Anda di halaman 1dari 38

SULIT SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Ogos 2011 1 jam

02/01

EXCEL 2 PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan yang bertanda A, B , C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

_______________________________________________________________________ Kertas ini mengandungi 12 halaman bercetak


?LIHAT SEBELAHA

02/01 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

SULIT

02/01

Soalan 1 hingga soalan 7 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Izat tidur _____________ sekali berbantal kusyen empuk di atas sofa. A B C D lena puas aman seronok

2. Pak Idris masih lagi kelihatan sibuk _____________ semak-samun walaupun sinaran matahari semakin terik. A B C D mencantas menebang menebas memangkas

3. Rombongan pelajar yang mengikuti lawatan anjuran Koperasi Pelancongan Sekolah berasa teruja melihat pemandangan di Pulau Tiga. __________________ berharap akan dapat datang ke tempat itu sekali lagi. A B C D Kita Kami Kalian Mereka

4. Warga sekolah perlu menunjukkan __________________ untuk mencapai sekolah berprestasi tinggi. A B C D praktik prakata prakarsa pramasa

5. Kakak Hasikin sedang __________________ halus bawang putih untuk dijadikan sambal tumis kegemarannya. A B C D memotong menghiris membelah mencincang 2

SULIT 02/01 6. Sultan Mahmud tidak dapat mencemar duli untuk berjumpa dengan rakyat jelata kerana keadaan baginda yang ___________________. A B C D 7 sakit. demam. gering. uzur.

Pelajar asrama yang selalu tertangkap kerana ponteng kelas petang cuba ________________ apabila ditanya oleh warden dan lain pula jawapannya kepada guru disiplin. A B C D berdalih-dalih berdolak-dalih berdalil-dalil beralih-alih

Soalan 8 hingga 14 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. 8. Satu ekor buaya terpanjang di Sabah pernah ditemukan di Sungai Padas. A Tiada kesalahan D 9. Elok benar awak tidak berurusan dengan Encik Moktar kerana beliau cerewet orangnya. Tiada kesalahan A A A Tiada kesalahan D 12. Kakak tidak suka menyiang ikan kerana berbau hamis. Tiada kesalahan A B C D B B B C C C D D 10. Jangankan Maria mahupun Mariam, mereka memang sangat meminati mata pelajaran Sejarah. Tiada kesalahan 11. Prestasi pemain import itu semakin merosot daripada sehari ke sehari disebabkan masalah kesihatan. B C

SULIT 13. Kebakaran yang berlaku di kampung Titingan Tawau akan memusnahkan satu perdua daripada rumah A penduduk kampung. Tiada kesalahan D 14. Datin Josiah mengenakan cocok sanggul yang sangat menarik pada dandanan rambutnya. A Soalan 15 hingga 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15. I. Gendang itu lembap bunyinya. II. Lembap sangat awak membuat kerja ini. Kata Amir kepada Saripah. III. Disebabkan hujan lebat, jalan ke kampung itu lembap dan becak. IV. Disebabkan terlalu kering, Liza lembap mukanya dengan penyegar. A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV 16. I. Filem itu merupakan saduran daripada filem korea. II. Kebanyakan wanita suka memakai barang kemas daripada emas saduran. III. Media massa menjadi saduran rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka dalam sesuatu perkara. IV. Kerana memberi pulangan yang menguntungkan, tukang emas lebih suka barang kemas yang saduran. A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV 17 I. Hakim mahkamah tinggi itu akan mengadili perbicaraan itu. II. Kerana saksi utama tidak hadir, perbicaraan kes pembunuhan itu terpaksa ditangguhkan. III. Perbicaraan sastera dan bahasa akan dipengerusikan oleh Profesor Haziq Shahmi. IV. Perkongsian ilmu melalui perbicaraan amat digalakkan bagi mengasah minda. A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV B C B C

02/01

Tiada kesalahan D

SULIT Soalan 18 hingga 21

02/01

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18. Dengan berpandukan kepada kompas, anggota ekspedisi itu masuk ke hutan untuk meneruskan perjalanan. A berpandukan kompas B berpandu kompas C berpandukan dengan kompas D berpandukan kepada kompas 19. Puan Hajar suka kepada sikapnya yang peramah dan rajin menolong orang tua. A suka sikapnya B suka akan sikapnya C suka terhadap sikapnya D suka kepada sikapnya 20. Sebelum melangkah masuk ke biliknya, seorang kerani memberikan sekeping kertas pesanan kepada Tini. A melangkah biliknya B melangkahi ke biliknya C melangkahi masuk ke biliknya D melangkah masuk ke biliknya 21. Mereka tidak sempat membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat itu kerana kesuntukan masa. A perkara-perkara lain B perkara lain-lain C lain perkara D lain-lain perkara Soalan 22 hingga 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22 Belakangan ini pihak polis telah berjaya mengurangkan kadar jenayah remaja yang membabitkan masalah kumpulan mat rempit di kota raya. A Masalah kumpulan mat rempit di kota raya merupakan kadar jenayah remaja yang kurang membabitkan pihak polis sejak belakangan ini. 5

SULIT B Masalah kumpulan mat rempit di kota raya merupakan jenayah remaja yang telah berjaya dikurangkan kadarnya oleh pihak polis sejak belakangan ini. C D

02/01

Kadar jenayah remaja yang membabitkan pihak polis telah berjaya mengurangkan kumpulan mat rempit di kota raya belakangan ini. Kadar jenayah remaja yang membabitkan mat rempit telah berjaya dikurangkan oleh pihak polis kota raya.

23 Jabatan Kaji Cuaca Jepun telah berjaya mengesan kewujudan Tsunami dan menghebahkan amaran ke segenap Negara Jepun lebih awal sebelum berlakunya bencana alam tersebut. A B C D Amaran berlakunya Tsunami telah berjaya dikesan oleh Jabatan Kaji Cuaca Jepun dan dihebahkan lebih awal sebelum berlakunya bencana alam tersebut ke segenap Negara Jepun. Tanda-tanda berlakunya Tsunami telah berjaya dikesan oleh Jabatan Kaji Cuaca Jepun dan amarannya dihebahkan lebih awal ke segenap Negara Jepun sebelum berlakunya bencana tersebut. Jabatan Kaji Cuaca Jepun telah berjaya memberi amaran tentang berlakunya kewujudan Tsunami lebih awal sebelum kesan bencana tersebut dihebahkan ke segenap Negara Jepun. Kewujudan bencana alam Tsunami telah berjaya dikesan dan diberi amaran oleh Jabatan Kaji Cuaca Jepun lebih awal ke segenap Negara Jepun sebelum berlakunya bencana tersebut. 24 Antara perkara yang paling penting untuk mencapai kejayaan seseorang pelajar adalah dengan menentukan hala tuju dan meningkatkan daya usaha. Kata-kata pakar motivasi itu masih pendengaran Rina. A Masih terngiang-ngiang di telinga Rina apabila pakar motivasi itu mengingatkankan bahawa kejayaan seseorang pelajar adalah antara perkara penting untuk menentukan hala tuju dan daya usahanya. B Rina masih teringat kata-kata pakar motivasi yang mengatakan bahawa antara perkara yang paling penting dalam menentukan hala tuju dan meningkatkan daya usaha adalah mencapai kejayaan seseorang pelajar. C Rina masih teringat pakar motivasi jemputan mengatakan bahawa menentukan hala tuju adalah antara perkara yang paling penting dalam meningkatkan daya usaha seseorang pelajar untuk mencapai kejayaan. D Kata-kata pakar motivasi yang mengatakan bahawa menentukan hala tuju dan meningkatkan daya usaha adalah antara perkara yang paling penting untuk mencapai kejayaan seseorang pelajar, masih segar dalam ingatan Rina. terngiang-ngiang pada

SULIT Soalan 25 27 Pilih ayat ayat yang betul 25 Cermin kereta Encik Sabri pecah dibaling anaknya sendiri. Pisang goreng yang dijual di warung itu enak rasanya. Para pelajar kembali ke rumah apabila sesi persekolahan tamat. Sikapnya yang kasar itu meninggalkan kesan atas adik-adiknya. I dan II sahaja. III dan IV sahaja. I, II dan III sahaja. II, III dan IV sahaja. Sebagai rakyat Malaysia, kami berasa bersyukur di atas kemajuan negara. Jangan usik apa yang ada di dalam bilik ini. Kata ibu kepada adik. Sementara menanti suami bergunting rambut, Laila berjalan ke pasar tani. Kami akan balik ke kampung setiap kali Hari Raya Aidil Fitri. I dan II sahaja. III dan IV sahaja. I, II dan III sahaja. II, III dan IV sahaja. Doktor Ameer akan menjalankan pembedahan pertamanya pagi esok. Pekerja asing yang bekerja di negara ini dinasihati agar mematuhi peraturan. Haziq menjemput semua rakannya ke majlis perkahwinan kakak sulungnya. Sila jangan berbuat bising kerana mesyuarat sedang berlangsung. Kata pegawai itu. I dan II sahaja. III dan IV sahaja. I, II dan III sahaja. II, III dan IV sahaja.

02/01

I II III IV A B C D

26.

I II III Iv A B C D

27.

I II III IV A B C D

SULIT Soalan 28 30 Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan berikut. 28 Peribahasa sambil berdiang nasi masak membawa maksud A B C D 29 sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai. membuat pekerjaan yang merugikan diri sendiri. memperoleh sesuatu lebih daripada yang diharapkan. sementara menunggu yang lebih baik, lakukan juga yang berfaedah.

02/01

Puan Zainab berasa gembira kerana perbalahan anak-anak dalam perebutan harta pusaka telah terlerai. Kini mereka sering berkumpul di rumah Puan Zainab sekiranya ada kelapangan. Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah A B C D enggang lalu ranting patah. buang yang keruh ambil yang jernih. biar jatuh terletak jangan jatuh terhempas. carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.

Belut kena ranjau

30

Maksud yang paling tepat bagi peribahasa di atas adalah A B C D melepaskan diri daripada tanggungjawab. orang pandai pun, ada masanya silap juga. orang kaya juga yang bertambah kaya. kebahagiaan yang tidak kekal.

SULIT Soalan 31 35 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

02/01

Tengok Ramli tu, dia yang mula-mula beri hadiah kepada Cikgu Fatimah. Apa yang diberinya tu entahlah, sindir rakan sedarjahnya kepada rakan di sebelahnya apabila dia masuk ke dalam kelas. Ramli hanya tunduk, terharu. Ketika Cikgu Fatimah masuk ke darjahnya pagi itu, murid-murid berebut-rebut mendapatkannya, mengucapkan selamat Hari Guru sambil memberi hadiah. Benar apa yang berlaku seperti yang digambarkan oleh Ramli ketika berjalan ke rumah Pak Mustaffa semalam. Bungkusan-bungkusan hadiah mereka itu cantik-cantik, berbalut dengan kertas berbunga, tentu harganya mahal. Ramli seorang sahaja yang duduk di mejanya di belakang darjah itu. Dia mengeluarkan sehelai kertas dan melukis sesuatu, sementara rakan-rakannya selesai menyampaikan ucapan dan hadiah masing-masing. Seorang rakan sedarjahnya yang paling nakal datang menghampirinya setelah menyerahkan sebungkus hadiah yang besar kepada Cikgu Fatimah. Apa yang kau lukis tu Ramli? tanyanya. Tak ada apa-apa. Saja-saja melukis, jawabnya. Eh, kawan-kawan, tengok lukisan ini! Ramli lukis bukit dan pokok. Tengok ada Sang Kancil sedang makan pucuk-pucuk kayu tu, jerit murid tersebut setelah menyentak kertas di atas meja Ramli. Rakan-rakannya berkerumun melihat lukisannya. Heee! Apa yang dilihat tu?Tanya Cikgu Fatimah. Sazali ! beri balik kertas tu kepada Ramli, suruh Cikgu Fatimah. Nah! Ambillah sayang, intan payung, manja Cikgu Fatimah, ejek Sazali sambil melayangkan kertas itu kepada Ramli. Sazali! Tak baik kata macam tu kepada Ramli. Tak ada anak emas, anak perak, anak tembaga dalam kelas ini. Semua murid cikgu sama saja. Kalau baik cikgu sayang, kalau jahat cikgu marah, supaya jadi baik faham? herdik Cikgu Fatimah. ( Dipetik daripada Hadiah Hari Guru, antologi Sehijau Warna Daun. )

31.

Mengapakah Ramli hanya tunduk dan berasa terharu semasa berada dalam kelas tersebut? A B C kerana rakan sedarjah menyindirnya. kerana Cikgu Fatimah mengherdik mereka. kerana Ramli tidak mampu membeli hadiah. 9

SULIT D 32. kerana seorang murid merebut kertas lukisannya.

02/01

Dalam petikan tersebut Sazali mengamalkan sikap A B C D mementingkan diri. iri hati terhadap Ramli. mencurigai rakan-rakan sekelas. tidak suka kepada guru kelas mereka.

33.

Untuk menangani kerenah pelajar-pelajarnya, Cikgu Fatimah mengamalkan nilai A B C D adil jujur ikhlas amanah

34.

Apakah persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut? A B C D Kegigihan golongan pelajar yang miskin. kasih sayang seorang guru terhadap para pelajar. ketabahan hati seorang guru mengajar pelajar yang bermasalah. Jasa seseorang boleh dibalas mengikut kemampuan sendiri.

35.

Pengajaran yang terdapat dalam cerpen Hadiah hari Guru ialah A B C D Janganlah kita menuduh orang lain tanpa usul periksa. Kita mestilah bantu-membantu semasa dalam kesulitan. Kita haruslah menghargai pemberian orang kepada kita. Janganlah kita bersikap mementingkan diri sendiri.

10

SULIT

02/01

Soalan 36-40 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. CINTA Aku cinta padamu Wahai laut yang bergelora Kerana aku bisa belajar Menjadi seorang jejaka Yang tabah menerima cabaran. Aku cinta padamu Wahai langit yang luas Kerana aku bisa terbang bebas Menjelajah dunia saujana Antara batas dan tradisi. Aku cinta padamu Wahai gunung yang tinggi Kerana aku bisa menjadi Seorang pendaki gagah Yang tidak cepat menyerah kalah. (Dipetik daripada Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa )

36.

Penyajak menggambarkan laut sebagai objek untuk A B D B menjadikannya seorang yang berani menempuh ombak besar. mengajarnya menjadi tabah menghadapi segala cabaran. menambah inspirasi untuk mencapai kejayaan dalam hidup. memberi pengalaman baru dalam kehidupannya.

37.

Dalam rangkap ketiga penyajak dapat menerapkan nilai A B C tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran. cekal dan tabah semasa mendaki gunung. pantang berundur sebelum berjuang. 11

SULIT D 38. beriltizam tinggi seperti gunung.

02/01

Apakah nada sajak Cinta A B C D sinis patriotik melankolik romantis

Kerana aku bisa terbang bebas

39

Baris frasa di atas, seperti yang terdapat dalam rangkap kedua sajak menggunakan unsur gaya bahasa A B C D personifikasi. metafora. epifora. inversi.

40.

Apakah tema sajak Cinta ini? A B C D Keindahan alam yang perlu dikekalkan demi generasi baru. Pembentukan nilai menghargai alam ciptaan Tuhan. Pemantapan jati diri berdasarkan unsur-unsur alam. Kesedaran untuk memulihara dan memelihara alam sekitar.

12

SULIT

02/01

13

SULIT
SULIT

NAMA : ___________________ KELAS : ___________________

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011 EXCEL 2
BAHASA MELAYU KERTAS 2 OGOS 2011 2 JAM DUA JAM 02/02

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian : Bahagian A(i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.

3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk mnejawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10minit untuk Bahagian D.

02/2 2011 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT

02/2

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

Bahagian A ( i ) - Ringkasan [ 20 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang sebab-sebab kelunturan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kini, amalan semangat kejiranan semakin jarang-jarang dilakukan, khususnya di kawasan bandar dan menular ke luar bandar. Masyarakat semakin hari semakin sibuk dengan urusan harian masing-masing. Malahan, mereka tidak mempunyai inisiatif untuk bermesra dengan jiran menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur. Sesungguhnya punca berlaku kelunturan semangat kejiranan ini ialah perbezaan kaum dari segi budaya, agama dan cara hidup. Masyarakat Malaysia terdiri daripada komposisi kaum yang berbeza, seperti Melayu, Cina dan India. Perbezaan ini bukan sahaja menghalang proses integrasi kaum, malah menghalang kewujudan semangat kejiranan yang kental. Selain itu, sikap tidak suka mencampuri urusan orang lain telah menghalang bercambahnya semangat kejiranan. Hal ini amat dikesali dan mula menghambat semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Faktor masa juga penyumbang kelunturan semangat kejiranan. Kebanyakan masyarakat tidak mempunyai masa untuk bersosial. Umumnya, masyarakat bekerja dari awal pagi hingga lewat petang. Oleh itu, masa untuk berkomunikasi dengan jiran tetangga amat terhad. Tambahan pula, hal yang menjadi penghalang proses komunikasi yang baik antara jiran ialah perasaan syak wasangka yang tidak berasas. Hal demikian dapat dijelaskan melalui contoh dua buah keluarga dengan taraf sosial ekonomi berlainan yang tinggal bersebelahan. Akibatnya, hubungan antara dua jiran terdekat ini menjadi renggang. Di samping itu, perbezaan dari segi bahasa sedikit sebanyak 02/2 2011 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah [ Lihat sebelah SULIT

SULIT

02/2

menghalang pembinaan hubungan mesra antara jiran. Contohnya, sebuah keluarga berbangsa India yang kurang fasih berbahasa Melayu sukar untuk berinteraksi dengan jirannya yang berbangsa Melayu telah menjadi batu penghalang kepada interaksi sosial antara dua buah keluarga yang berlainan keturunan ini. Pada masa yang sama, keturunan dan latar belakang berlainan menyumbang semangat kejiranan yang semakin pudar. Semangat kejiranan amat penting untuk menjamin bukan sahaja perpaduan, malah keselamatan negara. Masyarakat seharusnya berganding bahu untuk membina perasaan berbaik-baik sesama jiran tetangga. Bak kata pepatah, "jiran sepakat membawa berkat". (Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Semangat Kejiranan" oleh Muhammad Haseef dalam Dewan Siswa, September 2008). Bahagian A (ii) - Pemahaman [ 10 markah ] Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ), jawab soalansoalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Berikan maksud rangkai kata syak wasangka. [ 2 markah] 2 Berdasarkan petikan, mengapakah semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat perlu diutamakan? [4 markah] Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat 1 Malaysia? [4 markah]

02/2 2011 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT

02/2

Bahagian B [ 20 markah ] Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengatasi keracunan makanan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Cara-Cara Mengatasi Keracunan Makanan

Mengutamakan kebersihan Pemantauan pihak berkuasa Membawa bekalan makanan sendiri

Kempen melalui media massa

02/2 2011 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT

02/2

Bahagian C [ 40 markah ] Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

02/2 2011 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT

02/2

1. Pihak sekolah perlu mengambil berat tentang keselamatan pelajar. Jelaskan ciri-ciri sekolah selamat. 2. Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan yang ingin mengetahui rahsia kecemerlangan anda dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tulis sepucuk surat untuk membalas surat rakan anda tersebut. 3. Telefon bimbit merupakan ciptaan bidang telekomunikasi yang sangat berguna kepada manusia. Pada pendapat anda, apakah kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat? 4. Kerajaan menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia dalam kalangan masyarakat. Bincangkan langkah-langkah yang dapat merealisasikan hasrat kerajaan.

5.

Sudah terhantuk baru terngadah.

Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa di atas.

Bahagian D [10 markah] Jawapan anda hendaklah berdasarkan SATU novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 atau Tingkatan 2. i. Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh. ii. Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin.

02/2 2011 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT

02/2

Berdasarkan novel di atas, huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan tema keberanian dalam perjuangan yang ditetapkan dalam novel tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

02/2 2011 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

[ Lihat sebelah SULIT

SKEMA JAWAPAN DAN ULASAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 EXCEL 2 PMR 2011 NO. SOALAN 01 02 03 04 D 05 C 06 B 07 Gering bermaksud uzur/sakit ( hanya digunakan untuk kerabat raja & golongan bangsawan).KD-m/s465. Berdolak-dalih bermaksud bercakap berbalik-balik(sekejap kata begini dan sekejap lagi begitu tentang perkara yang sama). Berdalih-dalih bermaksud memberi alasan untuk menyembunyikan sesuatu. KD-m/s360 & 307. Penerangan: Kata pemeri ialah tidak sesuai digunakan di hadapan kata adjektif. ialah digunakan di hadapan kata nama. Jawapan yang tepat adalah kata pemeri bagi adalah. Ini kerana kata pemeri adalah hadir di hadapan kata adjektif. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga(m/s 263) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga(m/s418)(vi) Penerangan: kata hubung jangankan tidak sesuai digunakan bersama kata hubung mahupun kerana jangankan hanya digunakan untuk menunjukkan persamaan ciri yang ada pada dua watak sewaktu melakukan pekerjaan. Jangankan harus hadir berpasangan dengan kata hubung malahan/pun . Oleh itu, jawapan yang paling sesuai ialah kata hubung baikyang mesti hadir berpasangan dengan mahupun. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga(m/s 252) KS daripada tidak sesuai digunakan sepatutnya KS dari yang menerangkan atau menyatakan permulaan sesuatu jangka waktu. KD Edisi Ke3. M/s 135. KA pancainderahamistidaksesuaikeranabauhamisdigunakanuntukbaukambing.KDm/s506. Sepatutnyabauhanyir ( bauikanbasah )KD-m/s511 Kata bilangan pecahan mesti dikuti dengan Kata sendi. Cincang/cencang bermaksud tetak kecil-kecil/halus-halus.KD-m/s280 & 263. JAWAPAN ULASAN JAWAPAN Lenabermaksudlelap, nyenyak ( tidaksedar ) KD m/s 919 Menebas memotong atau merambah pokok-pokok kecil/semak-samun. KDm/s 1622 Kata Ganti Nama Diri Ketiga ( untuk bilangan yang banyak ).KD-m/s 1024 Prakarsa bermaksud inisiatif,daya usaha ikhtiar. KD-m/s 1229.

A C D C

C 08

09 10

D A

11 12

B C

C 13 A 14 C 15 A

Cocok-sepadan ,tidakberbezadan lain-lain. Cucuk-Sesuatu yang tajam yang digunakanuntukmenusuk ( Sangguldan lainlain ).KD-m/s284 Lembap -Masihbasah ( tanahdll) -Tidakrancak ( bunyi-bunyiandll) - Lambat KD-m/s916 Saduran- sesuatu yang disadur ( emasdll)

16 B 17 A 18 B 19 D 20 A 21 B 22 B 23 D 24 C 25

-Cerita yang isinyadiambildrpcerita lain. KD-m/s1364 Perbicaraan Pengadilansesuatuperkara di mahkamah. KD-m/s181 Berpandukan....Apitan ber...kan boleh bergabung dgn KN dan KK. Tatabahasa Dewan m/s 198. Suka merupakan KA yang perlu diikuti oleh KSN akan Melangkah bermaksud menggerakkan langkah,berjalan melangkahi bermaksud melangkaui.KD-m/s885 Perkataan lain tidak boleh digandakan. Maksud perkataan lain ( KD-m/s868) *Mengenalpasti ayat yang sama maksud *Mengenalpasti ayat yang sama maksud *Mengenalpasti ayat yang sama maksud iAyatpasifdiri ke3- dibaling - betul . TBD-m/s491 ii Betul iiiBetul ivKeatassepatutnyakepada i apa kata Tanya apa-apa Kata namatentu ii betul iii Betul iv di atassepatutnyaatas (KN) ibetul ii betul iii menjemputbermaksudmengambil mengundang-mempersilakanataumemanggil iv Silaan&larangantidakbolehhadirserentak *Peribahasa *Peribahasa *Peribahasa *Rujuk petikan dan keseluruhan teks komsas

B 26

A 27

A 28 D 29 B 30 31 32 33 34 35 36 A

*Rujuk petikan dan keseluruhan teks komsas B *Rujuk petikan dan keseluruhan teks komsas A *Rujuk petikan dan keseluruhan teks komsas D C B *Rujuk petikan dan keseluruhan teks komsas *Rujuk petikan dan keseluruhan teks komsas

*Rujuk petikan dan keseluruhan teks komsas 37 38 39 40 A *Rujuk petikan dan keseluruhan teks komsas D *Rujuk petikan dan keseluruhan teks komsas A *Rujuk petikan dan keseluruhan teks komsas C

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Skema Jawapan Ogos 2011 2 jam

02/2

EXCEL 2 PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011 BAHASA MELAYU


Kertas 2

SKEMA JAWAPAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Skema jawapan ini mengandungi 15 halaman bercetak [Lihat sebelah

2
02/2(PP) SULIT

SULIT 02/2(PP) Markah penuh Kertas 2 ialah 100 markah Bahagian A (i) : 20 markah Bahagian A (ii) : 10 markah Bahagian B : 20 markah Bahagian C : 40 markah Bahagian D : 10 markah Bahagian A (i) Markah penuh 20 dibahagi kepada: Isi - 10 markah Bahasa - 10 markah Panduan Penandaan dan Pemberian Markah 1 Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan calon. (a) Bahasa dinilai secara tanggapan (impression). (b) Guru diminta menandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan karangan. (c) Peringkat markah pelajar berdasarkan kriteria dibawah. Markah bahasa ( 10 markah) Peringkat Markah Kriteria Bahasa baik dan lancar. Berupaya menggunakan ayat sendiri. : pemilihan kata yang tepat : ayat yang gramatis : penanda wacana yang sesuai Ejaan dan tanda baca yang betul

Cemerlang

09 10

Baik

06 08

Memuaskan

03 06

Penguasaan Minimum

01 02

Bahasa baik dan lancar. Masih berupaya menggunakan ayat sendiri : pemilihan kata yang agak terhad : ayat yang masih gramatis : penanda wacana masih sesuai Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. Bahasa kurang lancar Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca. ATAU Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih. Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah. Menyalin terus daripada petikan.

Nota Panduan mengira perkataan Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: nama khas kata ganda penggunaan kata sendi di dan ke tarikh angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan gelaran 1. Guru dikehendaki menandakan ( ) apabila terjumpa isi. Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja. 2. Kira dan tandakan jawapan pelajar setakat 80 perkataan sahaja sebelum diperiksa. Buat catatan : Lebih daripada 80 patah perkataan. 3. Periksa jawapan pelajar setakat 80 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa. Buat satu garisan panjang selepas 80 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir. 4. Jika pelajar menulis dalam bentuk perenggan, periksa seperti biasa. 5. Walaupun isi kurang, bahasa dinilai seperti biasa markah bahasa boleh mengatasi markah isi. 6. Jika pelajar menulis dalam bentuk catatan (poin), berikan markah penuh untuk isi tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 6. 7. Jika semua isi disalin secara terpilih daripada petikan tanpa membuat apa-apa pindahan, markah isi seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 5. Buat catatan : menyalin secara terpilih. 8. Jika pelajar menyalin isi secara terpilih dan dibuat dalam bentuk catatan (poin), markah isi adalah seperti biasa tetapi markah bahasa ialah 4. 9. Jika pelajar menyalin petikan, markah isi hendaklah ditolak 50% dan markah maksimum untuk bahasa ialah 2 sahaja. Buat catatan : Menyalin petikan 10.Buat penandaan seperti memeriksa karangan Bahagian C tetapi tiada potongan markah bagi kesalahan ejaan.

Maksud Menyalin Petikan 1. Pelajar menyalin keseluruhan daripada mana-mana perenggan, ATAU 2. Pelajar menyalin keseluruhan petikan yang diberikan. Markah Isi (10 markah) Bilangan Isi 5 4 3 2 1 Cara Menulis Markah a) I B 10 10 --20 --c) 10 05* -15 --*Pelajar menyalin isi secara terpilih 03 02 --06 --I B Markah 09 10 07 08 05 06 03 04 01 02

b)

09* d) I - 6 tolak 50% 08 B --17 --*terdapat isi yang tidak lengkap (Menyalin petikan) Bahagian A (i) Isi-isi Ringkasan

I B

1. Masyarakat semakin hari semakin sibuk dengan urusan harian masing-masing.


2. Mereka tidak mempunyai inisiatif untuk bermesra dengan jiran. 3. Perbezaan kaum dari segi budaya, agama dan cara hidup.

4. 5. 6. 7.

Sikap tidak suka mencampuri urusan orang lain. Kebanyakan masyarakat tidak mempunyai masa untuk bersosial. Perasaan syak wasangka yang tidak berasas. Perbezaan dari segi bahasa sedikit sebanyak menghalang pembinaan hubungan mesra antara jiran. 8. Keturunan dan latar belakang berlainan menyumbang semangat kejiranan yang semakin pudar.

Bahagian A (ii) Maksud rangkai kata syak wasangka 1. -Kurang percaya - Rasa curiga - Rasa sangsi - Rasa waswas - Tidak mempercayai - Rasa ragu-ragu - Kurang yakin (2 markah) (2 markah) (2 markah) (2 markah) (2 markah) (2 markah) (2 markah)

2. Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat perlu diutamakan i. Menjamin perpaduan dan keselamatan negara. ii. Berganding bahu untuk membina perasaan berbaik-baik sesama jiran tetangga (4 markah) 3. Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat 1 Malaysia

- Aktiviti bergotong royong - Rumah terbuka - Kempen media massa - Rukun Tetangga - Program integrasi nasional. - Aktiviti kesukanan. (4 markah) [Nota : Isi-isi lain yang sesuai, diterima]

Bahagian B. Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan 1. 2. 3. 4. Guru periksa sehingga 120 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir. Isi: sekurang-kurangnya 3. Jika pelajar menggunakan semua isi dalam gambar - peringkat cemerlang Jika pelajar menggunakan sebahagian isi (2 isi) Peringkat baik.

5. Jika pelajar langsung tidak menggunakan isi dalam gambar peringkat memuaskan. 6. 7. Isi luaran yang berkaitan dengan tugasan diterima. Jika pelajar tidak menjawab tugasan (contoh : keburukan aktiviti bersukan) markah maksimum penguasaan minimum. Markah boleh dinaikkan ke peringkat memuaskan jika bahasa cemerlang Sekiranya jawapan yang panjang dan terpaksa digaris pada 120 patah perkataan akan menyebabkan bahagian kesimpulan tidak dikira maka pelajar tidak dapat markah penuh. Jika pelajar menulis jawapan karangan dalam satu perenggan sahaja, diterima.

8.

9.

Langkah-langkah memeriksa 1. Guru hendaklah membaca karangan itu sekali lalu terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Perkara yang perlu diperhatikan semasa membuat pertimbangan ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevenan idea dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan mengikut karangan berkenaan berdasarkan kriteria penskoran yang disediakan.

2.

Baca karangan itu sekali lagi dengan teliti untuk pertimbangan yang muktamad.

7 Sambil membaca itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi/fakta seperti yang berikut: __________ Kesalahan bahasa, perkataan dan frasa / // Kesalahan ejaan Kesalahan ejaan yang berulang Kesalahan tanda baca ( ) Kesalahan isi/fakta

Isi Cadangan: Pendahuluan -Memastikan kesihatan terjamin Isi-isi Mengutamakan kebersihan- tempat penyediaan makanan, bekalan bahan mentah, cara penyajian makanan, kebersihan pekerja. Pemantauan pihak berkuasa- pihak pentadbir sekolah dan pihak jabatan kesihatan memantau premis makanan. Membawa bekalan sendiri- penyediaan makanan oleh ibu bapa. Kempen melalui media massa- maklumat kepenggunaan tentang kebersihan makanan.

Penutupan -Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menangani masalah keracunan makanan.

KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT Cemerlang MARKAH 16 20 ( 18 20 ) ( 16 17 ) KRITERIA Baik 11 15 ( 13 15) ( 11 12) Memuaskan 06 10 ( 08 -10 ) ( 06 07 ) Penguasaan minimum 01 05 Ayat yang gramatis Kata dan kosa kata luas dan tepat Kesalahan penggunaan kata yang minimum Ejaan dan tanda baca yang betul Idea yang relevan berdasarkan tugasan Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang Pengolahan yang menarik dan berkesan Ayat masih gramatis Kata dan kosa kata masih luas dan tepat Kesalahan penggunaan kata yang minimum Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum Idea yang relevan berdasarkan tugasan. Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan,cadangan dan kesimpulan masih sesuai tetapi kurang dikembangkan Pengolahan masih menarik Ayat kurang gramatis Kata dan kosa kata yang terhad Kesalahan penggunaan kata yang ketara Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara Idea yang relevan berdasarkan tugasan Huraian idea luaran seperti pendapat,ulasan,cadangan dan kesimpulan adalah terhad Pengolahan tidak menarik Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap Idea kabur/tidak berkaitan dengan tugasan

Bahagian C :

Karangan Respons Terbuka ( 40 markah ) MARKAH 33 40 25 32 17 24 09 16 01 - 08

PERINGKAT Cemerlang Kepujian Baik Memuaskan Penguasaan Minimum

KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS ASPEK BAHASA KRITERIA - Kegramatisan : Kata (Morfologi) : Ayat (Sintaksis) - Ejaan dan tanda baca betul - Kosa kata luas dan tepat - Isi-isi sesuai - Huraian isi jelas - Contoh yang sesuai -Pengolahan menarik dan berkesan - Pemerengganan sesuai - Format menenpati tugasan - Unsur keindahan bahasa (pantun dan peribahasa)

IDEA PENGOLAHAN

PERINGKAT Cemerlang

MARKAH 33 40 (37 40 ) (33 36 )

KRITERIA Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum Penggunaan penanda wacana yang betul Ejaan dan tanda baca yang betul Penggunaan kosa kata luas dan tepat Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh-contoh yang sesuai Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai dan format menenapati kehendak tugasan

10
- Penggunaan ungkapan yang mudah seperti

peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik Kepujian 25 32 (29 32 ) (25 28 )
- Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat - Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis

tetapi terdapat kesalahan yang minimum


- Penggunaan penanda wacana yang sesuai - Ejaan dan tanda baca yang betul - Penggunaan kosa kata luas

Baik

17 24 (21 24) (17 20)

- Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh - Pengolahan menarik dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan - Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik - Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. - Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum - Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai - Terdapat kesalahaan ejaan dan tanda baca yang minimum - Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang mimimum - Idea masih relevan dengan huraian yang jelas - Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai dan format menenapati kehendak tugasan
- Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad - Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat -

Memuaskan

09 16 (13 16) (09 12)

kesalahan yang minimum Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas Pengolahan kurang menarik, dengan pemerengganan yang kurang sesuai dan format yang kurang tepat

Penguasaan Mimimum

01 08 (05 08) (01 04 )

- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan pengusasaan bahasa yang tidak cekap - Tidak menjawab tiugasan / soalan

11

Cadangan Isi Jawapan


Soalan 1: Karangan tidak berformat Pendahuluan -Keselamatan para pelajar semasa berada di sekolah perlulah diutamakan oleh pihak sekolah. Isi-isi -Mempunyai sistem kawalan yang ketat dan teratur -Mempunyai sistem lalu lintas yang teratur -Mempunyai papan tanda yang mengingatkan pelajar tentang bahaya yang wujud -Mempunyai sistem atau prosedur apabila berlakunya kecemasan Penutupan -Persekitaran sekolah yang selamat membolehkan pelajar belajar dengan tenang.

Mana-mana jawapan yang relevan boleh diterima.

Soalan 2: Karangan berformat Pendahuluan - Alamat pengirim dan tarikh berterima kasih dan bertanyakan khabar rakan. Isi-isi - Jadual belajar yang sistematik/teratur. - Belajar secara berkumpulan. -Tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru dalam kelas dan rajin bertanya. -Menghadiri kelas tambahan/tuisyen. -Dorongan keluarga. -Menghadiri program motivasi/skema pemarkahan. Penutupan - Beri doa dan dorongan kepada rakan.

Mana-mana jawaban yang relevan boleh diterima.

12 Mana-mana jawapan yang relevan boleh diterima.

Soalan 3: Karangan tidak berformat Pendahuluan -Telefon bimbit mendatangkan faedah kepada manusia Isi-isi Kesan positif -Memudahkan komunikasi -Menjimatkan kos dan masa -Merapatkan hubungan sesama manusia Kesan negatif -Membazir wang kerana terlalu mengejar trend telefon bimbit -Menjejaskan kesihatan Penutupan -Penggunaan telefon bimbit mempunyai lebih kebaikan

Mana-mana jawapan yang relevan boleh diterima.

Soalan 4: Karangan tidak berformat Pendahuluan -Kerajaan menggalakkan pembelian barangan tempatan disebabkan harganya lebih murah. -Kualiti yang baik Isi-isi -Ekspo barangan tempatan -Peranan media cetak dan elektronik -Mengadakan pertandingan menulis esei/melukis agar ada kesedaran dan perasaan cinta akan barangan tempatan -Memajukan industri tempatan -Mengurangkan kebergantungan barangan import. Penutupan -Kesedaran dan sokongan daripada rakyat dapat merealisasikan hasrat kerajaan.

Mana-mana jawapan yang relevan boleh diterima.

13

Soalan 5: Karangan tidak berformat Pendahuluan -John pelajar tingkatan 3 -Merupakan pelajar yang bermasalah dan sering bergaul dengan rakan yang suka merempit Isi-isi - John merupakan salah seorang daripada mat rempit dan tidak mendengar nasihat ibu bapa dan rakan -Dia meneruskan aktiviti merempit dan mengabaikan pelajaran -Pada suatu malam, dia terlibat dalam satu kemalangan kerana cuba melarikan diri daripada pihak polis yang mengejar mereka. -Akibatnya kemalangan itu dia dimasukkan ke hospital dan tidak dapat menduduki PMR. Penutupan -Semasa di hospital, John insaf atas perbuatannya dan berjanji ingin berubah. -Bak kata peribahasa sudah terhantuk baru terngadah.

( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima ) Bahagian D : Bahagian pemahaman novel PEMBAHAGIAN MARKAH PERINCIAN ISI BAHASA KRITERIA MARKAH BAHASA PERINGKAT Cemerlang MARKAH 04 KRITERIA Bahasa baik dan lancar Ayat gramatis Ejaan dan tanda baca yang betul -Bahasa masih baik dan masih lancar -Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum -Bahasa tidak cekap - Ayat tidak gramatis -Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara MARKAH 6M 4M

Baik

02-03

Memuaskan

01

14

Markah Isi 1. Maksimum 2. Isi dihuraikan berserta contoh 3. Isi tanpa huraian dan contoh Cara Penandaan

: 3 isi : 2 markah : 1 markah

1. Tandakan ( / ) jika terjumpa isi yang betul. 2. Kurungkan jawapan calon dengan tanda ( ) jika : i) contoh peristiwa yang dikemukakan oleh calon adalah salah ii) isi yanng dikemukakan adalah salah Cara menulis markah a) I - 06 B - 04 10 b) I B I B - 04 - 02 06 *jawapan calon dalam bentuk poin atau bahasa kurang gramatis

c)

- 00 * tidak menjawab tugasan - 02 02 ( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima )

i. Limpahan Darah di Sungai Semur. Peristiwa keberanian -

Peristiwa keberanian Rejimen Askar Melayu Diraja dalam perjuangan menentang penganas Komunis di Sungai Semur. Peristiwa keberanian Koperal Jamaluddin mengambil alih tugas sebagai ketua platun menggantikan Leftenan Hassan yang telah terkorban. Leftenan Hassan, Koperal Jamaluddin dan rakannya berani menghadapi musuh yang lebih ramai semasa diserang hendap di hutan Sungai Semur. Sarjan Jamaluddin dan pasukannya sanggup menggadai nyawa semasa peperangan melawan tentera Jepun dan Komunis. ( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima )

15

ii)

Timulak Kapal Perang:

Peristiwa keberanian Keberanian Andayu berjuang dalam peperangan bersama-sama kaum lelaki menentang penjajah Inggeris di Pulau Gaya. Paduka Mat Salleh dan rakan-rakannya berani berjuang menentang tentera Inggeris. Peristiwa Pak Cik Tidung berani menentang pegawai pemungut cukai sehingga ditangkap oleh pihak Inggeris. Peristiwa keberanian Andayu mengekori penjajah Inggeris yang telah menangkap Pak Cik Tidung ke Pulau Gaya. Penduduk kampung berani menentang pihak Inggeris untuk mengambil alih kutipan cukai di Pangkalan Sungai Sugut. ( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima )

Anda mungkin juga menyukai