Anda di halaman 1dari 4

Sabah&Sarawak: Bangkai dalam tong kitar semula Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah bhnews@bharian.com.

my

TIADA amalan kitar semula antara punca pencemaran sampah plastik di kawasan perumahan atas air. DBKK akui kempen gagal capai sasaran KOTA KINABALU: Berikutan kegagalan kempen kitar semula yang dilaksanakan di bandar raya ini beberapa tahun lalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menarik balik kira-kira 100 set kemudahan tong kitar semula yang diagih di sekitar bandar raya sepanjang kempen itu. Kemudahan itu diganti dengan pembinaan pusat pengumpulan dan pembelian balik bahan kitar semula sebagai pendekatan baru pelaksanaan aktiviti kitar semula di bandar raya ini, sejajar usaha mengurangkan pelupusan sisa pepejal dan pencemaran alam sekitar.

Langkah berkenaan diambil selepas DBKK mendapati sebahagian besar tong kitar semula yang disediakan menerusi kempen terbabit disalah guna sebagai tong sampah biasa dan dimuatkan pelbagai jenis sampah domestik termasuk sisa makanan serta bangkai haiwan. Faktor saiz tong agak kecil yang menyebabkan sampah mudah penuh dan melimpah sehingga berselerak juga antara punca DBKK menarik balik kemudahan itu kecuali di beberapa tempat seperti sekolah yang ada jawatankuasa khas diwujudkan bagi menjaga fungsi tong kitar semula. Pengarah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar DBKK, Robert Lipon, berkata ketika kempen itu, kira-kira 100 set tong kitar semula yang merangkumi 300 tong disediakan di seluruh kawasan bandar raya terutama sekolah, masjid, stesen minyak, pusat beli-belah dan kompleks bangunan kerajaan. Beliau berkata, awalnya kemudahan itu disasar sebagai pendekatan utama melaksanakan amalan kitar semula di bandar raya ini bagi mengurangkan pelupusan sisa pepejal dan pencemaran plastik, terutama di kawasan perairan ibu negeri. "Bagaimanapun, sasaran itu gagal dicapai kerana orang ramai tidak tahu menggunakan kemudahan tong sampah kitar semula yang dipromosikan kerajaan itu. Jadi, kita terpaksa menamatkan penggunaannya dan melaksanakan usaha baru untuk," katanya kepada Berita Harian, di sini. TONG kitar semula disumbat Sebagai ganti, katanya, DBKK membina 14 kemudahan pusat pengumpulan sampah kitar semula di sekitar bandar raya yang kebanyakannya ditempatkan di kawasan perumahan dan melantik pengusaha barangan kitar semula atau persatuan amal mengurus serta menjaga pelbagai jenis sampah.

kemudahan terbabit. Pada masa sama, DBKK turut mewujudkan enam lokasi pusat pembelian bahan kitar semula bagi menggalakkan orang ramai mengumpul bahan kitar semula dan menjualnya untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Enam pusat pembelian itu ialah di Taman Kinamount, Foh Sang; Inanam; Kampung Tebobon, Menggatal; Sekolah Menengah (SM) La Salle, Tanjung Aru; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac, Sembulan dan Sekolah Kebangsaan (SK) St Francis Convent, Bukit Padang. "Pusat pembelian terbabit masih aktif dan orang ramai digalak menghantar bahan kitar semula ke sana. Bagi pusat pengumpulan, kita dapati ada yang tidak aktif kerana kurang mendapat sambutan," katanya. Robert berkata, ketidakpekaan masyarakat terhadap pelaksanaan amalan kitar semula menyebabkan bandar raya ini berdepan masalah pencemaran terutama sampah plastik seperti yang berlaku di penempatan atas air Kampung Sembulan Lama. Katanya, selagi penduduk tiada kesedaran untuk melaksanakan kitar semula dan membuang sampah dengan betul di tempat yang dikhaskan, bandar raya ini akan terus berdepan dengan masalah pencemaran sampah. "Inilah masalah utama yang menyukarkan kita melaksanakan kempen kitar semula. Pelbagai pendekatan dilaksanakan tetapi belum ada yang berkesan. "Bagaimanapun, kita berharap satu hari nanti mereka akan sedar juga. "Selain untuk mengatasi masalah pelupusan dan pencemaran sampah, amalan kitar semula juga boleh memberikan pendapatan tambahan kerana ada pihak yang akan membeli bahan terbabit," katanya.

Kempen kitar semula yang dilaksanakan di bandar raya ini juga berkait rapat dengan usaha DBKK mengurangkan pembuangan sampah pepejal di pusat pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok yang sudah mencapai tahap kapasiti muatan sebanyak 1.5 juta meter padu sampah. Dianggarkan 440,000 kilogram (kg) sampah yang dibuang 509,117 penduduk bandar raya dilupuskan di pusat pelupusan sampah itu setiap hari.

Anda mungkin juga menyukai