung perkara yang dinyatakan di atas atau membincangkan secara terbuka. Bagaimana kelahiran anak luar nikah (sudah mengandung tanpa pendaftaran kahwin), seks bebas, gangsterism, kehancuran rumahtangga (bapa mengamalkan hubung seks dengan orang luar secara terang-terangan), penipuan dalam perniagaan, memberi rasuah, meminum arak, tidak menghormati ibubapa dan banyak lagi. Kenapa ianya tidak diperbincangkan secara terbuka. Adakah kita malu perkara ini dibincangkan? Atau perkara ini bukan kepincangan dalam masyarakat? Atau perkara ini disebabkan oleh bangsa lain?

51

Kita hendaklah objektif dalam membincang masalah masyarakat di Malaysia tidak kira bangsa apa pun. Kita kena kembali kepada asasnya iaitu pendidikan agama dan amalan tradisi sesuatu bangsa. Janganlah asyik hendak menyalahkan sesuatu bangsa tanpa melihat sendiri kepincangan bangsa sendiri. Dan janganlah pula malu mengaku bangsa sendiri walhal setiap manusia dilahirkan menurut keturunan ibubapanya. Takkanlah hendak jadi anak buluh betong, tanpa bangsa. Oleh itu, bersama-samalah kita fikir bersama. Masalah dan kepincangan masyarakat akan menyerap naik ke tahap kepimpinan tertinggi atau politik. Bermula daripada masalah atau kepincangan akar umbi maka ianya akan terpancar kepada tahap kepimpinan. Tidakkah terfikir "kalau bapa borek anak rintik". Pemimpin ditentukan ("diundi") oleh pengikut.

52

53

Orang yang malu dirinya lahir sebagai bangsa Melayu dan hanya mahu diiktiraf sebagai orang Islam sebenarnya pandai bermuka-muka asalkan nafsu dan cita-cita politik mereka tercapai.Orang seperti ini samalah seperti cerita filem P.Ramlee iaitu Musang Berjanggut yang sanggup mengubah fatwa dan ajaran agama mengikut cita rasa dan selera sendiri asalkan hasrat untuk memiliki seorang wanita cantik walaupun sudah menjadi isteri orang tercapai. "Maka tinggalkanlah duniamu dan belayarlah menuju Tuhanmu.Janganlah sekali-kali engkau melabuhkan sauh ketidakpastian itu.Biarlah apa kata mereka pada dirimu berhijrahlah .belayarlah menuju Tuhanmu kerana kalian orang Melayu. Musbri Mohamed September 2011

54

Anda mungkin juga menyukai