Anda di halaman 1dari 1

18.6.

2011 - Vitalis G Bingkasan Kejohanan Bola Sepak Jabatan Penjara Malaysia Ke-28 Piala Tan Sri Murad Ahmad Sabah ke separuh akhir KOTA KINABALU: Sabah hampiri hajatnya merampas semula gelaran juara selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Jabatan Penjara Malaysia Piala Tan Sri Mu rad Ahmad di sini kelmarin. Sabah menempah tempat ke separuh akhir dengan bergaya apabila membelasah Sarawak 4-0 pda perlawanan suku akhir di Padang Penjara petang kelmarin. Gol Sabah dijaringkan Reduan Abd Rahim, Ronny Edward, Reduan Maklin dan satu sum bangan gol sendiri pihak lawan. Sebelum itu, Sabah muncul juara Kumpulan A selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Selangor B pada perlawanan terakhir saingan peringkat kumpulan yang juga berlangsung di Padang Penjara pada sebelah pagi. Menanti Sabah di pusingan separuh akhir adalah pasukan Pahang B yang mengetepika n Kedah A 2-0 pada pusingan suku akhir. Satu lagi perlawanan separuh akhir mempertemukan pasukan Pulau Pinang dan Selang or B. Pulau Pinang mara ke separuh akhir selepas menumpaskan Johor A 3-0 pada suku akh ir manakala Selangor B mengetepikan Selangor A 1-0. Kedua-dua perlawanan seapruh akhir akan berlangsung pagi ini (sepak mula 7.30 pa gi) di mana pertemuan antara Sabah dan Pahang B akan berlangsung di padang Penj ara manakala pertembungan antara Pulau Pinang dan Selangor B berlangsung di pda ng Penampang. Penentuan penyandang gelaran juara pula akan berlangsung di Stadium Likas (sepak mula 3.00 petang) di Stadium Likas petang ini. Kejohanan julung kali diadakan di Sabah tersebut disertai 19 pasukan dari seluru h negara. Sabah merupakan pemenang gelaran juara terbanyak kejohanan itu termasuk 10 kali sejak tahun 1999 hingga 2009 di mana mereka hanya terlepas gelaran pada tahun 20 03 kerana tidak mengambil bahagian. Bagaimanapun Sabah terlepas gelaran tersebut tahun lalu apabila hanya mampu mara ke pusingan suku akhir. Pasukan Penjara Sungai Buloh Selangor merupakan penyandang gelaran juara tahun l alu.

Anda mungkin juga menyukai