Anda di halaman 1dari 4

KENAPA BARAT MEMERANGI NEGARA ISLAM?

Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- kenapa Barat dan Timur memerangi negara Islam? Kerana risalah Islam menerangi akal dan fikiran, dan berkembang ke seluruh alam dengan cepat dan mengkagumkan. Manusia telah menerimanya berdasarkan pilihan mereka sendiri dan mentaatinya. Dan kerana risalah yang kekal ini memiliki beberapa keistimewaan yang berikut: Rabbaniah: Kerana ia lahir daripada Tuhan yang Mentadbir dan Bijaksana yang tidak luput daripadaNya sesuatu walaupun sebesar zarrah. Dia mengetahui segala sesuatu dan Dia telah meletakkan tiap-tiap sesuatu pada tempatnya yang munasabah. Maksudnya: Dan bagi orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukuman yang lebih baik daripada Allah. (al-Maidah: 50) Kekal: Kerana ia adalah kekal buat selama-lamanya, terpelihara di bawah

pemeliharaan Allah sehingga hari akhirat. Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang telah menurunkan al-Quran itu dan Kamilah yang akan memeliharanya. (al-Hijr: 9) A'lamiah: Kerana pembawa risalah ini telah diutuskan kepada seluruh manusia dan alam sejagat. Maksudnya: Dan Kami tidak mengutuskan engkau melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira dan berita menakutkan (peringatan). (Saba: 28) Syumul: Kerana ia merangkumi segenap espek kehidupan dan sistem yang diperlukan oleh manusia di dunia dan akhirat, memenuhi keperluan semasa dan masa akan datang, ketika perang dan ketika aman. Maksudnya: Dan Kami telah menurunkan kepada engkau (wahai Muhammad) Al Quran sebagai penjelas kepada setiap sesuatu serta sebagai pembawa rahmat dan berita gembira kepada orang orang Islam. (an-Nahl: 89)

MOHAMAD NURULALIMIN B MOHD HASARUDIN SARJANA MUDA KAUNSELING UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Merubah: Kerana terkandung di dalamnya dakwah para anbiya, memelihara kebenaran yang diturunkan kepada seluruh risalah terdahulu, dan Allah telah redha supaya ianya mengatasi seluruh agama yang lain. Maksudnya: Dan Kami telah turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara dan mengawasinya. (al-Maidah: 48) Menyumbang sistem perundangan: Kerana ia muncul di bidang perundangan dan ijtihad dengan dasar-dasar dan kaedah-kaedahnya yang umum serta furu-furunya. Dengan itu, ia mampu menangani keperluan zaman dan perubahan semasa terutama hukum-hukum yang berhubung dengan muamalat, permasalahan undang-undang, sistem ekonomi, perhubungan sosial dan hubungan antarabangsa. Maksudnya: Tiada Kami tinggalkan sesuatupun di dalam Al Quran ini. (yakni segala yang diperlukan mengenai dunia dan akhirat, ada diterangkan asas-asas dan intisarinya di dalam al Quran [tafsir pimpinan ar-Rahman]). (al-Anam: 38) Bertitik tolak daripada keistimewaan dan ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh Islam ini, Rasulullah s.a.w telah mengumumkan semasa Haji Wida di khalayak umum firman Allah; Maksudnya: Hari ini Aku sempurnakan kepada kamu agamamu, dan Aku lengkapkan nikmatKu keatas kamu dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama. (Al-Maidah: 3) Sebagaimana ditegaskan kepada umat Islam di kebanyakan munasabah bahawa Rasulullah s.a.w telah meninggalkan mereka di atas cahaya yang terang, malamnya adalah seperti siang, tidak terpesong daripadanya seorangpun kecuali dia merupakan seorang yang celaka. Ditegaskan juga bahawa apabila mereka berpegang teguh dengan kitab dan sunnah, mereka tidak akan sesat buat selama-lamanya. Apabila mereka terpesong daripada syariat Allah dan mengabaikan syariatNya maka Allah akan menimpakan azabNya

MOHAMAD NURULALIMIN B MOHD HASARUDIN SARJANA MUDA KAUNSELING UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

yang pedih kepada mereka. Bahkan musuh akan menguasai mereka lalu merampas sebahagian daripada apa yang ada di dalam genggaman mereka! 1. Rasulullah s.a.w telah melaksanakan tugasnya menyampaikan risalah.Sewaktu baginda menemui Allah Taala, Islam telah tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dan sampai ke Tahamah dan Najran, memasuki Yaman dan Bahrain dan berakhir ke Syam. 2. Di zaman Khulafa ar-Rasyidin: Lembayung Islam telah meluas ke dua buah kuasa besar iaitu Parsi dan Rom. Lembayungnya juga telah meluas ke Negara China di Timur dan ke negara Rumania dan Selatan Rusia. Keadilannya juga telah memasuki Negara Syam, Mesir, Kepulauan Tripoli dan Afrika. Semuanya itu berlaku dalam jangka masa tiga puluh lima tahun. 3. Menjelang tahun 102 hijrah: Di zaman pemerintahan Bani Umaiyah, Islam dan kerajaannya telah meluas sehingga ke Sri Lanka dan sebahagian besar Negara India, Turkistan dan sempadan negara China di Timur. Ia telah meluas ke Barat hingga ke Sepanyol yang terletak di Eropah. Begitulah Islam telah membekalkan dunia dengan kekuatan dan kehidupan dan menguasai bumi dengan cepat dan hebat seperti perubahan malam dan siang. Khalifah kerajaan Abbasiah Harun ar-Rasyid telah berupaya menggambarkan kepada dunia tentang keluasan kerajaan Islam dan meluasnya kekuasaannya di muka bumi apabila baginda berkata kepada awan yang lalu di atasnya tetapi tidak menurunkan hujan padanya; Turunlah (wahai hujan) di mana sahaja yang engkau mahu, sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada kami. Adakah kamu tahu -wahai pemuda- kenapa mereka terkejut dan kemarahan mereka memuncak? Ini disebabkan tapak-tapak kaki umat Islam telah memijak bumi Eropah. Tenteratentera Islam telah sampai sehingga ke sempadan Perancis... Orang-orang Eropah telah terkejut daripada tidurnya dan berkata: "Sungguh pelik, agama apakah ini yang telah

MOHAMAD NURULALIMIN B MOHD HASARUDIN SARJANA MUDA KAUNSELING UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

menguasai dunia dengan kekuatan dan ketangkasan yang mengkagumkan? Ia telah memerangi Rom, memasuki Itali, menawan Sepanyol dan kemudian cuba untuk merentasi Gunung Perancis untuk mengusai Perancis!" Mereka telah mula berfikir dan merancang. Mereka berpendapat bahawa apabila Umat Islam dibiarkan dengan urusan mereka mengembangkan Islam, membuka negara demi negara dan bertebaran ke seluruh pelusuk dunia, sudah pasti tampuk pemerintahan dunia akan berada di tangan mereka, bahkan manusia seluruhnya akan berada di bawah kerajaan dan kepimpinan Islam. Dengan itu mereka telah mengambil keputusan untuk berperang. Mereka membentuk tentera dan mengadakan persiapan peperangan serta bersatu di bawah satu panji sehingga mereka berupaya menghapuskan Islam -menurut tanggapan mereka-, menghapus umat Islam hingga ke akar umbinya. Hasilnya mereka tidak akan bangkit kembali walaupun sebentar.!! Tetapi mereka yang dengki terhadap Islam itu telah menerima kekalahan, kehinaan dan keaiban di dalam peperangan Salib yang berturut-turut... dalam perang Hittin di tangan pahlawan yang terkenal Solahuddin al-Ayyubi. Mereka telah ditewaskan dengan teruk dan telah kembali ke negara mereka dengan penuh penyesalan. Serangan demi serangan yang hebat ini telah menguatkan keimanan, keberanian, keazaman dan keyakinan umat Islam kepada agama mereka dan pertolongan Allah. Ini disebabkan seruan Allahu Akbar adalah laungan mereka, jihad adalah jalan mereka dan mati syahid di jalan Allah adalah setinggi cita-cita mereka. Dr. Abdullah Nasih Ulwan. Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

MOHAMAD NURULALIMIN B MOHD HASARUDIN SARJANA MUDA KAUNSELING UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Anda mungkin juga menyukai