Anda di halaman 1dari 15

Pendidikan Islam ialah falsafah pendidikan yang berteraskan roh alam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan

disebut sebagai Falsafah Pendidikan Islam menurut Al-Syaibany. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa fungsi Falsafah Pendidikan Islam ialah untuk menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar setiap muslim itu kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Apabila setiap muslim itu dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka lahirlah muslim yang soleh. FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam telah berusaha untuk mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam kurikulum pendidikan. Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan Islam. Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah:

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR


KONSEP, PRINSIP DAN FUNGSI Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam tiga aliran fahaman yang utama, iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan internasionalisme (India), dan falsafah pendidikan Islam. Konfusianisme Falsafah pendidikan konfusianisme adalah berasas daripada pemikiran Confucius (551-479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824) dan negeri China. Dan pandangan tokoh-tokoh pendidikan konfusianisme, ramai di antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak MULIA, MENGIKUT PERATURAN serta taaat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

Confucius, seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih mudaserta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara

Ahli-ahli konfusianisme berpendapat bahawa pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat, dan seterusnya pula mengekalkan kebudayaan masyarakat yang penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan. Mereka menganggap fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati, dan nilai baik hati ini dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan. Bagaimanapun, untuk menjadikan manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan masyrakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyrakat. Sehubungan itu, pelajar hendaklah menghafal kelima-lima buku klasiks yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh cendikiawan dari tamadun purba kala, iaitu buku syair, buku sejarah, buku elemen, buku upacara dan buku annals.

Confucius mengakui bahawa setiap induvidu mempunyai potensi yang berbeza, dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan individu. Beliau pula menggunakan strategi perbincangan untuk menyampaikan pelajaran. Didalam zaman dinasti Sung, Chenghao (1032-1085), Chengyi (10331107), dan Zhuxi (1130-1200), memperkenalakan unsur rasionalisma dalam falsafah pendidikan konfusianisme. Mereka berpendapat, untuk memperolehi ilmu yang sebenar, pelajar hendaklah menggabungkan pemikiran rasional dengan mentalnya. Sehubungan ini, mereka menyarankan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu pangetahuan. Mereka menghuraikan tujuan pendidikan sebagai perkembangan kecerdasan individu, pembentukan individu bermoral tinggi dan berbudaya sempurna

Wang Shouren (1472-1528), seorang ahli falsafah dalam dinasti Ming, berpendapat ilmu intuitif adalah terkandung dalam jiwa mental setiap individu. Oleh itu, beliau menentang penggunaan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu. Sebaliknya, pelajar hendaklah menggunakan ilmu inkuitif yang berada dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkara-perkara alam sekitar. Beliau pula menentang hukum dera dan mengurungkan kanak-kanak sebagai pendekatan pengajaran. Sebaliknya, beliau menyarankan teknik peneguhan dan motivasi digunakan untuk menimbulkan minat terhadap aktiviti dalam pembelajaran.

Sehingga tahun 1911, aliran fahaman konfucianisme menjadi falsafah pendidikan yang berpengaruh di dalam sistem pendidikan di negeri China. Sejak tahun 1911, iaitu masa Koumintang mengambil alih tempat perintahan, falsafah pendidikan barat mula mempengaruhi sistem pendidikan China, terutama apabila Hushi (1891-1962), seorang pengikut Dewey, memperkenalkan idea-idea pragmatyisme dan progresivisme dalam kurikulum sekolah negeri China. Beliau menyarankan kaedah induktif digunakan untuk mengkaji tatabahasa dan mengutarakan pendekatan berani membentuk hipotesis, berhati mencari bukti . Beliau pula menyarankan persepaduan matapelajaran kemanusian dengan sains supaya mengembangkan potensi individu secara keseluruhan.

Nasionalisme dan Internasionalisme Rabindranath Tagore (1861-1941), seorang ahli falsafah dan penyair dari India, mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian, dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi suatu proses yang berhidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah orang yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap internasionalime yang positif

Sharifah Alwiyah Alsagoff, dalam bukunya falsafah pendidikan (1984), menyenaraikan idea-idea penting yang terkandung dalam falsafah pendidikan Rabindranath Tagore untuk membentuk kesempurnaan manusia seperti berikut: Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap, dan berkemahiran. Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan cergas, berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas. Pendidikan kerohanian adalah bertujuan menyedarkan diri melalui bersimpati sepenuhnya, iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling tinggi dan menempusi semua kehidupan, tumbuhan, haiwan, dan manusia. Pendidikan realistik ialah pendidikan yang tidak semata-mata terikat kepada buku dan berhubung dengan hidup

Pendidikan harus hidup dan dinamik, bukan mekanik dan tidak bermaya. Pendidikan dalam perkara-perkara semulajadi adalah bertujuan membentuk perkembangan kayak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahuntahun awal formatif. Pendidikan untuk nasionalisme yang tulen adalah bertujuan menanamkan idel-ideal dan tradisi negara dan pendidikan ini harus berlandaskan pengetahuan sejarah, geografi, kesusasteraan, dan keadaan serta keperluan negara pada masa kini, termasuk juga masalah serta kesilapan dan pencapaian negara, kegagalan dan kejayaannya

Pendidikan untuk internasionalime adalah bertujuan memupuk perhubungan baik, persahabatan, dan keamanan di antara semua negara di dunia, dan pendidikan ini harus berlandaskan pengetahuan yang tepat dan tidak berbelah bagi yang diperolehi dengan cara pengkajian dan perhubungan langsung dengan adat-istiadat dan tradisi, sejarah dan kebudayaan orang-orang di negara lain. Pendidikan untuk perkembangan individu adalah bertujuan membentuk kuasa dan sikap individu sepenuhnya. Pendidikan untuk perkhidmatan social dan kecekapan adalah bertujuan mengarahkan tenaga-tenaga dan kebolehan individu kepada kebajikan masyarakat dan negara, dan juga untuk membolehkan individu tersebut agar hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaikbaik dan menghormati antara satu sama lain

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT


Falsafah Pendidikan Barat Tradisional Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu: Tradisional Moden Falsafah pendidikan barat tradisional Menekankan aspek-aspek perenialisme dan essensialisme.

Perenialisme Perennial bermaksud tidak berubah. Definisi: Sesuatu yang tidak akan berubah. Konsep Ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat dan tidak berubah.

Matlamat Pendidikan Mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak dan mempunyai had masa.

Tumpuan Potensi dan rasional individu. Lebih pasif. Penekanan agama melebihi sains. Melatih 3M. Kemahiran mental, menaakul.

Essensialisme Konsep Menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini pula bole berubah dari masa ke semasa. Bersifat praktikal dan pragmatik. Matlamat pendidikan Pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya.

Tumpuan Inovasi kurikulum sekolah -dirancang secara sistematik. Guru memainkan peranan utama. Latihan intelek dan mental. 3M diterapkan. Nilai-nilai kemasyarakatan ditekankan.

Anda mungkin juga menyukai