Anda di halaman 1dari 13

10 Faktor Mengapa Usaha Penurunan Berat Badan X Menjadi

1.Sasaran yang tidak realistik Menurut kajian pakar,kehilangan berat badan yang sihat dalam masa seminggu seharusnya tidak melebihi 500 ratus gram sehingga 1 kilogram.Sekiranya berat badan terlalu cepat,badan akan mengurangkan kadar metaboliknya sebagai hasil tindak balas drastik itu dan apabila penurunan berat badan mencapai pada angka tertentu,berat badan akan menjadi statik.Penurunan berat badan yang terlalu cepat juga dapat mengalakkan batu karang.Cik perlu tahu 1 kilogram berat yang susut itu adalah sama seperti satu tin mentega yang seberat 1 kiogram.

2.Kerap Menyukat Berat Badan Melakukan timbangan sendiri adalah memadai seminggu sekali dan lakukannya pada hari dan waktu yang sama.Buat cacatan bagi setiap kali timbagan itu dan ambil kira juga penyusutan dari segi bacaan pada lengan,dada,pinggang,pinggul,dan peha.Ingat!!!!satu sentimeter susutan pada bahagian yang diukur itu bermakna 1 kilogram lemak disekeliling badagian itu sudah menyusut walaupun kadangkal alat penimbang kita tidak dapat menyukat perubahan itu kerana penyusutan hanya melibatkan penyusutan peratus lemak pada bahagian yang terlibat sahaj.Individu akan berasa lebih selesa apabila memakai pakaian dan akan mendapati pakaian semakin longgar di beberapa bahagian.

3.Kerap Makan Luar Apabila individu makan di luar,perlulah berhati-hati dalam pemilihan hidangan yang dipesan kerana kebanyakan restoran tidak mementingkan tahap khasiat dalam sesuatu resipi mereka.Makanan segera bisanya mengandungi banyak lemak,perisa tambahan dan garam yang berlebihan.Lemak yang tinggi meningkatkan paras kolesterol dalam darah.Oleh itu,individu dapat pilih makanan yang dimasak secara sihat seperti makanan yang dimasak secara memanggang,mengkukus dan merebus sebagai pengganti makanan yang bergoreng di restoran itu.

4.Suka Mengunyah
Kadangkala kita menganggap makanan ringan apabila memandu ataupun menonton televisyen sahaja,tetapi tanpa disedari,saiznya yang kecil itu mempunyai nilai kalori yang tinggi.Gantikan kudapan snek itu dengan mengunyah epal merah,buahbuahan yang kurang manis ataupun yogurt rendah lemak.

5.Memberi Makanan yang banyak sebagai ganjaran ataupun sebagai tanda kasih sayang.
Hidangkan makanan berdiet sihat dalam kuantiti yang sederhana bagi menggelakkan pembaziran dan bagi menjaga kesihatan.

6.Mengelak sarapan pagi Mengelak satu waktu makan akan menyebabkan individu makan dua kali ganda pada waktu yang seterusnya.Oleh itu,ambil hidangn yang ringan pada waktu pagi seperti dua keeping roti berserat tinggi dan segelas susu rendah lemak ataupun buah-buahan serta yogurt rendah lemak.

7.Diet kilat
Ada ketika di mana cik akan mengelak beberapa waktu makan bagi beberapa hari semata-mata supaya dapat kelihatan hebat dengan potongan badan yang menarik bagi majlis istimewa.Sebenarya,tabiat ini tidak menyingkirkan lemak,sebaliknya cik hanya kehilangan air ataupun otot,dan tidak lama selepas itu berat badan cik akan bertambah dengan lebih cepat apabila cik mula makan.Ini kerana kadar metabolic badan sudah lemah.Otot diperlukan bagi membantu menguatkan kadar metabolism yang mempercepatkan pembakaran kilokalori di dalam badan.Cik perlu pastikan yang cik makan tiga kali hidangan diet sihat dalam sehari.

8.Menyenarai hitamkan makanan perosak Jangan terus sekat kemahuan bagi makan makanan kegemaran yang merosakkan seperti coklat ataupun aiskrim kerana sekiranya itu berlaku,dikuatiri apabila individu hilang sabar,individu akan makan makanan itu sepua-puasnya sehingga merosakkan rancangan turun berat badan Individu dapat makan makanan itu,tetapi ambil ndalam kuantiti yang sedikit supaya tidak terasa tertekan dan berasa gembira dengan usaha penurunan berat badan ini.

9.Amalan minum ringan bergas


Kebanyakan minuman bergas mengandungi kandungan gula yang tinggi.Menurut saintis daripada sumber artikel New Scientist keluaran febuari 2003 menyatakan,makanan dan minuman yang mengandungi kadar lemak dan gula yang tinggi dapat menyebabkan ketagihan sehingga individu sukar menolaknya.Gantikan minuman ringan dengan air mineral,the herba ataupun perahan air lemon dalam air kosong.Setiap 25 kilogram berat badan individu sebenarnya memerlukan 1 liter air kosong.Kekurangan air kosong dalam badan akan menyukarkan proses penurunan berat badan kerana toksin sukar dirembes keluar dari badan.

Anda mungkin juga menyukai