Anda di halaman 1dari 18

TUTORIAL 4

TEORI GESTALT VS TEORI GAGNE


TEORI PENGAMATAN
TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT

PENGASAS
PRINSIP UTAMA

PENGASAS PSIKOLOGI GESTALT TEORI-TEORI YANG DIPERKENALKAN OLEH AHLI PSIKOLOGI GESTALT

4 PROSES UTAMA

PENGASAS TEORI GESTALT

MAX WERTHEIMER

WOLFGANG KOHLER

KURT KOFFKA

Psikologi Gestalt (Kognitivisme Awal)


''Gestalt' berasal daripada perkataan Jerman yang bermakna 'organisasi' atau 'konfigurasi'. Ketika Pavlov, Thorndike dan Skinner sedang menguatarkan teor-teori tentang pembelajaran masing-masing, sekumpulan ahli psikologi Jerman turut terlibat dengan mengkaji pembelajaran. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai ahli psikologi gestalt yang terdiri daripada Max Wertheimer (1880-1943), Kurt Koffka (1886-1941) dan Wolfgang Kohler (1887-1967).

Pergerakan gestalt bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Wertheimer ketika beliau sedang naik keretapi unuk bercuti di negara Jerman. Beliau ternampak dua lampu yang 'nyala dan padam' berseling-selingan mengikut kadar tertentu. Sesiapa yang melihat lampu-lampu tersebut akan nampak seolah-olah lampu itu bergerak ke hadapan dan ke belakang. (Tentu kamu pernah melihat fenomena ini!). Setelah melihat kejadian ini, Wertheimer mencadangkan bahawajika mata melihat sesuatu rangsangan dengan cara

yang tertentu, maka rangsangan tersebut memberikan ilusi atau salah persepsi yang seolah-olah bergerak yang telah
dinamakan olehnya sebagaiFenomena Fi.

Sesuatu fenomena terlahir akhibat gabungan elemen-elemennya tetapi berbeza daripada elemen-elemen yang menyebabkannya. Contoh: pergerakan lampu itu tidak dapat diterangkan dengan menganalisis kedua-dua mentol (iaitu, elemen-elemen yang nyala dan padam tetapi telah lahir akhibat gabungan elemen-elemen tersebut. Individu yang melihat kejadain tersebut telah membuat hubung kaitan dan menggabungkan elemen-elemen untuk mewujdkan persepsi pergerakan. Dengan perkataan lain individu berkenaan telah menambahkan "sesuatu" kepada pengalamannya yang tidak terkandung di dalam data derianya.

"Sesuatu" ini ialah ORGANISASI. Kita tidak dapat menentukan makna atau maksud sesuatu fenomena sekiranya kita mengkaji elemen-elemen secara terasing. Elemenelemen berkenaan apabila terkumpul ebrsama dan manjadikan konfigurasi atai organisasi; ia adalah bermakna, iaitu suatu 'gestalt'.

Contoh: apabila kamu melihat gambar seorang terkenal, kamu tidak melihat secara terasing; iaitu, melihat rambutnya dahulu, dikuti dengan matanya, kemudian hidungnya, mulutnya dan kemudain menggabungkan kepada suatu keseluruhan ('gestalt') tentang rupa orang berkenaan.

"Keseluruhan melebihi jumlah bahagianbahagiannya" (The whole is greater than the sum of its parts). Jadi wajah orang terkenal itu melebihi jumlah keseluruhan rambut, mata, hidung dan mulut. Tahukah kamu mengapa?.

Teori-Teori yang Diperkenalkan oleh ahli Psikologi Gestalt


Hukum Penutupan (Law of Closure) Hukum Berdekatan (Law of Proximity) Hukum Bentuk & Latar Belakang (Law of Figure & Background)

PENGASAS TEORI GAGNE

ROBERT GAGNE

ROBERT GAGNE
Robert Mills Gagne Lahir pada 21 Ogos 1916 di North Andover, Massachusetts. Profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College (1940-1949) Pennsylvania State University (1945-1946) Princeton (1958-1962) Profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee bermula pada tahun 1969.

ROBERT GAGNE
Pengarah penyelidikan untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland, Texas, dan Lowry, Colorado. terkenal dengan lapan jenis fasa pemprosesan maklumat fasa motivasi fasa tanggapan fasa penyimpanan fasa penahanan fasa mengingat kembali fasa generalisasi fasa pretasi fasa maklum balas. Meninggal pada 28 April 2002

Prinsip-Prinsip Utama Model Pemprosesan Maklumat


Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat Pengaliran maklumat dua hala Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.

Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat


Pengenkodan ('Encoding') Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Penyimpanan ('Storage') Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori Mengingat Kembali ('Retrieval') Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Lupaan ('forgetting') Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.

Perakam Deria (Sensory Register)


Maklumat diterima melalui perkam deria visual, perkam deria auditori, perakam deria hiduan, perkam deria rasa dan perkam deria sentuhan. Sperling (1960) dalam kajian memutusan bahawa tempoh ('duration') perakam deria ialah 1/4 hingga 1 saat (iaitu 250 miliseconds - 1000 miliseconds). Contoh: apabila kita melihat 'flash' kamera ketika mengambil gambar, imej kekal sekejap. Kapasiti perkam deria adalah besar dan tidak terhad.

Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention'). Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka pendek.

Ingatan Jangka Pendek (Short Term Memory)


Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. Kapasiti ingatan jangka pendek menurut Miller (1956) ialah 7 + 2 (7 campur-tolak 2) 'chunks' dan kemudian dicadangkan oleh Simon (1974) sebagai 5 + 2 (5 campur-tolak 2) 'chunks'. Sesuatu 'chunk' tidak mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf /angka, satu perkataan, satu ayat atau pun satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat dan oleh itu berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak)

Ingatan Jangka Panjang (Long Term Memory)


Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

Anda mungkin juga menyukai