Anda di halaman 1dari 23

Pendahuluan

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and

civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisanTamadun Islam.

Tamadun Cina Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi selain daripada Tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), India (Lembah Sungai Indus) dan Tamadun Yunani (Eropah). Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, integratif dan dinamik menyebabkanya menjadi lebih mampan walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain. Walaupun mengalami perubahan-perubahan dalam proses perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.

Walau

bagaimanapun,

berdasarkan

bukti-bukti

penemuan

arkeologi

antara

kebudayaan-kebudayaan Neolitik ( Zaman batu baru) di Yangshoa di provinsi Shaanxi menunjukkan, Kebudayaan Yangshao telah wujud pada milenium ke-5. Tapak tradisi kebudayaan Yangshoa ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River), kerana kawasan ini mempunyai tanah yang subur, lembap dan mudah untuk dikerjakan sebagai kawasan pertanain dan penempatan. Kegiatan awal bangsa Yangshoa ialah pertanian, penternakan babi dan mengukir tembikar (painted pottery). Adalah dipercayai, bijirin (milet) adalah makanan asasi atau rugi bangsa Yangshoa. Perkembangan peradaban bangsa Yangshoa di bahagian tengah dan utara negara Cina menelan masa kira-kira 6 milenium iaitu lebih kurang 5000 tahun sebelum diambilalih oleh kebudayaan Longshan.

Kebudayaan Longshan bermula sejak pertengahan kurun ke-2 dan zaman Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2 atau milenium pertama. Pertemuan arkeologi menunjukkan peradaban ini terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui,di provinsi Suchuan. Peradaban ini lebih maju berbanding ketamadunan Yangshoa,di mana tembikar yang dijumpai menunjukkan berkualiti, kerana dipercayai menggunakan mesin peroda tembikar (potters wheel) dalam pengeluarannya. Dalam tahun 1766SM 1122SM, gangsa dinilai sebagai simbol elit oleh Dinasti Shang dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting
2

semasa pemerintahannya. Zaman Dinasti Shang memperlihatkan perkembangan tamadun yang lebih komplek dengan pembentukan negara-kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan pekerjaan dan wujudnya sistem masyarakat yang berlapis. Peradaban Shang berpusat di bahagian utara Henan di mana dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang menunjukkan sejarah ketamadunan Dinasti Shang.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAMADUN CINA 1. Alam Sekitar Tempoh Neolitik di negara Cina mempunyai kedudukan yang unggul dalam sejarah perkembangan peradaban China. Peradaban Yangshoa yang menjadikan bijirin (milet) sebagai makanan asasi telah menggalakan perkembangan dalam kegiatan pertanian. Tapak peradaban Yangshoa yang terletak di kawasan di mana tanah pasirnya telah dimendapkan oleh angin selama berkurun-kurun lamanya menjadikan kawasan ini subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian. Penemuan benih padi di Lembah Yangzi, di Selatan Teluk Hangzhou, provinsi Zhejiang menunjukkan penanaman padi telah dilakukan secara meluas.

Geografi Negara China yang luas, menyebabkan keadaan cuaca yang berbeza dan ini telah mempertembungkan dua kebudayaan iaitu Kebudayaan Milet (Bijirin) dan kebudayaan Sawah Padi, yang wujud secara berasingan di bahagian Utara dan Selatan China.

Pada asasnya, bahagian timur China menghadap lautan, bahagain barat-laut direntangi oleh gurun yang luas dan bahagian barat-daya adalah dataran tinggi Qinghai-Tibet, dataran yang terluas di dunia dengan ketinggian 4000-5000 meter secara purata. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan sungai mengalir ke arah kawasan Selatan atau Timur dan seterusnya menggalakkan pergerakkan penduduk, terutamnya para petani untuk menetap di bahagian Selatan China. Hasil dari pola pergerakkan ini, perkembangan kebudayaan juga turut beralih ke Selatan China.

2. Bahasa dan sistem tulisan cina Bahasa cina telah digunakan dengan meluas di zaman silam dan ia masih digunakan sekarang berbanding dengan bahas-bahasa kuno lain. Ini adalah kerana,
3

walaupun mempunyai pelbagai sebutan dialek, tetapi hanya satu tulisan bercirikan karektar digunapakai oleh semua rakyat cina. Ini merupakan faktor penting dalam menyatupadukan rakyat cina dan perkembangan tamadunnya.

Karektar yang digunapakai dalam tulisan cina biasanya berdasarkan kepada lambang bergambar (xiang xing) dan dikenali sabagai Hanzi (tulisan Han), lambang petunjuk (zhishi), lambang petunjuk fikiran (huiyi), dan gabungan bentuk bunyi (xing sheng), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu huruf cina, iaitu mutual semantik transfer (zhuanzhu) dan loan character (jiajie). Keedah-kaedah tersebut digolongkan sebagai six principles of writing (liushu).

Perkembangan tulisan cina telah mempengaruhi bangsa-bangsa lain terutamanya si Asia Timur seperti Jepun, Korea dan juga Vietman, yang telah mengadaptasi karekter tulisan cina ke dalam bahasa mereka, walaupun mereka mempunyai bahasa sendiri.

3. Pembentukan bangsa Tionghoa China merupakan satu negara yang luas dan besar. Penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa yang pada zaman Neolitik dan zaman batu menduduki tiga kawasan utama, iaitu Utara, Tengah dan Selatan. Menurut para sarjana Cina, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar iaitu kumpulan Yan-Huang yang diwakili oleh kaum Yang Di dan Huang, kumpulan FengYang dan kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku kuam bagsa di Selatan China.

Proses peredaran zaman yang panjang telah membentuk kerjasama antara bangsa tersebut. Peperangan, berinteraksi, berkahwin campur dan tiru-meniru budaya dikalangan bangsa ini telah mewujudkan satu bangsa yang kuat yang dikenali sebagai bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu).

4. Pandangan semesta dan kepercayaan Pandangan animisme merupakan pegangan dan kepercayaan penduduk primitif cina di mana pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasakuasa lain yang dipercayai wujud pada zaman neolitik dengan bangsa Yangshao
4

dan Longshan lagi. Selain daripada kepercayaan animisme ini, konsep Tian iaitu langit sebagai makluk unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou (kk 1123 SM-221SM).

Tian dalam kontek kepercayaan konfusianisme bermakna prinsip tertinggi dalam alam semesta. Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik. Asas utama dalam pengajaran konfusianisme adalah nilai dan sifat moral yang mulia, terutamanya mengenai perikemanusian (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu-bapa (xiao). Pujangga agung konfusianisme, Mencius (372 SM 289 SM), berpendapat semasa dilahirkan manusia mempunyai empat sifat yang baik iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yu), kesusilaan (li) dan kearifan (zhi). Dong Zhongshu (179 SM 104 SM), seorang lagi pujangga konfusianisma di zaman dinasti Han mencipta satu falsafah Yin-Yang yang menceritakan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. Oleh itu wujud satu pertalian di antara insan dengan Tian. Kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menyebabkan kemarahan oleh Tian dengan mencipta keadaan luar biasa sebagai menifestasi amarannya.

Konsep Tian juga wujud dalam kepercayaan Daoisme. Kitap Daoisme dan Yijing menceritakan bahawa Tian adalah segala-galanya. Kelahiran sesuatu hayat juga dipercayai akan berakhir dan kembali kepada akhir hayat mereka iaitu Dao.

5. Sistem politik dan pemerintahan Perkembangan pesat pemikiran politik di China bermula pada zaman pemerintahan dinasti Qin (221 SM 209 SM). Antara aliran pemikiran politik yang penting ialah Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. Walaubagaimanapun, Legalisme bermula sebelum dinasti Qin, di mana teori dan pelaksanaan konsep Legalisme telah berjaya membawa pembaharuan dalam sistem pemerintahan dengan menggantikan sistem pemerintahan feudal yang bercirikan pelbagai negeri dan jajahan (multistate) kepada sistem pentadbiran commendaries dan counties (junxian zhi) iaitu kerajaan birokratik berpusat (centralized bureaucractic government). Sistem

in telah menyumbangkan kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan Cina.

Pemikiran politik berasaskan Daoisme bertentangan dengan apa yang diterapkan oleh pemikiran Konfusianisme. Daoisme berpendapat bahawa pemerintah tidak perlu menguatkuasa sebarang usaha yang keras (wuwei) dan meneruskan kehidupan secara primitif yang menghormati diri dengan alam semesta. Manakala pemikiran politik Moisme pula menegaskan penyelarasan peraturan dan pembentukan kuasa pusat (shangtong) tidak bersesuaian dengan pihak pemerintah. Ini adalah kerana ajarannya yang menitikberat kepada jimat-cermat (jieyong) dan pelantikan pegawai kerajaan berdasarkan kepada kelayakan dan kemampuan (xuan xian yu neng) sukar untuk dilaksanakan.

Tamadun India Tamadun Indus adalah tamadun terawal yang muncul di India ( berkembang antara tahun 3000 SM hingga 25000 SM dan lenyap pada kira-kira tahun 1500 SM). Tujuan pendidikan pada masa itu ialah melahirkan manusia yang alim.Pendidikan pada zaman itu berteraskan pelajaran yang terkandung di dalam beberapa veda. Semua pengetahuan yang dipelajari adalah berkaitan dengan agama. Pendidikan diwajibkan bagi semua yang ingin menjadi pendeta dan pendidikan ini dikendalikan oleh pendeta. Apabila seorang pelajar telah menerima benang yang dianggap suci, dia akan diletakkan di bawah jagaan seorang guru selama 12 tahun. Pada masa itu pelajar tersebut akan menghafal semua veda dan belajar tentang astronomi. Apabila dia tua maka pengetahuan itu ditinggalkan dan hiduplah dia dalam alam pertapaan untuk mendapatkan tingkat nirvana. Bahasa yang digunakan ialah Sanskrit. Apabila tamadun Indus runtuh pada kira-kira tahun 1500 SM ( ada beberapa sebab seperti kerana banjir dan pemusnahan hutan yang menambahburukkan lagi bencana banjir dan juga serangan dan pembinasaan oleh orang-orang Arya) muncul pula tamadun Vedik orang Aryan (1500 SM hingga 450 SM). Bangsa Aryan yang datang dari Lembah Ganges dan tersebar ke selatan dan barat India itu telah memperluaskan lagi pengetahuan tentang agama dan sains. Semua pengetahuan ini terkumpul dalam sutra-sutra yang ditulis dengan mudah, pendek dan menarik untuk dihafal oleh kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun. Pendidikan ini menolong meluaskan pengetahuan tentang kesusasteraan, agama dan hal-hal yang berkaitan dengan
6

kehidupan manusia. Hasil kesusasteraan yang paling terkemuka ialah Dharma Sutra yang menyentuh tentang adat istiadat, tingkah laku dan undang-undang semasa. Perkara ini menjadi asas kepada buku perundangan Manu moden. Apabila agama Buddha berkembang di India, kuil-kuil memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu agama Buddha khususnya semasa diperintah oleh Asoka. Perkemabangan pesat dalam bidang agama ini telah memunculkan sebuah universiti di Nalanda, India Selatan yang menjadi tumpuan pengkaji agama ini bukan sahaja di sekitar India malah dari luar India seperti dari Nusantara .

Pemerintahan dan Pentadbiran Awal pembukaan 600 320 sm, terdapat dua buah kerajaan kecil dan besar. Kerajaan kecil tiada raja dan berpuak. Kerajaan besar diketuai oleh Raja set kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha. Raja berkuasa mutlak. Kuasa Raja diperkukuhkan dalam upacara ritual. Raja merupakan insan yang suci dan harus dihormati. Brahmin selaku penasihat Raja, kemudian Kesatria. Wujud kasta dalam masyarakat tersebut. Raja bertukar menjadi Maharaja apabila Maurya menyatukan India menjadi empayar dari tahun 321 hingga 185 sm. Empayar tersebut meliputi Teluk Benggala hingga Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara terletak di Pataliputra. Zaman kegemilangan Tamadun Cina dari tahun 273 hingga 232 sm. Pada ketika itu, Dapat menamatkan perang saudara selepas bapa baginda mati kemudian

menakluki Kalinga. Perang Kalinga telah mengakibatkan 150 ribu cedera dan 100 ribu mati. Setelah Asoka menganut Budhha, mengamalkan keamanan dan kedamainan. Peluasan kuasa Tamadun India telah disebarkan melalui agama Budhha.Tamadun Islam mewujudkan Birokrasi pentadbiran. Perundangan Perundangan di Tamadun Islam berdasarkan kitan Dharma Sastra, Undangundang tua Hindu pada tahun 6 atau 2 sm. Raja bertanggungjawab untuk menjaga kesucian. Brahmin yang mahir kerana ada kaitan dengan agama. Pada Zaman Maurya, undang-undang melalui titah raja. Undang-undang tersebut diukir pada batu : Tiang Asoka. Undang-undang tersebut berkonsep keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Peningkatan Ekonomi Ekonomi Tamadun India pesat berkembang pada 3SM. Ekonomi di sana melibatkan perdagangan dalaman dan luaran. Pusat perdagangan Tamadun

India terletak di Anga, Kalinga, dan Karusa. Kebanyakan kegiatan ekonomi adalah bergantung kepada menghasilkan senjata, gading , emas, berlian dan mutiara. Hubungan dagang antara Maurya dengan Rom, Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara alam Melayu bermula sejak 100 M dengan menjual rempah, gading, besi, dan bedak wangi. Tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi dimport dari China. Mereka mengamalkan bentuk Perdagangan Maritim. Perlabuhan penting terletak di Tamralipti, Ghantasala, Kadura di Timur manakala Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian Barat. Tamadun India telah mewujudkan persatuan dagang dan perusahaan. Penubuhan Sresthin di setiap bandar. Sebagai contoh, Persatuan tukang kayu, kulit, dan sebagainya dibentuk. Matlamatnya adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja. Pada ketika itu, undang-undang diawasi Raja wujud bagi mengawal persatuan. Mata wang digunakan. Pada Zaman Gupta , mereka menggunakan

wang emas. Terbukti Tamadun India ada dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik. Cukai telah diadakan untuk menyara tentera, pentadbir, dan raja.

Tamadun Jepun Zaman Yayoi terbentuk semasa zaman neolitik dari tahun 300S.M hingga 300M. Tamadun tersebut telah dapat dikesan pengaruh tamadun Cina, dinasti Han dalam masyarakat Jepun antara satu sama lain yang berkaitan dengan kemasukan agama Buddha.Pengaruh budaya bekerja bertani, bersawah padi, membuat senjata China juga diikuti oleh Jepun zaman ini Zaman Heian telah terbentuk dari tahun 794 hingga 1185M. Pada zaman ini, Jepun dipenuhi dengan tradisi Jepun yang menumpukan perhatian kepada cara hidup, beradab, dan menekankan peraturan yg baik dan sopan. Keluarga Fujiwara telah menjadi pemerintah Jepun selama 200 tahun

Zaman pra moden Jepun Zaman Keshogunan Kamakura 1185- 1333 M Pada masa ketika itu dianggap bermulanya zaman feudalisme, pemerintah tuan tanah sehingga wujud estet persendirian syo. Selain itu, tuan-tuan tanah yang kaya juga menjadi Shogun yang memimipin samurai (tentera). Pada masa itu, Pemerintahan bercorak 2 hala. Zaman Keshogunan Ashikaga Ketika itu, Ashikaga telah menggulingkan kamakura. Selepas itu, telah memperkenalkan sistem pengairan untuk pertanian. Di samping itu, pengeluaran tembikar dimulakan, demikian perlombongan diperkenalkan. Namun, kelemahannya kerap berlaku peperangan dalam kalangan tuan tanah atau daimyo yang merebut kuasa dan nama. Zaman Keshogunan Tokugawa Pada zama ketika merupakan kerajaan berbentuk tentera yang paling lama berkuasa di Jepun. Pemimpin yang terkenal ialah Tokugawa Ieyasu yang telah menyatukan negara Jepun. Pemerintahan masih bercorak feudal, namun terdapat 3 tahap pentadbiran: Tairo ( majlis penasihat agung), Roju ( majlis Tertua)dan Hyojosho ( majlis kehakiman). Pada ketika itu, terbentuk dasar baru mengekang kuasa tuan tanah kod supaya etika dapat mengelakkan komplot, berpaling tadah,

menyediakan

mengukuhkan

kedudukan

berdasarkan

kekayaan.

Runtuhnya zaman ini kerana pembesar ketika itu bermewah,membazir, rasuah dan tiada pemimpin bijak. Zaman Pemodenan Jepun Meiji Pada era ini, kerajaan Jepun telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan kuasa barat. Mereka juga menggunakan pendekatan agama moral yang tinggi shinto; maharaja sebagai kuasa tertinggi. Sistem feudalisme dihapuskan sedangkan memperkenalkan perlembagaan baru Jepun. Maharaja Meiji yang paling popular ialah :Mutsuhito (1868-1912) dengan sikap lebih terbuka mengizinkan rakyat meneroka ilmu pengetahuan barat demi kemajuan.

Tamadun Melayu Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi.

Istilah Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan: Rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu. Tergolong dalam cabang Melayu-Indonesia bersama-sama suku Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau, Bugis, Sasak, Melanau, Iban, Sulu dan sebagainya. Kemunculan Pusat-pusat Tamadun Melayu Sebelum Kedatangan Islam Kemunculan pusat-pusat Tamadun Melayu pada masa ini kebanyakannya berasaskan dua ciri yang utama iaitu agrarian dan maritime.

Antara kerajaan-kerajaan Melayu tersebut ialah Sriwijaya, Funan, Angkor, Lembah Bujang dan Majapahit. Pembinaan negara-negara kota tersebut merupakan asas pembentukan Tamadun Melayu yang kemudiannya.

Sriwijaya (650 - 1200 T.M) Merupakan pusat kebudayaan Melayu yang tertua. Pusat pemerintahannya terletak di tepi Sungai Musi (Kota Palembang sekarang). Empayarnya merangkumi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Sri Lanka dan Tanah Segenting Kra. Sumbangannya yang terpenting dapat dilihat melalui 2 aspek; i) keintelektualan Melayu ii) perkembangan Bahasa Melayu

Sriwijaya telah memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang terpenting di Kepulauan Melayu. Menurut catatan seorang pengembara dari China, I-Tsing, Sriwijaya pada abad ke-7 giat menjalankan kerja-kerja akademik seperti

10

menterjemahkan bahan-bahan berbahasa Sanskrit ke dalam Bahasa Cina dan juga bahasa-bahasa tempatan yang lain.

Selain daripada menjalankan kerja-kerja penterjemahan, Sriwijaya juga merupakan pusat pembelajaran tatabahasa Sanskrit yang terpenting di Alam Melayu ketika itu. Pada tahun 711, Sriwijaya muncul sebagai pusat pembelajaran agama Buddha. Terdapat lebih seribu pendita Buddha di ibu negerinya. Karya-karya agama dan pelbagai aliran kepercayaan Buddha, falsafah, logika, tatabahasa, kesusasteraan Sanskrit Klasik dan sebagainya berkembang dengan giatnya.

Perkembangan Sriwijaya melalui dimensi tersebut mencerminkan tahap pemikiran, keintelektualan dan ketamadunan yang tinggi bagi Tamadun Melayu. Zaman Sriwijaya merupakan penyingkapan kegemilangan Bahasa Melayu (BM) memandangkan Sriwijaya telah menjadikan BM sebagai bahasa pentadbiran dan perantaraan.

Memandangkan Sriwijaya menjadi pusat kegiatan ekonomi, sudah pasti ia menjadi tumpuan bagi segala bangsa menjalankan aktiviti perdagangan. Oleh itu untuk tujuan berkomunikasi, pedagang-pedagang asing terpaksa menggunakan bahasa tempatan iaitu BM Kuno. Dengan secara tak langsung, BM telah berkembang dengan pesatnya.

Kemunculan Pusat-pusat Kerajaan Dan Tamadun Melayu Zaman Islam Perlak Pusat Tamadun Melayu Islam yang terawal ialah Perlak yang ditubuhkan pada tahun 840M. Islam disebarkan di sini sekitar abad ke 9M, dikatakan hasil usaha Nakhoda Khalifah (ulama beraliran Syiah). Akibat kekalahan aliran Syiah pada zaman Bani Abasiyyah, beliau telah pergi ke Perlah 820M bersama 100 orang ulama. Ketika itu, Perlak merupakan perlabuhan dan petempatan yang dikuasai oleh Orang Parsi. Atas usaha ulama, telah mendirikan beberapa zawiyah atau dayah sebagai tempat belajar dan mendalami ilmu agama. Antara pemerintah terkenal ialah Sultan Syeh Maulana Abdul Aziz Syah selaku sultan pertama, Sayyid Maulana Abbas Shah, Sultan Sayyid Maulana Ali Mughayat Shah, Sultan Makhdum Alaidin Malik Abdul Qadir Syah Johan dan juga Sultan Makhdum Alaidin Malik Abdul Aziz (sultan
11

terakhir). Pada 986M, Perlak telah diserang kerajaan Buddha Srivijaya dan pada tahun 1006M pula tentera Srivijaya terpaksa berundur akibat ancaman kerajan Dharma Wangsa dari Jawa.

Aceh Lokasi Aceh terletak di Sumatera Utara. Sebelum kedatangan Islam, rakyatnya dipengaruhi agama Hindu dan Buddha, kepercayaan animism dan nenek moyang. Mereka juga percaya hantu dan tempat yang dianggap sakti yang kemudiannya dipuja. Kerajaan Aceh menerima Islam pada 1204M tetapi mencapai zaman kegemilangannya abad ke 16M. Zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

Pusat Penyebaran dan kegiatan agama Islam Aceh telah mendapat gelaran serambi Mekah. Aceh muncul sebagai pusat Islam yang penting selepas kejatuhan Melaka pada abad ke-16M. Di sinilah juga menjadi tempat ulama berkumpul dan tempat menyelesaikan masalah agama. Faktor penggalak ialah sikap para sultannya cinta akan ilmu. Contohnya, Sulatan Alauddin Riayat Shah melantik Hamzah Fansuri sebagai penasihat kerajaan di samping sebagai penulis yang banyak menghasilkan karya. Begitu juga para ulama dari luar seperti dari Turki, Parsi, Tanah Arab, Inda dan Gujerat menjadi penasihat kepada kerajaan selain menjadi guru-guru kepada institusi pengajian dan masjid.

Pusat Pendidikan Aceh juga menjadi pusat kegiatan ilmu pada abad ke-16M. Terdapat 3 tahap pendidikan, iaitu rendah (meunasah atau madrasah), menengah (rangkang) dan tinggi (balee). Institusi pendidikan ialah Dayah, kompleks pendidikan yhang terdiri daripada beberapa buah rangkang dan balee. Masjid juga merupakan institusi pendidikan, contohnya Masjid Bay tar Rahim, Masjid Bayt al-Musyahadah dan Masjid Jami Bayt al-Rahman yang dikatakan bertaraf university kerana mempunyai beberapa falkuti.

Pusat Kesusasteraan Melayu Ramai sasterawan muncul yang mana mereka terdiri daripada golongan ulama. Sebagai contoh, Hamzah Fansuri, karya berbentuk prosa dan puisi seperti
12

Syaribul Asyqin dan Asrarul Ariffin yang merupakan karya sastera dan falsafah yang sukar difahami orang awam.

Pusat Perdangan Kedudukannya berhampiran dengan Selat Melaka, tempat perhubungan antara pedagang dari China dan India. Selepas kejatuhan Melaku oleh Portugis, para pedangan mengubah jalan perdagangan untuk mengelakkan dari singgah di Melaka tetapi bersinggah di Aceh. Aceh telah mengeksport lada hitam dan emas ke Eropah, China, India, negara Arab dan sebaginya. Oleh sebab itu, Aceh telah menjadi tempat tumpuan saudagar-saudagar dari negara-negara tersebut.

Pusat Politik Melayu (Islam) Wilayah kekuasaannyha meliputi hamper seluruh pulau Sumatera dan sebagian besar daripada Tanah Melayu termasuk Perak, Johor dan Pahang yang semuannya kemudiannya disatukan dan diletak di bawah kekuasaan Kesultanan Aceh, empayar Islam teragung dan berpengaruh di Asia Tenggara. Dengan ini, Aceh turut mendapat perhatian utama dari kerajaan Islam lain, seperti Kerajaan India dan Turki. Jelas terbukti melalui system pemerintahan yang dijalankan, nama atau gelaran jawatan dalam kerajaan, gelaran yang dipakai sultan serta bendera yang digunakan. Aceh mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu. Menurut Lukman Sinar S.H. al-Haj, perhubungan yang dibuat dari sudut keagamaan dan ketenteraan. Kerajaan Aceh dianggap sebagai wakil kepada kerajaan Islam di sebelah timur kerana kepesatan politik Islam dan perkembangan ilmunya yang tinggi. Perundangan Islam, Adat Mahkota Alam atau Kanun Mahkota Alam yang berkaitan dengan peraturan pemerintahan dan perdagangan yang bersandarkan hukum Islam dan disusun pada zaman Iskandar Muda Mahkota Alam. Kesultan Melayu Melaka (1400 1511M) Melaka telah ditubuhkan oleh Parameswara, keturunan Raja Srivijaya. Kerajaan Melaka menerima Islam pada 1414M. Zaman kegemilangan Kesultan Melayu Melaka pada pertengahan abad ke-15M. Kesultanan Melayu Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada 1511M.

13

Perlabuhan Perdagangan Perlabuhan Melaka terkenal kerana kedudukannya yang strategik, di tengah jalan perdagangan antara Asia Timur dan Asia Barat seperti Arab, India, China dan sebagainya. Dengan ini, Melaka telah menjadi pusat persinggahan para pedagang dari India ke China dan sebaliknya. Melaka bertindak sebagai pusat pengumpulan dan pertukaran serta penjualan barang-barang dagangan. Terdapat 2 jenis angin monsun di Selat Melaka, iaitu angin monsun barat daya dan angin monsun timur laut telah memudahkan pergerakan kapal dagang di Asia Tenggara. Kemudahan fizikal yang disediakan pentadbir Melaka, seperti system perundangan yang sistematik bertujuan untuk memelihara keamanan dan kemudahan gudang untuk menyimpan barang-barang dagang menarik minat saudagar.

Pusat Penyebaran dan Pengajaran Agama Islam Pengislaman Parameswara oleh Syeh Abdul Aziz. Selepas itu, pembesar dan rakyatnya turut menganut Islam. Kepesatan Melaka sebagai pusat perdagangan turut menyumbang pernan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam. Melaluinya, Islam tersebar ke seluruh Tanah Melayu, Sumatera dan Jawa dan tanah jajahannya seperti Siak, Rokan, Inderagiri dan sebagainya.

Pusat Perkembangan Bahasa Melayu Melaka sebagai pusat perkembangan BM adalah berkaitan rapat dengan faktor perdagangan dan penyebaran Islam. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa perantaran atau Lingua Franca dalam aktiviti perdagangan. Pedagang asing terpaksa bertutur dalam BM untuk berkomunikasi dengan para pemerintah, rakyat dan pedagang lain. Dalam Sejarah Melayu menyatakan raja-raja Melaka amat berminat dengan ilmu, oleh itu Melaka telah menjadi pusat ilmu dan kebudayaan Melayu. Ramai penulis kitab mengenai Islam dan sastera Melayu telah lahir. Antaranya, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah diketahui dan dibaca oleh orang Melaka sejak abad ke-15 lagi. Draf Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka merupakan hasil penulisan BM bertulisan jawi peninggalan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

14

Pusat Politik Islam Ajaran Islam telah diserapkan dalam system pemerintahan dan pentadbiran Melaka. Walaupun tidak mengikut keseluruhan undang-undang Islam tetapi terdapat pengaruh Islam dalamnya. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah digubah pada zaman ketika itu. Undang-undang Melaka ini berasaskan 2 peraturan iaitu peraturan adat dan peraturan agama.

a. Hukum Kanun Melaka

Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka atau Risalat Hukum Kanun. Terdapat 44 fasal dalam undangundang tersebut. Undang-undang ini berkuatkuasa di Melaka serta pusat dan kawasan jajahannya. Undang-undang Islam yang terdapat di dalamnya secara jelas ialah undang-undang keluarga. Dalam hal lain terdapat percampuran antara hukum adat dan hukum syara.

b. Undang-undang Laut Melaka

Dalam Undang-undang Laut Melaka, hanya 1 fasal sahaja yang mengandungi hukum syara, iaitu tentang berzina. Fasal-fasal yang lain ialah hukum adat. Walaupun hukman kesalahan zina dalam Undangundang Laut Melaka lebih kurang sama dengan Hukum Kanun Melaka tetapi tiada alternative dengan hukum adat. Di samping itu, hukuman sebatnya juga berbeza. Dalam Hukum Kanun Melaka, disebat 80 kali manakala dalam Undang-undang Laut Melaka akan dihukum disebat 100 kali.

Walaupun hukum Islam sepenuhnya tidak dijalankan di Melaka tetapi hukum tersebut memang disedari oleh rakyat Melaka ketika itu. Para kadi dan undangundang Islam telah memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri Melaka. Kekuasaan Melaka juga telah Berjaya menguasai wilayah-wilayah di persisiran Semenanjung, persisiran Selat Melaka dan timur Sumatera.

15

Tamadun Islam Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana. Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

Perbezaan Tamadun Islam dan Tamadun Barat Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa

membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar.

Prinsip Asas Tamadun Islam Prinsip paling asas yang membolehkan manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih sistematik berdasarkan pengertian badarah yang bermaksud kehidupan manusia yang menetap Menurut Wan Abdul Rahman Latif :Kehidupan secara sistematik dapat kepada

menggerakkan pertumbuhan ekonomi sehingga membawa perubahan bilangan penduduk, sistem sosial, pengkgususan kerja dan sebagainya.

16

Interaksi Manusia Dengan Alam Kehidupan manusia dengan diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain.Paling minimum manusia memerlukan ibu dan bapa, atau seorang teman. Interaksi dengan alam harus dibudayakan secara kolektif kerana secara fizikalnya saiz alam adalah terlalu besar untuk dinisbahkan kepada sesebuah masyarakat. Pemasyarakatan dan pembudayaan idea, tenaga, usaha dan pengalaman yang terhasil daripada interaksi manusia dengan alam membawa manusia memahami kejadian alam seterusnya membawa kepada kelahiran tamadun.

SUMBER TAMADUN ISLAM AL-QURAN Mukjizat Nabi Muhammad SAW. sumber utama- sebagai pengantara amanah yang diberikan Allah untuk manusia. Kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisahkisah tauladan, sumber rujukan ilmu dan sebagainya. Kebenaran Al-Quran adalah muktamad kerana ia bersumberkan Allah. Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya. Nama-nama Al-Quran yang membuktikan kemukjizatannya : 1) Al-Kitab 2) Al-Furqan 3) Al-Zikr 4) Al-Tanzil 5) Al-Mushaf

ZAMAN KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM ZAMAN RASULLULAH S.A.W Baginda berjuang dengan sungguh-sungguh, berdakwah untuk mengajak manusia kepada Islam dengan dakwah fikiyyah, dakwah siyasiyyah dan dakwah askariyyah.

17

Dakwah fikiyyah21 (intelektual) baginda memulai dakwahnya dengan menyebarkan aqidah, pandangan hidup, pemikiran dan pemahaman Islam secara menyerang segala bentuk pemikiran kufur, pandangan hidup sesat serta menghancurkan semua bentuk kepercayaan (tradisi) jahiliyah.

Dakwah siyasiyyah (politikal) kerana di dalam dakwah ini. Baginda mengarahkan umat untuk membentuk suatu kekuatan sebagai pelindung dan pendukung agar Islam menjadi rahmat dan tersebar ke seluruh dunia.

Dakwah askariyyah (ketenteraan) adalah dakwah yang dilancarkan melalui strategi dan taktik dalam jihad fi sabilillah.

Dakwah Di Mekah Tahap Pertama adalah Tahap Pembinaan dan Pembentukan manakala Tahap Kedua adalah Tahap Penyebaran Dakwah Secara Terang-terangan dan Melakukan Perjuangan untuk membentuk sebuah masyarakat yang baru (dari segi pemikiran dan perbuatan). Tahap Pembinaan dan Pembentukan mengajak masyarakat untuk memeluk Islam dakwah dalam bentuk ajaran per individu dari rumah ke rumah. Tahap Penyebaran Dakwah Secara Terang-terangan dan Melakukan Perjuangan Dari aktiviti dakwah secara sembunyi,Rasullulah menyeru secara langsung dan terbuka kepada masyarakat seluruhnya.

a) Dalam masalah aqidah mengajak manusia untuk memikirkan kejadian alam semesta, agar

meninggalkan kepercayaan nenek moyang yang mereka warisi dan amalkan dalam kehidupan mereka.

18

b) Dalam Bidang Sosial, Allah SWT berfirman: Apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, merah padamlah mukanya dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan diri dari orang ramai kerana buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia

akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburnya dalam tanah. Ketahuilah, alangkah buruknya yang mereka tetapkan itu. [An Nahl: 58-59]

c) Dalam Bidang Ekonomi, Allah SWT berfirman: Orang-orang yang menimbunkan emas dan perak serta tidak menafkahkannya di jalan Allah, beritahukanlah kepada mereka azab yang amat pedih. [At Taubah: 34]

Dakwah Di Madinah 1. Membangun Masjid memerintahkan para sahabat membangun Masjid. Rasulullah SAW

menjadikan masjid tidak hanya sebagai tempat solat melainkan juga sebagai tempat berkumpul, bermusyawarah, membina ukhuwah dan aqidah Islam serta mengatiur berbagai persoalan kaum muslimin sekaligus memutuskan hukum di antara mereka. 2. Membina Ukhuwah Islamiah Aktiviti selanjutnya yang dilakukan Rasulullah SAW adalah

mempersaudarakan antara kaum Anshar dan Muhajirin 3. Menyusun Piagam Perjanjian membuat perjanjian (piagam Madinah). Istilah sekarang disebut UndangUndang Dasar yang berfungsi sebagai suatu manhaj (jalan atau strategi pengamanan) dalam mengatur atau membuat batasan-batasan yang

menyangkut interaksi antara kabilah-kabilah Yahudi dan kaum muslimin.

19

Kerajaan Bani Ummaiyah Pada ketika itu, kerajaan Bani Ummaiyah telah mencapai zaman

kegemilangan dari segi ketenteraan, ekonomi dan pendidikan.

Ketenteraan 1. mengemaskini angkatan tentera mereka mengikut corak gerakan tentera

Parsi. Mereka dibahagikan kepada 5 pasukan iaitu pasukan tengah, pasukan sayap kanan, pasukan sayap kiri, pasukan hadapan dan pasukan barisan belakang. 2. peralatan perang yang moden. 3. terdiri daripada pasukan berkuda, pasukan berkenderaan dan pasukan jalan kaki. 4. tentera turut dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas.

Ekonomi 1) banyak bergantung kepada pertanian dan perdagangan. 2) saliran air telah dibina bagi memajukan lagi kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan dijalankan untuk memajukan sektor. 3) Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan. 4) Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara.

Pendidikan 1) Khalifah-khalifah Bani Umaiyah amat mengambil berat perkembangan pendidikan. 2) kota Basrah telah dijadikan pusat penyebaran ilmu ketika itu. 3) Arab telah dijadikan bahasa penghantar utama kerajaan Umaiyah. 4) Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja malah ilmu sejarah dan geografi turut ditekankan. 5) kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan.

20

Kerajaan Bani Abbasiah kegemilangan Islam dalam aspek akidah, ilmu pengetahuan, kebudayaan dan sistem kemasyarakatan aspek akidah, 1) dapat dilihat kepercayaan masyarakat dunia pada masa Itu berubah daripada kepercayaan menyembah berhala seperti majusi yang menyembah api dan soibah yang menyembah sapi kepada kepercayaan mengesakan Allah SWT. 2) Masyarakat tertarik dengan ajaran Islam yang menghapuskan perhambaan sesama manusia. 3) Banyak masjid telah dibina di merata tempat dan telah dijadikan tempat berdakwah, menuntut ilmu dan tempat beribadat.

Aspek ilmu pengetahuan 1) menyediakan pelbagai prasarana pendidikan seperti masjid dan sekolah untuk merealisasikan perkembangan ilmu pengetahuan. 2) ilmu-ilmu yang diterokai pada masa itu ialah ilmu al-quran, ilmu hadis, ilmu nahu, geografi, matematik, falak, peribatan, fizik dan falsafah.

Aspek kebudayaan 1) umat Islam di zaman ini mengamalkan budaya dan nilai islam yang bersifat sejagat. 2) sebahagian daripada kebudayaan yang tidak bertentangan dengan Islam masih dikekalkan.

Aspek kemasyarakatan 1) Islam mengamalkan konsep keadilan sesama manusia tanpa mengira bangsa dan warna kulit. 2) Kerajaan Abbasiyah memberi peluang kepada orang bukan Arab khususnya orang Parsi untuk memegang jawatan utama dalam negara. 3) Orang bukan islam juga mendapat layanan yang baik dan dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing.

21

PENUTUP Ciri-ciri Asas Tamadun adalah berdasarkan yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Wujud penempatan masyarakat manusia. Peningkatan kualiti kehidupan. Wujud sistem organisasi dan institusi social yang sempurna. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun. Wujud sistem perundangan dan sistem moral yang berkuatkuasa. Peningkatan reka cipta pembinaan. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan.

Di mana setiap tamadun yang saya bincangkan tersebut telah mencapai ciri-ciri yang ternyata di atas. Tamadun-tamadun tersebut telah memberikan banyak rangsangan kepada masyarakat terkini. Untuk mencapai kejayaan, kita perlu mengambil setiap langkah untuk mengekalkan keakhlakan dan kemurnian masyarakat supaya tiada keruntuhan tamadun terkini.

22

Rujukan http://fastnote.wordpress.com/agama-kepercayaan-tamadun-china/

http://www.scribd.com/doc/6509924/Bab-2-Interaksi-Tamadun-Islam-DenganTamadun-China-Dan-India

http://www.newera.edu.my/files/academic/200905HoKC_Perbandingan%20Kosmologi%20Tamadun%20Cina%20dan%20Tamadun% 20Melayu.pdf

http://www.slideshare.net/azira74/tamadun-india-presentation-715819

http://tamadundunia-stpm.blogspot.com/2009/03/pendidikan-tamadun-indiaindus.html

http://titas-haba.blogspot.com/2009/08/tamadun-jepun.html

http://saku30.tripod.com/sejarah4.htm

http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab3%20Tamadun%20Melayu.pdf

http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/konsep-tamadun-melayu.html

23

Anda mungkin juga menyukai