Anda di halaman 1dari 1

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KE ATAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEPADA KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Teori pembelajaran

yang diperkenalkan bukan sahaja memberi implikasi dalam P&P kanak-kanak normal, namun ia turut mencakupi kanak- kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang mengalalami masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran[2]. Bagi guru-guru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia khas, semestinya mereka telah memahami dan begitu arif tentang pengubahsuaian kurikulum berdasarkan kognitif dan tahap keabnormalan murid- murid. Malah, jika diteliti dan dihayati, pengajaran terhadap kanak-kanak khas juga banyak mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang diutarakan. Teori Behavioris: Dalam mengajar kanak- kanak berkeperluan khas, pengaplikasian teori ini amat tepat dengan situasinya. Jika kita melihat kepada masalah kanak-kanak khas yang kebanyakkannya tidak tahu membaca, pendekatan teori ini mampu meningkatkan sedikit ransangan mereka agar terus berminat dalam mengikuti pembelajaran. Berdasarkan teori tersebut juga, guru-guru boleh menggunakan peneguhan positif atau negatif bagi meransang murid-murid berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca. Seelok-eloknya, guru perlu memberi ganjaran atau hadiah kepada murid-murid yang menguasai kemahiran tersebut. Sebagai contoh, seorang guru memberikan coklat kepada muridnya yang mampu membaca huruf a hingga h dengan betul. Kaedah ini akan memberikan motivasi kepada kanak-kanak lain untuk mencuba dan kanak-kanak yang memperoleh peneguhan tersebut untuk terus menguasai huruf seterusnya. Malah, berdasarkan hukum pembelajaran yang terdapat dalam teori tersebut, seseorang guru perlulah membuat persiapan sebelum mengajar. Sediakan BBM yang menarik, ransangan yang sesuai dan teknik pendekatan yang praktikal. Selain daripada itu juga, guru perlu memastikan tahap kesediaan murid. Bagi mengetahui tahap murid-murid, gunakan waktu set induksi untuk berinteraksi dan bertanyakan hal-hal umum kepada murid- murid. Contohnya, guru bertanyakan apakah yang dilakukan oleh anak muridnya yang mengalami masalah hiperaktif. Guru perlu memberikan respon yang spesifik dan kerap. Hal ini kerana murid-murid khas sentiasa memerlukan perhatian dan respon agar mereka dapat meningkatkan tahap kelakuan kearah yang lebih positif. Respon guru dan teguran yang positif serta spesifik agar kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku dapat mengetahui masalah mereka yang lari dari norma asal. Contohnya, kanakkanak down sindrom yang bermasalah akolalia iaitu mengulang-ulang perkataan dengan kerap, guru perlu menegur secara terus terang bahawa perlakuannya adalah diluar norma manusia normal. Respon guru tersebut, mampu mengurangkan keadaanya kepada yang lebih baik. Selain daripada itu juga, guru perlu menggiatkan penghapusan tingkah laku yang tidak diingini. Gunakan kaedah time-out, kontrak, pengasingan, dan sebagainya dalam mengawal dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Namun begitu, kaedah atau hukuman tersebut perlulah sesuai dengan masalah tingkah laku kanak-kanak tersebut. Jika kanak-kanak yang mengalami masalah down sindrom, kaedah time out merupakan antara kaedah yang boleh digunakan.

http://chenonnlife.blogspot.com/2009/02/implikasi-teori-teori-pembelajaran.html

Anda mungkin juga menyukai