Anda di halaman 1dari 21

Gaya Hidup Sihat

Tuan NurFatin Nadia Bt Tuan Izham Ros. PISMP PJ

Gaya Hidup Sihat ???

Gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit.

Aspek fizikal menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar. Aspek mental mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran. Aspek sosial dan rohani menjalinkan hubungan baik dengan jiran dan rakan-rakan serta patuh kepada ajaran agama.

Pemakanan

Senaman KomponenKomponen Gaya Hidup Sihat

Kebersihan diri

Rehat yang cukup

Penyalahgunaan bahan

Pemakanan
Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Terdapat empat kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang.

Lemak Protein Vitamin

Karbohidrat

Kebersihan Diri
Kebersihan diri memainkan peranan yang penting agar kesihatan dapat dikekalkan. Kebersihan diri merangkumi penjagaan kesihatan seperti tubuh badan, pakaian dan tempat tinggal. Penjagaan kesihatan diri akan mempengaruhi kesihatan dan penampilan diri seseorang. Kebersihan diri dapat mempengaruhi kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial seseorang.

Tubuh badan
Kita perlu mandi dengan sabun untuk mengelakkan penyakit kulit dan badan berbau. Gigi haruslah digosok 3 kali sehari. Rambut sentiasa kemas dan teratur. Mencuci tangan selepas ke tandas. Menggunakan syampu rambut tiga kali seminggu. Membasuh tangan sebelum makan untuk mengelakkan keracunan makanan. Menggunakan pembersih khusus untuk alat kelamin.

Pakaian
Baju yang telah dipakai hendaklah dicuci. Penggunaan stokin ketika memakai kasut. Stokin mestilah sentiasa ditukar.untuk mengelakkan penyakit kaki.

Tempat tinggal
Sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah. Lantai perlu disapu setiap hari. Tingkap sentiasa dibuka untuk pengaliran udara.

Kepentingan menjaga kebersihan diri


Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit seperti penyakit kulit. Menjaga kesihatan badan agar sentiasa sihat dan cergas. Mengekalkan persahabatan dengan kawankawan dengan mengamalkan kebersihan diri.

Penyalahgunaan Bahan
Definisi
Menggunakan bahan-bahan yang boleh menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya.

Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol, gam, ubat batuk dan dadah. Perbuatan ini adalah salah dari segi agama dan undang-undang kerana bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan.

Punca ??
Pengaruh media massa. Cabaran daripada rakan sebaya. Terpengaruh dengan rakan sebaya yang menyalahgunakan dadah. Keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan kesannya. Ingin menonjolkan kehebatan diri antara rakan sebaya. Ingin mengikut aliran semasa seperti penggunaan pil ekstasi.

Kesan??
Keruntuhan akhlak. Gagal dalam pelajaran. Prestasi kerja terjejas. Tersisih daripada masyarakat. Keruntuhan institusi keluarga. Terdedah kepada jangkitan HIV.

Rehat Yang Cukup Bermaksud tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal, mental atau melakukan aktiviti yang ringan. Contohnya waktu rehat di sekolah, di tempat kerja dan kesenggangan. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

Faedah??
Menyegarkan semula minda supaya menjadi tenang dan badan menjadi segar agar tugas harian dapat dijalankan dengan lebih efisien. Menenangkan fikiran dan menghilangkan kepenatan. Fungsi-fungsi dalam tubuh dapat dipulihkan dan maklumat-maklumat dalam sistem saraf dapat disusun semula.

Tujuan ??
Mengurangkan stress. Pemulihan tenaga. Legakan fikiran. Persediaan untuk aktiviti selanjutnya.

Senaman
Senaman adalah asas kesihatan yang sihat. Terdapat pelbagai cara untuk bersenam bergantung kepada kemampuan dan keinginan anda. Kebanyakan orang bersenam kerana mereka ingin menjadi cergas seumur hidup dan menikmati erti kesejahteraan yang sebenar.

Kenapa perlu bersenam ?

meningkatkan penghantaran oksigen ke seluruh badan

menguatkan jantung, membina kekuatan dan daya tahan otot

mengurangkan lemak dan menguatkan tulang dan sendi

Berapa banyak anda perlu bersenam?


Bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu selama 20 hingga 30 minit setiap sesi. Melakukan kerja-kerja rumah. Berjalan kaki selama 10 minit setiap kali tanpa henti, sebanyak 3 kali sehari dan dilakukan 5 kali seminggu.

Kesimpulan
Kesihatan ditentukan berdasarkan gaya hidup seseorang. Sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam menentukan gaya hidup. Ubah gaya hidup untuk mendapatkan kesan kesihatan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai